Saturday, November 17, 2012



SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH





Thursday, February 03, 2011

SELEPAS BERSARA.

Tinggal beberapa hari lagi aku nak bersara. Bersara wajib. Aku pilih usia 56th untuk bersara dan aku rasa di usia ni yg paling sesuai dgn aku. Ramai jugak rakan2 ku yg bersara di usia 58 tahun, tapi aku rasa 56 tahun tu dah mencukupi untuk aku. Sudah sampai masanya untuk aku menamatkan perkhidmatan aku di sektor kerajaan selama 32 tahun. Tahun 1979 sehingga tahun 2011... lama kan... Pengalaman suka duka, pahit manis, akan ku kenang sehingga akhir hayat.

Aku pernah bercuti tanpa gaji selama enam bulan ketika anak2 ku masih kecil. Demi anak2 tersayang ku. Aku mahukan keselesaan anak2 yg seramai lima orang waktu itu. Ketika itu anak bongsu aku berusia enam bulan. Satu kepuasan bila kita dpt mengasuh sendiri walaupun aku tak ada GAJI.Aku dapat penat//letih tapi semua tu mmg kehendak aku sendiri untuk kebaikan keluarga dan jalan yang di redai Allah.

Tapi sekarang bila anak2 dah membesar.. dah berkahwin dan ada kehidupan sendiri, doa Ibu hanya satu.. agar anak2 aku di beri keberkatan dan kebahagiaan di dunia juga di akhirat.

Perancangan selepas bersara?? Soalan kebanyak RAKAN2 aku. Soalan ini yg selalu memeningkan kepala aku. Aku tau memang kena ada perancangan utk aku... Tapi perancangan yg bagai mana ..? Adakah aku kena buat business? Perlukah aku membuat kerja2 yang merumitkan fikiran aku? owhh.. tidak la kot. Ini lah masanya aku nak rehatkan diri aku dan aku tak nak fikirkan pasal kerja2 lagi. Ini lah masanya utk aku mencari ketenangan dan jalan keredhan Illahi. Aku nak abdikan diri aku ke jalan menuju ke SANA. Di SANA yang pasti kita semua akan tempohi. Selama kita berkerja banyak hal2 Akhirat yg kita belum laksanakan. Ini lah masanya untuk aku memperbaiki diri ku dan menambah dgn ilmu2 akhirat.. insyaalah.

Apa yang aku tulis ini adalah rasa hati aku bila awal pagi tadi aku menelefon saudara aku, dan dia memberi pandangan dri pehak dia sendiri mengenai persaraan aku yg tinggal tak berapa lama lagi. Ayat yang cukup tak menyelesakan hati dan tertinggal di benak fikiran aku.

Insyaalah semua nya akan berjalan dgn lancar dgn apa yg aku rancang. Hanya kuasa Tuhan yang akn mengubah sesuatu sebab DIA maha mengetahui aku percaya pada.Qada' dan Qadar. Hanya DIA pemberi rezeki kpd umatnya...







Friday, October 22, 2010

ALLAH HANYA BERI PINJAM SEMENTARA SAHAJA...

dalam dakapan ibunya.


Pada tanggal 26 April 2010, lahirlah Khalish Hazeem... Seorang baby lelaki yg comel.Itulah nama yang telah di beri oleh ayahnya.. Bermakna aku telah bergelar seorang NENEK dan Hubby bergelar ATOK . Along dah bergelar AYAH... Safiyah dah bergelar seorang IBU...
Syukur Alhamdulillah semua nya telah selamat.

Safiyah menghabiskan pantang selama sebulan di rumah Ibu nya ... dan sebulan di rumah Ku... Aku rasa alangkah seronoknya hari2 dapat mengadap cucu. Ya Allah seronoknya... Waktu pulang kerja aku tak singgah mana2 pun.. nak cepat2 sampai rumah. Nak tgk Khalish.

Sampai masa, Along dgn Safiyah balik ke rumah sendiri... Masa tak mengizinkan mereka tinggal dgn aku lagi... Safiyah akan mula berkerja di tempat barunya.. Aku kembali sepi... Kalau aku rasa rindukan Khalish, aku akan kesana juga... baru aku tau.. rindu seorang nenek kpd cucunya.

Khalish terpaksa di tinggalkan di rumah pengasuh yg berdekatan dgn rumah nya.

Dan bermula lah kesah2 sedih buat kami, bila pengasuh Khalish telefon, mengatakan baby tak ada nafas... Aduhhh.. kami rasa nak pengsan, apa lagi Safiah.. ibunya. Ya Allah.. KAu cekalkan lah hati2 kami semua... Kau kuatkan lah iman kami... Kami redha pemergian mu Khalish HAzeem yg amat2 kami sayangi. Cuma kami tak puas hati atas kecuaian pengasuhnya. Hanya dia sahaja yg tau. Cuma, semasa Safiyah menghantar Khalish pagi tu, dia cakap" Akak tak tido lagi... tgk world cup final sampai pagi".Tak sesuai langsung ayat dia mcm tu. dan tak sesuai sbb dia ada tanggung jawap keesokan pagi.

Sebenarnya arwah Khalish adalah orang ke 2 dalam keluarga aku meninggal di rumah pengasuh. Sebelum ni cucu kepada kakak ku (cucu sulong perempuan) juga meninggal di rumah pengasuh ... itu sudah beberapa tahun dulu... kalau dia masih ada aku rasa dah 12 tahun usianya. Cucu kpd kakak, tak tau sebab penyebabnya dia meninggal. Tapi yang pasti arwah Khalish tersedak susu. Kami dapat kesan bila dia dah meninggal, ada lebihan susu keluar dari mulut dan hidung dia. MAsa tu usia dia baru dua bulan setengah... hanya 2 minggu dia dalam jagaan pengasuh.

Sebenarnya Hati ini masih berat nak bercerita kesah sedih... Tapi untuk pengetahuan kawan2 di sini... cari lah pengasuh yang benar2 ada perasaan kasih sayang terhadap kanak2... jaga dgn ikhlas hati.. bkn semata2 hanya nak mencari KEUNTUNGAN.

Kami percaya akan Qada' dan Qadar. Semua adalah ketentuan NYA. Dia beri kami kegembiraan walaupun hanya sebentar cuma. Sekurang2nya kami merasa ada nya cucu. Al-Fatihah.


Dia meninggalkam kami seminggu sebelum kami buat kenduri doa selamat dah haqiqah. Persiapan semua telah sedia... Jadi kami tukar kepada majlis Tahlil dan bacaan Yassin.



Tuesday, October 12, 2010

TELINGA KU BERDESING

Assalamualikum...

Dek kerana dah terlalu lama tak menulis dan bercerita di blog ku yg usang ini, mengagau jugak la nak mulakan.

Hari ini umie MC... bukan demam atau sakit apa2 pun... cuma kebelakangan ni, telinga ku mengeluarkan sejenis bunyi2an yg tak menyenangkan. bunyi tu menyerupai bunyian2 air di dalam saluran paip air... bayangkan selama 2 minggu aku membawa bunyi2an serupa itu... "ngeeiiiiittt"apa lagi kalau waktu malam yg hening.... aduhh terasanya tak selesa.SEKSA. Mula2 tu biarkan saja, mana tau la dalam diam dia akan sembuh. Rupanya sangkaan ku itu meleset sama sekali.

Hari ini apa pun aku kena jugak jumpa doktor. Jam 9.30 pagi dah tercegat depan kaunter. Sambil menunggu giliran ku... apa yg tertampal di dinding klinik tu... aku baca... A - Z.

"Lamanya akak tak datang ye... SIhat la tu.." sapa pembantu Dr. :alhamdulillah.. setakat ni akak sihat.. insyaalah" jawap aku.

Doktor pun buat pemereksaan telinga, sebagaimana apa yang aku terangkan. Dalam hati tu tetap berkata.. "tah* telinga ku keras ke arr..?" atau ada tersumbat cotton bud ke apa?
Memang risau... mana la tau kan.. ada apa2 yg kronik ke...

Alhamdulillah Dr cuma kata ada infeksi, dan dia bagi ubat titik dan jugak antibiotic. Kalau tak berubah dia kata datang lagi... Harap2 akan sembuh dalam masa terdekat. insyaalah.

"Dr. saya dah agak terlewat nak datang ofis hari ni... kalau boleh nak MC. Kalau dah lewat, susah nak cari parking di tempat kerja saya tu... " . Dr kata ok saja.. gumbirenya hati saya..

Tadi masa menunggu giliran, umie ada terbaca poster di dinding... krim 'DNA HEALTH PRODUCT'. krim serbaguna utk kesan2 luka/jerawat, cagu, gatal2, terkena kulat air dan berbagai2 lagi . Tetiba2 terangsang nak beli pulak. 30 ml berharga rm28. pejam mata je la beli.

Bila dah kira2 dgn harga ubat sakit telinga semua nya berjumlah RM 74. maknanya harga ubat 2 jenis sahaja RM46... berbaloi2 jugak ye... Umie cenderung ke Klinik Hayati sbb Doktornya WANITA.... jadi mudah la dia nak pegang2 telinga ke.. kepala ke... atau yg sewaktu dgn nya... sbb kita ni pun WANITA. lebih selesa.





Sunday, October 10, 2010

Assalamualaikum

Assalamualaikum...
Maaf kerana dah lama tak bercerita dalam blog ni...
Tak lama lgi umie akan mula menulis dan bercerita lagi..
Insyaalah...

Monday, March 22, 2010

BERTEMU JUGA AKHIRNYA...




Sekian lama merehatkan diri dari menulis blog. Tapi sejak dua menjak ni... terasa nak tulis balik.
Umie leka dgn laman yg di minati seluruh MAlaysia... iaitu FACEBOOK.

Mula2 join FB... tidak ada apa yg menarik pun.. jadi, ummie biarkan begitu saja beberapa bulan.. memang tak menarik langsung... Segala requests Ummie Ignore kecuali friend requests... tu pun tgk dulu.. kenal atau tidak... kalau tak kenal... alamat kena ignore.

Setelah beberapa bulan, di layari di susuri dan merentasi, rupanya ada satu game yg menarik hati ... umie nak cuba dulu.Rupanya bermacam2 games yg ada. seronok jugak yer..... tunggu hasil pas tu jual..sampai la dpt mengumpulkan hasil yg lumayan... luaskan farm lagi dan lagi. Ada pulak syarat2 seterusnya... kita kena tambah neighbors....ada free gift dri kawan2...



Dari situ lah umie serch kawan2 lama/ saudara mara/ anak2 saudara... Walaupun setengah2nya memang belum pernah jumpa walau pun ada pertalian saudara, tapi kami mesra di FB... Bila dah kenal anak2 saudara kita... mestinya kita kenal juga anak2 kpd anak2 saudara kita. jadinya aku telah bercucu di Facebook... tegur menegur diFB chat. "hye nenek..." umie rasa teruja. Bilang dgn jari cucu2 di FB ada seramai 4 org yg masih kecil dan bijak mengunakan ayat yg menarik.

Ini adalah sebahagian dri FAMILY ummie... yg di temui dri FB...samada dri keluarga ummie atau keluarga PAk Yong..


Saturday, March 20, 2010

DULU DAN SEKARANG.

Staff unit Grafik bergambar sebagai kenangan bersama En. Fatah yg bersara pada Nov. 2009 di usia 56 tahun.

Sekarang hanya tinggal 4 org sahaja yg menunggu giliran utk meninggalkan RTM.


Banyak asam garam yg telah kita lalui setelah mencecah ke usia 55 tahun.... umie bersyukur ke hadrat Illahi kerana di kurniakan kesihatan yg baik setakat ini. Kalau dulu usia 55 tahun, diwajibkan bersara... tapi sekarang dilanjutkan hingga ke usia 58 tahun .. Ramai di kalangan rakan2, bersara sehingga ke usia 58th... Tapi umie rasa setakat 56 pun sudah mencukupi dan selama 32 tahun berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan. lama kan..... Kalau org bertanya "kenapa tak cukupkan hingga 58 tahun? " "Saya nak bagi peluang org2 muda pulak bekerja dgn idea2 terkini." Itu lah jawapan umie. Lagi pun tangga gaji dan melanggar tembok...! dah maximum.

Bertugas sebagai graphic designer tidak dinafikan memang banyak cabaran nya. Terlalu banyak perbezaan antara dulu dgn sekarang. Kalau dulu semua kerja2 di buat secara manual... menggunakan peralatan spt plaka colour, water colour, poster colour dan berjenis jenis grafik kad utk kegunaan dan kemudahan unit kami. Kalau sekarang hanya di hujung jari, dulu kami gunakan "HOT PRESS" untuk mencetak huruf2, disusun dijadikan sebaris ayat....contohnya, makna2 ayat Quraan pembukaan siaran. Rolling Grafik (penutup sesuatu program untuk siaran), slaid2 siaran untuk promo... animasi dan pembukaan siaran rancangan. Production House pada masa itu, tidak wujud lagi di Malaysia. Channel ID kami hantar ke luar negara.... cuma unit kami sediakan story board saja...

Dulu2.. semua design menggunakan manual... Ini adalah contoh design di zaman Allahyarham Tok Mat sebagai Menteri Penerangan, dengan menggunakan "AIR BRUSH" yg berbentuk 3D.

Ayat Quran masih menggunakan tulisan tangan sehingga sekarang. Untuk lebih menarik, warnakan dgn mengunakan komputer grafik.





Friday, March 19, 2010

19 MARCH 2010

Sembilan Belas haribulan March aku di lahirkan. Dan hari ini genap lah usia ku mencecah ke 55 tahun.Ini bermakna , genap setahun lagi aku berada di sini(office ku). Aku digelar dgn panggilan WARGA EMAS mulai hari ini.Selalu aku berfikir... sempat ke aku untuk mencapai ke setahun?? Semua dalam bayangan. Sedangkan dalam sehari atau ke sebulan... berbagai2 macam boleh terjadi. Aku serahkan semuanya akan ketentuan Allah. Hanya apa yg perlu hanya DOA2 ku... keluarga ku juga rakan2 ku.. semoga aku diberikan kekuatan dan dipanjangkan usia untuk menempuhi hari2 yg akan mendatang. Insyaalah.

Friday, March 12, 2010

MENUNGGU TARIKH dan WAKTU.

Lamanya tak menulis. Tahun 2010 pun dah masuk ke bulan March... dan dari sekarang bermulalah saya menghitung bulan dan hari. Kalau kita kata... setahun tu mungkin terasa lama... Tapi dalam pada pejam.. celik.. sampai la waktunya... terasa cepat sekali.

Masanya akan tiba juga untuk saya meninggalkan alam pekerjaan di Jabatan Penyiaran di bawah kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (panggilan sekarang). Suka duka pahit dan manis dalam perkhidmatan selama 30th adalah perkara biasa di lalui yang oleh setiap kakitangan awam termasuk lah saya...

Bila saya kata, nak pencen tahun depan.. kawan2 pasti akan bertanya... apa perancangan selepas PENCEN..?? lepas pencen nak duduk mana..?? KL atau kampung...?

Sebenarnya setakat ni memang tak ada perancangan lagi... Melangkah ke Alam Bersara, inilah masanya untuk merehatkan minda, tak payah nak terkejar2 untuk ke pejabat spt biasa... tak perlu lgi melalui jalan yang sentiasa sesak. Sekurang2nya waktu Subuh ku, aku pergunakan sebaik mungkin... insyaalah...

*akan bersambung akan datang....

Sunday, November 08, 2009