Monday, September 29, 2008

SHOPPING RAYA

Tinggal beberapa hari lagi kita nak menyambut hari raya... Baru semalam dan hari ni baru umie sempat shopping keperluan anak2 untuk beraya... Ikutkan hati memang la malas nak pergi, memandangkan keadaan kaki yg tak berapa sihat sejak kebelakangan ni... Tapi kalau tak pergi... kesian pulak kat anak2...depa pun nak pandangan ibu dia... sama ada pakaian yg dia pilih tu sesuai atau tidak dgn dia org...

Tiap2 tahun umie hanya keluar shopping di area Selayang Mall saja... tu le tempat yg berdekatan dgn rumah umie... Jalan TAR..??? umie memang tak kuasa nak ke sana walaupun banyak pilihan.... kat situ memang tempat tumpuan orang ramai... dengan keadaan yang penuh sesak. Silap2 hari.... kita kena penyeluk saku/ peragut.... iskkk minta dijauhkan semua tu...

Sebahagian baju anak2 yg di beli... Bukan shopping utk anak2 saja... budak dua orang tu pun kena belikan juga.... Tapi umie taubat dah bawa si adek (nana), asik2 hilang dri pandangan mata... rupa2nya dia pilih baju sendiri dan dia cuba sendiri di fitting room dalam diam2... semua baju yg dia kenan... dia nak cuba...

Kueh raya pun dah beberapa tahun umie tak buat.
Dalam balang tutup merah tu menantu umie yg bagi... dah tinggal setengah. hehehe....
Dalam bekas bulat tu... umie beli kat Mydin's... murah je.. rasa sedap lom pasti... sebahagiannya umie nak bagi kat mak mentua.
Kerepek2 tu.. umie beli kat Sabak Bernam masa hantar Yana balik kolej tempoh hari... satu pekt baru rm4.00. Beli terus dari kilang. Rempeyek kalau kat opis umie dia orang jual dgn harga rm15.00 se pkt.


Walau pun hanya tinggal 3 hari lagi untuk kita menyambut Aidilfitri, tapi semangat memasak utk keluarga masih ada... hari ni umie masak mee goreng, ada beberapa jenis kueh mueh kak Illy beli, sambal udang petai, goreng kacang buncis, goreng ayam berempah, pajeri terung, telor masin(terlangkup pulak dia) dan buah tembikai kuning.
Air minuman pulak, tea, tea O dan soya panas. Kami tak biasakan berbuka dengan minuman ais...
Tak muat satu meja... kena duduk atas lantai. Kami seramai 10 orang kalau hujung minggu. Begitu lah meriahnya keluarga kami....


Thursday, September 25, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Sempena ketibaannya Syawal yang mulia,
umie sekeluarga dengan merendah diri dan seikhlas hati
Menyusun sepuluh jari, memohon keampunan dan kemaafan
Kepada rakan-rakan semua,
Andaikan ada terkasar bahasa,
Tersilap bicara, komen-komen yang tak kena,
Tersasul tak sengaja,
Adakala menguris hati teman2 yang tersayang,
Semoga dosa ku diampuni oleh teman2 yang mengenali...
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI
Yang ada kampung halaman,
Hati-hati di jalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju


Wednesday, September 03, 2008

LEGA SANGAT



Selamat Berpuasa untuk semua.

Dah 2 hari kita mengerjakan Ibadah Puasa. Syukur alhamdulillah kerana diberi kekuatan dan kesihatan yg baik, harap2 dapat mengerjakan Ibadah Puasa untuk tahun2 akan datang. Isyaalah.

Aku rasa bersyukur kerana kerisauan hati aku sebelum menjelangnya RAmadan telah reda... Lega sesangat dah hati ini.

Lega kerana Kak Illy dah tukar tepat kerja, dulu Shah Alam sekarang di Jln Raja Laut. Kak Illy dapat jawatan baru, sebab tu dia ditukarkan di area KL.

Lega kerana umie dapt balik kerja awal masa bulan puasa ni...masa Kak Illy di Shah Alam dia bawa kereta Pak Yong untuk memudahkan dia ke tempat kerja dan ke Uitm tempat dia belajar sebelah malam.

Masa harga minyak naik melambung, umie dgn Pak Yong kongsi2 kereta waktu pergi dan balik kerja., biarlah kami berkorban masa kerana nak menjimatkan kos harian. Lagi pun perjalanan ke tempat kerjamemang satu hala. Cumanya waktu balik saja yg berbeza. Umie keluar ofis pukul 5.30 ptg dan Pak Yong pulak pukul 7.00 malam. sanggup tunggu Pak Yong walaupun hingga pukul 7.45 mlm.

Tak ada masalahnya pun masa kongsi2 kereta, cuma dibulan puasa saja yg mendatangkan masalah buat umie kerana umie terpaksa bergegas balik awal...maklumlah umie ni ibu/isteri mithli (naik lift sekali2)... ahaks.kena siapkan juadah utk berbuka puasa, bukan tak boleh beli makanan yg dah siap masak di pasar ramadan, tapi kalau hari2 beli makanan di luar.. rasa jemu jugak... sekurang2nya masak yg simple2 saja.Nasi tu mesti walaupun hanya makan dgn ikan goreng + sayur.Anak2 pulak ikut suka dia orang nak beli apa pun, tapi biasanya anak2 gemar makan murtabak dan kueh tepung pelita.Itu makanan mesti buat dia orang.


Selesai sudah kerisauan hati umie sebelum ni....Alhamdulillah dan rasa bersyukur kehadrat Illahi kerana memberi jalan mudah buat umie demi keluarga tersayang. Tuhan tau apa yg terdetik dalam hati ku ini.

Thursday, August 28, 2008

SELERA

Sejak dua menjak ni .. selera aku makin meningkat. Pantang nampak makanan di depan mata... berselera sahaja... Aku rasa badan aku ni semakin berat, tu la pasal aku malas nak gerak kemana2... suka duduk atas kurusi dari pagi sampai la waktu balik.huuhhu... malu nak tgk jarum timbang badan aku tu... malu kat diri aku sendiri..


Hari ni saja, umie makan 2 pinggan nasi dagang. Tekak ni tak boleh nak kontrol2 mcm dulu2... hiihihi... Ofis umie buat majlis makan-makan sempena nak menyambut puasa. Saperti biasa order makanan dari Herman Catering.

Nak tulis panjang2 pun rasa malas pulak hari ni... perut kekenyangan...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK

Friday, August 22, 2008

BALIK KAMPUNG LAGI.


Cuti sekolah aku tak pi jalan mana2 pun... kecuali balik ke kampung ziarah keluarga, tu pun kena janji dgn adik beradik yg lain... baru lah balik kg. Sejak Ibu tak ada .... memang suasana di kampung amat sunyi, walaupun ayah masih ada.. tu pun aku tgk sekarang ni, dia semakin uzur.

Anak2 pulak... kalau umie buka mulut nak balik kampung... masing2 senyap. Agaknya depa ni risau umie ajak balik ke kampung. Ada2 saja alasan dia orang bagi... Alasannya...Tak dapat tgk channel TV yg dia org sukakan... semua station TV tak terang kecuali TV3 dan TV2. Aku pun tak tau pasal pe siaran TV1, TV7 dan TV9 tak terang siarannya... apa lagi TV8... hampehh...!! Melainkan kita melanggan ASTRO baru semua channel dapat. Bukan semua org nak tgk Astro, rumah aku pun tak ada ASTRO, tapi internet wajib ada.... kalau tak ada internet AKU sunyi... hihihi...

Akhirnya anak2 aku semua tak balik kampung, tak kan aku nak balik sorang2..?? Pak Yong??? ermmmm dia kerja sabtu.
Balik la umie dgn si kenet2 bertiga tu... jadi lah janji ada kawan masa dalam perjalanan... Aku tak kesah pun.. walaupun kenet2 lagi... boleh juga jadi teman bersembang. Masa dalam perjalanan, kami berhenti berehat R&R di Air keroh. Kami lepak2 di pondok kayu... sambil makan JAJAN.

Intan: "Mak Ngah, kenapa orang tu asik2 tengok kita? "
Umie : " orang mana? (sambil aku tunduk baca paper)."
Intan : " Tu la Mak Ngah... yg pakai baju biru tu... "
Umie : " errm... dia minat kat INtan la kot..."
Intan : "MAna ada... "(sengeh2 je dia).
Nana : " Mak Ngah, PakCik tu gelak2..."
Umie: " Biar lah dia gelak2.... dia gelakan Nana la tu.. baik2 nanti dia tangkap Nana bawa lari baru tau... jangan duduk jauh2.. meh sini.."
Nana : "Dia tenguk kita kenapa??"
Umie : "Mata tu untuk menengok... biar lah dia tengok.." (lama2 tu musykil juga sbb aku perasan org dok pandang2 je kat kami.

Dalam meneruskan perjalanan ke Muar, hati aku berkata2 juga... kenapa la org asik2 perati kami tadi.

Mungkin sangkaan org,
1) aku ni bawa cucu jalan2.. mana Atoknya?? kesian kat aku kot.. mana lah tau depa ingat aku ni Nenek Tunggal..
2) Kecik2nya anak makcik ni... agaknya kawin lewat kot.... dah lewat kawin... lewat dpt anak pulak... ahaks.
3)Kesian nya makcik ni... agaknya bawak anak MADU kot... yer la madu kerja tak ada sapa yg nak jagakan...BIBIK pulak balik Indon... hihihihi....

Bila aku dah balik ke KL, aku citer la kat Pak Yong... dia kata.... "Awak teringin MADU ke.?"..hampehhhh sungguh le jawapan dia....

Monday, August 11, 2008

PENYAKIT

Sejak kebelakangan ni umie dah mengidap satu penyakit. Dulu2 pun ada jugak mengidap penyakit ni... tapi tak la teruk mana sangat. Tapi semenjak dua menjak ni bertambah2 pulak ia menyerang. Penyakit ni setiap ISNIN akan menyerang dari pagi hingga pukul 3.30 ptg.
Selepas pukul 3.00 dia akan pulih seperti sedia kala...

Beristirehat sungguh la si comey ni.... cute..
Penyakit MALAS yang aku hadapi ni sering melanda setiap Isnin....


Nak iron baju pun malas, capai je mana2 yang ada... janji baju yang boleh pakai waktu kerja.

Penyakit Malas umie ni sebenarnya disebabkan oleh keletihan pada hari minggu. Dari pagi sampai ke petang ada2 saja yang perlu dibereskan.
Malam pula selepas pukul 8.00 , hantar anak (Khairie) balik ke Bkt Jelutung, bukan dekat perjalanan dari Gombak... jauh nun.....
Tapi umie tak kesah dia melibatkan diri dengan kerja2 sukarelawan semasa cuti setengah semester di kolej dia belajar.Sekurang2nya ada juga tugas2 yg perlu dilakukan daripada dia melepak tak tentu arah diluar sana.

Thursday, August 07, 2008

DINGIN YANG HANGGAT.

Malas nak cerita panjang2.... sekadar post gambar pagi tadi yang amat aku benci dengan keadaan spt ini.Keluar awal pagi untuk mencari rezeki...


Ini lah suasana di Jalan Kucing menghala ke Kuala Lumpur awal pagi tadi kira2 jam 8.20 pagi... cuaca redup sekali.

Bertolak dri rumah pukul 7.15 pagi


Jalan yang 2 lorong jadi 3 lorong, Jalan yang 3 lorong jadi 5 lorong... bertemu dipersimpangan jalan besar menjadikan 7 lorong... bayangkan.. dihadapan nya road block yang di pasang KUN 2 lorong hanya tinggal satu lorong sahaja......
Aku pasti pagi2 lagi pemandu2 kenderaan bersungut sbb jem yang keterlaluan... termasuk lah ..a k...ku....

Ada pulak bomba, nak kemana pulak gamaknya..?? tak kan ke Mahkamah kot... nak semboq sapa?? sapa yang nak kesana?? RAsanya tak sesuai benar kalau dia org buat sekatan jalan raya dgn keadaan harga minyak yang tinggi... KOt la tahan kereta bagi RM50 utk sebuah kereta okey jugak...
Sampai ofis pukul 9.00 pagi... sepatutnya aku ke perhimpunan bulanan pagi ni di Auditorium Perdana, tapi kerana kehangatan dan kebahangan, aku kansel jer..
---------------------------------------------------------------------------------------------
Aku rasa selepas ni tak ada sesiapa yang akan bagi nama anak2 mereka dgn nama Shaiful @Bukhari @Azlan... kerananya lah... pagi yang sepatutnya dingin jadi hangat...


Sunday, August 03, 2008

SEPI

Sesetengah orang kata, sepi itu indah. Umie pulak berpendapat, SEPI tu berkala, maksudnya... ada kala memang indah , dan ada kala memang membosankan.

Hari ni, pagi2 umie dah online.... itu bermakna sepi itu membosankan.
Bosan sebab anak2 tak ada disekeliling. Sabtu memang hari bekerja bagi syarikat PakYong. Kecuali umie memang sabtu bercuti. Sabtu Syahmie anak bongsu umie ada aktiviti di sekolah. Along pulak Jumaat malam memang rutin mingguan akan bermalam di rumah mak mertua, sebab isterinya masih belum dapat bertukar ke Kuala Lumpur. Sabtu malam baru dia akan sampai kerumah umie... dan bermalam disini pulak... sebenarnya umie tak kesah sangat, kalau Sabtu dan Ahad tu dia orang nak bermalam di rumah mak mertua dia.. sama saja.. dua2nya IBU.


Kak Illy biasanya Sabtu tengahari baru balik kerumah, Khairie pun sama... kalau kelas dia sampai petang Jumaat, Sabtu pagi baru balik rumah... Sabtu memang amat membosankan... kecuali umie ambil anak2 buah umie yg 3 org tu malam Sabtu...dan pagi Sabtu tu rumah umie riuh rendah dgn kerenah anak2 buah... SERONOK.... Intan2 TIGA org tu.


Awal pagi Sabtu ni, umie dah siap segala kerja2 rumah.... cuma nak siapkan hidangan tengahari sekejap lagi sebelum anak2 sampai rumah, dan kami boleh makan tengahari bersama.


Sepi itu kadang kala membuat kita rasa kerinduan. Rindu dengan kenangan masa lalu, dan akan mengimbau kenang2an indah semasa kecil, ada ayah ibu disamping kita, ada adik beradik disekeliling. Apa lagi kala dimusim buah2an sekarang... semuanya mengingatkan umie kepada kampung halaman. Insyaalah ptg ni umie akan balik kampung. Tapi.. dikampung juga SEPI sejak ketiadaan Ibu tercinta, yang ada hanya AYAH dan adik yg tinggal bersamanya.


Sebelum balik ke kampung, umie akan kerumah adik umie untuk menjemput INTAN2, umie akan bawa mereka ke kampung. Dia orang saja yang nak balik ke kampung.... anak2 umie semua ada saja alasannya bila umie ajak balik ke kampung... uhukkss..




Ini lah 3 orang INTAN, yang menghiburkan umie, dengan kerenah mereka, cukup menghiburkan hati.ada saja yg dia orang nak buat.... apa yg kita buat... dia juga nak buat
Tengah buat cucuq bawang le tu...




Sekurang2nya anak2 umie tau menyayangi insan2 kecil saperti mereka.


Jangan sampai hilang sudah... sentiasa dalam pemantauan. jgn sampai leka... sebab tu umie jarang bagi mereka keluar rumah kecuali ada yang perhatikan.



sayang semuanya.....

Tuesday, July 29, 2008

cerita vateran



CERITA SATU

Abg Ali: assalamualaikum ummie
ummie : waaikumsalam..
Abg Ali : ummie sihat??
ummie : sihat alhamdulillah... abg apa kabar? lama tak nampak.. bz ke??
Abg Ali : Abg sibuk dgn cucu2,cuti sekolah depa dok balek rumah abang.
ummie : i see... berapa org cucu dah??
Abg Ali : ada 6 org cucu, 4 lelaki, 2 pompuan.
ummie : alhamdulillah...
Abg Ali :abang tak boleh lama, cucu dok main wire komputer, kejap2 putus kesian wife abang asik2 dok kejar depa.
ummie: tak apa, lain kali boleh sembang lagi.
Abg Ali : take care ummie, assalamualaikum..
ummie : waalaikumsalam.

CERITA DUA

ummie : assalamualaikum mim
mimah : waalaikumsalam
ummie : sihat ke?
mimah: sihat alhamdulillah, umie apa kabar?
ummie : sht alhamdulillah...
mimah : lama tak sembang ye..
ummie : tu le... lama tak nampak mim kat sini, sibuk ke mim..?
mimah : sibuk la umie, cucu ada kat rumah, i pulak jaga anak i bersalin dalam pantang, tu i lama tak masuk sini.
ummie : oowhh yer ke... alhamdulillah bertambah lagi keluarga u...
mimah : i baru je balik dri Penang hantar anak i baru lepas pantang. baru la i
dapat nak berinternet semula... kalau tak cucu2 i dok kacau, i tak
boleh nak buat apa ....
ummie : tak apa la mim.. nak buat camana...

CERITA TIGA:

Mr A : salam..
ummie : waalaikumalam... apa kabar u?
Mr A : baik2 sajer.
ummie : alhamdulillah. cuti sekolah baru ni tak kemana2 ke?
Mr A : i pergi pahang.. terengganu.. kelantan .. penang dan kedah
ummie : seronok la jalan2 cari makan.
Mr A :seronak jugak .. balik pening lalat duit abih hehehehe
ummie : tak pe sekali2 bawa family jalan2
Mr A : semua i bawa, termasuk menantu dgn cucu sekali..
ummie : Dah berapa org cucu u?
Mr A : nak masuk 2 org dah... hehehehe..
ummie : alhamdulillah....

CERITA EMPAT:

dzuan : assalamualaikum

ummie : waalaikumsalam

ummie : apa kabar

dzuan :alhamdulillah

ummie : tak sibuk ke mlm ni...

dzwan :tgh cari bahan....nampak umi abg tegur lah

ummie :oohh. terima kasih...

dzwan : umi sihat ka

ummie : umie alhamdulillah... sht2 jer

dzwan : famili camna

ummie : family semua okey...abg cri bahan apa tu

dzwan : utk persidangan 15 julai ni

dzwan : cari dlm internetlah

ummie : oohhh

dzwan : semua kena usaha sendiri

ummie :oh ye keee... yer la dah jdi org kuat Kedah lar ni.. umie sambil2 baca harakahdaily...

dzwan : banyak citer kat situ

ummie : haah.. banyak..hari2 mmg baca

dzuan : umie minat jugak no

ummie : hihihihi

dzuan :umie abg kena keluar ni, ada tetamu pula

ummie : ok bang..lain kali sambung citer

dzwan :lama lah tak sembang dg umie, tp nak buat camna

ummie : okey tak per... wassalam

dzuan : waalaikumsalam, t/care.

Itu ler kesah sahabat2 umie yg telah bergelar datuk dan nenek. Mereka semua tidak ketingalan untuk berchating atau berforum dan juga mungkin mempunyai friendster/myspace atau sebagainya. melalui alam maya sebegini, sekurang2nya membuka minda kita untuk lebih berfikiran positif.

Tuesday, July 22, 2008

AKU PENCINTA LAUT

Laut yang tenang jangan sangkan tiada buaya... itu hanya lah peribahasa yang selalu di sebut2 masyarakat kita. Yang bermaksud... Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

Itulah ketenangan air Selat Melaka ditepian pantai Sg Nibong yang terletak di daerah Sekinchan Selangor. Lebih kurang 10km dari Pekan Sg Besar, Selangor.

Selain Pak Yong yang sedang menghirup udara segar dengan tenang, seekor anak kucing juga tau menikmati kesegarannya... sambil menunggu kepulangan nelayan2 yang akan turun dari laut untuk berkongsi rezeki pagi itu. Aku pasti dia sedang kelaparan.

Setelah menjemput Yana di Sabak Bernam, umie terus ke Sg Nibong dan bermalam di sana. Kebetulan masih ada chalet yg masih kosong utk umie sewa yang membelakangi pengkalan nelayan2 menangkap ikan. Pagi tu memang tenang, kelihatan nelayan2 yang turun ke laut, mencari rezeki. Ada yang bersama rakan, ada yg bersama isteri dan ada juga yg bersama dgn anak2 mereka.
Umie perhati dari anjung chalet, rupa2nya di hujung nun.... diseberang, ada ikan yg baru naik... Pak Yong tanye je dri jauh.... sepelaung je.."Dik... ikan tu jual ke..?"Dia jawap... "ye.."
Sebelum kami meninggalkan chalet, lebih kurang pukul 11.00 pagi, kami singgah membeli, tapi tak banyak... yg ada hanya udang (ada 2 saiz yg agak besar), ketam, sotong katak dan ikan duri. Jadinya umie hanya beli udang dgn ketam sahaja... kawan umie Hj. Hanafie kirim udang sekilo. Selepas timbang dan bayar, kami minta izin tumpang udang dan ketam disitu (masukan peti ais),,, sbb kami mungkin akan pulang ke KL jam 3.00 ptg.

Dibawah ni pula. pemandangan di pantai BNO, Sesuai kepada yang berminat untuk memancing. Terletak jauh ketengah laut. Tempat ini di panggil KELONGPARADISE WATERFRONT RESORT.
Pada mulanya umie nak cari chalet atau apartment, tapi semuanya ada ditengah laut, tu sebabnya umie terpaksa sewa ditempat yg agak jauh dri Politeknik... walaupun agak jauh tapi umie rasa puas hati sebab dapat beli udang fresh.

Sebelum hantar Yana ke hostel, umie singgah ke pekan kecil di area sabak bernam.... tu dia... umie beli spek mate sampai 5 ... satu spek hanya rm3.00. sebelum ni umie ada beli satu utk pakai sendiri.... biasa lah kan... pemakai2 spek mata ni... kdg lalai, lupa letak... tangkai tercabut, skrew hilang.... so umie kena ada spare yg beli murah je... hanya untuk emergency. nak baca.. nak bertenet... semua perlukan spek mata..... kalau tak tak boleh nak menaip (mate tua) ahaks..
Penjual tu kata "Ayoooo mana mau letak cermin mata.... mau letak bilik air satu, bilik satu, baca satu... ka..??"
Aku jawap ler.." Aku mau letak mana tu aku punya suka la..... awak dah untung ada org mau beli banyak.... banyak cerita pulak.." hihihihi... brutal tak umie..?
Tu baru spek mate.. lom beli barang2 lain lagi kat kedai dia....
Sebenarnya spek banyak2 tu utk kawan2 umie yg seusia... bkn utk umie.

Lebih kurang pukul 3.30 umie bertolak balik rumah... tinggal la Yana kat hostel. umie tak tau nak kata apa... dia mesti menangis. sedih pulak tgk dia... rasanya bila masuk setahun dok sana. baru tak menangis kot... sbb dia mmg mcm tu... nak belajar tapi nak dok ketiak ibu dia... errm...
Dalam perjalan balik ke KL, singgah di jeti tempat umie simpan udang.... ada pulak ikan baru naik... geram pulak tenguk.... beli sekilo je.. tak banyak sbb tak ada ruang nak bubuh dlm kereta.
Sesampainya di rumah... cepat2 umie keluarkan... tapi... amatlah terkejutnya sebab apa yg umie buka semua tu bukan hak milik kami, mungkin hak milik org lain yg dok menumpang dalam peti ais yg sama. Alahai... udang Hj Nafie tak der... yang ada udang besar gred1, udang umie dgn Hj Nafie maybe gred 3 kot...
Ketam yg umie beli hanya 5 ekoq yg saiz agak besar, tapi ketam yg umie dapat bercampur2 ada kecik ada besar.... pastu ada sotong ketak yg mmg umie tak berapa gemar sbb agak liat.

Nak tanya kat kawan2... sotong katak nak masak apa yg paling sedap....

(umie tak pandai masak sbb tu nak tanye pendapat kawan2)