Kalau mood tu dah okey, nanti aku akan menulis panjang2 sikit la no....
Tuesday, November 18, 2008
MOOD
Kalau mood tu dah okey, nanti aku akan menulis panjang2 sikit la no....
Friday, November 14, 2008
Thursday, October 30, 2008
29 Syawal
Kami mengadakan Majlis Hari Raya di ofis, di penghujung iaitu 29 Syawal (Rabu). Di Kuala Lumpur begitu lah kebiasaannya.... sebulan raya pun tak mencukupi... umie tgk tadi pun masih ada unit yang mengadakan Majlis Raya walaupun dah masuk 1 Zulkaedah, senyum sendirian dalam hati.. hihihi. Sebenarnya tak kesah pun kalau menyambut walaupun bukan di bulan Syawal...yang penting , ianya dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara kakitangan dari lain2 unit juga.
Saturday, October 25, 2008
Al-Fatihah
buat ayahanda Mertua ku Haji Marzuki yang telah kembali ke Rahmatullah pada ptg Isnin 20hb Okt. 2008 bersamaan 20 Syawal 1429H.di usia lebih 98 tahun.Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang2 yang beriman... amin..
Umie baru saja memulakan tugas pada hari ini setelah bercuti beberapa hari lepas.
Tuesday, October 14, 2008
RUMAH KU
Ini hanya lah hiasan dalaman rumah contoh yg terbaru. Dulu aku ada postkan rumah contoh yang lama... di sini . Tapi aku lebih tertarik dgn design lama yg agak simple.
Wednesday, October 08, 2008
CERITA BERGAMBAR DI AIDILFITRI
Dipagi Syawal yang hening, selesai menunaikan Solat sunat Aidilfitri, kami sekeluarga, bermaafan maafan antara satu sama lain...
Dirumah Ibu Mertuaku...
gambar yang bawah sekali tu adalah cucu2 kepada mak mertuaku iaitu anak2 buah kepada Pak Yong... dan Pak Yong dah ada 19 org cucu saudara... setakat ini.Tapi, umie tak pernah sekali pun dengar dia bahasakan diri dia 'atok' kepada cucu2 saudaranya... umie pulak dah ada 10 cucu saudara... tapi menten dgn panggilan 'Nek Ngah'.. kdg2 tersasul juga dgn panggilan Mak Ngah...hik hik..
*DUA RAYA*
*TIGA RAYA*
Balik dari beraya di rumah saudara mara di Jln. Bakri, Muar
selepas makan mee bandung dgn Rojak Petis... yummm yum... sekali makan pasti nak lagi....
Sementara tunggu mee bandung, kongsi2 makan rojak petis... mula2 order 2 pinggan... pastu tambah lgi sepinggan... (terlioq masa menaip ni..)
*EMPAT RAYA*
Gambar bawah ni.. semasa menuju pulang ke KL, singgah berehat di hentian
Budak2 bertiga tu... kalau
Mama depa balik berdua je dgn papa dia org... umie berenam dlm satu kereta, Pak Yong pulak bertiga... huhuu... walau apa pun.. memang menyeronokan bila dgn budak2 sebaya mereka walaupun riuh rendah, ada masa keluar juga 'Taring' umie. tercabar kesabaran ku.. hik hik hik...Tetapi sekurang2nya umie tak ngantuk semasa dalam perjalanan...
Alhamdulillah selamat sampai..
Tuesday, September 30, 2008
BALIK KAMPUNG
Monday, September 29, 2008
SHOPPING RAYA
Tinggal beberapa hari lagi kita nak menyambut hari raya... Baru semalam dan hari ni baru umie sempat shopping keperluan anak2 untuk beraya... Ikutkan hati memang la malas nak pergi, memandangkan keadaan kaki yg tak berapa sihat sejak kebelakangan ni... Tapi kalau tak pergi... kesian pulak kat anak2...depa pun nak pandangan ibu dia... sama ada pakaian yg dia pilih tu sesuai atau tidak dgn dia org...
Tiap2 tahun umie hanya keluar shopping di area Selayang Mall saja... tu le tempat yg berdekatan dgn rumah umie... Jalan TAR..??? umie memang tak kuasa nak ke sana walaupun banyak pilihan.... kat situ memang tempat tumpuan orang ramai... dengan keadaan yang penuh sesak. Silap2 hari.... kita kena penyeluk saku/ peragut.... iskkk minta dijauhkan semua tu...
Sebahagian baju anak2 yg di beli... Bukan shopping utk anak2 saja... budak dua orang tu pun kena belikan juga.... Tapi umie taubat dah bawa si adek (nana), asik2 hilang dri pandangan mata... rupa2nya dia pilih baju sendiri dan dia cuba sendiri di fitting room dalam diam2... semua baju yg dia kenan... dia nak cuba...
Thursday, September 25, 2008
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Wednesday, September 03, 2008
LEGA SANGAT
Dah 2 hari kita mengerjakan Ibadah Puasa. Syukur alhamdulillah kerana diberi kekuatan dan kesihatan yg baik, harap2 dapat mengerjakan Ibadah Puasa untuk tahun2 akan datang. Isyaalah.
Aku rasa bersyukur kerana kerisauan hati aku sebelum menjelangnya RAmadan telah reda... Lega sesangat dah hati ini.
Lega kerana Kak Illy dah tukar tepat kerja, dulu Shah Alam sekarang di Jln Raja Laut. Kak Illy dapat jawatan baru, sebab tu dia ditukarkan di area KL.
Lega kerana umie dapt balik kerja awal masa bulan puasa ni...masa Kak Illy di Shah Alam dia bawa kereta Pak Yong untuk memudahkan dia ke tempat kerja dan ke Uitm tempat dia belajar sebelah malam.
Masa harga minyak naik melambung, umie dgn Pak Yong kongsi2 kereta waktu pergi dan balik kerja., biarlah kami berkorban masa kerana nak menjimatkan kos harian. Lagi pun perjalanan ke tempat kerjamemang satu hala. Cumanya waktu balik saja yg berbeza. Umie keluar ofis pukul 5.30 ptg dan Pak Yong pulak pukul 7.00 malam. sanggup tunggu Pak Yong walaupun hingga pukul 7.45 mlm.
Tak ada masalahnya pun masa kongsi2 kereta, cuma dibulan puasa saja yg mendatangkan masalah buat umie kerana umie terpaksa bergegas balik awal...maklumlah umie ni ibu/isteri mithli (naik lift sekali2)... ahaks.kena siapkan juadah utk berbuka puasa, bukan tak boleh beli makanan yg dah siap masak di pasar ramadan, tapi kalau hari2 beli makanan di luar.. rasa jemu jugak... sekurang2nya masak yg simple2 saja.Nasi tu mesti walaupun hanya makan dgn ikan goreng + sayur.Anak2 pulak ikut suka dia orang nak beli apa pun, tapi biasanya anak2 gemar makan murtabak dan kueh tepung pelita.Itu makanan mesti buat dia orang.
Selesai sudah kerisauan hati umie sebelum ni....Alhamdulillah dan rasa bersyukur kehadrat Illahi kerana memberi jalan mudah buat umie demi keluarga tersayang. Tuhan tau apa yg terdetik dalam hati ku ini.
















