Monday, March 23, 2009

DALAM KENANGAN KU

Umie malas nak citer banyak2... sedih lagi . Sebak hati ni cuma tak keluar ayaq mata je... kepala jadi berdenyut2.

Hari ni Kak Illy cuti... tengah dok buat keje, kak Illy call... "Mak, kocet mati.."

terkedu aku... Kak Illy kata, mati terlanggar kete sendiri... kenapa boleh terlanggar..?? aku tanye balik... Kak Illy kata, lepas dia basuh kete.. tak perasan si Kocet ada kat bawah keta...

Aku kata balik.. "Kak Illy memang selalu careless" pastu aku suruh Kak Illy tanam dan urus le sendiri... huhuhu .






Setiap pagi kocet akan menemani aku kat depan rumah, kadang aku naik buai sama2... sementara puan Sally dtg menjemput aku...
Sebak pulak hati aku.. kalau aku ke rumah di Cheras, aku akan bawa dia sama...
Dia memang amat menghiburkan hati kami. uhukk uhukkk...sedey...

Sunday, March 22, 2009

BEZDAY KU

Hari ni dah masuk 22hb Mac 2009, rasanya terlalu cepat masa berlalu..
Bezday umie pun dah berlalu pada 19 March yang lalu, umie rasa baru jer tahun lepas menyambut bezday, aleh2 dah sambut lagi… Terima kasih yang sentiasa menginggati Hari Lahir umie… selain anak2 umie.. Pak Yong… ??? ingat ke bezday umie tahun ni… aku rasa dia terlupa… tapi aku pun tak kesah sangat, dan kalau boleh aku buat2 tak tau je.. sebab kalau tau, umie akan terasa… EEhh… dah makin TUA erk… usia kita bukan semakin panjang, tapi semakin pendek dan akan ke penghujung.
Kepada OLIE sahabat ku yg berada di selatan tanah air… terima kasih bebanyak kerana wish bezday umie tempoh hari. OD adindaku yg berada di Australia… mekasih juga diucapkan kerana sudi mengSMS umie.
Tahun ni umie plan tak nak sambut bezday satu keluarga di Cheras (rumah baru ku itu).. insyaalah.Satu keluarga bermaksud, beli hanya "satu" kek untuk bezday Pak Yong(January), Umie (march), Along (march), kak Illy (april), Safiyah ( april) dan Khairie (june). Kecuali Yana dgn Syahmie lahir pada September. Semoga keluarga kami sentiasa diberkati Allah dan diberi kesenangan dan kemudahan untuk segala urusan harian.ameen…

Kami bukan nak kekayaan, tapi nak kan” kesenangan”…Insyaalah.

Friday, March 13, 2009

PERANCANGAN AKAN DATANG.

Kita merancang, Tuhan menentukan.

Aku kena buat perancangan untuk aku menjalani kehidupan harian waktu aku pencen nanti. Pencen tu bererti aku dah tak perlu manjalani tugas2 harian aku saperti sekarang. Tak perlu lagi penerbit2 nak calling2 aku sebarangan waktu dan sebarangan hari. Aku pun tak boleh nak bayangkan mcmana agaknya kehidupan AKU pada masa tu (kalau panjang umur ler..)

Pada tahun 1991,Pak Yong pencen dari perkhidmatan Angkatan Tentera.. Ahaaa dah lama kan… masuk 18 tahun, masa tu kami ada empat org anak. Lepas pencen kami dikurniakan seorang anak lagi… anak bongsu kami Mohd. Syahmie, dah pun berusia 17tahun. Pencen dalam angkatan tentera memang dalam usia yang masih muda… waktu tu Pak Yong berumur 41tahun. Kecuali yang berpangkat officer baru dikira bertaraf pencen berumur 56tahun dan sewaktu dgn nya..
Hidup dalam keluarga tentera memang amat selesa sekali. Mereka memang tinggi dgn nilai kekeluargaan juga berkerjasama antara satu sama lain, walaupun aku bukan tinggal di Quarters tentera. Pernah satu ketika Pak Yong sakit waktu di pejabatnya, dan pada masa tu juga dia di hantar terus ke Hospital Kinarara (hospital tentera). Mereka inform aku dgn cepat dan terus ambil aku di ofis dan bawa balik ke rumah. Sampai rumah, dia terus suruh bawa anak2 aku yg ada untuk dibawa ke hospital. Aku rasa segalanya berlaku dgn cepat dan pantas. Beberapa hari Pak Yong di hospital, dan setelah dokter merawat dia, tak nampak pun dia ada penyakit yang membimbangkan… normal, sehinggalah sekarang dia dalam keadaan sihat… Alhamdulillah.



Pict1:Masih dalam angkatan tentera, gambar pun tak ada warna lagi masa tu.
Pict2: Tak pasti tahun bila, rasanya dia lom kawin lagi... keding sgt hihihihi..
Pict 3:
Selepas pencen, rambut pun tak pendek lgi... apa pun aku suka masa dia dalam tentera.
Khairie 3th dgn Yana 2th.


Selepas beberapa minggu dia pencen, cari2 juga la kerja…. Sementara badan pun masih sihat. Nak bu siness bukan bidang dia… Biar la dia kerja aku kata. Dapat lah kerja di PWTC buat permulaan. Selepas tu, banyak tempat juga dia bekerja sampai lah sekarang. Dan mungkin ditempat kerja sekarang ni adalah yang terakhir dia bekerja sementara dia menunggu saat aku pencen nanti. KAMI nak PENCEN sama2… itu pun kalau diizinkan.

Aku kena stop dulu kat sini, esok aku akan balik ke kampong halaman ku di MUAR, johor. Aku akan meneliti satu projek untuk persediaan bila kami dah pencen nanti… Insyaalah
Wassalam.

Wednesday, March 11, 2009

BELUM ADA REZEKI

Assalamualaikum…
Lama sungguh umie tak update blog. Nak menulis pun kena ikut gerak hati jugak la kan… sejak dua menjak ni memang jarang nak online mcm dulu2…. Kalau dulu, mata bersengkang depan PC lama mana pun masih gagah lagi… tapi kebelakangan ni, bila duduk depan PC lama2, mata tak boleh nak buka… NGANTUKkk sangat2.

Seminggu lepas Along call umie, kata Safiah ada kat Hospital KL. Aku terkejut juga sebab pagi2 buta dia call dari hospital. “Kenapa Long…? Ada apa kat hospital..?? “ Along kata Safiyah bleeding…malam tadi dia bawa ke hospital…. Along kata sejak Jumaat tu, Safiyah dah mula lain macam je… pastu dia bawa ke Klinik berdekatan rumah.. Kebetulan masa dia kat klinik tu, dia terjumpa kak illy dgn yana sama. Puan Sally dgn Zarra pun ada di klinik yang sama gak…Tapi kak illy tak bagitau apa2 pun tentang Safiah walaupun dia dah tau ada tanda2 yg tak seronok di dengar. Itu lah perangai anak2 aku yg memang tak suka mengadu hal yang kecik2…kdg2 perkara yg kecik boleh jadik beso…. Alahai !! Sama jer la pun, dgn si Along dgn Safiya tu… masa dia bawa Safiyah ke hospital, waktu tgh malam, dia tak nak kejutkan mak ayah dia, tau2 je bangun tido anak dan menantu dah tak ada dalam bilik… ada kat hospita, alahai anak2 ku… !!

Aku dah berangan2 nak timang cucu sulong akhir tahun ni… hihii… kalau ke shopping complex, aku intai2 baju baby…. Comey2. Tapi aku tak kesah sangat kerana Bukan Rezeki mereka lagi. Ada hikmah disebalik itu.…. Janji, dia orang hidup aman damai dan diberkati Allah.

Thursday, February 12, 2009

ANDAI KU TAHU...

Lagu dlm video klip ini, utk menginsafkan diri kita yang tak terlepas dari membuat kesilapan, sama ada yang tak di sengajakan atau mmg disengajakan..




Monday, January 26, 2009

BESAR JUGA DIA...

Diam tak diam... hari berganti hari, minggu berganti bulan.... besar juga si Kocet ku ini... Makin nakal... dan makin aktif... Susu tetap tak tinggal.... pantang nampak botol susu dia... dia akan kelam kelibut hehehe sweet sungguh....

Si kocet ni la penghibur hati kami... dah pandai panjat pokok... pastu tak reti pulak nak turun... hihihi.. kadang2 sampaikan terlena atas pokok jambu depan rumah umie. Si Dayang pulak menampak kan sedang mengandung, tgh mengidam la kot... sbb dia tak nak mkn frieskies... ikan pun dia tak mau mkn... cuma selalu tido... mcm keletihan je rupanya ... alahai... rasanya mcm tak kuasa nak bela baby2 kucing lagi lepas ni...

Gelagat si KOcet... dah cantek bulunya sekarang, berkilat... misai pun dah tak patah lgi... hehehe

Saturday, January 24, 2009

HEPI BEZDAY PAK YONG KU...


Happy Birthday yang ke 59 tahun buat suami ku tersayang… makin tua makin sayang ghupanya yer… hhihi.. Semoga suamiku sentiasa diberi kesihatan yang baik dan ditetapkan iman juga dipanjangkan usia.

Sebenarnya nak buat entry semalam, tapi tak ada kesempatan.. maklumlah kan raya cina, anak2 semua balik rumah.. umie mg sibuk… bkn sibuk apa pun.. tapi sibuk melayan kerenah sikenit Zarra yang berusia setahun setengah iaitu anak kpd kawan opis umie (puan Sally).. Semenjak Zarra dihantar ke Taska Cumi & Ciki di kawasan berhampiran Opis, umie kena lah naik satu kereta dgn Puan Sally untuk menjaga Zarra. maklumlah dia masih kecil, khuatir dia meragam dlm perjalanan, risau jugak sbb ada kala dia nak duduk kat riba mama nya.. haru dibuatnya..Sejak RTM buat perubahan siaran mmg kami terlalu bz dan ada kala balik hingga jauh malam… terutamanya yg terlibat dgn prog. berita…. kesian jugak Sally.

Kalau Sally balik lewat, umie balik dgn Pak Yong dan akan bawa Zarra sama sbb rumah kami berdekatan, antara Seri Gombak dgn Taman Melati mengambil masa lebih kurang 5 minit perjalanan…. Persahabatan kami hampir masuk ke 21th lamanya… lama tau… dan tau baik budinya, tau perangai dia…Selama 21tahun tu ada juga sekali sekala berpaling2 muka, walaupun tak lama.…hik hik hik… dulu2 la...maklumlah kami hanya manusia… ada kala terguris perasaan, ada kala berkecil hati… tapi tu la kan… kalau Tuhan nak eratkan persahabatan dan berpanjangan, ditakdirkan suami nya beli rumah yg berdekatan dgn umie, dan ditakdirkan ada anak, walaupun bukan dia yang melahirkan nya dan ada kala dia memerlukan pertolongan dari umie…jadi,,, ianya menambah keeratan sebuah persahabatan … Itulah indahnya sebuah persahabatan.

Zarra semakin mesra dgn umie.. . kdg kesian gak kat mama dia, bila umie turun kete , Zarra akan menangis, nak ikut umie masuk ke rumah… Semalam umie bgitau kat Sally, biarlah Zarra umie awak masuk rumah, malam2 sikit umie akan hantar Zarra balik, Sally rehat2 lah kat rumah, cuci kain baju ke… masak malam ker… apa salahnya dia dgn umie…. kesian pulak2 tiap2 ptg menangis.

Pukul 10 malam tu, umie hantar Zarra balik rumah, tapi dia dah terlena dalam dakapan umie… hehehe kesian mamanya tak dpt nak main2 dgn zarra… Dalam perhatian umie, Puan Sally mmg amat menyayangi Zarra…. tapi umie selalu pesan, dengan budak2 jangan terlalu kasar, nanti dia akan kasar dgn kita balik… sbb apa umie kata mcm tu, depa dua ni, masing2 main kasar…. Zarra cekau Sally, Sally akan cekau balik… masing2 seakan tak nak mengalah....boleh pulak main cekau2 hahahaha… nak tergelak pun ada… keh keh keh… dah bercekau2 tu… masing2 mengalir ayaq mata… sorang tu sakit kena cekau, sorang tu sedih kena cekau sbb dia terasa Zarra tak sayang dia… hehehehe… lawak sungguh la…..

Yang menyeronokan... Zarra memang ada aura yang amat kuat… sapa2 yg melihat dia, akan terasa sayang amat kat dia… tu lah anugerah Tuhan untuk nya.


Keletah Zarra masa dalam jagaan umie... dia tak panggil umie NENEK, sebalik nya mama nya suruh pangil dgn panggilan MUMMY.... hihihi...gambar yang duduk tepi pagar tu, masa tungu Pak Yong ambik umie di ofis sekitar jam 8 malam sebab mamanya balik lewat...

Sunday, January 11, 2009

TAK TAU NAK BUBUH TAJUK APA....

Assalamualaikum...
Lama juga umie tak update blog. Bukan tak nak tulis apa2... tapi terlalu sibuk.. Bila sibuk.. datang la penyakit kemalasan. Terlalu cepat masa berlalu.. tup tup dah masuk tahun 2009. Bertambah lagi la usia ku.

Bila anak2 semakin membesar... betapa lega nya hati kita apalagi mereka membesar dgn sempurna... puas hati dgn pencapaian masing2 walaupun tak setinggi mana pembelajaran yg mereka ada... apa yang penting Allah bagi kesihatan yang baik... tau menghormati orang tua juga orang2 sekeliling kita... yang penting sekali mereka tidak mengabaikan tanggungjawap nya kepada Tuhan. Minggu depan Yana akan masuk ke semester dua. Khairie pulak masuk semester tiga... Keputusan pepereksaan mereka pada sem. yang lepas memang memuaskan hati umie...alhamdulillah....Keperluan RM kami makin bertambah... sebab kedua2nya tak dapt lagi pinjaman. Tak tau apa masalahnya dgn pinjaman PTPTN dia org... umie sendiri tak pasti... malas nak fikir2... penat dgn pinjaman dia orang... harap2 tahun 2009 ni rezeki kami bertambah...Umie akan biaya selagi terdaya dan termampu... insyaalah. Sekurang2nya mereka tak ada menanggung hutang bila habis belajar... Kadang kasihan juga bila difikir2kan... budak2 sekarang ni, bila habis belajar menanggung hutang... kecik2 dah berhutang kerana TERPAKSA.

Di office pulak... ada 2 org practical student... aduhai... terasa mcm anak2 umie yg no empat... sampaikan mereka tak tau nak panggil umie apa?? Kakak??? ehh mcm tak patut pulak... makcik/auntie..?? iskkk tak sedap di dengar oleh hawa telinga rasanya...! Puan..?? umie pulak tak biasa dgn pangilan itu... rasa mcm offisel pulak... Last sekali, kawan2 sekeliling umie putuskan dgn panggilan kakak hihihihi... gelak dlm hati aku... rasa la muda balik... buat2 pejam mata jer la... Sebab tu la.. aku tak sambung hingga 58th untuk pencen... tak kuasa aku... sekarang ni pun rasa dah terlalu TUA bangget... pelupa/ sakit2 body/ cepat penat/makan memilih... tapi body tetap montel... aduhai.... Harap2 aku sihat2 sentiasa...

Ni saja la cerita dari umie buat hari ini... akan menulis lagi jika ada kelapangan nanti.... i nsyaalah..

Tuesday, December 23, 2008

Hepi B'day INTAN

Happy Birthday Intan...

Baru ni 21 dec 08 , umie sambut bezday Intan yang ke 8 tahun di rumah baru yg belum sempurna lagi... Kalau ada masa terluang pada hari minggu, memang kami akan kesana untuk membersih dan memasang lampu2 yang belum siap lagi. Tu pun kalau pada hujung minggu tu tak ada undangan kenduri kawin dri kawan2 atau jiran2 terdekat atau ada hal2 lain.

Sebelum ke Cheras, kami singgah beli kek apa2 yang dah sedia ada... jadi, tu le dptnya kek berbunga2 ala2 kek untuk hantaran kawin... hihihi.. sian kat Intan dapat last minute KEK. Mulanya Intan kata papanya nak hantar kek ke rumah umie... tapi last minit papanya kena kerja keluar kawasan...

Malam tu merasa la pertama kali tido di rumah baru kami... walaupun belum sempurna sepenuhnya... janji dah ada lampu. Seronok juga tido ramai2 atas lantai beralaskan toto. Walaupun di bilik 2 dan 3 kami dah ada katil single... cuma bilik utama je yg masih kosong... tingkap2 pun masih belum di gantung langsir..

Petang tu umie masak bihun sup, masak ala kadar jer dgn perkakas yang tak sempurna... yang ada masa tu kami anak beranak seramai 9 org dan jiran kami di tingkat 3... hasnor dan hubby. Seronok juga sekali2 bertukar angin.hehehe...



Sejak dua menjak ni umie memang tersangat la bizinya... Hujung tahun kebiasaan nya umie akan bercuti, sama ada balik ke kampung atau pun berehat kemana2 hala tuju. Dalam plannning nak bercuti ke Mersing tapi apa kan daya... semua planning tak kesampaian... kesian kat aku dan anak2 aku... Aku kena sattlekan keje2 office dulu sebelum bercuti... Tahun depan banyak program baru dan banyak montage kena tukar yang baru... pening pala aku.... huhuhu... dah ler kekurangan staff kat ofis umie ni.... masing2 dah dapat jawatan tetap dan di tempatkan ke unit lain.. adehhhh... bisa mereng ni perah otak...!!

Friday, December 05, 2008

SI DAYANG DGN SI KOCHET.


Sejak kematian Ibu anak kucing ni, aku terpaksa membelanya hinggalah sekarang. Asalnya ada empat beradik,3 jantan satu betina. Yang dua ekor mati keracunan bersama2 ibu dia, tinggal lah 2 ekor. Yang 2 ekor ni umie bela dgn susah payah, maklumlah menyusu mengunakan botol. Selang sehari yang sekor tu hilang, aku rasa dia keluar dri sangkar... melalui mana aku tak pasti... yang hilang tu comel sangat.Tinggal lah sekor... ok juga la bela sekor... kalau dua eko, payah juga sbb kena bergilir menyusukan dia. Aku bagi nama si KOCHET.... mula2 tu aku bagi nama EKEN sbb kat empat-empat kakinya berwarna putih... mcm pakai stokin. Syahmie kata, mcm nama Ekin mawi pulak.Aku tukar nama kochet sebab sekarang ni aku tenguk perut dia buncit tapi badan dia keding jer... Si kochet ni dah pandai main2, lompat2 dengan si kakak dia yang aku beri nama si DAYANG SENANDUNG...



Mana nak sama kucing yang ibu dia sendiri bela dgn yang manusia yang bela... kalau ibu dia bela, bulu dia pasti gebu kalau baya2 si kochet ni... sbb si ibu akan bersihkan badan sambil menyusukan dia. Bukan senang nak latih dia menyusu guna botol. Tapi aku seronok tgk dia hisap botol... kdg dia pegang botol tu sambil di tolak2 . kdg dia tolak2 tangan kita... Bila dia dah kenyang,mula lah dia meleser2 kat kaki kita... nak manja2...


Yang ini lah Si Dayang Senandung....
Sebab warna dia serba hitam legam... mcm cerita dayang senandung... hihihi. Kalau dia tersengeh kat aku, nak minta makanan... nampak GG dia je yang putih hehehe.
Yang tak bestnya.. dia suka tangkap cik menti, pastu dia bawa balik rumah... nak tunjuk la dia terrer tangkap tikus kot... dia buat mainan sampai la simenti tu mati. kesian pulak si menti.

Sebenarnya bukan semua orang suka nak membela kucing... aku sendiri pun malas nak belanya... tapi sebab kesian, dan kucing2 yang tinggal kat rumah aku ni kebanyakan kucing 'jalanan'... yang selalu dtg meminta makanan... tapi kalau bukan manusia2 yang bagi makanan... sapa yang nak bagi... jadinya sebab aku ni tergolong dri orang yang mudah kasihan... aku bagi la makanan apa yg ada... lama2 tiap2 hari datang, apa lgi nampak muka aku yang poyo jer ni... mengiow ngioww le nak mintak makan....