Wednesday, November 07, 2007

PINJAMAN

Semalam hangen seluruh badan.... GERamm,,, ggrrrrr...
Tengahari kol 11.30 pagi umie ke pejabat PTPTN di Damansara Height. Dulu pernah pi sana, tapi sekarang ni dah banyak berubah, dah makin banyak pembangunan dan jalan2 yg berselirat, simpang siur... jadi nya, nak sampai kesitu.. berpusing2 entah mana2 peginya... melebihi setengah jam juga la baru jumpa...

Sampai je di kaunter, umie terus ke tingkat 6... (mengikut arahan)...kat situ utk pinjamam IPTS. Sampai je di kaunter tingkat 6 tu, umie nampak 2 org student tengah bincang2 pasal borang pinjaman dgn seorang kakitangan kaunter (perempuan mengandung).

Umie pun dgn hajat yg sama, nak serahkan borang yg telah lengkap di isi... Dia kata, borang kena hantar di tempat university dimana dia belajar.... (terkedu aku, terus je hangen seluruh badan aku).

Sabtu lepas, semasa aku nak kembalikan borang di UNISEL, memang aku terlewat hanya 15 minit saja... Dengan jalan yg jem, jadi tak boleh nak sampai dalam masa yg kita dah jangkakan. sepatutnya dalam kol 4.30 umie dah sampai kat Btg Berjuntai.... tapi hari tu umie sampai pukul 5.15 minit. Sampai sana pegawai2 dari PTPTN dah beredar, cuma dia sampaikan pesanan, sesiapa yg tak dapat hantar borang pada hari tu, dia suruh hantar di alamat mengikut sampul surat yg dah disediakan.

Makanya hari ni, umie pun pergi la ke Pejabat PTPTN.
"Macamana ni cik puan.... hari tu pegawai sini kata suruh hantar kat sini kepada sesiapa yg terlewat hantar, tapi dah jadi mcm ni pulak, dah la di beri masa hanya semimggu,,, dalam masa seminggu tu lah budak2 tu kena siapkan dukomen, kalau yg jauh di utara atau selatan tu,,, dia org kena balik kampung... semua2 dokumen kena ada pengesahan... semua tu ambil masa..."

"Tenguk adik2 ni... jauh nak kesini, semata2 nak hantar borang pinjaman... tapi bila sampai je.. dah jdi mcmana ni pulak... kesian tau...."
Dia jawap , dia kata date line utk penyerahan borang PTPTN tu pehak university yg tetapkan... bukan sini..?? Ermm.. part ni aku jadik BLUrRrr... sebab aku tak pasti,,,

"Dulu isi form online, tak payah guna borang... tapi bila dah isi semua... tetiber je tukar pada pengisian borang secara manual pulak..... ehh tak paham la.." Dia jawap... arahan dri MENTERI.... eeEEEeeee.. gerammnyaa akuuu,,. Depa ni boleh tukaq suka2... hari ni okey.. esok dah tak okey... semuanya sloww.... semuanya yg menyusahkan semua pihak... planning yang tak profesional... mcm ni ke kalau berurusan dgn pengurusan kewangan??? pegawai sombong... mentang2 la student2 perlukan duit utk menampung pembelajaran. Heran.... gaji kakitangan kerajaan naik banyak.... tapi kalau kalau keja tak komited tak ada perubahan, sampai bila2 pun org akan pandang "kakitangan kerajan hanya goyang kaki, tak buat keje,,, hanya mengait, menjahit dan mengumpat" (itu perempuan) kalau yg laki2 pulak org kata lain .... suka duduk kat cafe sembang2 lama2... boleh hisap rokok .
Maaf la kalau ada yg terasa, maksud umie bukan semua kakitangan kerajaan... aku pun keje dgn goverment jugak... ahakss..

Tapi masalahnya,,, aku dah sampai kat Pejabat ni.. apa salahnya kalau ambik dah hulur je la kat bhg pengurusan pinjaman... bukan payah pun... tu yg aku herannya... mcmana dgn org2 lain yg berurusan benda yg sama dgn aku hari ni...?? mungkin semalam atau hari2 berikutnya... semua pasti kecewa dgn layanan kaunter kat situ..... layanan mcm hampehh,,,, dgn raut muka yg tak ada senyuman dan ckp dgn nada yg serious.... tak ada kata2 maaf sikit pun walau kesilapan dri pihak dia... (lain kali buat infomation yg tepat).

Aku tak nak la berhangen lama2....., aku terus je keluar tanpa ckp apa2 pun... Budak yg 2 org tadi tu, ikut belakang aku... dia kata, " Akak... kalau akak ckp banyak2 sekali pun, kita juga yg kena balik... kita juga yg kena ikut peraturan dia... ". "Itu auntie tau.... tapi setidak2nya.. biar la dia tau kepayahan kita.. kesusahan kita... luahan hati kita... kalau kita diam jer.. dia ingat pihak dia tu betul..."

Sekian.. itu lah kesahnya,,,,,
*menyusahkan ramai pihak...





Monday, November 05, 2007

ROMBONGAN KE KLCC - 27.10.2007

Dah 2 tahun rasanya,Umie mengenali Cikgu Yatie dri kampungchat. Itu pun kebetulan. Masih ingat lagi Yatie menegur umie masa tu... banyak persoalan dan penerangan antara dia dan umie... mmg melucukan... memang ada sejarah yang kami tak akan lupakan sampai bila2.... terus kami jadi kawan rapat sehingga kini.
Pertama kali jumpa Yatie semasa dia menghadiri kursus di KL... kami dapat sembang panjang dan banyak citer2 yg menarik.
Baru2 ni Yatie mengikuti rombongan TADIKA anak ke-3 nya ke KL. Kami buat temujanji.
Kami janji jumpa di taman KLCC pukul 1.30tgh. berhampiran kawasan Masjid. tapi.. pada hari tu, kebetulan pulak Sabtu di bulan syawal, warga2 kota tentunya mengadakan rumah2 terbuka buat sahabat handai.... jadinya banyak jalan2 JEM. Pukul 12.30 umie dah keluar dri rumah.Umie dgn kak Illy ambil keputusan naik PutraLRT, lebih mudah. Hampir setengah jam bas tak sampai2... umie pun tahan texi...
"En.. boleh hantar ke Terminal Putra..??" okey la katanya. Dalam hati ni dok berkata2... kemana la PakCik nak bawa kami?? gaya mcm nak ke jalan lain jer..
"EN... saya nak ke Terminal Putra..." yer la... dekat PWTC tu kan.. dia balas,,,
"Itu Hentian Putra en.. kami nak ke Terminal Putra dekat2 Tmn Melati..."
Iskk. aku pun satu hal gak... awatnya tak sebut Terminal Putra LRT. kompius la driver texi tu.
Lebih kurang jam 2.45 ptg, umie pun sampai la di kawsan taman KLCC tu... dah terlambat... takut timing depa lari, kelam kebut je umie dgn kak Illy berjalan, dah tak toleh ke kiri kanan pun....
Tak ada apa buah tangan pun utk Tie dgn anak2 dia. Terkilan juga sebab tak sempat nak singgah kemana2.Umie cuma bawa KEK yg Yatie pesan sebab nak sambut bezday anak laki2 ke-3 nya dgn kawan2 di Tmn. Kalau dia bawa kek dri Ipoh, jadik lempeng agaknya bila sampai di KL.
Insyaalah lepas ni kami plan nak jumpa lagi kalau dia ke KL.

"HAPPY BEZDAY NIZAM"

Ini sebahagian gambar buat kenangan. Umie belikan 2 biji kek coklet yg berlainan warna .Berbunga2 pulak tu.. Alahai... tu jer la yg ada kat kedai kek belakang umah umie... tak ada pulak yg gambar2 katun ke... umie lebih suka beli kek kat kedai melayu dri bangsa asing...

Seronok melayan anak2 makan kek.."cikgu, nak bunge.. nak bunge... makcik saya nak bunge juga.. (makcik tu umie lerr..)"

Cikgu Yatie tengah melayan budak2 dan cikgu2 lain makan kek... Seronok.. mmg seronok.. BEST...!



Walaupun umie tinggal di KL, tapi kawasan ni tak pernah lagi umie jejaki lagi... Terima kasih Cikgu Yatie, sebab cikgu lah umie dapat menyemadikan gambar2 kenangan di KLCC ni. Niat hati mmg nak ambik gambar KLCC building dri bawah sampai atas, tapi kamera tak mengizinkan, ada jugak visitor dok terguling2 atas rumput nak ambik shot yg menarik...

Insyaalah akan dtg lagi.. dan kepada cikgu Yatie... terimakasih sekali lagi...


Thursday, November 01, 2007

KONVOKESYEN KAK ILLY

Semalam 31 Okt. 2007 kak illy konvokesyen.
Aku kena la masuk tido awal sikit sebab nak bertolak dari rumah dalam pukul 5.00 pagi.
Pukul 4.00 pagi dah terjaga... rasa macam bangun nak makan sahur bulan puasa pulak.
Lebih kurang pukul 4.50 umie dgn hubby bertolak dri rumah.... awal sungguh la pulak... Dalam 2 setengah jam sampai la nanti... ke Sabak Bernam.

Berhenti waktu masuk solat subuh di masjid Sekinchan. Terasa hening dan tenang bila solat subuh di masjid, rupanya.. maklumlah kebiasaannya solat subuh di rumah saja.... Insyaalah akan ke masjid berdekatan... waktu subuh lagi selepas ini.

Dalam pukul 7.20 pagi umie dah sampai di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam... Kawasan perkampungan yang aman... dgn keluasan hampir 100 hektar, yang siap di bena sepenuhnya pada tahun 2004, bersebelahan dgn Sekolah Intergrasi, ILDAS dan Pusat Latihan Acc.

KENANGAN

Pict masa hari terakhir kak illy di Politeknik di Sabak Bernam

Suasana yang tenang dan damai setenang air tasik...

Semalam, kedatangan aku membawa sejambak roses orange dan putih..tanda penghargaan utk anak perempuan aku yg telah menamatkan pengajian Diploma Kejuruteraan Eletronik komputer

Beratur sebelum naik ke pentas

Lepas selesai semua, kak Illy kata, nanti nak naik

stage lagi sekali, tapi nak pakai "TOPI SEGI EMPAT"

alhamdulillah masih ada semangat nak belajar.


Kongsi kegembiraan bersama teman-teman


Dgn ayahanda

Jurugambar profesional, makanya... jadi la sekeping gambar yang siap ada effect sekali...cantekkk juga na.. hahaha..malas aku nak layan dgn gambar ni.. tapi aku kena juga la post kat sini sbb aku tak ada gambo lain.. kecuali yang INI.

Lebih kurang pukul 7.30 mlm baru umie sampai rumah... Adehhh penat sungguh. Penat sebab dok menyinggah banyak tempat. Hari tu, umie seronok sebab dapat menunaikan solat di 3 buah masjid. Subuh di Masjid Sekinchan, Zohor di Masjid Sg. Besar, Asar di masjid UNISEL Btg Berjuntai menjengguk anak ke tiga yg study kat sana...

Harap2 dia dalam keadaan selamat sentiasa... insyaalah...

Tuesday, October 30, 2007

OPEN HOUSE

Ahad baru ni umie ada buat jamuan Aidilfitri.
Dah jadi kebiasaan ku... bila dah balik ke Kl... umie akan buat sedikit majlis untuk adik beradik dan juga saudara mara juga sahabat handai. Tak lupa jiran2 umie yg berdekatan...
Umie order nasik tomato dri KakNah catering. Lauk ayam masak merah, jelatah dan dalca. Umie hanya rebus ketupat segera, kuah soto, bihun soup dan rendang campur (daging, paru dan limpa) dan kuah kacang. Kueh raya mana yang ada...
Open house tahun ni lupa nak ambik gambar sebab sibuk melayan tetamu.
Langsung tak ambik mcm tahun2 lepas. Tak sapa pun yang mengingatkan.
Pukul 11.00 pagi orang yg pertama datang kak Zai & Family, Nani (puteriKK)& Anak2, Kak Hanie & Anak2, Myza (suraya) dan anak2 dan yus (ulaukapak) . Semua tu sahabat dari kampungchat.com. Seronok nya kami menyembang.... Rindu sebab dah lama tak jumpa. Kami memang mesra sejak dulu.
Sekarang kami dah lama tak join sana.... bukan tak nak join, tapi disebabkan insiden tak tak menyeronokan dan mengundang kepada pemfitnahan... makanya lebih baik kami semua mendiamkan diri. Itu lebih afdhal.
Selain jiran tetanga, kawan2 anak2 umie dan kawan2 office umie datang silih berganti...
Nasib baik la.. anak dara umie si Kak Illy dan Safiah (bakal menantu) rajin juga di dapur menolong menambah makanan apa2 yg kurang di luar... kemas2 dapur dan mencuci pinggan mangkok.
Pukul 9.00 malam tetamu penutup dari office umie.... aduiii masa tu nak ajak sembang pun dah rasa nak katup mata... dah tak larat sangat... Tutup je kedai,,,, umie kemas ala2 kadar je...
Lepas Solat Isya' terus terlena.... tapi bangun balik dalam pukul 11.45 mlm. Teringat nak perangatkan rendang dan dalca yg ada sedikit baki...
Hari ni baru boleh nak menulis blog, dah rasa lega dan segar mcm sedia kala.... Alhamdulillah, sakit2 urat ku dah pulih...
Esok umie akan ke convocation Kak Illy di Sabak Bernam....

Tuesday, October 23, 2007

SATU HARI DI HARI RAYA

Hari ni umie cuti lagi.
Semalam dah kerja... Tapi masih dalam mood Raya. Kawasan parking dah di pasang kemah utk sambutan hari raya Jabatan/Kementerian. Jadinya hari ni memang MALAS nak pi keje... suka2 je MALAS erk.... Pagi2 umie dah call BOSS kata tak sihat. Memang tak sihat sbb kepenatan tambah cuaca sekarang ni yg tak menentu... kejap hujan... kejap panas.. Bila badan kurang sihat, jadik la MALAS nak keluar ke office. (mcm ni la org yg dah berusia lanjut)

Sambutan Aidilfitri tahun ni sama dengan tahun2 lepas. Cuma Kak Long tak dapat bersama2 beraya dgn kami semua. Kesian dia sebab terpaksa berhari raya di wad hospital. 3 hari sebelum Aidilfitri, suami kak Long tetiber pening dan muntah2.... Kak Long panggil jiran utk bawa Abg Long ke klinik, tapi Doktor kata suruh bawa terus ke Hospital. Rupanya BP Abg LOng tertalu tinggi, sampai tak boleh nak buka mata... kesian dia terlantar di hospital.

Raya ke- dua kami adik beradik melawat Abg Long di Hospital Kluang. Alhamdulillah dia dah beransur pulih, dan sekarang dia sudah berada di rumah...
Makanya umie tak ada menyimpan gambar kenangan dgn keluarga Kak Long.
Adik beradik seramai 8 orang dari 9 orang


Keluarga tercinta bersama ayahanda umie



Beratur untuk bermaaf2an (anak2 buah)










Keluarga sebelah HUbby





Mak Ayah mertua bersama anak2 dan menantu( hanya 6 beradik meninggal 2 orang, so tinggal 4 beradik)2 lagi beraya di rumah mertua masing


Umie dgn BIRAS2 (aku lah paling IRENG)

Nanti ada gambar lain umie akan display kat sini lagi...

Tuesday, October 09, 2007

SALAM LEBARAN



SALAM LEBARAN




Sempena kita akan menyambut hari lebaran yang mulia ini,
umie ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir batin.


kepada rakan2 yang sudi mengunjungi blog umie ini.
Mungkin hari ini hari terakhir umie berada di office.
Mungkin umie balik ke kampung sebelum subuh lagi pagi raya.
Belum pernah umie buat macam tu.


Selalunya umie balik dua hari sebelum hari raya dgn anak2 saja kecuali Along.
Hubby dan Along balik pagi raya, selepas solat raya di masjid berdekatan.
Tapi raya tahun ni kami sekeluarga balik sekali pada pagi raya.
Plan nak sampai kampung dalam pukul 7.30 pagi.
Dalam pukul 5.00pagi kena la bertolak dri rumah.
Jadi...boleh la solat aidilfitri kat kampung.

Sebelum pulang ke kampung,
Umie plan nak masak ketupat (anyam daun kelapa),
kuah kacang, rendang daging, ayam masak merah dan masak lodeh johor.
Orang Johor mana boleh tinggal lontong, tu wajib.


Cuti awal sikit sebab nak siapkan baju raya kak Illy dgn Yana.
Baju Melayu anak2 tahun ni kena beli siap,
plan mmg tak nak beli, sebab baju melayu tahun lepas masih elok lagi.
TApi budak2 ni rupanya cepat membesar dan meninggi,
Lengan baju senteng dan seluar dah singkat.
Umie tak sempat nak jahit sendiri.

Baru ni umie ke MYDINS Selayang,
tgk banyak baju melayu banyak dan okey juga la juga meterialnya, warnanya,
apa lagi HARGAnya... terus je beli 4 pasang termasuk hubby punya sekali.
Cuma kena kecilkan pinggangnya sahaja (nasib baik ibunya tau alter) .
Selesailah semua bab2 pakaian. Alhamdulillah.


Kat rumah dah tak boleh online sebab PC masih sakit. nampak mcm tenat jer...
semalam Along dah ganti power supply kedua2nya. CPU dah ok, tapi rupa2nya
MONITOR pulak tak leh nak on... tak nyala. Kedua2 komputer pulak tu.
Owner rumah yg tgh dok renovation tu kata, dia nak ganti rugi kerosakan
yang masing2 alami. Bill2 nanti kita serah je la kat dia.so.. TQ so much.
Wiremen tu memang dah tak datang sampai sekarang.


untuk semua
JUMPA LAGI SELEPAS RAYA
sudi2 lah datang ke rumah umie
di seri gombak



Thursday, October 04, 2007

22 Ramadan...

"Along.. tolong hantar mak kat station PUTRA kerinci pukul 3.45 yer.." Along jawap oker jer.. Biasanya umie akan balik sama dgn Along dalam pukul 5.30 ptg. Tapi...
Semalam terasa nak balik dri office awal. LAgi pun keje2 utk persiapan siaran Aidilfitri dah hampir selesai. Adalah sikit2.

HAti umie terasa rindu sangat kat rumah... hehehe rumah pun kita boleh rindu2 erk... apa lagi kat penghuni2 rumah yg kita sayangi.... tu la kan.. makin berusia ni.. makin banyak kenangan manis yg kita dah lalui... dan semakin banyak la kita terasa rindunya... kat keluarga kita, sama yg jauh atau yg dekat... kat kawan2... kawan lama juga kawan2 baru.... kat jiran2 kita juga.. jiran juga adalah sebahagian dari ahli keluarga kita yang terdekat.Dan berbaik2 dgn jiran adalah digalakan...

Umie selalu teringat pesanan arwah IBU.... selalu dia berpesan... "Berbaik2 lah dengan Jiran tetanga kita... susah senang ada tempat kita nak ngadu.." (masa tu umie baru berusia awal20an) baru nak belajar hidup berkeluarga.

Masa umie dalam train syahmie call kata "Mak... komputer tetiber meletup2.... amie kena shot letrik.... kat mouse..." umie jawap... ok.. mak nak sampai rumah dah...

Sampai rumah, syahmie kata dua2 komputer dah tak boleh "ON" . Tak per la.. nanti suruh Abg Long tgk2 sebab apa jdi mcm tu..

Lepas solat Asar, umie pun gesa2 la keluarkan ikan dan apa2 jer la... untuk masak berbuka.. sambil2 tu.. dok masukan kain baju dlm mesen basuh... lipat kain2 yg dah kering... Bila buka ekon nak bgi sejuk sikit badan ni.....tak boleh ON juga.....

Rupanya satu block rumah kami kena eletrik shock, sebab rumah tepi hujung sekali tengah renovation, ntah mcmana agaknya wireman tu buat keje....? sampai jdi mcm tu sekali....

Jiran sebelah rumah mengalami kerosakan komputer, lat top dan econ. Sorang jiran tu yg tengah buat cookies untuk tempahan raya, rosak kat main swiss... (taktau nak sebut nama apa)
Kesian dia sbb mlm tu dia nak hantar kueh2 ke pelanggan di UIAM...
Sebelah lagi sorang tu... rosak Astro recorder. peti ais dah kipas angin silling....

Malam tadi kami dok la bincang2 dgn jiran tetanga... nak atasi masalah masing2... Erm... masing2 kena mintak ganti rugi... banyak juga tu... kalau tak nak bayar ganti rugi kami... kami akan buat report kat TNB, lepas tu Bomba dan juga Majlis perbandaran Selayang... Sebab apa,,,, sebab dia buat renovation tu menyalahi undang2... batu2 dan juga pasir telah menutupi longkang kami... jadiknya, nyamok bertambah banyak ... Pastu... Pili Bomba juga tertimbus... kalau la jdi kebakaran semalm... mana la nak korek Pili Bomba yg dah tenggelam tu... Pastu.. pemasangan wire kat rumah tu mungkin ada kesilapan.... kalau tak.. tak kan boleh jadi mcm tu.... Bila kami persoalkan pasal masalh2 tu.. kontaktor tu jawap... semua tak ada masalah... ada2 je la yg depa jawap... makanya.. kami terus diam le... yer ler.. waktu2 pagi kebanyakannya suri2 rumahtangga,,,, mana ada org laki2... masing2 kerja.. Pagi ni masing2 nak jumpa kontraktor ajak berbincang.... tatau la apa citer seterusnya...

Sunyi le buat sementara ni sebab PC dah rosak.... anak2 pun dah mula boring sebab tak boleh nak online.... sabar jer la.... di bulan RAmadan ni....tingkatkan amalan2 di bulan Mulia ni....

Tuesday, October 02, 2007

Salam Ramadan yg ke- 20.

Hari ni masuk hari ke-2 kak Illy kerja di Shah Alam.
Maka bertambah jauh la perjalanannya. Tapi kak Illy tak kesah pun.... aku juga tak kesah sbb dia dah dilantik ke jawatan tetap. Syukur alhamdulillah..

Kak Illy kata nak belanje makan utk kawan2 di office lama masa bulan puasa ni... Umie kata, bagus le.. sebab bersedekah di bulan Ramadan ni, pahala kita sama dgn puasa kita dalam sehari. Kak Illy cadang nak bungkus jer sebab lebih mudah. Insyaalah planning kak Illy tertunai.

Hari ni juga umie kena keluar rumah pukul 6.00 pagi...sampai office sebelum pukul 7.00 pagi... Kak Illy sampai bus stop kerinci dalam pukul 6.30 pagi,, kesian juga umie tgk dia... bukan nya apa.. sebab nak adjust time berapa jam perjalanan dia dri rumah(gombak) ke Shah Alam.

Dulu dia boleh jalan lenggang lengguk dgn kasut tumit tinggi dia... dgn handbag kecik dia.. Tapi sekarang dia kena bawa bag extra. umie tgk dia bawa bag sandang belakang macam bag budak2 sekolah pulak... dia bawa botol air utk dia berbuka puasa dalam bas.... katanya, pastu dia bawa telekong utk senang dia nak singgah kat mana2 surau. Semalam dia sempat solat di KL Sentral. Dari KL Sentral dia naik komuter ke station Sentol dan ayah dia dah tunggu kat sana... Doa umie hanya dia selamat dalam perjalanan pergi dan balik.

Ada lagi 10 hari nak RAYA.... apa pun umie tak siap. Baju kurung ada la 4 pasang termasuk yg Kak Illy belikan hari tu... Langsir tak payah nak ganti dah masuk 3 tahun, bukan apa... sebab malas nak menjahitnya lagi pun masih elok lagi.... Kueh raya order dri jiran yg memang dia niaga kueh raya setiap tahun. Paling2 pun umie nak buat rempeyek, tu mmg tiap tahun tak tinggal. Duit Raya utk anak2 buah dah siap tukar singet2 semua.. cukup la rm200. Yang tahun lepas pun ada baki lagi siap dlm envelop tak buka masih tersimpan... Kerepek2 dah umie suruh adik kat kampung orderkan... Kacang2 umie order dri kawan kat Office.

Letih juga otak dok memikir.... Apa pun RAya tetap Raya...
Dalam kecerian kita utk menyambut Hari RAya... kita kena ingat juga... ramai Insan2 yg tak bernasib baik di luar sana, dalam kesedihan

Kerja2 dah tak banyak... Aku Legaa bangget sih...... ada la satu prog tu nak kena siap... Solat Aidilfitri dari Mekah..... minggu depan aku plan pasti siap...
umie cuti dri 11.10 - 19/10.....

Wednesday, September 26, 2007

PELIK-PELIK...
Umie dah masuk kali ke-3 dapat email bergambar tentang kejatuhan
helicopter NURI tempoh hari...
setiap kali, selepas umie tgk lebih2 kurang... terus delete..Tapi tadi ni, umie buka satu persatu... memang teramat kesian bila tenguk mayat2 yg dah membengkak dan beru**t (tak tergamak nak sebut sbb kesian sgt2).Bila di amati lagi, terdapat 2 buah motosikal berwarna biru dan merah,,,, ada cable computer, dan barang2 lain... bertaburan...
Tapi macamna boleh helicopter bawa barang2 berat saperti tu erk..??
macam bawa barang nak pindah rumah..
Lepas tu.. umie fikir lagi.. Pak NAjib kata,
Nuri masih boleh digunakan... dan selamat. Makanya.. siapa yg bersalah?? Nuri atau manusia yg membuat kesilapan...? Nuri dah ramai mengorbankan anggotanya...
Ada orang kata, mereka meninggal sebab tertindih dgn barang2 berat...
Tapi pd umie tu mmg dah ajal dia dan tu hanya la penyebab kematian mereka.. Innalillah...
Makin lama makin banyak kejadian PELIK2...
DUnia dah ke penghujung...
Fangsi bumi pun dah berubah.RAsanya banyak benda2 pelik yg terjadi disekeliling kita... cuma kita tak perasan. Bukan budak kecik saja kena rogol, tapi ada seorg nenek yg sedang berteduh (hujan) kat tepi jalan pun pernah kena rogol .
Makin ramai haiwan yg bertopengkan manusia..Kita perlu berhati2 walau dimana kita berada... walaupun dalam rumah sekali pun... tak mungkin kita rasa selamat.
Jangan layankan juru2 jual yg menyapa kita atau mengetuk pintu pagar kita...
dalam dok menjual barang.. mana tau dia seorang penyanggak...
Itulah perubahan zaman... dulu manual, kini komputer. dulu pos surat, kini email atau SMS,,,, zaman teknologi yg makin canggih....
zaman IT..segala2nya berubah...

Sunday, September 16, 2007

Hari ni 3 Ramadan.
Sabtu: 15/Sept/2007.

Bukan selalu kami dapat makan semeja dalam satu family. kecuali hujung minggu. beberapa minggu ni rasa kekurangan saja...

Kebiasaan anak2 umie yg duduk kat asrama akan balik rumah pada hari Jumaat. Yana dah bgitau nak balik tghari Jumaat... dalam pukul 3 sampai la rumah. Khaire sms umie, dia kata tak dapat balik minggu ni sebab Class habis pukul 6 ptg. dah 2 minggu Khaire tak balik... terasa Rinduuu sangat... Hari2 pasti makan nasi bungkus. macamana agaknya waktu sahur dia... bila umie tanye, dia kata beli lauk dan panaskan waktu sahur. Nasi masak sendiri... okey juga le... sekurang2nya dia tau dan merasa bila berjauhan dri mak ayah... doa umie, semoga dia baik2 sajer dan dalam kesejahteraan... yg penting dia dapat belajar dgn baik.

Khairie anak ke-3 dari 5 beradik, dia terlalu istimewa buat kami sekeluarga. Sifat nya yg kuat memerontak sejak kecil,membuatkan umie selalu teringat2 kat dia bila berjauhan. Apa lagi waktu berbuka puasa.Kami sekeluarga biasanya akan mengikut selera kegemaran dia...AYAM wajib ada.... tak kira la.. umie nak masak apa pun... goreng ke.. masak kicap ke... masak kari ke.. janji AYAM. makanan sampingan semasa berbuka ialah mertabak.... dalam sebulan puasa,itu la yg dia beli hari2...macam tak ada rasa jemu.


pic.ni umie terjumpa dalam PC, folder dia

Tapi, hari ni mmg terlalu rindukan dia, rindu kerana dah terasa lama umie tak kiss PP dia.. dahi dia.... tak pelok2 dia... anak2 laki2 yg lain, bila umie nak muahh2 PP semua malu.. apa lagi depan kawan2...

Tapi Khairie tak kisah sgt,kat mana pun umie nak muahhh2 PP...depan kawan2 dia ke.. atau kat parking masa umie hantar dia balik hostel.
Dua minggu lepas dia balik rumah... umie beli bezday kek utk dia.. yg pasti umie nak dia rasa happy... walaupun terlalu jarang nak tgk dia senyum... terlalu serious... adik2 pun takut nak gurau dgn dia....
Tapi... sejak dia tinggal di asrama.. dan jauh dri family... umie nampak ada perubahan juga... alhamdulillah... berkat kesabaran dan iringan doa tiap hari...

Semoga dia akan jadi insan yg berguna bila dah besar nanti.