Thursday, April 10, 2008
BALIK KAMPUNG
Tinggal beberapa minggu sahaja Along nak nikah... umie rasa, umie lah orang yang paling risau dan paling sibuk.
Minggu lepas luangkan masa balik ke kampung untuk edarkan kad jemputan kawin kepada saudara mara di kampung... selain menziarahi ayah dan ibu bapa mertua yg di sayangi lagi diingati. Sedih pulak aku tgk bapa mertua yg semakin uzur ... kepulangan aku kali ini betul2 membuat hati kecil ku tersentuh. Aku dan Pak Yong kena buat keputusan yg terbaik selepas majlis kenduri Along nanti.... insyaalah .
Doa ku semoga ayah ku juga mak mertua juga bapa mertua ku di panjangkan usia... sihat selalu.
Selepas bersalam2an nak balik ke KL, aku nampak bapa mertua sebak yg tak dapat diselindung lagi... meitis air mata nya....
Kebetulan kampung Pak Yong berdekatan dgn Air Hitam yang terkenal dgn barang2 murah, sempat juga umie ke sana... Sebenarnya, ada yg murah... dan ada juga yg mahal.... serupa juga di KL... serupa juga di Nilai Tiga.... Beli la ala kadar di Air Hitam, sempat juga beli Langsir, bunga2an, bakul, alas dulang dan bunga manggar...
Dalam perjalanan ke KL, singgah pulak ke Nilai Tiga... sajer je nak tgk apa yg ada kat sana... tapi, bila dah banyak sangat kedai... pening pulak nak memilih... hhuhuu.. parking je kereta, nampak kedai kapet yg seluas2nya... sekali jual tikar buluh yg popular sekarang ni. Kebanyakan pekerjanya bukan org tempatan.. tapi org asing dari Bangla, Pakistan, Nepal dan INdonesia.
Tawar punya tawar, beli le jugak tikar buluh.... Pak Yong ni tau la sikit2 bahasa hindi... kiyahee.. kiya hee kiyahee.. .. dpt la RM45 yg berukuran besar, berbaloi la jugak kan....
Umie hanya ke 3 buah kedai je.. pastu terus balik... takut mata ni jadik RAMBANG.... Pak Yong yg ghisau...
*Gambar akan post kemudian..
Tuesday, April 08, 2008
KENA TAG PULAK...
Okey ke ni apa yg umie dah bubuh nie ... Wan.. dah keluaq semua isi hand beg umie.. ni la yg ada.. hehehe...
Hat ni dah keluaq dari vallet pulak... hehehe..Duit tak dak.. ada lima hengget jer.. lain2 tu duit lama dgn duit dri Arab Idham bagi buat kenang2an, ada tertulis 2004 dan duit Tanzania... (tak silap umie, duit tu "starfish" yg bgi ) Model HP umie ni rasanya dah masuk tahun ke 4 kot.. lama kan...!! tak meragam langsung....Tuesday, April 01, 2008
Selamat Pengantin Baru


Abadikan kenangan selepas majlis akad nikah
Aku peratikan... semua gambar2 selepas akad Nikah pengantin perempuan membelakangkan org yg berada sebelahnya, termasuk la aku juga...... kesian aku tgk kakak aku tu.. mungkin gembira setelah bergelar isteri...
(jahatnya apa yg aku dok fikir).
*ATAS : Huda, Farra & Maisara
*BAWAH: Family dari pihak lelaKi

*ATAS: Umie's Family
*BAWAH: Kak Illy, Yana dan Maisara

Bergaya dulu ditepi pantai sebelum meraikan majlis persandingan hik.. hik.. hik...

Mandi manda dahulu di Pantai Tanjung Bidara sementara menunggu waktu majlis persandingan. Seronok dapat berendam dalam air Laut.
*Yang tak seronoknya, belum puas mandi manda, tetiber Muzafar anak buah umie kena penyengat OBOR2 ... sebab tu gambar2 tu masih di tepi pesisiran pantai... tak sempat nak ketengah sikit.. *Yang seronoknya dapat juga menangkap si Obor2 dan sempat merakamkan rupa Obor2 yang menyerupai Jelly.
Wednesday, March 19, 2008
BUKAN MERAJOK.
Lama rasanya tak tulis entry baru... bukan lah bz sangat pun.... tapi oleh sebab banyak perkara yang perlu di fikirkan, maka umie jarang jenguk blog kawan2.... maaf banyak2.
Kepada kawan2 umie yang call atau sms atau YM tu... umie ucapkan terima kasih kerana sudi bertanyakan kabar... "umie tak merajok"....apa la yang nak di rajukkan.. hanya mendiamkan diri buat seketika.
Mengenai PRU12, umie pun tak nak komen apa2 di sini... sekarang ni menteri2 kabinet pun telah dilantik oleh PM, dan kita sebagai rakyat bawahan kena akur dgn keputusan PM dan umie dapat Menteri Baru iaitu : Datuk Ahmad Shabery cheek dan timbalannya ....Datuk Tan Lian Hoe , yang sebelum ni umie tak mengenali pun... ahaks..
Cuti sekolah baru2 ni pun umie tak kemana2.... sebab umie menghantar Yana ke Chenor Pahang untuk mengambil result SPM nya. Umie pergi dgn 2 orang kawan Yana... Dalam perjalanan yang dingin kerana hujan yang sekejap renyai2 dan sekejap agak lebat. Masing2 mengharapkan result yang terbaik...
Lebih kurang jam 10.30 pagi kami sampai di Sekolah Menengah Teknik Chenor.Tak berapa ramai yg hadir, mungkin hujan... lagi pun kebanyakan nya pelajar2 sekolah tersebut datangnya dari lain2 Negeri, spt Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur, Johor selain dari Negeri Pahang sendiri.
Umie sebenarnya tak pernah hantar anak2 ambil result SPM sebelum ni... jadi ini lah pengalaman pertama kali menyaksikan ragam anak2 semasa mengambil keputusan pepereksaan... Bukan bermakna umie tak nak meraikan kejayaan anak2, tapi anak2 yang tak mahu umie ikut sama... tak pasti kenapa??
Keputusan SPM Yana tak berapa memuaskan, tapi kira okey laa.... umie tak memaksa anak jadik pandai... tapi kena ada wawasan untuk masa depan... itu sahaja harapan umie dan hubby... kerana umie tak punya harta yang nak di bagi2 utk dia orang.... hanya sekadar ilmu didader... selain ilmu akhirat.
Pemandangan yang menghijau, sejuk mata memandang... Kalau ke area Pahang mmg tak lupa singgah makan di Hentian Temerloh.... makan nasik berlauk ikan Patin dan ulam2an
Walaupun dapat keputusan yang bukan yang di harapkan... umie tgk mereka nie tetap senyum... tapi dalam hati tak siapa yang tau... masing2 mempunyai perancangan tersendiri untuk masa depan.
*Ucap terima kasih buat Amie, Kama, Olie, Manja, Hasnor, Fakrul dan Practical Student di Office umie... atas ucap bezday buat umie... muahhhh semua...
Thursday, February 28, 2008
KONGSI-KONGSI CERITA
Umie baru dapat email dri seorang sahabat yang boleh utk kita kongsi bersama...
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik. Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut. Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan. Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga. Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik. PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwian adalah sebahagian kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah..Insya' Allah. |
Saturday, February 23, 2008
CACA MERBA
Sambil2 aku susun bunga ni.... otak aku berfikir juga... mana patut aku nak bubuh nanti... Itu gubahan bunga yang belum lengkap, masih banyak kekurangan nya... sebab tu aku ambil cuti minggu depan sebab nak siapkan kerja2 kat rumah yg masih terbelangkalai. Nak ronda2 Kuala Lumpur. huhuhu.. penat nya... kena naik bas, sebab parking mahal bangett...
Padang di depan rumah aku. Ada 2 tingkat padang.Satu atas dan satu di bawah. Padang atas dijadikan taman permainan kanak2, luas la jugak Lepas tu, tetiber dalam 4, 5 hari kebelakangan ni dibena sebuah bangunan yg aku tak pasti utk buat apa? Mungkin Dewan kecil rukun tetangga. Masa ni lah persatuan penduduk area rumah aku meminta kelulusan membena bangunan kecil ... yer la kan.. nak pilihan raya(aku agak jer la)
Ini gambar mak ayah kucing2 kecik ni... comeyy sgt kucing2 tu... pasangan kucing yang ideal, ibarat suami isteri gitu... selalu aku perati, kesana kemari berdua2an.. belum pernah lagi aku tgk perangai kucing mcm tu.. makan sama2.. tido pun sama2.. walhalnya dulu2 depa ni adik beradik... bila dah remaja dah jadi girlfren boyfren pulak... pastu aleh2 yg betina tu mengandung dan Si-ibu beranak 3 ekor. Aku pun tak tau nak tgk mana jantan dan mana betina. Bila Ibu dah beranak, si Bapa nya tak payah orat2 kucing betina lain, sebab si isteri dah siap ada. hihihi
Anak2 kucing yang comey2 belaka... gebuuu.. tapi sekoq dah mati, mungkin tak cukup zat masa dalam perut si Ibu... sebab saiz dia kecil dri yg lain... nak bubuh nama apa erk..??
Gambar di ambil tghari tadi, semasa aku keluar ke Office dari rumah. Jalanraya sedang didalam proses menaikan taraf . Ini lah jalan dari arah Gombak/Bt. Caves /Karak HIghway menghala ke KL melalui Jalan Sentol atau ke Setapak. Pagi memang jem giler2. MACAM-MACAM ADA...
Pertamanya:
Sabtu lepas, aku ke opis dgn kak Illy dan Yana, hanya nak siapkan kerja yg belum beres. Biasa lah.. unit kami ni memang terlibat secara langsung dgn siaran program TV, kami bekerja dgn berbagai2 penerbit. Setiap kerja ada due date. kalau dia kata.. nak ptg ni... kita kena la siapkan ptg tu jugak, sebelum waktu siaran.. Sebab tu kami di galakan mengambil kerja lebih masa, untuk menyampurnakan segala tugas.
Hari tu,kami naik kereta bertiga. Selepas aku punch in, aku bgi pass aku kat Kak Illy supaya dia senang nak keluar dri kawasan Office aku, atau senang cerita, tak payah la Kak Illy bunyikan horn minta bantuan PAK GUARD utk bukakan Palang Gate.Kak Illy hanya nak ke Shah Alam utk ambil barang yg tertinggal di rumah dia, lepas tu dia akan datang balik utk ambil umie di office. Selesai kerja2 umie, kami pun terus balik dalam pukul 5.30.
Isnin pagi, semasa umie nak slash kad di Balai Pengawal. tetiber je pass aku INVALID. fikir dalam hati.... pasal apa la pulak?? agaknya sbb pass dah lama tak update la kot... Nasib baik, kebetulan... aku ada tumpangkan kawan dri bus stop di bawah tu, jadi aku gunakan pass kawan aku tu utk masuk dalam kawasan.
Sampai di opis, boss aku bgi aku SALINAN REPORT keluar dan masuk kenderaan kawasan angkasapuri. Boss aku kata... "Pegawai Keselamatan nak jumpa"...
Gesa2 je aku pergi kat office Guard tu... sbb aku pun dah lupa yg aku ada bgi pass keselamatan aku kat Kak Illy hari tu...
"Puan tau tak sebab apa saya panggil puan dtg kesini??" "Tak tau" aku jwp selamber... Dia pun tunjuk la salinan keluar masuk kenderaan sabtu lepas kat aku...
Aku mintak dia explain apa kesalahan aku pada hari itu.... Panjang lebar juga la... sampai telinga aku panas jugak la...
Sebab aku tau kesalahan aku... malas la nak jwp banyak2... hanya aku minta maaf kat dia... dan aku kata, aku tak buat lagi...
Huhuhu.. aku rasa berbaloi jugak la apa yg aku dapat katakan kat dia...
Hari ini hati aku agak terasa lapang ... walaupun masih ada sisa2 terkilan di hati, masih ada bintik2 kelabu asap di ruang dada aku. Tapi aku sembunyikan keresahan hati dengan kuntum-kuntum2 senyum walaupun tak semanis selalu...
Buat seketika ini, umie agak slow sedikit nak tulis entry baru... Minggu hadapan umie nak cuti seminggu, nak ronda2 Kolompo... Harap2 lepas ini tak ada masalah akan timbul..Esok kena juga datang ke Office ni... sebab kerja2 memang masih yg terbengkalai... nak selesaikan jugak sebelum cuti bermula...
*Ya Allah.. selamatkan aku dan juga sahabat2 ku... tunjukan lah setiap langkah kami ke jalan kebaikan....aminn....



