

Semalam umie cuti, kunun nya nak membereskan kerja2 di rumah... selain menyelesaikan hutang2 bulanan yang WAJIB di jelaskan. Yana mmg penghuni tetap di rumah buat sementara ni, sementara nak sambung belajar, jadi dengan dia ler umie berteman.
Mula2 ke Pasar Borong Selayang. Kat situ segala bank senang nak berurusan sbb tak berapa ramai orang. Lepas tu ke Celcom bayar bill. Tapi... masalah parking amat menyulitkan... maklumlah.. nama pun PASAR BORONG. Tapi tapak private parking ada juga di sediakan hanya rm3.00 sahaja, walau kejap atau lama kita parking... kira murah la juga kalau nak dibandingkan di jalan TAR... sebelah SEMUA HOUSE, rm6.00.
Selesai berurusan di Pasar Borong, ke Bandar Baru Selayang pulak, pi bayar cukai pintu pulak... lepas tu balik ke area rumah umie, singgah ke pos opis .. selesaikan bill2 air,letrik,streamyx&telefon. Sambil ronda2 di kaki lima kedai2... ada pula terbaca vacancy kat pintu sebuah syarikat yg agak dikenali juga...." kerani dikenendaki". Kami terus je tekan loceng dan terus naik keatas.
Assalamualaikum....
"Waalaikumsalam" jawap penyambut tetamu.
Yana tanya "Sini ada keje kosong ke??"
"Siapa yang nak kerja?" tanye penyambut tetamu tu.. Aku kata, anak akak ni lepasan SPM, kalau ada kerja yg sesuai untuk dia... nak cuba dgn kelayakan yg d ia ada...
"OK"....( sambil menghulurkan sekeping nota dalam bahasa Inggeris)
"baca dan lepas tu translate dalam bahasa Melayu" dia meminta. Yana buat apa yg di suruh, sementara aku tunggu di ruang tamu....
Selepas tu, dia bagi borang untuk di sisi....
Selepas beberapa minit.. Yana di panggil masuk bilik utk di interview....
Dalam 20 minit lepas tu Yana keluar dan kami pun balik selepas ucapkan terima kasih.
Sambil menuruni anak tangga:
umie tanye kat Yana.. "Ehh.. apa dia tanya Na.."Yana kata dia nak call minggu depan.. insyaalah dapat... Okey la tu kalau dapat...? apa dia interview tadi??
Dia suruh perkenalkan diri Yana je... pastu dia tanye... boleh ke guna software Adobe Photoshop?? Yana kata jer la.. boleh.... (dalam hati, boleh ke yana buat Photoshop?)."Ehh.. Yana.. boleh ke buat Photoshop? nanti kalau tak boleh... macamana??"... Yana kata....Mak kan ada, mak kan boleh tolong.... "eeeee budak ni..... " Pastu kan mak... dia tanye, sapa yg mengajar photoshop?.. Yana kata la... mak yang ngajar (sambil tersengeh2 je Yana)... Yana cakap sekali mak kerja kat mana...... sambil kelip2 bijik mata yana... seram le tu takut aku jegeii.... hihihi...
Tapi anak2 umie mmg boleh gunakan software Adobe Photoshop, umie dah train dari awal lagi.... tak rugi pun mengajar anak2 utk kebaikan diri dia sendiri. Lagi pun sebagai Ibu bapa kita kena perturunkan ilmu yang kita ada atau yang kita tahu...
Hat ni dah keluaq dari vallet pulak... hehehe..Duit tak dak.. ada lima hengget jer.. lain2 tu duit lama dgn duit dri Arab Idham bagi buat kenang2an, ada tertulis 2004 dan duit Tanzania... (tak silap umie, duit tu "starfish" yg bgi ) Model HP umie ni rasanya dah masuk tahun ke 4 kot.. lama kan...!! tak meragam langsung....

Abadikan kenangan selepas majlis akad nikah
Aku peratikan... semua gambar2 selepas akad Nikah pengantin perempuan membelakangkan org yg berada sebelahnya, termasuk la aku juga...... kesian aku tgk kakak aku tu.. mungkin gembira setelah bergelar isteri...
(jahatnya apa yg aku dok fikir).
*ATAS : Huda, Farra & Maisara
*BAWAH: Family dari pihak lelaKi

*ATAS: Umie's Family
*BAWAH: Kak Illy, Yana dan Maisara

Bergaya dulu ditepi pantai sebelum meraikan majlis persandingan hik.. hik.. hik...

Mandi manda dahulu di Pantai Tanjung Bidara sementara menunggu waktu majlis persandingan. Seronok dapat berendam dalam air Laut.
*Yang tak seronoknya, belum puas mandi manda, tetiber Muzafar anak buah umie kena penyengat OBOR2 ... sebab tu gambar2 tu masih di tepi pesisiran pantai... tak sempat nak ketengah sikit.. *Yang seronoknya dapat juga menangkap si Obor2 dan sempat merakamkan rupa Obor2 yang menyerupai Jelly.
Pemandangan yang menghijau, sejuk mata memandang... Kalau ke area Pahang mmg tak lupa singgah makan di Hentian Temerloh.... makan nasik berlauk ikan Patin dan ulam2an
Walaupun dapat keputusan yang bukan yang di harapkan... umie tgk mereka nie tetap senyum... tapi dalam hati tak siapa yang tau... masing2 mempunyai perancangan tersendiri untuk masa depan.
*Ucap terima kasih buat Amie, Kama, Olie, Manja, Hasnor, Fakrul dan Practical Student di Office umie... atas ucap bezday buat umie... muahhhh semua...
Umie baru dapat email dri seorang sahabat yang boleh utk kita kongsi bersama...
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik. Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut. Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan. Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga. Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik. PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwian adalah sebahagian kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah..Insya' Allah. |
Sambil2 aku susun bunga ni.... otak aku berfikir juga... mana patut aku nak bubuh nanti... Itu gubahan bunga yang belum lengkap, masih banyak kekurangan nya... sebab tu aku ambil cuti minggu depan sebab nak siapkan kerja2 kat rumah yg masih terbelangkalai. Nak ronda2 Kuala Lumpur. huhuhu.. penat nya... kena naik bas, sebab parking mahal bangett...
Padang di depan rumah aku. Ada 2 tingkat padang.Satu atas dan satu di bawah. Padang atas dijadikan taman permainan kanak2, luas la jugak Lepas tu, tetiber dalam 4, 5 hari kebelakangan ni dibena sebuah bangunan yg aku tak pasti utk buat apa? Mungkin Dewan kecil rukun tetangga. Masa ni lah persatuan penduduk area rumah aku meminta kelulusan membena bangunan kecil ... yer la kan.. nak pilihan raya(aku agak jer la)
Ini gambar mak ayah kucing2 kecik ni... comeyy sgt kucing2 tu... pasangan kucing yang ideal, ibarat suami isteri gitu... selalu aku perati, kesana kemari berdua2an.. belum pernah lagi aku tgk perangai kucing mcm tu.. makan sama2.. tido pun sama2.. walhalnya dulu2 depa ni adik beradik... bila dah remaja dah jadi girlfren boyfren pulak... pastu aleh2 yg betina tu mengandung dan Si-ibu beranak 3 ekor. Aku pun tak tau nak tgk mana jantan dan mana betina. Bila Ibu dah beranak, si Bapa nya tak payah orat2 kucing betina lain, sebab si isteri dah siap ada. hihihi
Anak2 kucing yang comey2 belaka... gebuuu.. tapi sekoq dah mati, mungkin tak cukup zat masa dalam perut si Ibu... sebab saiz dia kecil dri yg lain... nak bubuh nama apa erk..??
Gambar di ambil tghari tadi, semasa aku keluar ke Office dari rumah. Jalanraya sedang didalam proses menaikan taraf . Ini lah jalan dari arah Gombak/Bt. Caves /Karak HIghway menghala ke KL melalui Jalan Sentol atau ke Setapak. Pagi memang jem giler2.