Thursday, January 11, 2007



IBU dan ANAK
(setelah lama tak memblog)


"Maaa.... bulan dua ni boleh la risik2 Safiah... "
ahaks... terkedu aku sekejapan... melayang fikiran aku bila along tetiber beritau aku Safiah adalah pilihan hati dia... syukur alhamdulillah.... aku panjatkan doa supaya dia diberikan jodoh yg terbaik.... yang solehah.... aminnnn.

Along mengenali Safiah semasa dia practical di office umie selama tiga bulan.. mula2 tu umie perati je ,,, "eh.... lawo budak ni.." aku pulak.. anggap student dri mana2 kolej, saperti anak2 aku juga....
Lama2 tu... aku tgk Safiah... ala2 malu2 kucin je dgn aku.... rupanya dia dah mula close dgn Along... dia pun tak sangka yang Along tu adalah anak aku... hihihi... bukan dia je yg tak sangka... tapi sapa2 yg dok opis aku, mmg dia org tak menyangka yg umie sama office dgn Along.

Bila Along ckp mcm tu kat aku.... terkebil2 mata aku... dah bersedia kah Along nak membena keluarga... dah cukup ke wang simpanan Along utk menyara keluarga sendiri.... entah la.. bagai2 persoalan dalam otak aku,,,, Tapi harapan aku supaya Along boleh berdikari demi masa depan dia dan mempunyai keluarga bahagia... insyaalah...

Kebelakangan ni.. mmg umie selalu keluar bekerja tumpang kete Along... walau agak lewat sikit... Dalam kereta, umie nasihati Along, supaya dia menjadi suami yang baik.... boleh jaga keluarga sebaik mungkin terhadap isteri dan juga anak2... Ibu mana yg tak risau, bila anak dah buat keputusan utk bena kehidupan sendiri...

Satu mlm masa bertenet, Along datang tunjukan kotak kecil kat umie...
"Wahh... canteknya cincin"... cop Sri PInang....... walaupun tanpa batu permata.... Along kata, tu cincin utk merisik, tak mahal pun..... Umie kata, tak mahal tak per... janji ikhlas pemberian kita
dan dia terima dgn senang hati... Cincin bertunang pun Safiah tak nak bertatahkan batu permata juga... nak yg simple2 juga... Tak per la... cincin kawin nnti kita belikan cincin yg ada permata....

Kebelakangan ni memang fikiran umie agak serabut sikit, sebab banyak perkara yg nak umie selesaikan... Nak cari barang2 hantaran, kotak2 hadiah.... bunga2an... reben.. apa2 lagi lah.... iskkk pening juga yer... apa2 pun demi anak.....



**********************************************************************************
Sebagai seorang ibu, kita haruslah bersabar dengan karenah anak-anak. Anak-anak adalah anugerah dari Allah swt kepada kita. Jika anak-anak kita telah menyakiti atau melakukan dosa terhadap kita,janganlah terus mendoakan sesuatu yang buruk keatas mereka.Ingatlah, doa seorang ibu untuk anaknya adalah diantara doa yang akan segera dimakbulkan oleh Allah swt. Sebaliknya kita haruslah berdoa agar anak-anak kita akan insaf dan segera bertaubat.

No comments: