RUMAH
Minggu lepas aku jenguk2 rumah yg aku beli di area Ulu Langat, terasa dah lama sgt aku tak kesana... dah beberapa bulan aku tak tinjau2. Dah nampak banyak perubahan dan 75% siap...Lega hati aku, kerana sekurang2nya.. aku tak la ditipu oleh pemaju dan di jangkasiap pada june 2007. Aku pun tak sangka aku terbeli rumah area sana... kalau di sebut mmg nampak jauh benar.. Batu 9 Jalan Cheras Ulu Langat. Walhal lebih kurang 15 minit je dri opis aku yg terletak di Pantai Dalam.
Balik je dri tapak perumahan, aku singgah ke site office, mana lah tau ada projek rumah baru yang nak di bena.
Betul la tekaan aku... ada rumah sedang dlm pembenaan. Boleh lah aku war-warkan pada kawan2 aku nanti... rumah kos rendah 5 tingkat dgn harga rm42 ribu. Aku rasa memang boleh beli dgn harga mcm tu... sbb kawan2 office aku masing2 dalam perancangan nak membena mahligai bahagia, termasuk lah anak aku sendiri.
Esoknya.. aku pun war-warkan lah... kat kawan2 aku... so.. lunch time tu.. depa masing2 nak tgk sendiri plan sebenar kedudukan kawasan dan rumah tu. Memang dlm pembinan... Aku dah explain kat depa2 tu.. boleh di beli rumah ni sbb pertamanya... "MAMPU" apa lagi kepada mereka yg akan berumah tangga, baru nak belajar kehidupan sendiri, dan tak susah payah untuk menyewa rumah yang semakin mahal. Di Bukit Angkasa, flat 3 bilik, sewa... paling murah pun rm550. lagi pun sampai bila nak dok menyewa. keDUA nya sebab umah ni tidak tinggi melangit sgt, setakat 5 tingkat dan tingkat bawah sekali kosong... (tidak ada rumah). keTIGAnya... sebab hak milik bebas (bukan pajakan) maknanya.. kita boleh jadikan investment utk masa depan.dan keEMPATnya.... pembinaan siap dalam jangkaan masa yg ditentukan (bukan makan masa bertahun2 baru siap). Memang tak rugi.
Bila masing2 dah terbuka mata dan minda,,,, masing2 pun setuju utk membeli rumah tu. Fazdly dan Khairool terus booking rumah tu... Utk booking dikenakan bayaran sebanyak rm2,000... mana la masing2 bawa duit sebanyak tu... adalah dlm rm100 je dlm wallet. dia org sibuk cari mesen ATM nak keluarkan duit. Aku kata.. booking dulu jer... kita bayar la dlm rm200 dan bakinya rm1,800 tu.. kita bayar gunakan bank draff. 3 hari kemudian.
masing2 pun memilih rumah mana yg dia org mahukan. NO rumah dan level juga block. Lepas tu... masing2 bayar duit booking rm200
Dua hari selepas tu... anak sedara aku Fara dan suami pula dtg nak booking, selepas aku war-warkan kat dia. Kalau boleh biarlah ada kerabat2 yg duduk berdekatan sesama nanti.. Setakat ni, ada la 6 org yg akan akan tinggal berdekatan kat area tu.
Pendapat Aku ler... Anak2 muda perlukan bimbingan dan arah tuju utk masa depan mereka dari kita yg dah banyak pengalaman. Sama ada dia nak mendengar dan ikut... itu terpulang pada diri masing2 ...sekurang2nya kita dah bgi petunjuk dan jalan yg terbaik.
No comments:
Post a Comment