Thursday, June 04, 2009

LUNCH



Sejak malam tadi mata kiri umie tergedik2@terkenyet2... Biasanya kalau mata tergedik2 tu, maknanya umie akan jumpa orang nun jauh…. Kalau yang tergedik2 mata kanan… tandanya nak jumpa saudara mara terdekat… Gedik2 mata tu mmg dah biasa dgn mata umie ni… kalau nak dapat berita buruk atau baik… mata gedik2 jugak… kadang kala merimaskan jugak….

Tetiber tengahari tadi, umie dpt panggilan fon…. no yang tak ada dlm simpanan pulak tu… Biasanya para2 penerbit yg call nak buat grafik2 tambahan… sbb tu umie jarang simpan no fon penerbit.
“ello… assalamualaikum”…. “Waalaikumsalam”… umie jawap (dgn nada yg serious… ) umie amati betul2 nada suara nya… “hihihi… Ariffin… ingatkan siapa tadi… “
Lama juga tak jumpa En Ariff… Tahun lepas semasa dia bercuti pun tak jumpa… umie hanya jumpa Aisyah, kat rumah dia di area Kondo Taman Melati… Last jumpa, dua tahun lepas semasa aktiviti meraikan Anak2 Yatim Darul Izzah, Bangi .

Kebetulan En. Ariffin ada urusan di Bangsar, dah dekat dgn RTM, so kami keluar lunch di Restoran Puteri. Kami banyak sembang pasal kawan2 lama di chatroom… yang meninggalkan banyak kenangan,,, seronok jugak… Walaupun bertemu hanya sekejap, tapi naluri hati umie, En Ariffin masih tetap seperti dahulu yg umie kenali dan seorang yang cukup sederhana dan simple.
Semoga dia sekeluarga dimpahi rezeki dan di beri kesihatan yang baik… amin…
Kepada En. Ariffin dan Aisyah sekeluarga, kalau balik cuti akan datang… sudi2kan lah singgah ke rumah umie yer.. . Semoga tali persahabatan tidak akan terputus sampai bila2… insyaalah.

4 comments:

pB said...

jumpa jugak akhirnya ummie dengan ariffin tu nyerrrr......

Fly said...

Salam..singgah menjengah sahabat2 blog diwaktu petang..smile always

umie@kakyong said...

Pb... tu la.. jumpa juga umie dgn kawan lama.. hhehehe..

umie@kakyong said...

Fly..
Mekasih singgah sini... senang2 dtg la ye...

*always smile.. ;))