Sunday, August 12, 2007

KENANGAN MANIS
DI DARUL IZZAH
Bangi - 12 Ogos 2007
Terima kasih
En. Ariffin & Family
(terima kasih daun keladi, lain kali jumpa lagi)
Posing ala2 Tugu Negara


















dewan

Umie sampai di DIO lebih kurang jam 11... prog dah bermula... terasa heppy sangat tenguk anak2 sedang leka dgn games... tapi..

Ehh... (baru tersedar) anak2 ni tentu nya tak ada ibu atau bapa... atau mungkin tiada kedua2nya sekali... kehidupannya di sekitar kawasan di rumah ini.... Ini lah tempat mereka berlindung... tanpa ibu atau ayah... Mereka perlukan kasih sayang, mereka ingin di belai manja... tidur di dodoikan ibu.... tapi...

anak2 ni sudah pandai berdikari seusia 7 tahun... mungkin juga dibawah 7th (yg lahir hujung tahun)... comel2 belaka... nampak sinar matanya yg redup dan sayu, hati di runtun hiba..,sebak menahan kehadiran mutiara dri kelopak mata...

Hati umie melonjak2 ingin tau... dri mana agaknya mereka semua ni ye...?

Yang berusia 17 tahun... mungkin boleh mengawal adik2 yg di bawah umur. umie yakin mereka di asuh dgn sifat kasih sayang antara satu sama lain....berbudi pekerti dan di beri pendidikan agama yg secukupnya untuk hari2 yg akan dilalui kelak.


Semua games menyeronokan... terpegun dgn gaya dan celoteh Amy ... cukup menghiburkan semua yang hadir.

Ariff,, TQ sekali lagi kerana kenalkan umie dgn Darul Izzah, insyaalah akan dipanjang2kan NAMA ini untuk pengetahuan rakan2 umie lainnya... Kalau umie balik ke kampung boleh singgah sekali untuk menyampaikan hajat secara personal.


Kerjasama dengan rakan2 semua, mengeratkan lagi perhubungan antara kita... Pb, RAD, onde2 dan yg (bertudung kuning jingga), maaf kerana terlupa nama... Ibu.. umie tak sempat nak berkenal2an sbb kesuntukan masa.... umie mengenali mereka hanya melalui comments yang dipost di blog Idham. (jangal nak sebut nama Idham) , dulu panggil JD_cool tapi.. bila dah kenal lama.... lebih baik panggil nama ikut IC.

Menjamu selera... nasi putih,/ ayam goreng/sambal udang/ sayur campur ala2 paprik

nyummm nyumm...

Bekerjasama menyiapkan model Tugu Negara ,,, comeynya..

Dalam perjalanan balik ke rumah, umie terbayang wajah anak2 Darul Izzah, detik suara hati umie "Boleh ke kalau kita ambil sorang utk dijadikan anak angkat?"
nak beri kasih sayang dan pendidikan yg termampu....
HUbby tak bersuara apa2 pun....
tetiber dia kata.." nanti kalau awak ada cucu... jaga jer ler... Bukan mudah nak dapatkan anak2 tu... ada prosedur, bukan pakai cakap2 mulut terus dia bgi kat kita,,"

Teringat pulak umie pasal citer MAnjalara kat TV3, Abby Abadi dgn JU berebut2 nak dapatkan anak angkat dri rumah anak2 yatim..

Agar hidup kita semua di berkati Allah dan dapat merapatkan hubungan siratulrahim sehingga ke akhir hayat....

InsyaAllah.... amin....


Thursday, June 28, 2007

Renungan
(kiriman seorang kawan)

Ehhehehe pass pass kat hubby

teringat pasal satu story...seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan
giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil,anak-
anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh
dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi,;;; masuk ke
pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut...ruang tamu lagi teruk berselerak
lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan masuk ke
dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidak
bercuci.
mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk
ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam

lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas,
melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.."awak
sakit ke?"..tanya lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil
meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam... balas
isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan
yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat
diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang
saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan
kadang-kadang. ....NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG
BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.......

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek
atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan
terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

Best baca sampai abis!!!. It's true.
To share..Dari Ilham seorang lelaki..

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik
porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu
pening.Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at
times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah,
alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh
belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal.
Pendek kata,FreeeDoMmmmm lah!!

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's
Gone",aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no
once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that,
no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari
ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi
dah berbau 'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate
gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas
nak boil...Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office,
ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah
itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI
NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar
ada pengganti.
Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer
best pun jadik tak best.
Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik
rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah
makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis
utkdipakai.
Toilet
dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Every nite,
very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely
gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau
setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh
pengsan.
Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita
sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah isteri
kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..
>
So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat
kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat
dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren
kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa
nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja
rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang
paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok
bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah
lagi...
penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak
rela!!!
So to all mums and wives out there... life will be meaningless without
you

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak
sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba
tidak kena!Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup
bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah,
hati melonjak HAPPINESS!!!
Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24
hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,boleh
pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap
gaya, tingkap pun boleh tercabut...
And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm! !! Can do
whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah
kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut
kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng
solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa
kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah
jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita
sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri
rumah.Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni
tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun,
takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga.
Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari
jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup
lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari.
Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak
bererti.
Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our
life!!

Thursday, April 12, 2007

NASIB PEREMPUAN KALAU TAK LAWA,,,,

ini la lelaki....

Kalau perempuan lawa pendiam, Lelaki akan cakap::
woow,,, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam::
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...
kalau perempuan lawa berbuat jahat, Lelaki akan kata:
musti ada krisis dalaman nih...
kesian kalau perempuan tak lawa berbuat jahat, Lelaki akan cakap:
dah la tak lawa, perangai pulak huduh...
kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu, Lelaki akan cakap:
heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu: Lelaki akan kata:
taktik nak ngorat le tu...
kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensemLelaki akan kata:
ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem, Lelaki akan kata:
kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!
kalau perempuan lawa ditinggal kekasih, Lelaki akan kata:
buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih, Lelaki akan kata:
...patut pun kena reject...
kalau perempuan lawa penyayang binatang, Lelaki akan cakap:
perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatangLelaki akan cakap:
sesama keluarga memang harus menyayangi...
kalau perempuan lawa bawa BMW, Lelaki akan cakap:
ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW, Lelaki akan cakap:
musti anak org kaya nih.....
kalau perempuan lawa tak mau bergambar, Lelaki akan cakap:
pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar, Lelaki akan kata:
sedar pun diri...
kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki, Lelaki akan cakap:
caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki, Lelaki akan cakap:
nak tunjuk caring le tu....
kalau perempuan lawa bersedih hati, Lelaki akan cakap:
dont worry..i will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati, Lelaki akan kata:
sikit2 nak nangis!! mengada2...
kalau perempuan lawa masak, Lelaki akan kata:
dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak, Lelaki akan cakap:
ntah sedap ke tak????
kalau perempuan lawa main2 miss callLelaki akan kata:
takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call, Lelaki akan cakap:
ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..
kalau perempuan lawa hantar2 email, Lelaki akan kata:
sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email, Lelaki akan cakap:
balik2 email dia...boring

Saturday, April 07, 2007

RUMAH


Minggu lepas aku jenguk2 rumah yg aku beli di area Ulu Langat, terasa dah lama sgt aku tak kesana... dah beberapa bulan aku tak tinjau2. Dah nampak banyak perubahan dan 75% siap...Lega hati aku, kerana sekurang2nya.. aku tak la ditipu oleh pemaju dan di jangkasiap pada june 2007. Aku pun tak sangka aku terbeli rumah area sana... kalau di sebut mmg nampak jauh benar.. Batu 9 Jalan Cheras Ulu Langat. Walhal lebih kurang 15 minit je dri opis aku yg terletak di Pantai Dalam.

Balik je dri tapak perumahan, aku singgah ke site office, mana lah tau ada projek rumah baru yang nak di bena.
Betul la tekaan aku... ada rumah sedang dlm pembenaan. Boleh lah aku war-warkan pada kawan2 aku nanti... rumah kos rendah 5 tingkat dgn harga rm42 ribu. Aku rasa memang boleh beli dgn harga mcm tu... sbb kawan2 office aku masing2 dalam perancangan nak membena mahligai bahagia, termasuk lah anak aku sendiri.

Esoknya.. aku pun war-warkan lah... kat kawan2 aku... so.. lunch time tu.. depa masing2 nak tgk sendiri plan sebenar kedudukan kawasan dan rumah tu. Memang dlm pembinan... Aku dah explain kat depa2 tu.. boleh di beli rumah ni sbb pertamanya... "MAMPU" apa lagi kepada mereka yg akan berumah tangga, baru nak belajar kehidupan sendiri, dan tak susah payah untuk menyewa rumah yang semakin mahal. Di Bukit Angkasa, flat 3 bilik, sewa... paling murah pun rm550. lagi pun sampai bila nak dok menyewa. keDUA nya sebab umah ni tidak tinggi melangit sgt, setakat 5 tingkat dan tingkat bawah sekali kosong... (tidak ada rumah). keTIGAnya... sebab hak milik bebas (bukan pajakan) maknanya.. kita boleh jadikan investment utk masa depan.dan keEMPATnya.... pembinaan siap dalam jangkaan masa yg ditentukan (bukan makan masa bertahun2 baru siap). Memang tak rugi.


Bila masing2 dah terbuka mata dan minda,,,, masing2 pun setuju utk membeli rumah tu. Fazdly dan Khairool terus booking rumah tu... Utk booking dikenakan bayaran sebanyak rm2,000... mana la masing2 bawa duit sebanyak tu... adalah dlm rm100 je dlm wallet. dia org sibuk cari mesen ATM nak keluarkan duit. Aku kata.. booking dulu jer... kita bayar la dlm rm200 dan bakinya rm1,800 tu.. kita bayar gunakan bank draff. 3 hari kemudian.
masing2 pun memilih rumah mana yg dia org mahukan. NO rumah dan level juga block. Lepas tu... masing2 bayar duit booking rm200

Dua hari selepas tu... anak sedara aku Fara dan suami pula dtg nak booking, selepas aku war-warkan kat dia. Kalau boleh biarlah ada kerabat2 yg duduk berdekatan sesama nanti.. Setakat ni, ada la 6 org yg akan akan tinggal berdekatan kat area tu.

Pendapat Aku ler... Anak2 muda perlukan bimbingan dan arah tuju utk masa depan mereka dari kita yg dah banyak pengalaman. Sama ada dia nak mendengar dan ikut... itu terpulang pada diri masing2 ...sekurang2nya kita dah bgi petunjuk dan jalan yg terbaik.

Thursday, March 29, 2007

HAPPY BIRTHDAY TO ME....



19 Marc lepas.. genap lah usia aku yg ke-5x. Aku amat bersyukur ke Hadrat Illahi kerana masih dapat bernafas di dunia... masih dapat menatap keluarga tercinta... suami aku... sanak seudara ku yg amat aku kasihi... kawan2 aku yg amat aku hormati... rakan2 cyber aku yg sentiasa dalam ingatan ku...
Alhamdulillah... Allah bagi aku rahmat dan kekuatan serta kesihatan yg masih baik... Terima kasih Ya Allah.
Kebiasanya mmg aku lupa akan tarikh lahir aku sendiri... tapi.. hari lahir anak2 aku... mmg aku tak boleh lupa begitu sahaja... yer la kan... sbb aku yg melahirkan dia org semua.... Aku yg merasai kesakitan masa melahirkannya....

Tepat jam 12tgh malam... 19hb... aku dikejutkan dgn ucapan bezday record sms dri anak aku yg di pahang...
HEPY BEZDAY TO U.. muahhh....
HEPI BEZDAY TO U.... muahhh..
HEPI BEZDAY TO MAMA.....
HEPI BEZDAY TO U............
dia wish siap dgn dendangan lagu... ramai2 dgn kawan2 asrama...
Aku terkedu.... ! Lepas tu kak Illy masuk bilik aku "Heppy Birthday ma...." thank kak Illy...
Bila aku nak terlena.... aku terdengar Khairi memetik gitar lagu "Happy Birthday".... walaupun dia mmg tak banyak berbicara... aku tau... mmg itulah cara dia. Lepas peperiksaan SPM tempoh hari... dia mula belajar main gitar sendiri... menerusi internet.... dah boleh ikut lagu yg simple2.... Thanks Herry...
Aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kpd kawan2 aku... Olie, amie, yus ularkapak, Fakrul, Hasnor dan cikgu Nissan,,, kerana masih mengingati Hari Lahir aku. Doa kelian... amat aku hargai... amin....

"NAK BELI KEK TAK MAA..?" kata kak illy. Aku kata.... nanti la bila semua ada kat rumah... maksud aku, bila semua berkumpul.... Yana balik rumah, abg tak out station....
Aku tak sampai hati nak celebrate bezday kalau anak2 aku tak cukup 5 org.... aku nak semua anak2 aku heppy....

Kegembiraan kita... bila ada org sekeliling kita yang masih mengingati kita dan menghargai diri kita....insyaalah....

TIDAK SEMESTINYA,,, kalau tak wish sesuatu kepada kita , tandanya mereka akan melupakan kita...

Monday, March 12, 2007


Hari ni 11hb march 2007....
Rasanya baru saja umie hantar anak ke PLKN di MBBS Selayang. Hari ni dia sudah habis menjalani latihan. Ye la.. bukan lama mana pun.. 2 bulan 10 hari jer... pejam celik... pejam celik... dah tamat. Dulu aku paling risau, tambah pulak bila kita dengar ada yang meninggal dunia semasa dalam latihan. Tapi kan... ajal maut di tentukan Tuhan.. kalau tak mati semasa latihan... kat mana2 pun mati juga. Alhamdulillah anak umie dalam keadaan selamat.














Sunday, March 11, 2007

NORHANA

ANA.... nama nya sentiasa dalam ingatan aku... walaupun dia tak serapat mula2 aku kenali dia dahulu... Bertubuh besar dan tinggi. wajahnya comel... baby face orang kata. Biasa nya... org yg bertubuh besar mempunyai wajah yg comel.... contohnya... ADibah Nor yang memang di kenali ramai. Aku memang meminati dia kerana dia seorg yg tabah dan berwajah selamber...

ANA.. selalu murung.. kadang2 dia nangis sorang2.... kejap tu bila aku buat lawak... dia gelak. pastu nangis... aku pun tak tau apa masalah yg dia hadapi. Bila aku selalu pujuk dia... lama2 dia cerita kat aku... yg dia memang banyak menghadapi masalah . Jiwa aku yg sememangnya sensitif, mudah rasa simpati dgn apa yg dia sedang tanggung masa tu.mengenang ayaq mata... sedihnya aku.

Bila dia bercerita bermula dari A sampai Z..... hati aku mula lah sebak sbb Ana yg berusia awal 20an ketika itu sudah menghadapi berbagai2 dugaan.. yer la kan... seusia dgn along, sepatutnya di usia mcm dia... dia seronok dgn kawan yang sebaya dgn dia... tapi... dia hanya bertemankan air mata kesedihan.

Ada satu masa, dalam pukul 10 malam, dia call aku sambil teresak2 suruh aku ambik dia dekat bus stop area bangsar. Biasanya aku mmg tak buang masa utk pergi mengambil dia... yer la... hati seorg IBU, sapa lah yg tak rasa simpati. Bila aku sampai dekat bus stop tu.. dia yg masih berpakaian kerja siang tadi dan membawa satu bag plastik duduk sambil teresak2 menangis. Tapi... selalu hati aku berkata2... "Tak kan lah.. family dia tak ambik pedulik langsung kat dia"...
Ibu Ana masih ada walau pun dah agak uzur, dan ANA adalah anak bongsu dalam adik beradik yg agak ramai juga ... dan kebayakan nya dah berumah tangga. Yang aku tau.. Ana ada seorang kakak yg belom berkawin dan tinggal berasingan dri keluarga.

Satu hari... ada seorang teman aku dtg ke opis aku... kebetulan Ana ada dekat aku ketika itu... Bila kawan aku dtg jer... Ana cepat2 je keluar dri bilik aku dgn muka mencuka. Heran aku... kenapa yer??? . budak2 aku kata...


"Ohh.... yer ke?? lorr... sian nya ye Ana tu....! Apa sebabnya dia jdi mcm tu erk??? itu la yg keluar dri mulut aku. Rupanya.... Ana tu ada kad KUNING dri hospital jiwa. ! eehhh seram juga la aku... kesian pun ada...

Aku selalu teringat apa yg dia citer kat aku... dia kata... abang dia selalu minta duit dia.. bila tak bgi duit... abg dia akan pukul dia sampai pengsan... bukan setakat pukul saja.. abg dia akan rogol dia.... .... sbb tu dia selalu lari dri rumah... sambil dia tunjukkan tangan dia yg lebam2 kaki yg biru birat dek kena pukul...
Itu satu bab.... yg paling kesian tu... bila dia kata dia kena breast cancer... aku percaya sungguh2... mcmana la aku tak percaya... sbb dia kejap2 masuk toilet nak tukar tissu yg dia bubuh dlm bra dia.... sbb keluar darah dri breast dia... Pernah satu ketika... dia balik ke kampung sebab nak berubat cara kampung. dia call aku,,,, dia baru jaga dri pengsan sbb dia terlangar tiang dan darah keluar dgn banyaknya dari breast dia....

Walla..... semua tu hanya kenangan.... kenangan manis utk aku kenang saat aku pencen kelak...
Bila aku amati.... Sesorang yg mengalami sakit jiwa... dia boleh melakonkan apa saja.... yang dia suka dan dia boleh menjiwai watak2 sehingga orang rasa simpati... TAPI... aku lebih banyak merasa simpati dan melayan kerenah dia mcm aku melayan anak2 aku masa di masa kecil dulu... memang aku simpati... dan aku takkecil hati walau pun sedikit... sebab aku tau yg ANA SAKIT...

Tuesday, March 06, 2007


PERTUNANGAN
25 February 2007



















Wednesday, February 21, 2007

Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....


1.Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2.Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3.Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4.Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5.Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6.Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7.Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8.Anda seorang yang istimewa dan unik.

9.Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10.Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11.Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12.Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13.Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala makihamun, caci & cela.

14.Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15.Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

16.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Sunday, January 28, 2007


MUTIARA HATI


ku rindu kasih syg mu
kau pergi tinggalkan ku
masih luka di hati ini
kau bilang ku mutiara hati

ku ingin berjumpa dgn mu
undanglah menghadap illahi
biarkan lah hanya dalam mimpi
untuk menghapus semua rinduku

Ya Allah..... berikan lah aku
bonda yg berhati mulia
sebagai ganti dia yg pergi
utk membimbing menuju hidupmu

Pancarkanlah cahya mu
pada jiwaku ini
utk dapat rahmat
kurniamu.......


*Sakhra

Mutiara Hati mengesahkan seorang anak kecil dlm lingkungan 4 atau 5 th yg kehilangan ibu… Ayahnya seorang businessmen yg terlalu sibuk, tapi tidak pernah mengabaikan tanggungjwp sebagai seorang ayah… sehinggalah satu hari dia telah bertemu jodoh dgn seorang wanita yg amat TABAH dan perpegang teguh kepada AGAMA…

Umie suka sine.. bila Ibu Arini solat bersama2 Nabila… selepas sama2 berdoa… Ibu Arini akan berdoa.. “YA ALLAH… KABULKAN LAH DOA2 NABILA YA ALLAH…”

Biasanya jam 6.00ptg sampai jam 8.00mlm,,, umie tak lepaskan peluang menonton TV9 (TETAP DIHATI) .