Tuesday, July 08, 2008

KE SABAK BERNAM LAGI

Julai adalah bulan pendaftaran untuk para pelajar yg dapat menyambung ke instituisi pengajian tinggi, Selepas Kak Illy mendaftar di UiTM, kali ini si adik pulak Illy Malyana (anak ke-4),dapat memasuki Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam. Mula mendaftar pada minggu lepas 6/07/08.

Kolej ini dibuka sepenuhnya pada awal 2004, dimana Kak Illy ada lah kumpulan pelajar yg pertama di Kolej ni.

Tiga tahun dulu, mula-mula sampai di Sabak Bernam, umie terasa amatlah jauhnya, maklumlah sebuah kawasan pendalaman yang tak banyak kemudahan pengangkutan awam, spt bas atau texi... yang ada hanya pivate sapu, tu pun kena mencari2 di kawsan pekan... Memang kasihan bgi anak2 kita yg pulang pada hujung minggu.Tapi dalam diam tak diam, tamat juga pembelajaran Kak Illy di sana.alhamdulillah.

Kali ini, sekali lagi umie akan berulang alik kesana .. Tiga tahun.Bila dah congak2 dalam masa 3 tahun tu umie mungkin pencen. Bertambah la ketuaan umie.... cuma doa umie semoga Allah beri kekuatan dan dipanjangkan usia. Umie teringin sekali melihat kejayaan anak di depan mata.

Anak umie yg ke-3 pula (Khairie) akan memasuki semseter ke 2 di Politeknik Shah Alam. Alhamdulillah keputusan peperiksaan nya pada semester pertama amat baik.

Dulu Khairie pernah belajar di UNISEL Btg Berjuntai, tapi hanya satu semester disebabkan dia mendapat tawaran masuk ke Poli Shah Alam. Umie rasa kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian di sana disebabkan yuran yg tinggi. Masa mula2 mendaftar pengurusan kata hanya rm1,600 utk satu semester, tapi masuk semester kedua, dinaikan sehingga ke RM2,500.00. tu belum campur untuk sewa rumah dan keperluan harian, makan dan minum. Untuk anak2 yang lain umie kena fikir2kn juga... ikut pada kemampuan kita. Setiap anak ada rezeki masing2.

Disini lah terletaknya Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam, Selangor.Kawasan yg luas dan mempunyai pemandangan yg menarik, ditengah2 nya terbena sebuah tasek....

Umie teringat semasa taklimat IBUBAPA baru ni di dewan, kaunseling tu berseloroh... "majoriti penduduk Sabak Bernam adalah keturunan jawa, dan makanan popular adalah TEMPE, kalau tuan2 mahukan hidung mancung dan pipi gebu... makanlah TEMPE hari-hari, tapi bukan saya yg kata... mantan MB Sel yg kata"...."Saya adalah anak tempatan disini dan saya lebih senang dgn pengilan AYAHANDA." gamat dewan seketika. hihihihi umie pun anak jawa jugak lor.......

Berkumpul di tanah lapang sebelum masuk ke Dewan.Kesemuanya seramai 3,200 pelajar.Tapi umie nampak pelajar perempuan melebihi dari lelaki.Itu memang lah dimana2 universiti lain juga mcm tu. Pengambilan hanya 22,600 org daripada 125,000 orang yang memohon pd tahun ni...
Apa pun semua nya telah berjalan dgn lancar...syukur kehadrat Illahi.
_______________________________________________
Untuk seorang sahabat umie, yang telah lama dikenali, andainya ada menjenguk2 di sini....umie minta maaf seandainya selama ini ada rasa kecil hati. umie bukan sombong, tapi bila umie reply masa YM mlm tu, seakan2 tak dapat di baca... dan umie cuba sms selepas itu, tapi tak ada balasan.
umie minta maaf ye ENCIK....

Thursday, July 03, 2008

NASYID- SUBHANALLAH- diwani

Kepada pengunjung2 blog ini... umie mengucapkan terima kasih...




Wednesday, July 02, 2008

HEPI BEZDAY

HAri ini, kami mengadakan jamuan hari lahir kami di unit Graphic Operation Center. Kakitangan yg tarikh kelahirannya pada Januari hingga June kami sambut serentak pada hujung bulan June atau awal Julai.Begitulah lazimnya setiap tahun.Unit kami hanya ada 25 org kakitangan , tapi bila dah di campurkan dengan PELATIH2 dari University/kolej... bertambahlah seri dan meriah majlis kami yang di buat secara ala kadar ini.

Kepada kakitangan yang kelahirannya pada Julai hingga Desimber, kami akan sambut pada Nov atau Dec (hujung tahun ni).

Sambutan sebegini sekurang2nya akan merapatkan silatulrahim antara kami dan mengharapkan persahabatan berkekalan dari setahun ke setahun... insyaalah.

Posing dengan Pelatih2 dri UiTM Shah Alam... umie yg paling vateran ni mereka anggap saperti IBU mereka... seronok rasanya di kelilingi dgn anak2 ini , sungguh ceria dan tau menghormati antara satu dgn lain.



Friday, June 27, 2008

AKU YANG SIBUK


Terdahulu umie nak minta maaf sebab tak dapat nak melawat ke blog kawan2 sekelian. Sejak kebelakangan ni, umie agak sibuk.... Insyaalah kalau umie dah lega sikit, umie akan jenguk dri blog ke blog kawan2, dan akan meninggalkan komen utk kawan2 semua...

Adakala umie sampai rumah waktu senja.... kesian kat AKU.... sampai dirumah terus je buka peti ais, keluarkan apa2 yg patut utk di masak buat hidangan makan malam... Memang penat...


Walaupun penat, aku dapat kepuasan bila semua kerja2 dapat di bereskan. Gambar diatas, sebahagian tugas2 umie... booking kerja yg berderet2perlu di sattlekan... ada kala mcm nyawa tinggal sekerat je... huhuhuu.... Pada umie, setiap tugas yg kita selesaikan perlu ada keikhlasan, tanpa ada sungutan.

Ini sebahagian dri tugas umie... mencantikan dan mengemaskini sesebuah ayat yg pada mulanya hanya sekeping kertas dgn tulisan berwarna hitam putih. Alhamdulillah selama umie bekerja di RTM, umie sering membuat GRAFIK program AGAMA dri pemyiaran JAKIM.

Buat masa ni, umie sedang menyiapkan program Dokumentri Khas Tilawah A-Quran... mengenai bagaimana Al-Quran kitab terakhir ini diturunkan dan juga keindahan nya untuk rujukan kesejahteraan umat sejagat dan bagaimana agama Islam dari Tanah Arab melepasi ke benua Afrika hinggalah ke rantau Asia Tenggara.



*Boleh saksikan di TV1 sebelum Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan nanti.*



Kesibukan harian, membuat umie selalu tergesa2 utk ke Office, dan hari ni , sesampainya umie di Office, ada seorang student tegur umie... " umie... kalau nak bagitau sikit, jangan marah la yer... " Aku terkebil2 jer... "ehh bagitau jer le... apa salahnya..."
Aku perati je muka dia dgn rasa musykil..... lama pulak dia nak cakap...
"ada apa Che Ah...cakap jer la..."
"Janji.... jangan marah.... ermm.. umie pakai tudung terbalik..."
Hehehehee.. kami gelak sama2...


Serabutnya aku hari ni... hihihi...

Aku tak kesah serabut mcmana sekali pun... sbb aku ni jenis tak pi mana2... dok jer dalam office sampai waktu balik... buat kerja tak toleh kiri kanan pun....

TEKUNNYA AKU...

(naik lif kejap na...)

Wednesday, June 25, 2008

SAMBUNG BELAJAR.

Azam kak Illy untuk menyambung belajar lagi, bagi mendapatkan Ijazah telah diterima di UiTM Shah Alam. Doa umie agar dia tabah dgn segala cabaran nanti. Maklumlah bekerja sambil belajar (PLK). Kelas bermula jam 8.00 hingga 10.00 malam, ini bermakna pengajian nya mengambil masa sehingga 3 tahun lebih.Kalau di kira dan dicampur, ini bermakna untuk mendapatkan Ijazah memakan masa sehingga melebihi 6 tahun... (sekiranya dia mengambil diploma terlebih dulu). Umie sangat bersyukur kerana KAk Illy mendapat tempat utk mencapai cita2nya, dan itu janji dia utk mak ayah nak mendapatkan segulung Ijazah. Sebagai seorang Ibu hanya doa yg mengiringi dia....
Rupanya, bukan mudah untuk mendapatkan tempat utk menyambung belajar. Sebelum ni.. Kak Illy belajar di SINI.

Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tghari.

Sementara menunggu Kak Illy menghadiri taklimat selama 2 jam, kami berjalan2 di kawasan TASEK SHAH ALAM... bersama anak2 dan 2 org anak buah umie, Intan -Intan ku sayang.

Tuesday, June 17, 2008

GOTONG ROYONG OFIS ..



Ahad baru2 ni... unit kami membuat pembersihan kawasan ofis. Kami gotong royong membersihkan dan mengemaskini barang2 lama yg terbuang dan terpakai.




Biasanya setahun sekali atau 6 bulan sekali (tu pun kalau rajin) tgk kepada keadaan. Kebiasaan nya sebelum habis pelajar2 yg sedang menjalani latihan di unit kami habis.... jadi kami memerlukan tenaga mereka untuk membantu kami bergotong royong.



Kebiasaannya student dri POLITEKNIK menjalani latihan paling lama iaitu selama enam bulan.. UiTM tiga bulan... lain2 kolej spt UNIKL, KOLEJ KOMUNITI, OUM, KUPTM dan LAIN2..






Selama ni mmg umie ramai anak2 tergolong dri student2... ada kala sehingga 21 orang... macam2 perangai dan perwatakan... ada kala mmg membosankan dan adakala menghiburkan hati.... BOSAN kala mereka membuat bising... dan menghiburkan ketika mendengar cerita2 lucu dri mereka... dan kepuasan bila mereka boleh membantu kerja2 kita dgn baik....





Antara barang2 yg akan di recycle, dan hasil nya akan di masukan kedalam TABUNG KEBAJIKAN unit kami.



Ini dulunya kawasan pantry kami... tapi lama2 bilik ni tak terjaga disebabkan oleh kemalasan staff sendiri yang tak mahu mencuci pinggan mangkuk selepas digunakan. Jadinya, lebih baik kami jdikan store menyimpan barang2 dan kertas serta artwork lama2 dulu.... tapi baru ni kami bersihkan dan boleh jadikan bilik SOLAT .


Ini pantry baru yg terbuka(tak tersorok)... Barang2 ni adalah sponsor dri Pak Menteri kami.... Pak Shaberry Cheek.


Menjamu selera selepas keletihan dgn kerja2 pembersihan.

Ini lah anak2/adik2 kami yang cun2 belaka....


Dalam banyak2 bunga... terselit seekor kumbang... Ini group yg suka buat bising.... kdg kala umie terpaksa keluar kebilik lain utk tenangkan fikiran... ahaks...


Ini meja ku... setelah disusun dan kemas.... cermin muka wajib ada.... utk belek2 muka (kot2 la tudung senget ke apa ke...)ada kala boleh intai2 org yg lalu lalang.....Sebahagian kawasan meja aku.... tu gambar tahun bila ntah.... umie pun tak ingat.... KAD RAYA dari kami di unit grafik.




Ini adalah hasil kerja umie waktu dulu2... terjumpa semasa menyusun barang2 lama di bilik store....

Akan ku abadikan sebagai kenangan, dan akan ku tunjukan kepada anak2 dan cucu2 ku nanti..... umie rasa drawing ni sekitar tahun akhir 80an... masa ni umie terlibat dgn prog kanak2.... waktu tu kerja2 semua secara manual... tapi sejak ada komputer, nak melukis pun rasa dah keras tangan... huhuhu... mana perginya bakat semula jdi ku selama ini....??? adakah aku akan melukis spt dulu2..???
Banyak lagi lukisan2 lama yg umie jumpa semula.... nanti umie akan postkan kemudian...

Tuesday, June 10, 2008

SEPUPU

Assalamualaikum,

Umie kembali untuk berblog setelah beberapa minggu merehatkan diri dan juga minda.
Terima kasih atas komen dari rakan2....Sarina, Wan Zuha, Arsailli dan Mama ranggie... Terima kasih buat PB yg bertanyakan kabar umie...


ONDE, terima kasih sudi sms umie tempoh hari... buat Onde umie minta maaf kerana tak dpt nak reply sms... naqnya fon umie masa tu kena BLOCK oleh celcom sebab umie lewat bayaq bill,
Terima kasih juga buat KAMA, menanyakan kabar umie.
Minggu pertama tu memang sibuk dgn prog baru dan memerlukan kerehatan minda, dan ada tetamu dari jauh, yg dah 20 tahun tak jumpa.... Tetamu umie tu bukan lah org lain... tapi SEPUPU umie yg datagnya bukan dari nunn jauh di seberang... tapi datang dari Air Keroh, Melaka.... ahakz..!


Bila masing2 dah berumah tangga, dan sibuk dgn anak2 yg masih kecil... mmg susah nak jumpa, masing2 dgn hal keluarga. Umie hepi bila ada tetamu / saudara mara datang... hilang rasa rindu, dan sekurang2nya kita tau akan perkembangan mereka masa kini.



Apa yg menariknya pertemuan kami tempoh hari, bila isteri sepupu umie tu bgitau umie... dia nampak apa yg org tak nampak...
contohnya,
di rumah dia... kalau ada makhluk asing masuk kedalam rumah .. dia akan nampak... walaupun tak berapa jelas... walaupun makhluk tersebut tak menganggu kehidupan mereka... Dia kata, anak2 dia enam org, dan lima dri nya juga dapat melihat sebagaimana Ibunya... Hanya suami dan anak yg bongsu sahaja yg tak dapat melihat makhluk asing tu... Tapi umie rasa, kehidupan harian mereka pasti terganggu dan tak rasa tenteram. kasihan...!

Satu malam tu
umie bawa dia jalan ke rumah adik umie di Jinjang. Sewaktu melalui jalan di Bt CAves, dia kata
"Eee.. banyaknya...."..! dalam hati umie.. apa lah yg banyak ni... ! dia kata.. " Banyak la kak.... banyak sangat.... dia kata.. kalau Dilla datang esok siang... dia nak ikut Dilla balik Melaka satu..."

Planning sepupu umie,
nak singgah Bt. Caves keesokan hari nya dan dia ajak umie temankan dia jalan2.... saja2 nak tgk tangga tinggi beratus2 mata anak tangga...
Walaupun kawasan rumah umie terlalu dekat jaraknya
dengan Bt. Caves, tapi hati ni,
tak pernah langsung terniat nak jenguk kawasan tu...apa lagi nak daki beratus2 anak tangga. Sekarang telah dibena PATONG yang amat tinggi dan besar berwarna GOLD memancar2... dan menjadi tumpuan pelacong dari luar dan dalam negara datang melawat.
Berbalik pada citer sepupu umie tu,
bila dia nampak, ada banyak sangat makhluk asing ... kami cancel untuk kesana keesokan hari nya... dan kami rancang untuk ke KLCC.Seram pulak bila dia ckp mcm tu..... dalam seram... ada masa mcm lawak pulak... jdi kita tak rasa takut sangat.

Itulah kesah minggu pertama cuti sekolah.... Dalam masa 2 minggu ... kami banyak memenuhi jemputan kenduri kawin bagi memeriahkan majlis sama ada di KL juga di kampung... .

Monday, May 26, 2008

REHAT


Assalamualaikum..

Buat sementara waktu, umie akan berehat seketika, harap maaf andaikan ada terkasar bahasa dan keterlaluan cara semasa umie menulis selama ini...


sekian.....


Sunday, May 25, 2008

MALAM BBQ

Umie dan family sampai agak lewat sikit . sampai saja... mereka baru selesai membaca doa... Tapi... mmg best... semuanya SODAP...

Ada acara utk kanak-kanak.... juga staff KWSP.... dan ada hadiah baut pemenang juga yg tak menang...


Ada karaoke.... masing2 dgn cara dan gaya yg tersendiri... hihihi
Setiap unit ada persembahan tarian spt tarian dangdut, arab, melayu dan rock.

Inilah family umie yg ceria2 selalu...


Iklan colgate persembahan kak Illy... ahaks..

Friday, May 23, 2008

JALAN-JALAN CARI MAKAN


Hari Jumaat waktu rehat memang panjang...

daripada umie melelapkan mata pada waktu rehat,

makanya umie dgn kawan2 plan makan di luar kawasan.... bukan jauh sgt ...

lebih kurang 5 minit sahaja dah sampai....


Biasanya kami ke MIdvalley atau Amcorp Mall, utk jalan2 cari makan sambil2 mencuci mata, tapi oleh kerana kami terlewat, kami tukar plan utk makan di area yg berdekatan saja...

Pemandangan CAFE dari luar.... nampak hijau yang menyejukan pandangan mata...

Cafe ni terletak di hadapan bangunan BOMBA Pantai Baru.

Antara makanan yang kami order.... bihun goreng basah, rojak buah, kuey teow tomyam dan mee hailam...

sempat tu ambik gambar... hik hik hik..


Malam ni Kak Illy ajak kami sekeluarga ke KWSP Shah Alam pulak...

Ada jamuan BBQ bagi warga KWSP di sana... apa lagi.... jommmm..

Kak Illy minta tolong umie utk design banner....

inilah hasilnya..... siap juga dalam masa 2 hari... Kalau tak.. Kak Illy nak gunakan kain dan cat minyak.... pastu nak bubuh dust yg kilat2 tu.... umie kata seminggu pun lom tentu siap... sebab keje remeh temeh,,,, silap2 nanti cat tumpah atas kain... kan ke nanti buat letih jer... so umie bantu lah dia.... kita kena ikut peredaran zaman dari masa ke semasa.... dari zaman manual ke zaman komputer, tapi.. apa pun, cara manual kita tak boleh tinggalkan.... kalau tak ada yg lama... tak ada lah yg baru....

Kalau ada sesiapa yang perlukan bantuan utk projek banner atau bunting atau yg berkaitan dgn nya... sila hubungi umie.... ahaks..