Thursday, June 11, 2009

KENANGAN LALU

Kenangan Lama…

Mana mungkin kenangan lama berlalu begitu saja… seronok pun ada, sedih pun ada… tapi biar lah aku tulis yg lucu2 saja la erk…

Sekitar tahun akhir 70an semasa aku mula2 tinggal di KL, aku menumpang di rumah sepupu aku.. iaitu cik siti. Cik Siti ni bukan orang lain bagi aku… dia ada lah sepupu aku sebalah mak. Iaitu mak aku adik beradik dgn bapa dia… jadi.. aku dgn cik siti adalah sepupu.
Kami dari keturunan kelompok JAWA… mak dan bapa aku memang keturunan jawa. Tapi tak tau pulak dri kelompok jawa apa… sebab dalam keturunan jawa ada beberapa nama… yg aku tau… jawa ponorogo dgn pagelen… lain2 nama tu mmg aku tak ambik tau langsung… nanti2 lah aku selidik nama2 lain. Nak juga aku tau kan…. Jangan pulak keturunan tinggal hanya keturunan. Tapi tak tau dri sepsis mana.

Aku kawin dgn Pak Yong, berketurunan jawa jugak…jawa ponorogo. Masa baru2 kawin dulu, aku pun tak faham sgt bahasa jawa dia org.. . ternganga je le… sekali2 tu aku gelak dalam hati je… pastu tanye pak yong mana yg aku tak paham. Hihihihi..
Pak Yong, walaupun keturunan jawa, tapi tak pernah sekalipun dia cakap jawa dgn aku… Aku pun macam tu jugak… tak pernah cakap jawa dgn Pak Yong… Tapi kalau dgn adik beradik sendiri… tak lekang “NGOMONG JOWO”.

Berbalik kepada cik siti sepupu aku tu…

Baru2 ni, aku sekeluarga balik kampung Yong Peng untuk menghadiri majlis kenduri kawin anak kepada sepupu Pak Yong. Sepupu Pak Yong ni kawin dengan sepupu aku, Cik Siti ni… Jadi nya.. mmg aku mengenali keluarga Pak Yong sebelum aku kawin dgn dia… orang kata… mudah bila kita dah kenal keluarga orang yang kita nak hidup sama2 kelak. Hehehe iyer ke senang???
Dalam perjalanan ke kampung, aku pun buka citer kat anak2 aku.

“Yana.. Illy… dulu2 kan masa zaman mak muda.. mak tinggal kat Dato Keramat menumpang rumah Cik Siti.” “ Masa tu, tambang bas dri pasar dato keramat ke chow kit Cuma seposen jer.. Petang mak pergi ke kelas menaip dri Dato Keramat sampai jalan gurney Cuma lima sen jer..naik BAS SRI JAYA... “ lorr… kyusuk pulak budak2 ni dengar citer aku. Hihihihi…
Satu hari tu… Cik Siti ajak aku jalan ke Chow Kit beli barang keperluan. Masa tu pasaraya popular ialah Keramat Supermarket dan Batu Road Supermarket. Dulu2 kalau nak jalan2 bergaya sungguh… berskrit kembang… baju berlengan pendek paras atas siku. Kebanyakan berskrit, berseluar panjang atau jeans ada juga… zaman tu jenis bell bottom… kembang belah bawah…. Boleh menyapu jalan raya lagi… huhuhu.. Baju maxi pun pakai jugak… make up boleh tahan gak… yer la.. masa muda… bergaya ler.. Rambut sepit tepi telinga siap ada bunga2 lagi. Hihihi… kasut tumit tinggi… ahaks…

Dah le bergaya sakan… bila naik bas, aku kena lah bagi Cik SIti duduk dulu… aku terpaksa lah cri tempat duduk kat belakang… jadinya,,, duduk lah aku kat tempat duduk belakang sekali. Aleh2 Cik Siti panggil aku dgn kuat nadanya…... “Mickk (nama panggilan aku)… Kak Siti wes bayar tambangehhh yo…” aduhhhh… aku perasan ramai yang dok alih pendangan kat aku… huhuhu… apa lagi, aku buat muka tak malu jer.. walaupun mmg lah malu..!!

Apa lagi, Illy dgn Yana gelak sakan dengar cerita aku…
Sekarang ni, kalau aku dengar org ngomong jowo dalam bas…. Kebanyakan nya adalah pendatang dari Indon… dan aku faham apa yg dia orang sembangkan…. Cuma, aku akan gelak dalam hati atau senyum2 simpul saja… memang kita tak sepatutnya melupakan bahasa ibunda kita, kalau lah ada geng nak cakap jawa, mahu saja aku sembang dalam bahasa turun temurun aku yang sememangnya unik. Tapi kat KL ni aku nak sembang dengan sapa..? Anak2 aku hanya Along dgn Kak Illy je yang faham sikit2… sebab dulu2 masa dia orang kecik2, kalau umie dah marah sangat, memang guna bahasa jawa… hehehe.. ler ni aku gunakan bahasa jawa bila balik ke kampung sahaja. Aku yakin dan pasti, bahasa ibunda kita akan beransur2 hilang dek kerana arus persekitaran dan kemajuan masa kini.

13 comments:

Fly said...

Tersenyum baca cite kakYong nih, saya rasa rugi bila x pandai bertutur dalam bahasa jawa, mak memang orang jawa abah lak keturunan bugis, jadi bila di rumah kami cakap melayu biasa je. sudah pasti kalau balik kg di pontian saya dan adik beradik yang ternganga bila mak mula speaking jowo dengan sedara mare yang lain :)

IKHWANI said...

Umie (nak gelak dulu) hehehehe...gelak bukan apa sebab keluarga sebelah husband memang Jawa (walaupun campuran Mami - mak mertua anak Mami, pak mertua Jowo). Tapi kawan-kawan kat kampus dulu memang ramai Jawa, jadi tak asing lah cuma tak sangka jer nak berkeluarga dengan orang jawa.

Masa kenduri kahwin saya dulu, saya memang nganga sebab orang kampung suami semua cakap Jowo!!! Kadang-kadang kami sembang-sembang anak beranak, saya cakap kelantan, husband menyampuk Jawa, gelihati jugak tu kengkadang sebab dia ni banyak rupa Mamak - mamak yang boleh cakap Jawa.

pB said...

kah kah kah

terbayang bayang adegan tu kat kepala otak pB nie ....

mesti cover habis masa tu ....


akazzz
mana gambor n3 bawah tu???

umie@kakyong said...

Fly..
Kena belajo sikit2 tu... nanti hilang terus bahasa ibunda kita... kalau tgh tensen, boleh la lepas cakap jawa sorang2.. hihihihi

umie@kakyong said...

OO,
hehehehe... seronok kalau boleh cakap jawa... kalau nak ckp rahsia2org tak faham hihihi...
Hubby OO mmg tak ada rupa jawa langsung... patut la.. ada campuran anak mami rupanya... yg bagusnya dia masih boleh menguasai bahasa jawa... OO.. jawa ni rajin tau ahaks...!

umie@kakyong said...

Pb,
memang le tak boleh nak lupa peristiwa tu... kdg malas nak keluar dgn Cik Siti... dia jenis tak kira kat mana nak cakap jawa... kalau zaman sekarang ni... tentu org ingat kami pendatang haram hehehe.

Gambo yang hari tu dah kena move... hihihi.. bila tenung lama2.. rasa mcm hero hindustan dgn heroin mak indon baru lepas shooting filem pulak hahahaha...

umie@kakyong said...
This comment has been removed by the author.
DrSam said...

teringat kenangan lampau memang boleh tersenyum sorang-sorang.

Isteri saya orang bugis+jawo, so sama macam Fly, bila balik Bt Pahat memang terlopong :)

IKHWANI said...

Umie, memang pun orang Jawa rajin-rajin ;-)

twin warriors88 said...

walah3..wong jowo yo... harape kabeh wong seneng laa yo..hihi

umie@kakyong said...

DrSam,
hehehe kena belajar sikit2... tak tau cakap jawa & bugis terasa ruginya....

umie@kakyong said...

OO...
hihihi... kebanyakan nya rajin... tapi ada juga yg malas... ;-))

umie@kakyong said...

warrior88...
waduh... kue kok biso ngomong jowo yo.... untung lorr.... boleh jadi geng ni... hihihi