Beberapa minggu yg lepas , sepupu aku call bertanyakan sama ada aku free atau tidak….tentu aku kata aku free walaupun aku ada prog lain… Dia kata nak mintak tolong aku untuk tunjukkan tempat pendaftaran anak nya yang nak masuk ke UIAM di Petaling Jaya.
Tahniah buat Aidil.
Dia bagitau aku awal2, dia nak dtg membawa 3 org anak dan ibu mertuanya sekali. Bemakna jumlah semua sekali ada 6 orang. Aku rasa terlalu gembira sebab, bukan selalu saudara mara kita nak dtg umah kita kan… Dia kata, ada juga anak saudara dia kat Shah Alam, tapi dia rasa lebih selesa bila dia dtg bertandang ke rumah aku. Bertambah besar lah rasa hati aku… terasa dihargai dan dapatlah mengeratkan hubungan kekeluargaan kami yg sememang nya jarang2 berjumpa, entah2 10 tahun sekali pun payah nak jumpa…
Aku pun berkira2 ler.. tetamu seramai 6 orang, aku anak beranak ada 8 orang, kebetulan anak2 semua berkumpul pada hujung minggu tersebut.… Jumlah kesemuanya ialah…. Empat belas orang…. Aku dok congak2… kat mana nanti dia orang nak tido… rumah aku ni kecik jer… ada 3 bilik kat atas… Barang2 Along banyak pulak kat rumah aku ni… Hadiah2 masa kawin dulu, masih tersusun kat bawah tangga dan ditambah dgn barang2 yang terkumpul , lampu… kipas angin , yer la.. rumah Along dah nak siap.. jangkaan nya sebulan dua lagi dapat lah CF… insyaalah.
Aku pun dok bincang2 ler dgn Pak Yong ku… kesian pulak tetamu tak selesa nanti… Kami buat keputusan supaya tetamu kami tu…. kami bawa bermalam di Cheras, iaitu rumah hujung minggu aku.Sekurang2 nya dia orang rasa selesa walaupun rumah tu tak berapa lengkap . hanya ada keperluan asas sahaja. Dapur masak, peti ais, meja makan,TV dan setiap bilik dah ada katil. Tilam2 spare pun ada… “toto”. Toto, aku beli kat Sg Besar dgn harga yang amat murah… ada yg rm22. Ada yang harga rm26.. ada gak yang harga rm 69. Semua jenis aku beli.. bukan apa… utk keperluan sendiri…
Lebih kurang pukul 5.15 aku dan Pak Yong dah tunggu di petronas petrol station area Tol Sg Besi… yer la..Sepupu aku tu tak mahir sgt dgn jalan area Kuala Lumpur, jadi kami kena tunjuk arah jalan… daripada dia tersesat arah kemana2 lagi susah dan meletihkan…
Lebih kurang pukul 5. 45 petang,sampai la kerumah kami di Cheras… jalan menghala ke Hulu Langat Bt 9... kira kawasan kampung buat masa ni... tak tau la akan dtg nanti... mungkin akan membangun pt kawasan2 lain.
Malam tu aku masak ikan asam pedas bubuh kacang bendi, sambal sotong, goring telor dadar, goring ikan masin terubuk Sarawak(kawan Along bagi), sayur campur.
Tapi aku tgk Mak Mertua dia macam tak berselera je… risau jugak hati aku… hati aku berkata2.. tak sedap ke aku masak..? Tapi yang lain2 tu selera je aku tgk…
Dilla, isteri sepupu aku , tarik tangan aku ke dapo… dia kata, akak jgn la kecik hati erk… mak mmg mcm tu… selepas dia kena stroke, dia banyak berubah. Ada masa dia ingat… ada masa dia lupa… ada masa duduk termenong… Dilla kata… mlm nanti Dilla nak kuar jalan2 … nak bawak Mak… dalam hati aku… nak jalan kemana ? sini kawasan kampong… tak ada apa yg menarik. Dia kata, nak bawa mak makan kat luar… owhhh baru la aku faham...
Kami pun siap2 le keluar, dan kebetulan pulak, dekat2 dgn kawasan rumah aku tu ada gerai makan yg boleh tahan sedapnya… Oleh kerana semua masih kenyang, kami cuma order minuman saja.. . Mak mertua dia nak makan ikan siakap tiga rasa tanpa nasi…. Untuk anak2, order je kentang goreng… aku pulak teringin makan rojak buah… alahai… bila siap jdi macam campuran buah2an cicah kuah rojak… alahai.. yg aku bayangkan Rojak petis muar.
Dilla kata Memang mcm tu la kebiasaan mak dia… kadang pukul 12 mlm call, ajak Dilla temankan kuar makan ikan… Sekoq ikan siakap makan sorang2 tapi tak la hari2… hanya berkala… paling pun seminggu sekali. Kita kena ikut kehendak Ibu kita, sementara dia masih ada… jgn sekali2 kita tegah apa yang dia suka, kerana, kita tak tau takat mana usia dia.. jgn sampai kita menyesal kemudia hari dan rasa terkilan.
12 comments:
salam..
layanan yang baik buat insan yang sangat istimewa, tahniah
Bagusnya Umie melayan tetamu! Itulah budibahasa orang Melayu.
Besar pahala melayan tetamu, besar pahala mengeratkan silaturrahim, besar pahala membantu orang yang meminta pertolongan kita, besar pahala melayan dan menghormati orang-orang tua.
Alhamdulillah, semoga Allah merahmati Umie dan keluarga.
huh seronoknya ramai dtg umah yerr.. best la akak ada umah kedua.. heheh leh bersantai2 ngan selesa...
Fly,
Salam... mmg perlu saling membantu pabila saudara kita dalam kesusahan... TQ
Mak Teh,
Insyaalah..apa yg Mak Teh katakan semua tu Tuhan merahmati...... memang perlu saling bantu membantu bila ada saudara kita dalam kesusahan... Dalam kesenangan kita.. satu masa Allah akn uji juga... semua yg kita lakukan disertai dgn keikhlasan... jgn harapkan balasan bila kita membantu insan lain...
Moga Mak Teh sekeluarga sentiasa dirahmati Allah juga.. insyaalah..
TQ dtg sini..
@e_da,
Rumah dua ni... nak kata best.. best juga le... tapi $$$$ best juga... hihihi..
harap Ida & baby selamat sentiasa.. sihat selalu.. amin...
ummie ku...
syioknya kalau orang mai rumah kita, kan? ct ni kat rumah asik-asik takdak o rang la ni.. tok p tidoq rumah chu, mak pulak dok rumah tokwan sebab tok n tokwan sakit. tinggaila ct sorang2 kat rumah :( sunyi nya.......
ummie... i love u...
ctz... mmg syiokkk.. bkn selalu jumpe dgn dia org..
Harap tok dan tokwan cepat sembuh...
kalau free.. mai la dtg KL...
Salam Mie
Cantik umah umie tu...
simple jer
pB suka , pB suka
Salam Pb,
Rumah persinggahan... lom nak duduk betul2... Kalau Pb nak berkelah kat Sg Congkak atau Sg Gabai... boleh la bermalam kat umah umie...
Datang la sekali2 ke Hulu Langat Pb..
pelik ek dah tua2 suka plak makan kat luar......
oh....cheras tuh umah kedua, tu gtau mak......dia kata cik jumi duk kat gombak....
Alyn... mak dia tu tak berapa sihat.... kdg ingat, kdg pelupa... dah kebiasaan nya dia mcm tu... layankan jer la.. org tua kan..
Post a Comment