Sunday, January 27, 2008

RUMAH KU, syurga ku

Minggu lepas, umie pergi jenguk rumah yg telah pun di beli kira2 3 tahun lepas.
KAwasan nya yg mendamaikan, tidak terlalu sibuk,
dan agak jauh dri pinggir kota yg
amat sesak sekali.Tetapi akan datang tak tau la...
mcmana rupa kawasan ni nanti.
Pada mulanya umie hanya nak temankan officemate tgk rumah contoh,
tetapi bila umie sendiri tenguk kawasan tu,
dan interior design nya yang menawan hati umie.
terus jer umie terpikat,
dan masa itu juga umie booking.
Harga yg berpatutan (mampu dgn gaji umie yg ciput, dan selalu ukur baju di
badan sendiri) huhuu...
Rumah LIMA tingkat yg di sediakan lif dan lot parking berbumbung.
Harga masa tu sebanyak RM89,000 +, ada tiga bilik tidur. Dalam hati umie...
mana la tau, satu hari nanti kalau umie tak mampu nak bayar balik pinjaman,
umie boleh jual jer.. ahaks... Beberapa bulan kemudian,
semasa Along nak beli rumah di kawasan itu, harga rumah yg sama
dgn rumah umie, dah mencecah
ke RM113.000+. (nasib baik dah beli awal).

ATAS:
kawasan rumah yg telah siap tapi dalam proses pembinaan lot parking.
Mungkin dalam sebulan lagi kami akan dapat CF.

Ni rumah contoh, masa ni la gerak hati umie tertambat utk memilikinya.
(dapur dan kawasan yg sewaktu dgn nya).

Kawasan bilik yg sederhana besar..
Adakah aku akan meniru susun atur nya nanti??
Aku masih banyak benda yg kena fikirkan.
Apa2 pun bab kenduri Along aku utamakan dulu..
Hanya aku bersyukur sebab rumah ni siap dalam jangkan masa yg telah ditetapkan.
Mula2 tu aku sangat2 risau sebab bila aku tgk TiVi, banyak rumah2 terbengkalai
hingga 9 tahun lamanya... dia orang kena bayar balik pinjman Bank,
lepas tu kena sewa rumah lagi. .. aku sungguh kasihan dgn
nasib mereka...
wassalam