Thursday, August 13, 2009

BRACES

Gigi memainkan peranan untuk menampilkan sesorang itu kelihatan lebih menarik juga mengukirkan senyuman lebih menawan. Selain itu ia boleh menonjolkan keyakinan dan juga keterampilan diri sesorang.

Kelima2 anak2 umie tak seorang pun yg mempunyai GG yg tersusun rapi. Mungkin mereka mempunyai rahang yg kecil dan GG yg besar2...

Bila nak gelak depan org lain... kena cover2 dan kadang kala menjadi agak pendiam sekali.

Kak Illy dan Yana mengambil keputusan utk memakai braces.

Yang anak lelaki 3 org tu mmg tak nak pakai langsung setakat ni... Aku tak nak memaksa... cuma aku beri nasihat dan penerangan... sebelum terlambat... Bkn apa.. semua tu untuk masa depan dia juga... Kalau nak ckp dgn kawan pun malu2 sebab GG.... apa lagi kalau dah masuk alam pekerjaan.... macamana pulak nanti kan....

Dalam pemakaian Braces pun dia org boleh nak gelak...


gambar atas: kak Illy dgn Yana sebelum memakai braces.
gambar bawah: Yana setelah setahun lebih memakai braces... ahaa... kan dah lawo GG dia...




MERISAUKAN

Makin rungsing pulak aku bila hari ni aku baca paper, kematian jangkitan virus wabak influenza A (H1N1), dah meningkat seramai 44 org. Harap2 cepat lah berakhir wabak influenza ni.

Tatkala aku menulis entry ni, anak kepada seorang sahabat blogger di Ipoh masih dalam rawatan Hospital. Harapan nya segera sembuh seperti sediakala.
Juga, anak kepada adik aku, yang masih menuntut ditingkatan empat sekolah menengah sains muar, baru sembuh dan tamat kurantin dirumah. Dia pembawa pertama H1N1 di sekolah nya.
Sekarang dia sudah sembuh spt sediakala, alhamdulillah.
Semalam umie baru hantar YAna balik hostel sbb kolej dia baru habis dari kuarantin selama seminggu. Masa hantar tu, kami ibu bapa tidak di benarkan masuk ke kawasan Politeknik, hanya pelajar2 sahaja yg dibenarkan. Apa yg umie kesiankan, semalam Yana banyak bawak barang2 keperluan... tikar ler.. cerek letrik ler... kasut... buku2 lagi... menapak la dia dri
balai pengawal ke asrama ... jauh jugak tu...
Kebetulan aku ada kenalan seorang ustaz pengamal perubatan homoepathy, dia ada bekalkan aku sekeluarga ubat untuk mencegah virus tersebut, hanya titikan kedalam mineral water sebanyak 10 titik dan minum sebanyak 2 sudu untuk dua kali sehari. Aku dah bagi2kan untuk jiran tetangga juga kawan2 ofis. Hanya sediakan mineral water sahaja... Harap2 akan
terhindar oleh penyakit berjangkit tersebut.
Oleh itu, kita semua haruslah menjaga kebersihan diri spt memakai mask kalau keluar kemana2 apa lagi di tempat2 terbuka. Kerap mencuci tangan dgn bersih, sebolehnya, elakan dari
pergi ke tempat2 yang sesak.
Terima kaseh ustaz Suhaimi. Budi baik ustaz tak akan dilupakan sampai bila2.
Sama2 lah berdoa semoga kita terselamat dari segala penyakit
berjangkit.