Thursday, March 26, 2009

TRANSFORMASI

Ini gambar yang baru di ambil di foyer wisma TV RTM pagi tadi. Kecerian sebahagian kakitangan tergambar tak kira dari kakitangan bawahan hingga atasan dari berbagai2 unit Jabatan Penyiaran. Umie ada diantaranya di situ.



Transformasi adalah untuk mengubah sikap setiap kakitangan supaya menerima perubahan dari masa ke masa dan kami telah pun mendapat BOSS baru, harapan nya agar transformasi bukan hanya dipinkan diatas dada baju kakitangan tetapi perlulah disematkan di dalam dada. Tahniah buat Dato' Ibrahim Yahya. Semoga segala perubahan yang akan dilakukan dapat mencapai sasaran.


Antara 4 logo yang telah dipilih keperingkat final. Salah satu adalah logo ciptaan ku.

Monday, March 23, 2009

HIBUR-HIBUR HATI





Aku kena layan gambar, yang kami ambil semalam untuk mengubat hati aku yg dalam kesedihan.



Semalam umie menghantar Yana balik ke Politeknik di Sabak Bernam setelah bercuti selama seminggu. Kebetulan Puan Sally banyak tugasan di office, maka nya umie kena bawa Zarra sama. Pak Yong juga kerja pada hari minggu. Jadinya hanya umie, Kak Illy dan Yana saja yang pergi. Semalam hati aku berdetik nak bawa kocet sama... tapi tak jadi sebab aku risau kalau dia nak membuang nanti mcmana.... Itu lah kasih sayang kami kat si Kocet....





Action Zarra..!!



Sesiapa yang memandang Zarra akan tertarik dgn rambut nya yg kerinting... hihihi. Pasti orang kata rambut kami sama dgn rambut Zarra... hehehe..



Zarra memang seorang budak petah bercakap, tak pelat langsung walaupun baru berusia baru 1 tahun 8 bulan...


Action kami di tepi tasik Politeknik.


Kak Illy suruh Zarra senyum masa ambik gambar.... tapi jadi SENGGEH. hihihi

DALAM KENANGAN KU

Umie malas nak citer banyak2... sedih lagi . Sebak hati ni cuma tak keluar ayaq mata je... kepala jadi berdenyut2.

Hari ni Kak Illy cuti... tengah dok buat keje, kak Illy call... "Mak, kocet mati.."

terkedu aku... Kak Illy kata, mati terlanggar kete sendiri... kenapa boleh terlanggar..?? aku tanye balik... Kak Illy kata, lepas dia basuh kete.. tak perasan si Kocet ada kat bawah keta...

Aku kata balik.. "Kak Illy memang selalu careless" pastu aku suruh Kak Illy tanam dan urus le sendiri... huhuhu .






Setiap pagi kocet akan menemani aku kat depan rumah, kadang aku naik buai sama2... sementara puan Sally dtg menjemput aku...
Sebak pulak hati aku.. kalau aku ke rumah di Cheras, aku akan bawa dia sama...
Dia memang amat menghiburkan hati kami. uhukk uhukkk...sedey...

Sunday, March 22, 2009

BEZDAY KU

Hari ni dah masuk 22hb Mac 2009, rasanya terlalu cepat masa berlalu..
Bezday umie pun dah berlalu pada 19 March yang lalu, umie rasa baru jer tahun lepas menyambut bezday, aleh2 dah sambut lagi… Terima kasih yang sentiasa menginggati Hari Lahir umie… selain anak2 umie.. Pak Yong… ??? ingat ke bezday umie tahun ni… aku rasa dia terlupa… tapi aku pun tak kesah sangat, dan kalau boleh aku buat2 tak tau je.. sebab kalau tau, umie akan terasa… EEhh… dah makin TUA erk… usia kita bukan semakin panjang, tapi semakin pendek dan akan ke penghujung.
Kepada OLIE sahabat ku yg berada di selatan tanah air… terima kasih bebanyak kerana wish bezday umie tempoh hari. OD adindaku yg berada di Australia… mekasih juga diucapkan kerana sudi mengSMS umie.
Tahun ni umie plan tak nak sambut bezday satu keluarga di Cheras (rumah baru ku itu).. insyaalah.Satu keluarga bermaksud, beli hanya "satu" kek untuk bezday Pak Yong(January), Umie (march), Along (march), kak Illy (april), Safiyah ( april) dan Khairie (june). Kecuali Yana dgn Syahmie lahir pada September. Semoga keluarga kami sentiasa diberkati Allah dan diberi kesenangan dan kemudahan untuk segala urusan harian.ameen…

Kami bukan nak kekayaan, tapi nak kan” kesenangan”…Insyaalah.

Friday, March 13, 2009

PERANCANGAN AKAN DATANG.

Kita merancang, Tuhan menentukan.

Aku kena buat perancangan untuk aku menjalani kehidupan harian waktu aku pencen nanti. Pencen tu bererti aku dah tak perlu manjalani tugas2 harian aku saperti sekarang. Tak perlu lagi penerbit2 nak calling2 aku sebarangan waktu dan sebarangan hari. Aku pun tak boleh nak bayangkan mcmana agaknya kehidupan AKU pada masa tu (kalau panjang umur ler..)

Pada tahun 1991,Pak Yong pencen dari perkhidmatan Angkatan Tentera.. Ahaaa dah lama kan… masuk 18 tahun, masa tu kami ada empat org anak. Lepas pencen kami dikurniakan seorang anak lagi… anak bongsu kami Mohd. Syahmie, dah pun berusia 17tahun. Pencen dalam angkatan tentera memang dalam usia yang masih muda… waktu tu Pak Yong berumur 41tahun. Kecuali yang berpangkat officer baru dikira bertaraf pencen berumur 56tahun dan sewaktu dgn nya..
Hidup dalam keluarga tentera memang amat selesa sekali. Mereka memang tinggi dgn nilai kekeluargaan juga berkerjasama antara satu sama lain, walaupun aku bukan tinggal di Quarters tentera. Pernah satu ketika Pak Yong sakit waktu di pejabatnya, dan pada masa tu juga dia di hantar terus ke Hospital Kinarara (hospital tentera). Mereka inform aku dgn cepat dan terus ambil aku di ofis dan bawa balik ke rumah. Sampai rumah, dia terus suruh bawa anak2 aku yg ada untuk dibawa ke hospital. Aku rasa segalanya berlaku dgn cepat dan pantas. Beberapa hari Pak Yong di hospital, dan setelah dokter merawat dia, tak nampak pun dia ada penyakit yang membimbangkan… normal, sehinggalah sekarang dia dalam keadaan sihat… Alhamdulillah.



Pict1:Masih dalam angkatan tentera, gambar pun tak ada warna lagi masa tu.
Pict2: Tak pasti tahun bila, rasanya dia lom kawin lagi... keding sgt hihihihi..
Pict 3:
Selepas pencen, rambut pun tak pendek lgi... apa pun aku suka masa dia dalam tentera.
Khairie 3th dgn Yana 2th.


Selepas beberapa minggu dia pencen, cari2 juga la kerja…. Sementara badan pun masih sihat. Nak bu siness bukan bidang dia… Biar la dia kerja aku kata. Dapat lah kerja di PWTC buat permulaan. Selepas tu, banyak tempat juga dia bekerja sampai lah sekarang. Dan mungkin ditempat kerja sekarang ni adalah yang terakhir dia bekerja sementara dia menunggu saat aku pencen nanti. KAMI nak PENCEN sama2… itu pun kalau diizinkan.

Aku kena stop dulu kat sini, esok aku akan balik ke kampong halaman ku di MUAR, johor. Aku akan meneliti satu projek untuk persediaan bila kami dah pencen nanti… Insyaalah
Wassalam.

Wednesday, March 11, 2009

BELUM ADA REZEKI

Assalamualaikum…
Lama sungguh umie tak update blog. Nak menulis pun kena ikut gerak hati jugak la kan… sejak dua menjak ni memang jarang nak online mcm dulu2…. Kalau dulu, mata bersengkang depan PC lama mana pun masih gagah lagi… tapi kebelakangan ni, bila duduk depan PC lama2, mata tak boleh nak buka… NGANTUKkk sangat2.

Seminggu lepas Along call umie, kata Safiah ada kat Hospital KL. Aku terkejut juga sebab pagi2 buta dia call dari hospital. “Kenapa Long…? Ada apa kat hospital..?? “ Along kata Safiyah bleeding…malam tadi dia bawa ke hospital…. Along kata sejak Jumaat tu, Safiyah dah mula lain macam je… pastu dia bawa ke Klinik berdekatan rumah.. Kebetulan masa dia kat klinik tu, dia terjumpa kak illy dgn yana sama. Puan Sally dgn Zarra pun ada di klinik yang sama gak…Tapi kak illy tak bagitau apa2 pun tentang Safiah walaupun dia dah tau ada tanda2 yg tak seronok di dengar. Itu lah perangai anak2 aku yg memang tak suka mengadu hal yang kecik2…kdg2 perkara yg kecik boleh jadik beso…. Alahai !! Sama jer la pun, dgn si Along dgn Safiya tu… masa dia bawa Safiyah ke hospital, waktu tgh malam, dia tak nak kejutkan mak ayah dia, tau2 je bangun tido anak dan menantu dah tak ada dalam bilik… ada kat hospita, alahai anak2 ku… !!

Aku dah berangan2 nak timang cucu sulong akhir tahun ni… hihii… kalau ke shopping complex, aku intai2 baju baby…. Comey2. Tapi aku tak kesah sangat kerana Bukan Rezeki mereka lagi. Ada hikmah disebalik itu.…. Janji, dia orang hidup aman damai dan diberkati Allah.