Thursday, October 30, 2008

29 Syawal

Kami mengadakan Majlis Hari Raya di ofis, di penghujung iaitu 29 Syawal (Rabu). Di Kuala Lumpur begitu lah kebiasaannya.... sebulan raya pun tak mencukupi... umie tgk tadi pun masih ada unit yang mengadakan Majlis Raya walaupun dah masuk 1 Zulkaedah, senyum sendirian dalam hati.. hihihi. Sebenarnya tak kesah pun kalau menyambut walaupun bukan di bulan Syawal...yang penting , ianya dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara kakitangan dari lain2 unit juga.

Sebahagian daripada kakitangan Rekabentuk... ceria2 belaka.

Walaupun kawasan yang agak sempit, tapi bila dah dihias dgn suasana Raya... memang amat menarik....

Berbagai juadah kami sediakan.. yang penting ada ketupat dan rendang, baru la terasa suasana hari raya.umie masak rendang campur dan kuah kacang..
Maaf le cikdiva erk... umie call tapi depa kata Cik Diva keje belah ptg... melepas lgi jamuan raya kali ini.. lain kali la no...