Monday, December 31, 2007

SEPANJANG TAHUN 2007


Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang tahun 2007. Aku rasa masa terlalu cepat berlalu, dan aku terus mengharap tahun 2008 akan di lalui dengan lebih baik dari tahun2 yg 2007.



Ni kampung Pak Yong selepas di landa BANJIR pada awal tahun 2007. Mak dan ayah mentua umie hanya tinggal berdua sahaja.... Banyak pokok2 yang mati. Masa ni balik kg tolong mengemas barang2 yang dah tak boleh digunakan lagi.




^ Hari Ulang tahun umie... ;-)^




^ Majlis pertunangan anak Umie, Khairool dgn Safiah pada 25/2/07^


^Cuti-cuti Malaysia di Pantai Port Dickson^

Kenangan Manis di rumah anak2 yatim Darul Izzah, Bangi. Pertama kali bertemu
BLOGGERS. ONDE, PB, Pinnut,RAD dan lain2nya....

Terima kasih sekali lagi buat JDIdham & Family. Terima kasih banyak2 dari kami

Semoga Allah berkati hidup mu sekeluarga... ameennnn..


Masa Hari RAya Aidilfitri.
Mengambil kesempatan singgah di tepi pantai Tanjung Mas, Muar
sambil menikmati MEE BANDUNG Muar dan ROJAK PETIS... yumm yum..

Hari RAya Aidiladha baru2 ni....

Dalam dulang tu lauk pauk
dari jiran. Biasanya kami bertukar2 makanan bila musim2 perayaan.
Seronok kami dapat merasa masakan bermacam2...
Kali ini umie dgn Pak Yong bawa mak & ayah mentua ke rumah
anak perempuan nya di KOta Tinggi, Johor.
Setiap kali aku lalu di pekan Kulai aku nampak bangunan yg
terbengkalai dari dulu lagi hingga kini di tengah2 bandar (sakit mata)

Sunday, December 30, 2007

BLACK AND GOLD


Andainya dulu, umie berulang alik ke Office dgn hubby, tapi sekarang umie dah
berasingan pergi dan berasingan balik. MASING2 dan ASING2.
Sedih juga bila ku kenang2kan. Tau2 jer la... bila berdua2 dalam kereta,
macam2 cerita ada....
ada kala sampai merajuk2... hik hik hik....
Bukan apa... tu tandanya kami bergurau senda....
tambah kasih dan sayang bila meningkat usia....
Sebelum ni umie akan sampai rumah dalam pukul 8.30 atau 9.00 malam setiap hari,
anak2 terpaksa beli makanan sendiri di kedai, atau umie akan beli sekali
semasa dalam perjalanan balik. HUbby kuar dri tempat kerja pukul 7.00 malam, sampai office umie dalam pukul 7.20 malam... jenuh gak umie nak tunggu dia... (pukul 7.00pagi dah keluar rumah).

....Tapi sejak berASINGan ni, aku sampai rumah pukul 6.30ptg... sempat la nak masak apa2 yg patut utk family.

Along nak kawin April tahun depan... insyaalah
Aku tak nak susahkan dia, bila dia dah ada family sendiri...
Itu pun salah satunya umie perlukan sebuah kereta lagi....
(Anak 5 org )
Semoga Tuhan berikan kami rezeki yang secukupnya... insyaalah.
*Adakala kerinduan itu datang mengetuk pintu hati ku.... huhuhu...

Monday, December 24, 2007

SELAMAT TAHUN BARU 2008

Esok 25 Dec. dan akan berakhir tahun 2007,
....dan menjelma lah tahun 2008 tak lama lagi. Selalunya orang akan tanye "Apa Azam Baru di tahun baru..?"... Biasanya kalau ada kawan2 tanye kat aku...aku jawap... "terlalu banyak azam sehingga tak tercapai"...

Tapi, bagi aku... setiap sambutan Awal Tahun, yg terbenak dalam kotak fikiran aku ialah, "Makin TUaaa dah aku..." sama juga bila sambutan ulangtahun diri kita , ayat itu juga yg terkeluar dri mulut kita... Tua dah akuu...

10hb. Januari pulak 1 Muharam 1429 HIjrah., tak jauh bezanya
sambutan tahun baru omputih dgn kelendar Islam.
Setiap hujung tahun, yg pasti aku fikir, ialah
cukup ke apa yang telah kita lakukan?Amalan kebaikan kita utk
keluarga dan orang lain...
DI terimakah segala Ibadah yang kita lakukan sepanjang tahun ni..??
Semua dalam persoalan, hanya Tuhan yg mengetahui..

Persediaan kena ada utk menghadapi hari2 akan DATANG...
TERASA BENAR AKU KALI INI.... aku makin menyenja...




Tuesday, December 18, 2007

Selamat Menyambut Hari Raya Korban


Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan2. Kepada yang akan beraya di kampung, berhati2 di jalan raya... sekarang musim hujan dan banjir di setengah2 tempat.
Umie pelan nak balik ke Muar esok iaitu sehari sebelum raya.
Tapi.....
anak2 umie semua tak nak ikut balik kampung.... depa nak beraya kat KL, susahnya hati aku. Tak kan umie dgn huby je yg balik kg...?? kalau kita ajak balik ke kampung,,,, soalan dia org" Kat kg. ada sapa?? " umie jawap le.. "kat kg ada Iddin anak Mak Itah, ada intan2 payong anak cik Nani...." Dia org terus diam dan umie pun mati akal...
Esok nak usaha juga pujuk2 balik ke kg....
Umie kesian kat ayah, kesian juga kat mak ayah mentua umie. Ayah masih ada anak2 lain yg dtg menjenguk selalu tak kira waktu, sbb adik duduk tinggal berdekatan dgn rumah ayah.
Tapi...
Mak dan ayah mertua umie, hanya tinggal berdua sahaja, ayah mertua kelihatannya semakin uzur... tak sanggup kalau raya ni umie tak balik beraya dgn dia org. Ada anak lelaki sulong tinggal berdekatan, tapi Tuhan lebih menyayangi dia dan kembali ke Rahmatullah 3 tahun yg lepas, dalam usia 60 tahun kerana kanser usus. Hubby ada 6 beradik, 5 laki2 dan 1perempuan. Hubby anak ke 3. Adik dibawah dia laki2 pun meninggal dunia 6 tahun lepas kerana kanser kelenjar. Sekarang ni tinggal la 4 beradik yg semuanya dah kahwin. Semua adik2 hubby beraya kat rumah mentua masing2... kesian pulak kalau aku tak balik beraya... tak kan dia nak beraya berdua je...
Di Johor,
Raya Haji tak semeriah di negeri Pantai Timur...
di kampung umie juga kg hubby sambutan ala kadar sahaja, tak ada sapa pun yg dtg ziarah, cuma makanan tu masakan mcm raya aidilfitri juga ,,,, ada ketupat rendang, lontong, kuah kacang... makan la kami sekeluarga.... bersama2.



*nak pujuk anak2 ajak balik kampung*

Wednesday, December 12, 2007

Anugerah

Anugerah Angkasapuri pada
7hb Dec 07

Tak tau nak citer apa2, sebab umie hanya menghadiri Majlis yg penuh makna itu, Kebetulan Along penerima Hadiah Pereka Grafik Terbaik 2006, antara agensi2 Kem. Penerangan Malaysia. umie hanya penonton dan terima kasih kepada Tuan Haji Hanafi mewakili pihak Along utk mengambil Trofi, sijil dan tiket penerbangan.
Along tak dapat hadir disebabkan dia menjalankan tugas sempena SUKAN SEA di Korat.
Tahniah Along.

Saturday, December 08, 2007

TERIMA KASEH

Umie tak ada cerita menarik, cuma nak ucapkan ribuan terima kasih utk PB kerana menunjuk ajar serba sedikit ilmu yg dia ada, dan blog umie akan di update dari masa ke semasa... seronok juga tukar2 wajah... dan belum ada kesempatan utk meng *add* kawan2 umie, nanti lah kalau ada kelapangan.... muahhhh utk PB.

Terima kasih juga kepada OD, kerana mengajar umie utk masukan lagu. harap OD sihat walafiat buat masa ni... mwahhh juga utk OD.

Ada sorang lagi, BUDIN namanya dan nampaknya semakin bertambah femes sekarang, semalam jumpa dia di auditorium perdana, pagi tadi terserempak dia lagi di foyer wismaTV. "Dunia ni kecil" katanya... niat di hati nak ajak dtg ofice umie sbb nak minta tunjuk ajar yg lain2 nya mcm blog dia tu... ada ruangan sembang.... tapi apakan daya ku... *AKU SGT PEMALU*

... dan kepada IDHAM ... ribuan terima kasih kerana dia yg banyak memberi tunjuk ajar utk mengenali dunia blog.

wassalam...

Sunday, December 02, 2007

CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah bermula... dan episod seterusnya..
Posing Intan-Intan Payung
Minggu pertama cuti sekolah, 2 org anak buah umie INTAN NORDIANA dan INTAN LYANA call umie ...
INTAN : "ellowww mak ngah, esok intan dgn nana nak dtg umah makngah, tau... "
umie : " Okey... bawa baju sekali ye, rumah mak ngah tak ada baju kecik2... semua
baju besar2..."
INTAN: Okey... ehh kejap mak ngah... 1, 2, 3.. arrr lagi 3 hari lagi.... sabtu nanti abah
hantar Intan dgn Nana tau.... mak ngah bawa kita org pegi GIANT yer... nak main kat
taman permainan... Intan nak mak ngah belikan kereta control...

umie : okey.... tata...
Intan : byeee mak ngah.. i luv u....

umie : luv u too....

INtan Nordiana masuk 7th (lahir hujung dec.), anak sulong kepada NANI (adik bongsu umie)...yg no 2, Intan Lyana berusia 5 tahun dan yg ke 3 Intan NOR berumur 3th...(lupa nor apa erk...) tapi semua panggil dia DEK NOR...



Nani kawin di usia awal, jodoh dia datang cepat... tapi dapat anak selepas 7 tahun perkahwinan, macam2 usaha untuk dapatkan anak.... lambat juga dia nak mengandung... lom ada rezeki lagi..



Pada tahun 2000 arwah mak ke Mekkah menunaikan haji... sebelum arwah mak berangkat, RIMI suami Nani, berbisik kat Mak... "Doakan MIE dapat anak bila mak dah sampai Mekah yer..." Mak kata.. "yer.. insyaalah".



Dengan berkat Doa mak, beberapa hari sebelum mak balik dri Tanah Suci, Nani di sahkan doktor dah mengandung....Doa MakTuhan kabulkan...alhamdulllah... Sapa tak happy masa tu... hanya Tuhan saja yg tau.... kami bersyukur....

Selepas Mak balik dri Mekah, dia sering tak sihat.... mmg arwah mak menghidap penyakit diebetis sejak 20 tahun lalu. keluar masuk hospital dah biasa bagi Mak. Dan Mak tak dapat menatap wajah anak2 Nani kerana Tuhan lebih menyayangi nya.


Sebab tu anak2 Nani diberi nama INTAN di awal nama masing2.... bermaksud INTAN PERMATA HATI.....



------------------------------------------------------------------------------------------------



Sabtu pagi tu mama dia kata masing2 dah tak sabar nak dtg umah umie....

Pukul 1.00 tghari, Dia org sampai . Masa tu umie tgh mengecat bilik tidur, nak tukar2 warna la kununnya... nak nampak lebih romantik (romantik ala2 vateran)... ahaks..

Sampai je rumah umie. dia dah tageh janji nak ke Giant.... nak ke taman permainan tak sabar2 katanya.... umie pun pergi bawa syahmie sama sbb takut tak terkawal... nama jer perempuan... tapi lasaknya , setanding dgn budak2 lelaki.

Lepas makan KFC, dia nak bungkus donnat , sorang 3 biji. perasa ikut suka depa la... cokelat dgn strawbarrey. Singgah kedai rm5 dia org beli sepit dan pengikat rambut sekali.... juga board mewarna yg kilat2 mcm water colour... siap ada drawing...

Siap beli lebih kurang, umie ajak dia org balik..... risau pulak bila teringat budak2 hilang.... mana la tau... kita terlepas pandang.... tgk2 dah tak ada... NGERI rasanya..



Petang tu...

Umie mandikan Nana, siap pakai baju, suruh Intan pulak mandi, dia kata nak mandi sendiri.... ok je la... umie biarkan....sambil2 umie dok melipat kain, tunggu intan mandi.... tetiber... bunyi.. berDENTummm... berdeRAAIiii... dri dalam bilik air... kecut perut umie... terus umie terpa pintu ketuk2 .. "Intan... buka pintu.. pls... pls... cepat2..... berderau darah umie... (lama pulak nak buka)

Intan buka pintu.. lega hati umie... aku peluk dia.. kat lantai serpihan sinki bertaburan...... nasib baik jatuh hala ke lain... "makngah.. kaki INtan pedih.. aduhhh pedihnya.... mak ngahhhh... sakit... " aku tgk peha dia berdarah, banyak pulak tu... terkena serpihan, cepat2 aku bubuh minyak gamat dan tampal plaster... Kalau la jadi apa2 kat Intan... apa la umie nak kata kat mama dia... "Allah lindungi dia"
Dia citer, masa dia nak gosok GG, dia nak tgk cermin, jadinya dia panjat tandas dan tekan sinki sebelah kanan... rupanya sinki tu tak berapa kuat, jatuh la berderai....

KEesokan hari nya,,,,

"Makngah, Intan nak dok sini sebulan... kan cuti sekolah..." terkelip2 je ler aku... mcmana la aku nak ckp ni erk...
"Mak Ngah... boleh kan mak ngah.." aku renung je mata tiap2 sorang... sambil tu aku pelok dan cium rambut yg masam dek peluh tu.... "sayang... boleh jer... tapi kalau mak ngah pi keje... sapa nak jaga intan dgn nana..? " cepat2 dia jawap.." tu.. abg Syahmie kan ada..." Nak tergelak umie... "sapa nak bagi makan intan nanti..?? " kesian pulak aku tgk, dia tunduk jer...
"Ok la mcm nie... minggu depan sabtu pagi Intan dgn Nana dtg lagi.. ok tak?? kita jalan tempat lain pulak... ok tak??" OK katanya... lega aku.. "Malam ni pukul 10.00 mak ngah hantar balik rumah... kesian Dek Nor tau... kat rumah tak ada kawan..." Angguk2 je dia... Dia org teruskan main SAIDINA, umie siapkan mengecat bilik. Tetiber je aku dengar dri luar bilik... "Mak Ngah rambut MAGGIE". umie balas balik... "sapa makan magie?? intan nak mkn magie ke?? ?".. "Tak la... Mak Ngah tu, rambut maggie..." siar ulangan pulak dia..... " Magie la lawo.... Intan dgn Nana tu rambut SPAGETTI.... " Sengeh jer dia.... Rupanya dia belum nak balik rumah dia... sbb tu dia dok mengata mak ngah dia rambut maggie... tunjuk perasaan la tu... hahahaha . Memang seronok melayan kerenah budak2 usia mcm tu.... terhibur dan ada kala menduga kita.


Bukan senang nak jaga anak2 org... walaupun anak saudara kita.....