Tuesday, April 21, 2009

HANYA TINGGAL KENANGAN




Segala2nya hanya tinggal kenangan. Kenangan yang tak mungkin terluput dari ingatan. Hanya potret yang menceritakan betapa indahnya perkenalan dri alam cyber, berinteraksi melalui chatroom atau email, friendster, myspace dan sekarang ada berbagai2 room yang boleh kita join sama.


Mula2 mengenali masing2 masih bujang, sehinggalah masing2 berumahtangga dan mempunyai anak, dan yang dah ada anak... bermenantu dan bercucu. Yang masih study sehingga lah mereka mendapat kerja, dan yang dah bekerja, dulu kerja di Malaysia, hingga lah di luar negara...Seronok mengikuti perkembangan masing2. Semoga mereka semua sentiasa berada dalam keadaan gembira dan sejahtera sentiasa. amin....




Ctz... kau la sahabat ku. Rindu sangat nak jumpa macam dulu2 lagi... meh kita cari perfume macam dulu2...




Al-Fatihah buat allahyarham Asnida yang sentiasa aku kenang, kami kenal di chatroom semasa dia masih lagi study di UM. Perkenalan yang membuahkan rasa kasih dan sayang dan aku anggap dia sebagai anak aku sendiri. Selepas habis study di UM, dia mendapat kerja satu bumbung dgn tempat kerja aku sekarang, menjadikan antara aku dgn dia bertambah akrab. Kemana aku pergi, situ lah dia akan berada. Tapi Tuhan lebih menyayangi dia, dalam usia 24 tahun dia pergi untuk selama2nya meninggalkan kami semua. Kejutan buat aku juga keluarganya, juga rakan2 yang mengenali dia. Dia mengidap penyakit lukiemia peringkat akhir tanpa dia sedari. Bila dia terasa ada bengkak dalam perut, dia pergi hospital untuk rawatan, doktor mengesahkan dia menghidap kanser darah.. aduhhh aku yang mendengar rintihan dia, jadi sebak. Hanya 18 hari dia menerima rawatan di hospital universiti, dia meninggalkan kami semua...


Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang2 yang beriman...


Tuesday, April 14, 2009

GAHARU


Aku sekarang berminat nak tanam pokok gaharu. Selain harga nya yang mahal, ia tak perlu ditanam di kawasan tanah yang luas ala2 ladang.

Bila aku balik kekampung tempoh hari, dan berbincang dgn ayahada juga adik beradik yang lain, ayahanda ku setuju untuk kami usahakan tanaman GAHARU.

Dibelakang rumah ayahanda ku ada sekeping tanah yg tak seberapa luasnya. Dulu ayahanda tanam pokok KOPI, tetapi bila usia ayahanda makin meningkat, dia tak mampu nak petik kopi2, sebaliknya dia lebih senang membeli kopi dikedai. Lagi pun pokok2 kopi semua dah semakin tak terurus, pokok duit2 pun dan memanjat, alamat nak mati le selepas tu… kesian pulak aku kat ayahanda….Selain pokok kopi, ayahanda tanam pokok limau bali, limau madu, limau kasturi dan beberapa pokok durian juga rambutan yang memang dah berhasil untuk dimakan keluarga kami yang memang besar.

Sekarang aku dah pun memulakan percubaan menanam pokok gaharu, walaupun tak banyak mana. Aku nak tenguk kesesuaian tanah. Hujung bulan ni aku akan balik , nak tgk perkembangan pokok2 tu…. Semoga semua pokok2 ku itu sihat walafiat.

info GAHARU ada disini

Anak pokok gaharu. Yang dalam kereta tu, umie baru ambil dri Tuan Haji . Depan seat boleh muat sebanyak 40 pokok.

umie ambil gambar ni dari internet. layan jer le...




hasil gaharu yang begitu tinggi permintaannya ke negara-negara Timur Tengah dan juga negara lain seperti Taiwan, Jepun dan sebagainya.

sebelum ni aku hanya tau menggunakan perkataan:

SUDAH GAHARU CENDANA PULA,

SUDAH TAU BERTANYE PULA.

pokoknya baru sekarang aku tau..ahaks