Tuesday, October 14, 2008

RUMAH KU

Siap juga akhirnya rumah yang aku beli lebih kurang 3 tahun lalu. Syukur sangat2 sebab tak ada masalah dalam pembikinan projek perumahan setakat ni.Hampir sebulan aku dah terima CF untuk menduduki nya.
Dan aku telah mencucinya masa bulan puasa lalu... sambil mencongak2 dan berfikir sama ada nak disewakan atau nak di buat rumah persinggahan di hujung minggu untuk aku tukar2 angin ...
Nak disewakan aku rasa sayang sbb rumah baru... tak tau la kalau dah lama kelamaan aku pun dah rasa malas nak ulang alik dari Gombak dan segi kewangan aku dah terpeliot, mungkin juga aku akan sewakan juga akhirnya...hihihi..kita tak boleh nak menjangka hari TUA kita.
Sambil tu juga aku sedang fikirkan juga rekaan hiasan dalaman yang sesuai untuk rumah aku yang comel ni.... hihihi.

Aku dah angkut sikit2 barang2 dri rumah aku ke rumah baru ku...


Ini hanya lah hiasan dalaman rumah contoh yg terbaru. Dulu aku ada postkan rumah contoh yang lama... di sini . Tapi aku lebih tertarik dgn design lama yg agak simple.

Semalam aku dah bawa sama seorang pembuat perabot untuk aku minta pandangan dari kaca mata dia. Aku pun tak tau.. mana satu pilihan hati...
mana satu erk..??