Tuesday, April 29, 2008

Majlis kawin pada 26 & 27 April 2008

Majlis pernikahan dan persandingan di rumah pengantin perempuan pada 26 dan 27 April 2008.
Sebahagian barang2 hantaran dri pihak lelaki
Pic atas: Penuh debaran menunggu Jurunikah dan Pak Imam datang
Pic bawah: Ayahanda mertua yang menikahkan...

Membatalkan air sembayang dan
menyerahkan MAS KAWIN... lapan puluh ringgit tunaiiii.....(selangor)
Maka Along telah bergelar suami, harapan mak ayah.. Along dapat menjalankan tanggungjawap seorang suami kepada isteri dan anak2 dengan baik dan dgn rasa cinta juga kasih sayang yg berpanjangan, insyaalah

Ketibaan rombongan dari keluarga lelaki
pic bawah : posing2 sebelum balik lebih kurang jam 12 malam.

Persandingan kedua mempelai

Majlis makan beradab..
Atas: foto kenangan pengantin bersama Kama dan isteri
Bawah: wajah ku setelah bergelar IBU MERTUA... hihihi (aku semakin membesar ) ahaks..
Untuk menantuku Safiyah... umie menerima mu sebagai anak aku seadanya mu... dan harapan ku. kau terima lah aku seadanya aku... umie akan tetap melayan mu seperti anak2 umie yang lain....

Umie akan update untuk lain kali semasa majlis di adakan di rumah umie pada 4 Mei akan datang... berharap rakan2 akan dapat hadir pada hari tersebut...


sekian untuk kali ini...

Monday, April 21, 2008

PENCEN


Pencen usia 60 tahun??
Kerajaan belum memutuskan had bersara usia 60tahun, tapi aku dah terbayang2 diri aku sendiri di usia itu. Aku rasa dah terlalu tua buat seorang kakitangan wanita. Aku bayangkan diri aku sendiri diwaktu usia mcm tu.... larat ke aku nak memandu dalam keadaan yg sesak... tergesa2 waktu menunaikan waktu solat, apa lagi bila kita dalam keadaan yg amat sibuk..? Aku nak lebih kepada ketenangan jiwa dan rohani. Dalam usia sebegini pun aku dah beberapa kali aku pelupa.
1. Susah nak mengingati nama org yg kita baru kenali. contohnya: budak2 practical di office aku tu, sampai 5 bulan pun aku tak boleh nak ingat nama masing2.
2. Bila aku nak panggil nama sorang anak, aku akan panggil semua kelima2 anak2... contohnya: aku nak panggil Khairie... tapi aku akan panggil semua nama2 anak2 aku...
3. Kadang2 aku rasa gayat nak turun tangga yg agak tinggi..
4. Aku dah pelupa . contohnya: aku letak barang di tempat lain... tapi aku carik di tempat lain... semua kena selongkar...
5. Kadang2 aku tak yakin dgn apa yg aku dah buat....

Itu lah yg menyebabkan aku tak berminat nak sambung servis smpai ke usia 60tahun... Dah tak sabar rasanya aku nak pencen... tapi apa boleh buat, aku dah membuat pilihann berpencen usia 56 tahun... tunggu jer le.. sampai ke usia tu...
Aku akan becuti buat sementara waktu, sehingga majlis kenduri Along selesai...dan bertambah lagi ahli keluarga kami.... alhamdulillah dan insyaalah akan bertambah meriah dalam keberkatan....


Friday, April 18, 2008

IDA MENGETAG UMIE

Ida, umie dah buat ni... hihihi. rupanya ada jugak umie simpan koleksi2 merah.. Apa pun umie suka juga warna2 merah.... tapi tak la banyak koleksi2 .....

Suka roses merah

Kek bezday anak pun umie suruh bubuh tulisan warna merah... dan yg potong kek pun bju merah jugak.. walaupun ada ada hitamnya...

walaupun umie berbaju putih, tapi kat bahu umie tu ada warna merah jugak...
Merahnya mak ngah... sampai alas meja pun merah menyala .
Kena apit dgn kawan2 merah ..... huhuhu..

Gadis2 ni opismate umie pun suka merah juga.... perahatikan semua b/ground tu warna merah hehehee.. rupanya umie ni minat jugak warna merah....





Wednesday, April 16, 2008

PERSIAPAN

Betapa sibuknya aku masa ni... tapi tak la rasa pening2 gitu.... rasa relax jer hati aku ni... sebab aku dah nampak apa yg akan aku buat.. Ini lah sebahagian persiapan kenduri kawen Along nanti... Kali ini mata aku asik2 nak tgk warna yg ke oren2an... Jadi aku buat la tema kaler oren/gold gitu...



ATAS: Bunga teloq dengan bunga pahar... bunga teloq tu umie dgn anak2 yg buat.... tu pun pada masa lapang.... siuap juga akhirnya...



Yang ni, Reben utk di lekat kat mana2 jer la yg perlu... atas kotak ka... atas kek ka.... serba boleh pakai... Dan yg bawah tu... bunga yg dah umie cantum2kan.... nak buat hiasan hantaran le kot....

Yang ni pulak, bakul untuk apa2 ajer ler..... tak siap lagi.... ni tgh dok sambil2 menganyam reben...

Tu bekas yg dah siap utk hantaran nanti.... sebelah tu baju kak Illy yg lom siap lagi.... (Rajin jugak aku ni )... ahaks..




Tuesday, April 15, 2008

MAJLIS KAWIN

Assalamualaikum...
Kami menjemput rakan-rakan untuk meraikan Majlis Perkahwinan anak kami,
di No 12, Jalan SG2/6, Taman Seri Gombak.
Sila hubungi kami melalui telefon yg tertera.
Terima kasih.



Sunday, April 13, 2008

INTERVIEW


Semalam umie cuti, kunun nya nak membereskan kerja2 di rumah... selain menyelesaikan hutang2 bulanan yang WAJIB di jelaskan. Yana mmg penghuni tetap di rumah buat sementara ni, sementara nak sambung belajar, jadi dengan dia ler umie berteman.

Mula2 ke Pasar Borong Selayang. Kat situ segala bank senang nak berurusan sbb tak berapa ramai orang. Lepas tu ke Celcom bayar bill. Tapi... masalah parking amat menyulitkan... maklumlah.. nama pun PASAR BORONG. Tapi tapak private parking ada juga di sediakan hanya rm3.00 sahaja, walau kejap atau lama kita parking... kira murah la juga kalau nak dibandingkan di jalan TAR... sebelah SEMUA HOUSE, rm6.00.

Selesai berurusan di Pasar Borong, ke Bandar Baru Selayang pulak, pi bayar cukai pintu pulak... lepas tu balik ke area rumah umie, singgah ke pos opis .. selesaikan bill2 air,letrik,streamyx&telefon. Sambil ronda2 di kaki lima kedai2... ada pula terbaca vacancy kat pintu sebuah syarikat yg agak dikenali juga...." kerani dikenendaki". Kami terus je tekan loceng dan terus naik keatas.

Assalamualaikum....

"Waalaikumsalam" jawap penyambut tetamu.

Yana tanya "Sini ada keje kosong ke??"

"Siapa yang nak kerja?" tanye penyambut tetamu tu.. Aku kata, anak akak ni lepasan SPM, kalau ada kerja yg sesuai untuk dia... nak cuba dgn kelayakan yg d ia ada...

"OK"....( sambil menghulurkan sekeping nota dalam bahasa Inggeris)

"baca dan lepas tu translate dalam bahasa Melayu" dia meminta. Yana buat apa yg di suruh, sementara aku tunggu di ruang tamu....

Selepas tu, dia bagi borang untuk di sisi....

Selepas beberapa minit.. Yana di panggil masuk bilik utk di interview....

Dalam 20 minit lepas tu Yana keluar dan kami pun balik selepas ucapkan terima kasih.

Sambil menuruni anak tangga:

umie tanye kat Yana.. "Ehh.. apa dia tanya Na.."Yana kata dia nak call minggu depan.. insyaalah dapat... Okey la tu kalau dapat...? apa dia interview tadi??

Dia suruh perkenalkan diri Yana je... pastu dia tanye... boleh ke guna software Adobe Photoshop?? Yana kata jer la.. boleh.... (dalam hati, boleh ke yana buat Photoshop?)."Ehh.. Yana.. boleh ke buat Photoshop? nanti kalau tak boleh... macamana??"... Yana kata....Mak kan ada, mak kan boleh tolong.... "eeeee budak ni..... " Pastu kan mak... dia tanye, sapa yg mengajar photoshop?.. Yana kata la... mak yang ngajar (sambil tersengeh2 je Yana)... Yana cakap sekali mak kerja kat mana...... sambil kelip2 bijik mata yana... seram le tu takut aku jegeii.... hihihi...

Tapi anak2 umie mmg boleh gunakan software Adobe Photoshop, umie dah train dari awal lagi.... tak rugi pun mengajar anak2 utk kebaikan diri dia sendiri. Lagi pun sebagai Ibu bapa kita kena perturunkan ilmu yang kita ada atau yang kita tahu...

Thursday, April 10, 2008

BALIK KAMPUNG

Salam...
Tinggal beberapa minggu sahaja Along nak nikah... umie rasa, umie lah orang yang paling risau dan paling sibuk.

Minggu lepas luangkan masa balik ke kampung untuk edarkan kad jemputan kawin kepada saudara mara di kampung... selain menziarahi ayah dan ibu bapa mertua yg di sayangi lagi diingati. Sedih pulak aku tgk bapa mertua yg semakin uzur ... kepulangan aku kali ini betul2 membuat hati kecil ku tersentuh. Aku dan Pak Yong kena buat keputusan yg terbaik selepas majlis kenduri Along nanti.... insyaalah .

Doa ku semoga ayah ku juga mak mertua juga bapa mertua ku di panjangkan usia... sihat selalu.
Selepas bersalam2an nak balik ke KL, aku nampak bapa mertua sebak yg tak dapat diselindung lagi... meitis air mata nya....


Kebetulan kampung Pak Yong berdekatan dgn Air Hitam yang terkenal dgn barang2 murah, sempat juga umie ke sana... Sebenarnya, ada yg murah... dan ada juga yg mahal.... serupa juga di KL... serupa juga di Nilai Tiga.... Beli la ala kadar di Air Hitam, sempat juga beli Langsir, bunga2an, bakul, alas dulang dan bunga manggar...


Dalam perjalanan ke KL, singgah pulak ke Nilai Tiga... sajer je nak tgk apa yg ada kat sana... tapi, bila dah banyak sangat kedai... pening pulak nak memilih... hhuhuu.. parking je kereta, nampak kedai kapet yg seluas2nya... sekali jual tikar buluh yg popular sekarang ni. Kebanyakan pekerjanya bukan org tempatan.. tapi org asing dari Bangla, Pakistan, Nepal dan INdonesia.
Tawar punya tawar, beli le jugak tikar buluh.... Pak Yong ni tau la sikit2 bahasa hindi... kiyahee.. kiya hee kiyahee.. .. dpt la RM45 yg berukuran besar, berbaloi la jugak kan....


Umie hanya ke 3 buah kedai je.. pastu terus balik... takut mata ni jadik RAMBANG.... Pak Yong yg ghisau...

*Gambar akan post kemudian..

Tuesday, April 08, 2008

KENA TAG PULAK...

Umie kena TAG dgn Wan Zuha.. umie tgk org lain kena TAG... kenapa main tag2 erk..?? hihii sekadar nak seronok2 kan Wan Zuha... tak ada kena mengena dgn yg hidup atau yg telah tiada kan....
Okey ke ni apa yg umie dah bubuh nie ... Wan.. dah keluaq semua isi hand beg umie.. ni la yg ada.. hehehe...

No 1. dompet kecik yg ada isi duit silling....
No 2. krim pelembab muka(jarang2 pakai pun.. sbb malas)
No 3. Dompet kecik berbulu2 berisi pen drive (ada 3 unit)
No 4. Losyen tangan, tu pun jarang pakai..(bila perlu saja)
No 5. Pewangi (kot2 le hari tu banyak dok kat luaq.... ada hanget sikit) hihihi
No.6. Beg Kecik pink ( isi minyak hangen, cap burung Unta),
No 7. Beg isi lipstik (bagai2 warna tapi yg selalu pakai satu warna jer)
Hat ni dah keluaq dari vallet pulak... hehehe..Duit tak dak.. ada lima hengget jer.. lain2 tu duit lama dgn duit dri Arab Idham bagi buat kenang2an, ada tertulis 2004 dan duit Tanzania... (tak silap umie, duit tu "starfish" yg bgi ) Model HP umie ni rasanya dah masuk tahun ke 4 kot.. lama kan...!! tak meragam langsung....
Gambaq anak2 masa depa kecik dulu....
Itu sajer....

Tuesday, April 01, 2008

Selamat Pengantin Baru


Majlis Pernikahan pada 29 March 2008

antara Hanif dan Aida di Masjid Tanah, Melaka.
Mak Ngah umie nak ucap semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. Dalam melayari sebuah rumah tangga perlu disertai banyak2 kesabaran kerana air bukan selalu tenang.... apa lagi diawal2 perkahwinan... kerana masa ni lah kita baru mengenali antara satu sama lain....walaupun telah sama2 kenal sebelum ke alam perkahwinan... Semoga sentiasa di murahkan rezeki hendaknya... aminnn....

Majlis Berinai disebelah malamnya .
Haniff ni anak saudara umie, iaitu anak kepada kakak yang sulong.Kak Long ada 6org anak, 4 laki2 dan 2 perempuan dan telah mempunyai 4 org menantu dan 8 org cucu, tapi 2 org dri 8 cucu telah kembali ke rahmatullah pada usia yg masih kecil.


Persandingan pada 30 March 2008
Pelamin ala2 design Hang Li Po..(jgn marah erk pengantin)... maklum lah.. umie ni kan org2 tua suka menyakat jer.. .... ahaks


Abadikan kenangan selepas majlis akad nikah

Aku peratikan... semua gambar2 selepas akad Nikah pengantin perempuan membelakangkan org yg berada sebelahnya, termasuk la aku juga...... kesian aku tgk kakak aku tu.. mungkin gembira setelah bergelar isteri...

(jahatnya apa yg aku dok fikir).


*ATAS : Huda, Farra & Maisara

*BAWAH: Family dari pihak lelaKi


*ATAS: Umie's Family

*BAWAH: Kak Illy, Yana dan Maisara


Bergaya dulu ditepi pantai sebelum meraikan majlis persandingan hik.. hik.. hik...


Mandi manda dahulu di Pantai Tanjung Bidara sementara menunggu waktu majlis persandingan. Seronok dapat berendam dalam air Laut.
*Yang tak seronoknya, belum puas mandi manda, tetiber Muzafar anak buah umie kena penyengat OBOR2 ... sebab tu gambar2 tu masih di tepi pesisiran pantai... tak sempat nak ketengah sikit.. *Yang seronoknya dapat juga menangkap si Obor2 dan sempat merakamkan rupa Obor2 yang menyerupai Jelly.