Wednesday, June 25, 2008

SAMBUNG BELAJAR.

Azam kak Illy untuk menyambung belajar lagi, bagi mendapatkan Ijazah telah diterima di UiTM Shah Alam. Doa umie agar dia tabah dgn segala cabaran nanti. Maklumlah bekerja sambil belajar (PLK). Kelas bermula jam 8.00 hingga 10.00 malam, ini bermakna pengajian nya mengambil masa sehingga 3 tahun lebih.Kalau di kira dan dicampur, ini bermakna untuk mendapatkan Ijazah memakan masa sehingga melebihi 6 tahun... (sekiranya dia mengambil diploma terlebih dulu). Umie sangat bersyukur kerana KAk Illy mendapat tempat utk mencapai cita2nya, dan itu janji dia utk mak ayah nak mendapatkan segulung Ijazah. Sebagai seorang Ibu hanya doa yg mengiringi dia....
Rupanya, bukan mudah untuk mendapatkan tempat utk menyambung belajar. Sebelum ni.. Kak Illy belajar di SINI.

Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tghari.

Sementara menunggu Kak Illy menghadiri taklimat selama 2 jam, kami berjalan2 di kawasan TASEK SHAH ALAM... bersama anak2 dan 2 org anak buah umie, Intan -Intan ku sayang.