Thursday, April 12, 2007

NASIB PEREMPUAN KALAU TAK LAWA,,,,

ini la lelaki....

Kalau perempuan lawa pendiam, Lelaki akan cakap::
woow,,, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam::
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...
kalau perempuan lawa berbuat jahat, Lelaki akan kata:
musti ada krisis dalaman nih...
kesian kalau perempuan tak lawa berbuat jahat, Lelaki akan cakap:
dah la tak lawa, perangai pulak huduh...
kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu, Lelaki akan cakap:
heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu: Lelaki akan kata:
taktik nak ngorat le tu...
kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensemLelaki akan kata:
ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem, Lelaki akan kata:
kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!
kalau perempuan lawa ditinggal kekasih, Lelaki akan kata:
buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih, Lelaki akan kata:
...patut pun kena reject...
kalau perempuan lawa penyayang binatang, Lelaki akan cakap:
perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatangLelaki akan cakap:
sesama keluarga memang harus menyayangi...
kalau perempuan lawa bawa BMW, Lelaki akan cakap:
ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW, Lelaki akan cakap:
musti anak org kaya nih.....
kalau perempuan lawa tak mau bergambar, Lelaki akan cakap:
pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar, Lelaki akan kata:
sedar pun diri...
kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki, Lelaki akan cakap:
caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki, Lelaki akan cakap:
nak tunjuk caring le tu....
kalau perempuan lawa bersedih hati, Lelaki akan cakap:
dont worry..i will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati, Lelaki akan kata:
sikit2 nak nangis!! mengada2...
kalau perempuan lawa masak, Lelaki akan kata:
dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak, Lelaki akan cakap:
ntah sedap ke tak????
kalau perempuan lawa main2 miss callLelaki akan kata:
takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call, Lelaki akan cakap:
ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..
kalau perempuan lawa hantar2 email, Lelaki akan kata:
sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email, Lelaki akan cakap:
balik2 email dia...boring

Saturday, April 07, 2007

RUMAH


Minggu lepas aku jenguk2 rumah yg aku beli di area Ulu Langat, terasa dah lama sgt aku tak kesana... dah beberapa bulan aku tak tinjau2. Dah nampak banyak perubahan dan 75% siap...Lega hati aku, kerana sekurang2nya.. aku tak la ditipu oleh pemaju dan di jangkasiap pada june 2007. Aku pun tak sangka aku terbeli rumah area sana... kalau di sebut mmg nampak jauh benar.. Batu 9 Jalan Cheras Ulu Langat. Walhal lebih kurang 15 minit je dri opis aku yg terletak di Pantai Dalam.

Balik je dri tapak perumahan, aku singgah ke site office, mana lah tau ada projek rumah baru yang nak di bena.
Betul la tekaan aku... ada rumah sedang dlm pembenaan. Boleh lah aku war-warkan pada kawan2 aku nanti... rumah kos rendah 5 tingkat dgn harga rm42 ribu. Aku rasa memang boleh beli dgn harga mcm tu... sbb kawan2 office aku masing2 dalam perancangan nak membena mahligai bahagia, termasuk lah anak aku sendiri.

Esoknya.. aku pun war-warkan lah... kat kawan2 aku... so.. lunch time tu.. depa masing2 nak tgk sendiri plan sebenar kedudukan kawasan dan rumah tu. Memang dlm pembinan... Aku dah explain kat depa2 tu.. boleh di beli rumah ni sbb pertamanya... "MAMPU" apa lagi kepada mereka yg akan berumah tangga, baru nak belajar kehidupan sendiri, dan tak susah payah untuk menyewa rumah yang semakin mahal. Di Bukit Angkasa, flat 3 bilik, sewa... paling murah pun rm550. lagi pun sampai bila nak dok menyewa. keDUA nya sebab umah ni tidak tinggi melangit sgt, setakat 5 tingkat dan tingkat bawah sekali kosong... (tidak ada rumah). keTIGAnya... sebab hak milik bebas (bukan pajakan) maknanya.. kita boleh jadikan investment utk masa depan.dan keEMPATnya.... pembinaan siap dalam jangkaan masa yg ditentukan (bukan makan masa bertahun2 baru siap). Memang tak rugi.


Bila masing2 dah terbuka mata dan minda,,,, masing2 pun setuju utk membeli rumah tu. Fazdly dan Khairool terus booking rumah tu... Utk booking dikenakan bayaran sebanyak rm2,000... mana la masing2 bawa duit sebanyak tu... adalah dlm rm100 je dlm wallet. dia org sibuk cari mesen ATM nak keluarkan duit. Aku kata.. booking dulu jer... kita bayar la dlm rm200 dan bakinya rm1,800 tu.. kita bayar gunakan bank draff. 3 hari kemudian.
masing2 pun memilih rumah mana yg dia org mahukan. NO rumah dan level juga block. Lepas tu... masing2 bayar duit booking rm200

Dua hari selepas tu... anak sedara aku Fara dan suami pula dtg nak booking, selepas aku war-warkan kat dia. Kalau boleh biarlah ada kerabat2 yg duduk berdekatan sesama nanti.. Setakat ni, ada la 6 org yg akan akan tinggal berdekatan kat area tu.

Pendapat Aku ler... Anak2 muda perlukan bimbingan dan arah tuju utk masa depan mereka dari kita yg dah banyak pengalaman. Sama ada dia nak mendengar dan ikut... itu terpulang pada diri masing2 ...sekurang2nya kita dah bgi petunjuk dan jalan yg terbaik.