Wednesday, September 03, 2008

LEGA SANGAT



Selamat Berpuasa untuk semua.

Dah 2 hari kita mengerjakan Ibadah Puasa. Syukur alhamdulillah kerana diberi kekuatan dan kesihatan yg baik, harap2 dapat mengerjakan Ibadah Puasa untuk tahun2 akan datang. Isyaalah.

Aku rasa bersyukur kerana kerisauan hati aku sebelum menjelangnya RAmadan telah reda... Lega sesangat dah hati ini.

Lega kerana Kak Illy dah tukar tepat kerja, dulu Shah Alam sekarang di Jln Raja Laut. Kak Illy dapat jawatan baru, sebab tu dia ditukarkan di area KL.

Lega kerana umie dapt balik kerja awal masa bulan puasa ni...masa Kak Illy di Shah Alam dia bawa kereta Pak Yong untuk memudahkan dia ke tempat kerja dan ke Uitm tempat dia belajar sebelah malam.

Masa harga minyak naik melambung, umie dgn Pak Yong kongsi2 kereta waktu pergi dan balik kerja., biarlah kami berkorban masa kerana nak menjimatkan kos harian. Lagi pun perjalanan ke tempat kerjamemang satu hala. Cumanya waktu balik saja yg berbeza. Umie keluar ofis pukul 5.30 ptg dan Pak Yong pulak pukul 7.00 malam. sanggup tunggu Pak Yong walaupun hingga pukul 7.45 mlm.

Tak ada masalahnya pun masa kongsi2 kereta, cuma dibulan puasa saja yg mendatangkan masalah buat umie kerana umie terpaksa bergegas balik awal...maklumlah umie ni ibu/isteri mithli (naik lift sekali2)... ahaks.kena siapkan juadah utk berbuka puasa, bukan tak boleh beli makanan yg dah siap masak di pasar ramadan, tapi kalau hari2 beli makanan di luar.. rasa jemu jugak... sekurang2nya masak yg simple2 saja.Nasi tu mesti walaupun hanya makan dgn ikan goreng + sayur.Anak2 pulak ikut suka dia orang nak beli apa pun, tapi biasanya anak2 gemar makan murtabak dan kueh tepung pelita.Itu makanan mesti buat dia orang.


Selesai sudah kerisauan hati umie sebelum ni....Alhamdulillah dan rasa bersyukur kehadrat Illahi kerana memberi jalan mudah buat umie demi keluarga tersayang. Tuhan tau apa yg terdetik dalam hati ku ini.