Monday, October 30, 2006


Salam sejahtera...
Hari ni 30 Okt bersamaan 7 syawal 1427H, aku dah mula bekerja walaupun masih mood raya. Kawan2 pun masih ada yg belum habis bercuti, ada la beberapa org dalam opis aku nie... Ada kala, fikiran aku melayang nun jauh di kampung halaman... Aku masih teringat suasana gembira bertemu sanak saudara, selain ayah ku yg semakin uzur dimamah usia. Seketika... aku teringat arwah ibuku yg telah meninggalkan kami sejak 6 tahun lalu...
Tahun ni memang giliran aku beraya di kampung ku. Sampai saja di halaman rumah, aku disambut oleh adik2 ku yg telah pulang lebih awal dri aku... Aku tau mmg adik2 aku menunggu kepulangan aku... sbb aku lah yg akan menentukan masakan juadah raya... ayam dah siap di potong, juga daging dah siap dibersihkan... anak2 pun sama buat kerja2 di dapur. Selalunya aku lah yg akan mengisi beras dalam sarung ketupat. adik bongsu terror masak rendang daging dan kuah kacang... adik sorang lagi terror masak ayam merah... aku ditugaskan buat pegedil dan masak lodeh...biasalah.. masakan belah selatan tanah air.... lontong tak boleh tinggal...
Pagi raya tu... sesudah menunaikan solat sunat aidilfitri, kami adik beradik berkumpul di rumah ayah... riuh rendah. Aku gembira tgk anak2 ku dan anak2 buah ku berpakaian serba baru... Seorang demi seorang bersalaman antara satu sama lain bermaaf-maafan...Aku tgk ayahku menitiskan air mata... Aku pasti,,, dia gembira sebab dapat berhari raya bersama2 anak2.. cucu2 dan cicit2... atau pun dia hiba teringat arwah ibu ku... Entah la... apa pun aku adik beradik tetap mendokan ayah dalam kesejahteraan selalu....
Sebelah petang setelah aku sekeluarga beraya kerumah ibu2 saudara ku... tiba giliran aku ke rumah ibu mertua ku pula...
Kita kena sama adil untuk tidak mengecilkan hati sesiapa... korbankan masa demi keluarga tercinta....

Sunday, October 22, 2006


Lega rasa hati aku bila dua2 anak dara aku selamat sampai rumah, Si kak Illy sampai lepas berbuka puasa, dan Yana si adik sampai kol 11.30 mlm bertolak dri Temerloh jam 8.00 sbb tu saja lar tiket yg masih ada… lain2 time utk hari tu memang dah habis… aku sentiasa calling2 Yana sbb risau… maklumlah zaman sekarang ni mcm2 boleh berlaku… mcm2 la yg aku fikirkan yg bukan2… hati ibu la katakan… rupanya Yana pun risau juga sbb bas yg dijanjikan dtg kol 8.00 mlm tak kunjung tiba, pastu dia org kata bas sampai lewat sbb trafik jem katanya… maybe jem dri KL lagi ka kot… lega juga la bila Yana bgitau mcm tu… tapi setiap 15 minit aku akan call dia…. Alhamdulillah selamat sampai rumah… amin…
Sebelun anak2 aku tido… dah pesan awal2… sapa2 yg nak bangun mkn sahur… mama kejutkan… kalau tak nak makan sahur.. makan la awal2 dan jangan lupa niat puasa.. sbb aku pun faham la… dia org tentu letih….mana la nak bangun awal pagi.Dan pesan aku…janji kita esok pagi, SHOPPING Pukul 10 pagi kami pun siap sedia nak keluar… macam2 shopping komplek dia org sebut… yg kakak suka ke midvalley… si yana nak ke sogo… si bongsu nak ke Jln tuanku A.Rahman… eee pening2.. dlm hati ni…mana satu nak ikutkan yer…
Last2… semua tempat yg depa sebut tu.. satu pun aku tak larat nak pi… aku kata.. kalau nak ke tempat2 tu… nanti la lepas raya kita pi masa cuti sekolah erk… kita boleh round KL hehehe…masing2 merunggut, sian gak la aku… bukan selalu pun dia org dpt jalan2… Tiga org tu la anak aku yg menjadi peneman aku buat masa ni.. yg Abg Long mmg la dah tak nak ikut… kalau ikut pun masa ada kenduri kawin sedara mara… tu pun aku paksa… abg sorang tu yg no 3 Herry… suka memerap kat rumah…main PS2… tenet.. ada kala aku intai dia . tgh dok buat homework… SPM tahun ni… risau nya aku sebagai ibu…doa aku dia dpt keputusan yg terbaik… amin..
Dalam pukul 10.30 aku pun sampai la tempat aku tuju… shopping kompek yg tak jauh dri rumah aku… dan aku tgk depa pun ok jer… hehehe lega aku. Lagi pun org belum ramai sgt… senang nak buat pilihan…
Alahai anak2 dara aku… si Yana paling cerewet memilih… kak Illy lebih suka ikut pilihan aku,,, kalau mama kata ok… ok la pada dia… tapi selalunya mmg aku pilih yg sesuai dgn warna kulit dia.. dan fesyen yg sesuai dgn badan dia… Tapi Yana dah berjam2 aku ikut belakang dia,,, naik lenguh kaki aku… last2 aku terduduk kat flatform anak patung… sementara dia kat dlm fitting room… kak Illy tolong pilihkan jeans adik bongsu. dan Herry.. Lega aku bila tgk Yana dah buat pilihan hati dia,,,, dah lawa sgt la tu… aku kata dlm hati,,, blouse satin warna krim lembut padankan dgn seluar jenis kain lembut juga ala2 beggy… mmg sesuai la dgn potongan badan dia yg tinggi lampai.
Aku tgk jam.. ehhhh dah hampir kol 2.00.Ingat nak ke tempat kasut, tapi aku mmg dah tak larat nak bergerak kemana2 lagi… aku ajak dia org balik… aku kata, esok kita kekedai BATA je la,,, kat Giant Bt Caves… tgk reaksi dia org senyap jer… tanda setuju la tu hehehe LEGA aku…
Tiba2 kak Illy bersuara… mama, Illy nak buat kueh raya la… yg simple2 jer.. tak payah nak masuk2 oven…. Aku kata, boleh juga, nanti kita singgah kedai beli barang kueh, ok..? Nampak hepi je dia org bila aku setuju.. Aku tau la kueh apa yg dia org maksudkan… Aku terus singgah supermarket yg berdekatan… aku beli cornflake, cocklate cooking, badan cincang… mangkuk kertas…
Sampai rumah selepas zohor aku siapkan baju melayu utk Abg Long… tinggal jahit poket jer dgn pinggang seluar… Abg Long ni mmg suka aku jahitkan baju melayu dia… cantik ke tak, mg dia akan pakai, atau pun dia mmg sejak kecil dah sesuai dgn baju yg aku jahit. Aku teringat masa dia di sekolah menengah dulu, ada majlis hari raya kat sekolah… dia kenakan baju melayu yg aku buat… Cikgu dia tanye, sapa jahit baju k’rool, Abg Long kata.. mama jahit… cikgu kata,oh… .! boleh tak cikgu nak tempah baju melayu dgn mama k’rool…. Hahahaha aku dengar abg long citer tergelak sakan la aku… Aku kata kat abg long, mama jahit baju utk anak2 mama jer… utk org lain mama minta maaf la banyak2… mama tak ada kesempatan…
Hari ni dah 24hb bersamaan dgn 29 Ramadan… Aku ambil kesempatan utk menulis blog sebelum balik kg.. Kejap lagi nak keluar lagi utk bab kasut pulak… adehhh…
Alhamdulillah banyak yang telah aku siapkan.

Masa itu Emas yg sangat berharga… walaupun sesaat. Seminit atau sejam… hargai lah dia dgn perkara2 kebaikan… dan masa tak akan menoleh kebelakang lagi… ia akan tetap terus berlalu dgn amat pantas sekali…