Tuesday, July 28, 2009

Majlis Hari Lahir

Kami baru saja meraikan hari lahir staff unit kami yang lahir pada januari sehingga jun. Kebetulan salah seorang dari staff kami akan bertugas di station lain, jadinya kami meraikan sekali majlis perpisahan utk nya. Tahniah buat Hasib.

Selain kek, kami juga menikmati soto juga kueh cucur badak dan sardin roll.


pict. 1 atas:
Bersama2 memotong kek ... Krool , Khairul (practical stdn), umie, Anie, Tim, Aishah dan Faten.
Semoga kami sentiasa dalam sejahtera.

Pict. 2 bawah:
Meraikan HAsib yang akan bertugas di station Astro.



Antara staff kami di unit grafik.

Thursday, July 23, 2009

BULAN SYAABAN




Bulan Syaaban.




Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda,
Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.


Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.


Malam Nisfu Syaaban:

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.

Marilah kita sama2 menafaatkan bulan yang baik ini.



Monday, July 20, 2009

Bulan Rejab

Alhamdulillah... dapat jugak umie berpuasa di bulan Rejab sebanyak 3 hari sahaja.
__________________________________________________________________
Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,

Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah
Sesiapa yang berpuasa 2 hari
maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah
Sesiapa yang berpuasa 3 hari
maka ia akan dijauhkan dari Allah dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal
Sesiapa yang berpuasa 7 hari
maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya
Sesiapa yang berpuasa 8 hari
maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya
Sesiapa yang berpuasa 10 hari
maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya
Sesiapa yang berpuasa 15 hari
maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda
Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji
Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.

Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.
_________________________________________________________________
Sempat juga buat entry hari ni... call Kak Illy suruh masak utk bukak pose ptg ni. Kak Illy cuti saja2 dok umah, biarlah dia masakan utk kami sekeluarga... Kalau ikut fabret dia.. ayam masak kicap le kot,,, sbb umie tak suruh dia masak ikut selera umie.. biar lah ikut selera dia pulak. lagi pun dia bukan jenis yang pemakan.... ikut perut dia je, roti ke.. biskut ke.. pun dah ckup utk dia.... sbb tu dia keding jer... hik hik hik... tak macam Yana... makan ala2 umie... tgk le badan dia... semontel mak dia nanti ahaks...!! sib baik dia tinggi mcm ayah dia....
Balik nanti nak singgah pasar malam, teringin pulak nak makan laksa buyung dgn roti john @ kebab, memang sedap, tak terdapat di pasar malam lain2 tempat.

Wednesday, July 15, 2009

ANAK PUAN SALLY.


Siti Zarra Adriena. Itulah nama yg di beri oleh mama nya. Satu2nya buah hati pengarang jantung kepada Puan Sally @ Salmah.

Sejak berusia 1 tahun 2 bulan... dia membesar didepan mata umie. Sejak mama nya menghantar Zara di taman asuhan Cumi Ciki di RTM, sejak itu lah aku naik satu kereta dgn Puan Sally, untuk memudahkan pengawasan Zarra pergi dan balik dari kerja. Sejak itu juga Zarra semakin akrab dgn family umie. Tetapi hujung Julai ni anak umie (Khairie) akan membuat practical di RTM, jadinya umie kena drive sendiri. Maknanya umie kena berpisah sementara dgn Zarra. Pasti kami merindui nya...


Untuk pengetahuan semua yang selalu tertanya2, dan musykil.... itulah jawapan siapa kah ZARRA dan PUAN SALLY.


Sebenarnya ada 3 atau 4 org yang bertanya begini:"Kak Yong.... siapa Zara tu?? cucu kak yong ke.?? " atau "Kak Yong dah ada cucu ke...?"

Memang sesuai kalau dia cucu umie pun hehehe.... dan umie pun dah sesuai juga dan sepatutnya bergelar NENEK. , tapi Puan Sally suruh Zarra panggil umie dengan pangilan Mummy. Serasi pulak dgn panggilan macam tu... seolah2 Zarra ada 2 ibu yang menjaga nya. Biar lah dia rasa selesa. Pak Yong juga anak2 umie pun dah mesra dgn Zarra.


Memang ler Along dah kawin, tapi belom di beri rezeki lagi.... Mudah2an Tuhan akan bagi rezeki juga nanti.. Insyaalah.



Zarra yang semakin membesar , comel, montel dan nakal yang menjadi penghibur hati kami sekeluarga.


Tenguk tu keletah Zarra, posing sakan.

Dia akan menangis kalau tak dapat singgah ke rumah umie semasa Puan Sally turunkan umie didepan rumah.

Tepat jam 9 malam, pasti nya dia suruh umie hantar dia balik rumah. Itulah Zarra, harap2 dia akan jadi seorang yang berguna bila dewasa nanti dan tak akan mensia2kan harapan mama dan papanya.




Monday, July 06, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU.




Pada 5 hb Julai 09.



Selamat Pengantin Baru



Buat Nurziataty Rubaya dan suami, Mohd Arzaiee... semoga berbahagia dan kekal selamanya. Insyaalah.

Umie tak kesempatan untuk menunggu pengentin lelaki datang....
sebab nak balik ke kampung selepas tu, menemui ayahanda tersayang.


Gambar utk kenangan. Bukan selalu jumpa pun... tu yang masing2 posing sakan... nak jumpa setahun sekali beramai2 pun payah.Ini lah sepupu sepipit yang sempat umie jumpa. Yang pakai tudung lite brown ada manik2 gold tu adalah CIK SITI yang pernah umie tulis entry di SINI.

Nurziataty ada lah anak perempuan tunggal Cik Siti




(Pak Yong pantang nampak durian, satu bakul pun boleh mkn sorang hik hik hik... )

Selepas pergi kenduri rumah Cik Siti, kami singgah ke kampung halaman di Bukit Gambir pula. buah durian dah nak habis, ada la sikit2 utk kami sekeluarga. Buah rambutan kuning (gading) dah beransur habis, tapi rambutan merah masih ke kuning2an belum masak betul2.
Si mieoowww NI pun suka makan durian jugak... so cuteee... Ni kucing adik umie yang kat kampung. Katanya ada org tinggalkan anak kucing kat tepi jalan. So... dia bela ler.. Kami ni mmg keluarga yang sukakan kucing..

Friday, July 03, 2009

DALAM KENANGAN - wheels

Bila umie masuk blog sepupu umie baru2 ni, umie terdengar lagu ini. best pulak... jadinya.. kepada Illa, jgn marah erk.. kak umie bubuh youtube dalam blog ni... apa2 pun TQ sebab lagu ini mengenangkan kembali masa zaman silam...

selamat mendengar.








Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendiri

Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu teberau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan

Bila masanya tiba nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya abadi dalam kenangan

Thursday, July 02, 2009

Happy anniversary



Sepatutnya umie post entry ni pada 30hb Jun yang lepas.
sebab...
Pada tarikh itu lah umie telah bergelar seorang isteri kepada suami aku yang baik lagi ensem itu..... hik hik.
Pada tarikh itu, maka genap lah selama 29 tahun aku mengarungi kehidupan disamping seorang suami serta anak2 seramai 5 orang.Dan bertambah lagi seorang menantu. Harapan aku, dapat menimang cucu seramai mungkin.

Kebahagian sesebuah keluarga adalah persefahaman antara satu sama lain... kekayaan harta adalah bersifat sementara, biarlah kita kaya dgn ilmu yang ada.



(kami yg semakin maju kedepan ahaks..)


(gambar dari jun 1980 hingga 2000 )