Wednesday, June 24, 2009

MC

Assalamualaikum..

Umie MC lagi hari ni. … dah 2 hari. dok kat rumah. Memang best . Semalam walaupun MC, tokeh perabut tu call… kata nak pasang kitchen kabinet hari tu jugak, sebab hari tu la yg dia rasa free. Ermm.. tukang kayu nya pun bukan orang lain… adik umie sendiri, sebab tu dia buat leka2 jer… mentang2 ler aku ni kakak dia…ahakz…

Makanya, walaupun umie berMC, tapi Puan Sally hantar Zarra kat umah umie pagi semalam… dia lebih selesa kalau Zarra dgn umie… umie ni ibarat macam ibu Zarra yg ke dua. Kalau menyusu botol.. dia nak umie baring sebelah dia jugak… sambil2 tu dok merayap2 la tangan dia kat mana2 yg dia nak raba…. hihihi. Pukul sembilan malam baru umie hantar Zarra balik ke rumah dia,. Bila umie masuk kete dan berlalu. umie dengar dia menangis… tak puas lgi kot nak manja2 dgn umie… ahaks. ada aura gitu…!

Dah lama umie tak kena selsema. rasanya dah masuk setahun atau 2 tahun. Kali ni dah masuk seminggu masih lom baik2 jugak. Bukan tak riasu … risau sebab keadaan sekarang ni kot2 la terkena jangkitan virus “Truttt”.. . tak berani nak sebut lagi… semalam bila kawan call… umie kata la. yg umie MC risau gak mana la tau terkena H1Ni… huhuhu.. kawan umie tu kata… “CAPUI” nya… mulut hang… hihihhihi..

Dr kata tak la terkena jangkitan virus tu.. sebab umie bukannya demam pun… batuk pun tidak….tekak pun tak sakit… Alhamdulillah… sebab terkena selsema biasa jer.. tapi awatnya lama sgt nak sembuh…?

Selalunya umie pi ke klinik yg family buat rawatan biasa2 jer..tapi semalam umie terasa nak pi ke doctor perempuan… tapi awat la mahai beno ubat lar ni. RM48.00 utk 4 jenis ubat. (ubat selsema, anti biotic, batuk dan ubat demam). Klinik yang biasa family kami pegi tu.. paling2 pun Rm38.00. Bukan nya umie berkira… tapi tak selaras harga agaknya . entah !! wallahualam…

Monday, June 22, 2009

SELAMAT HARI BAPA




Gambar ayahanda bersama 8 orang anak dari 9 orang.
(Kak Long tak ada dlm gambar ni...)




Selamat Hari Bapa kepada ayah2/ bapak2/ abah2/daddy2 se Malaysia.




Untuk Ayah umie, terima kasih kerana mendidik anak2 seramai sembilan orang dgn sempurna dan kami tak akan melupakan segala susah payah selama menjaga dan mendidik kami. Terlalu banyak kenangan bersama ayah. Harap kesabaran ayah mendidik kami akan Allah balas jua nanti. Kami tak akan melupakan ayah, apa lagi setelah ketiadaa Ibu tercinta. Semoga ayahku diberi kesihatan yang sempurna... amin..


(Gambar masa hari raya 2008, Along tak ada sebab beraya di rumah mertua..)



Kepada Suami ku tercinta, umie bagi pehak anak2... mengucapkan Selamat Hari Bapa... TQ so much kerana menyayani anak2 yg seramai 6 org tu, termasuk menantu.


Spek mata baru akan menyusul nanti sempena HARI BAPA dari anak2 hehehe..


Apa2 pun, banyak bersabar dgn kerenah anak2, apa lagi seiring dengan dunia yang yang serba membangun yang penuh dengan cabaran dan dugaan.




Semoga Allah beri kesihatan yang baik... amin...


Tuesday, June 16, 2009

HARI KELUARGA JUN 2009

Pada 14 Jun baru ni, kami dari Bahagian Rekabentuk & Pementasan mengadakan Hari Keluarga di Camar Rimba Bukit Cerakah, Shah Alam. Tujuan nya adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dari setiap unit dibawah nya. Sekurang2nya kita dapat mengenali keluarga masing2... suami atau isteri, anak2 serta menantu juga cucu2... Memang amat seronok dengan aktiviti yang di adakan.
Terima kasih buat pelatih2 dari UiTM Shah Alam, UNISEL ,KOlej Komuniti dan POliteknik kerana bersama2 bertungkus lumus untuk menjayakan program tersebut.
Jomm... layan gambar...


Antara keluarga umie dan rakan2...Dimulakan dgn bacaan Doa.


Sebelum bermula acara seterusnya, persembahan tarian poco-poco. Aku memang tak join le... aku ni jenis kaki kayu... hehehe. Tak sangka Yana dgn Syahmie boleh ikut sama menari.

Shasha (anak kpd seniwati Mariani) berseluar pendek...bukan main lagi aku tgk dia menari...

Ni.. gambar yg umie suka... atas sekali tu, yg pakai spek bingkai putih... Dilla yg pernah menang dlm prog most ur beautiful.(tak berapa ingat tajuk prog tu dulu..)


Ni.. acara perlawanan memakaikan baju model dri kertas yang paling kreatif.



Sebahagian acara untuk orang2 dewasa.




Acara untuk kanak2....





Masa ni dah terlalu letih. Senyum tetap senyum... dapat hadiah banyak beb....! Hadiah kena naik lori sebab tak muat.



Thursday, June 11, 2009

KENANGAN LALU

Kenangan Lama…

Mana mungkin kenangan lama berlalu begitu saja… seronok pun ada, sedih pun ada… tapi biar lah aku tulis yg lucu2 saja la erk…

Sekitar tahun akhir 70an semasa aku mula2 tinggal di KL, aku menumpang di rumah sepupu aku.. iaitu cik siti. Cik Siti ni bukan orang lain bagi aku… dia ada lah sepupu aku sebalah mak. Iaitu mak aku adik beradik dgn bapa dia… jadi.. aku dgn cik siti adalah sepupu.
Kami dari keturunan kelompok JAWA… mak dan bapa aku memang keturunan jawa. Tapi tak tau pulak dri kelompok jawa apa… sebab dalam keturunan jawa ada beberapa nama… yg aku tau… jawa ponorogo dgn pagelen… lain2 nama tu mmg aku tak ambik tau langsung… nanti2 lah aku selidik nama2 lain. Nak juga aku tau kan…. Jangan pulak keturunan tinggal hanya keturunan. Tapi tak tau dri sepsis mana.

Aku kawin dgn Pak Yong, berketurunan jawa jugak…jawa ponorogo. Masa baru2 kawin dulu, aku pun tak faham sgt bahasa jawa dia org.. . ternganga je le… sekali2 tu aku gelak dalam hati je… pastu tanye pak yong mana yg aku tak paham. Hihihihi..
Pak Yong, walaupun keturunan jawa, tapi tak pernah sekalipun dia cakap jawa dgn aku… Aku pun macam tu jugak… tak pernah cakap jawa dgn Pak Yong… Tapi kalau dgn adik beradik sendiri… tak lekang “NGOMONG JOWO”.

Berbalik kepada cik siti sepupu aku tu…

Baru2 ni, aku sekeluarga balik kampung Yong Peng untuk menghadiri majlis kenduri kawin anak kepada sepupu Pak Yong. Sepupu Pak Yong ni kawin dengan sepupu aku, Cik Siti ni… Jadi nya.. mmg aku mengenali keluarga Pak Yong sebelum aku kawin dgn dia… orang kata… mudah bila kita dah kenal keluarga orang yang kita nak hidup sama2 kelak. Hehehe iyer ke senang???
Dalam perjalanan ke kampung, aku pun buka citer kat anak2 aku.

“Yana.. Illy… dulu2 kan masa zaman mak muda.. mak tinggal kat Dato Keramat menumpang rumah Cik Siti.” “ Masa tu, tambang bas dri pasar dato keramat ke chow kit Cuma seposen jer.. Petang mak pergi ke kelas menaip dri Dato Keramat sampai jalan gurney Cuma lima sen jer..naik BAS SRI JAYA... “ lorr… kyusuk pulak budak2 ni dengar citer aku. Hihihihi…
Satu hari tu… Cik Siti ajak aku jalan ke Chow Kit beli barang keperluan. Masa tu pasaraya popular ialah Keramat Supermarket dan Batu Road Supermarket. Dulu2 kalau nak jalan2 bergaya sungguh… berskrit kembang… baju berlengan pendek paras atas siku. Kebanyakan berskrit, berseluar panjang atau jeans ada juga… zaman tu jenis bell bottom… kembang belah bawah…. Boleh menyapu jalan raya lagi… huhuhu.. Baju maxi pun pakai jugak… make up boleh tahan gak… yer la.. masa muda… bergaya ler.. Rambut sepit tepi telinga siap ada bunga2 lagi. Hihihi… kasut tumit tinggi… ahaks…

Dah le bergaya sakan… bila naik bas, aku kena lah bagi Cik SIti duduk dulu… aku terpaksa lah cri tempat duduk kat belakang… jadinya,,, duduk lah aku kat tempat duduk belakang sekali. Aleh2 Cik Siti panggil aku dgn kuat nadanya…... “Mickk (nama panggilan aku)… Kak Siti wes bayar tambangehhh yo…” aduhhhh… aku perasan ramai yang dok alih pendangan kat aku… huhuhu… apa lagi, aku buat muka tak malu jer.. walaupun mmg lah malu..!!

Apa lagi, Illy dgn Yana gelak sakan dengar cerita aku…
Sekarang ni, kalau aku dengar org ngomong jowo dalam bas…. Kebanyakan nya adalah pendatang dari Indon… dan aku faham apa yg dia orang sembangkan…. Cuma, aku akan gelak dalam hati atau senyum2 simpul saja… memang kita tak sepatutnya melupakan bahasa ibunda kita, kalau lah ada geng nak cakap jawa, mahu saja aku sembang dalam bahasa turun temurun aku yang sememangnya unik. Tapi kat KL ni aku nak sembang dengan sapa..? Anak2 aku hanya Along dgn Kak Illy je yang faham sikit2… sebab dulu2 masa dia orang kecik2, kalau umie dah marah sangat, memang guna bahasa jawa… hehehe.. ler ni aku gunakan bahasa jawa bila balik ke kampung sahaja. Aku yakin dan pasti, bahasa ibunda kita akan beransur2 hilang dek kerana arus persekitaran dan kemajuan masa kini.

Thursday, June 04, 2009

LUNCH



Sejak malam tadi mata kiri umie tergedik2@terkenyet2... Biasanya kalau mata tergedik2 tu, maknanya umie akan jumpa orang nun jauh…. Kalau yang tergedik2 mata kanan… tandanya nak jumpa saudara mara terdekat… Gedik2 mata tu mmg dah biasa dgn mata umie ni… kalau nak dapat berita buruk atau baik… mata gedik2 jugak… kadang kala merimaskan jugak….

Tetiber tengahari tadi, umie dpt panggilan fon…. no yang tak ada dlm simpanan pulak tu… Biasanya para2 penerbit yg call nak buat grafik2 tambahan… sbb tu umie jarang simpan no fon penerbit.
“ello… assalamualaikum”…. “Waalaikumsalam”… umie jawap (dgn nada yg serious… ) umie amati betul2 nada suara nya… “hihihi… Ariffin… ingatkan siapa tadi… “
Lama juga tak jumpa En Ariff… Tahun lepas semasa dia bercuti pun tak jumpa… umie hanya jumpa Aisyah, kat rumah dia di area Kondo Taman Melati… Last jumpa, dua tahun lepas semasa aktiviti meraikan Anak2 Yatim Darul Izzah, Bangi .

Kebetulan En. Ariffin ada urusan di Bangsar, dah dekat dgn RTM, so kami keluar lunch di Restoran Puteri. Kami banyak sembang pasal kawan2 lama di chatroom… yang meninggalkan banyak kenangan,,, seronok jugak… Walaupun bertemu hanya sekejap, tapi naluri hati umie, En Ariffin masih tetap seperti dahulu yg umie kenali dan seorang yang cukup sederhana dan simple.
Semoga dia sekeluarga dimpahi rezeki dan di beri kesihatan yang baik… amin…
Kepada En. Ariffin dan Aisyah sekeluarga, kalau balik cuti akan datang… sudi2kan lah singgah ke rumah umie yer.. . Semoga tali persahabatan tidak akan terputus sampai bila2… insyaalah.

Monday, June 01, 2009

TETAMU ku

Beberapa minggu yg lepas , sepupu aku call bertanyakan sama ada aku free atau tidak….tentu aku kata aku free walaupun aku ada prog lain… Dia kata nak mintak tolong aku untuk tunjukkan tempat pendaftaran anak nya yang nak masuk ke UIAM di Petaling Jaya.

Tahniah buat Aidil.


Dia bagitau aku awal2, dia nak dtg membawa 3 org anak dan ibu mertuanya sekali. Bemakna jumlah semua sekali ada 6 orang. Aku rasa terlalu gembira sebab, bukan selalu saudara mara kita nak dtg umah kita kan… Dia kata, ada juga anak saudara dia kat Shah Alam, tapi dia rasa lebih selesa bila dia dtg bertandang ke rumah aku. Bertambah besar lah rasa hati aku… terasa dihargai dan dapatlah mengeratkan hubungan kekeluargaan kami yg sememang nya jarang2 berjumpa, entah2 10 tahun sekali pun payah nak jumpa…


Aku pun berkira2 ler.. tetamu seramai 6 orang, aku anak beranak ada 8 orang, kebetulan anak2 semua berkumpul pada hujung minggu tersebut.… Jumlah kesemuanya ialah…. Empat belas orang…. Aku dok congak2… kat mana nanti dia orang nak tido… rumah aku ni kecik jer… ada 3 bilik kat atas… Barang2 Along banyak pulak kat rumah aku ni… Hadiah2 masa kawin dulu, masih tersusun kat bawah tangga dan ditambah dgn barang2 yang terkumpul , lampu… kipas angin , yer la.. rumah Along dah nak siap.. jangkaan nya sebulan dua lagi dapat lah CF… insyaalah.


Aku pun dok bincang2 ler dgn Pak Yong ku… kesian pulak tetamu tak selesa nanti… Kami buat keputusan supaya tetamu kami tu…. kami bawa bermalam di Cheras, iaitu rumah hujung minggu aku.Sekurang2 nya dia orang rasa selesa walaupun rumah tu tak berapa lengkap . hanya ada keperluan asas sahaja. Dapur masak, peti ais, meja makan,TV dan setiap bilik dah ada katil. Tilam2 spare pun ada… “toto”. Toto, aku beli kat Sg Besar dgn harga yang amat murah… ada yg rm22. Ada yang harga rm26.. ada gak yang harga rm 69. Semua jenis aku beli.. bukan apa… utk keperluan sendiri…

Lebih kurang pukul 5.15 aku dan Pak Yong dah tunggu di petronas petrol station area Tol Sg Besi… yer la..Sepupu aku tu tak mahir sgt dgn jalan area Kuala Lumpur, jadi kami kena tunjuk arah jalan… daripada dia tersesat arah kemana2 lagi susah dan meletihkan…

Lebih kurang pukul 5. 45 petang,sampai la kerumah kami di Cheras… jalan menghala ke Hulu Langat Bt 9... kira kawasan kampung buat masa ni... tak tau la akan dtg nanti... mungkin akan membangun pt kawasan2 lain.


Malam tu aku masak ikan asam pedas bubuh kacang bendi, sambal sotong, goring telor dadar, goring ikan masin terubuk Sarawak(kawan Along bagi), sayur campur.
Tapi aku tgk Mak Mertua dia macam tak berselera je… risau jugak hati aku… hati aku berkata2.. tak sedap ke aku masak..? Tapi yang lain2 tu selera je aku tgk…


Dilla, isteri sepupu aku , tarik tangan aku ke dapo… dia kata, akak jgn la kecik hati erk… mak mmg mcm tu… selepas dia kena stroke, dia banyak berubah. Ada masa dia ingat… ada masa dia lupa… ada masa duduk termenong… Dilla kata… mlm nanti Dilla nak kuar jalan2 … nak bawak Mak… dalam hati aku… nak jalan kemana ? sini kawasan kampong… tak ada apa yg menarik. Dia kata, nak bawa mak makan kat luar… owhhh baru la aku faham...

Kami pun siap2 le keluar, dan kebetulan pulak, dekat2 dgn kawasan rumah aku tu ada gerai makan yg boleh tahan sedapnya… Oleh kerana semua masih kenyang, kami cuma order minuman saja.. . Mak mertua dia nak makan ikan siakap tiga rasa tanpa nasi…. Untuk anak2, order je kentang goreng… aku pulak teringin makan rojak buah… alahai… bila siap jdi macam campuran buah2an cicah kuah rojak… alahai.. yg aku bayangkan Rojak petis muar.

Yang penting Mak mertua sepupu aku puas hati dan aku juga rasa lega kerana dia dapat makan apa yg dia suka. Dia kata, dalam banyak2 tempat dia makan ikan siakap 3 rasa… kat sini la yg paling sedap… besar lah hati aku masa tu… sekurang2nya kat tempat aku ni ada gerai makan yg sedap… walaupun kat Melaka yang terkenal dgn Ikan bakar, kat Cheras juga yang dia kata sedap.. huhuhu…

Dilla kata Memang mcm tu la kebiasaan mak dia… kadang pukul 12 mlm call, ajak Dilla temankan kuar makan ikan… Sekoq ikan siakap makan sorang2 tapi tak la hari2… hanya berkala… paling pun seminggu sekali. Kita kena ikut kehendak Ibu kita, sementara dia masih ada… jgn sekali2 kita tegah apa yang dia suka, kerana, kita tak tau takat mana usia dia.. jgn sampai kita menyesal kemudia hari dan rasa terkilan.