Thursday, November 23, 2006

OPEN HOUSE 18/11/06
Yang jauh di dekatkan..... yang dekat tambah kemesraan... Itulah sebenarnya yang tersirat di sebalik perjumpaan aidilfitri... saling bermaafan sesama insan...
Jadilah seorang insan pemaaf... kerana di situ akan ada ketenangan....









Wednesday, November 22, 2006



SIFAT MARAH
(Email kiriman dari seorang teman utk kita kongsi bersama)

Bagaimana menghilangkan Marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah
ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang
segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair : "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan
"Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.” Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab: " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan"
kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

*************************************************************************************
***Sabar itu adalah separuh dari IMAN
***Selalu orang kata..Sabar ada juga hadnya... ,tapi kalau kita dipihak yang benar, lambat laun kebenaran akan meyebelahi kita juga.

**************************************************************************************

Thursday, November 09, 2006

HARI MALANG

Hari ni memang malang sungguh la... nasib aku. Nak salahkan sapa pun tak tau...nak salahkan org pun tak boleh juga.. nak salahkan aku ni careless pun.... rasa2 selama ni okey je... (mana la nak ngaku,,, ye tak....hehehe) tapi mmg la kan... sebagai manusia ada masa kita alpa. Kita leka tentu bersebab la kan... Nie.. umie nak citer pasal kehilangan barang yg kita sayang...
Kat opis aku ni kawan2 semua okey je... walaupun sudah bertahun2 ramai practical student yg attech kat bahagian aku ni..... semua baik2 belaka... dan aku boleh mempercayai mereka.... sbb tu la... aku anggap dia org tu mcm lah adik2 aku, anak2 aku...
Semalam genap hari ke-6 aku puasa sunat syawal... hepi nya aku... alhamdulillah....selesai juga.
Tengahari tu aku keluar ke area PJ... aku sattle segala bill2 bulan lepas... bill h/p, telefon umah, api, air juga streamyx...sambil tu aku merewang2... hehehe nama pun wanita mana kan nya tak nak singgah kedai2 yg dia suka.. hihihi,,, pernah ada seorg laki2 berkata kat aku.... perempuan ni kan... pantang kalau jumpa shopping complex.... mcm ITEK jumpa AYAQ...mana ada mcm tu.. tu bukan aku le... aku ni bukan banyak duit nak beli belah tak tentu hala..... aku kalau nak beli tak tentu hala... aku mesti teringat kat anak2 aku sama.... tatau la kenapa.... kalau aku beli baju.... aku kena beli sama2 utk anak2 aku juga.... sbb tu aku tak beli... aku TGK2 jer... hahaha...
Sampai opis... aku sattle2 keje aku.... kejap2 tu aku tgk jam... iskk lambatnya jam berlalu... baru kol 3.30... iskk.... mata aku makin lama makin sepet... ee ngantuk la pulak... dalam pada tu.. aku kena la siapkan keje2 aku yg perlu aku sattlekan ptg tu juga... aku jadik KALUT.... kejap2 tu fon berbunyik... lepas aku ckp lebih kurang... aku leka dgn keje aku... sampai la kol 5.00 tepat... aku pun balik rumah....

Di rumah... aku sambung pulak keje2 rumah aku... yer la,,,nak buka pose ptg ni... mcm2 la yg aku teringin nak mkn... tapi aku teringin sgt nak mkn ubi keladi goreng mkn dgn sambal kicap....hehehe org johor ler... mmg la mkn pisang goreng pun dgn sambal kicap... tapi aku tak boleh terima kalau mkn pisang goreng cicah sambal kicap... takat sukun goreng, keladi goreng atau ubi keledek goreng tu ok ler jugak... hihihi. Sambil2 aku masak tu... hati aku berdetik... eh... pasal pe,,, H/P aku tak bunyik erk,,,, biasanya hubby aku akan call.... kata, sekian2 jam dia akan sampai umah... SMS pun tak bunyik pun... SEPI jer.... dah la anak2 aku tak ada kat rumah sbb sekolah... tambah la sunyinya hati aku... Aku tgk jam dinding,,, lorr... tak gerak pun jarum.... ada ke dah gelap mcm ni baru pukul 2.25 ptg.... emm mati rupenya jam nie... aku tgk jam dinding kat ruang tamu pulak.... iskkk mati juga ke.... lorr... kol 8.00 mlm pulak.... eee apa lar....
Aku tergesa2 carik h/p aku dlm handbag.... aku geledah... pastu aku tunggeng bag aku... aaaah kan dah semua teraboq... padan muka aku... kena kemas balik bag... tapi...

Uwwaaa..... mana pi nya H/P aku.. aku cuak masa tu.... lama gak la aku menong... aku cuba call.. eh! pasai pe voicemail nie... sbb pgi tu aku charge bateri penuh2 tak kan dah kong kot... Aku flashback.... aku call kawan aku yg masih lom balik lagi... dia kata tak ada akak.... cuba akak ingatkan last sekali guna fon.... uhuk.. uhuk...
Yer... aku dah ingat... Tadi masa kat opis... tgh dok kalut2 tu.... mmg aku nampak fon aku kat sebelah keyboard... mmg aku ada sentuh ... aku lap2 screen fon dgn kain tudung aku.... hihihi... lepas tu aku turun bawah sbb nak poskan surat.... pastu aku masuk opis balik.... aku terus lupa pasal fon aku tu... kol 5 tepat... aku capai bag dan terus balik umah. Tapi... masa aku nak keluar tdi, mmg aku dah tak nampak fon pun... aku cuma agak yg aku dah simpan dlm handbag aku... uhuk uhuk... mula la aku fikir yg bukan2....

Jam 8.30 hubby aku sampai rumah... aku buat cool jer.. walhal dalam hati ni sangsi juga kalau2 dia tanye pasal dia call aku tak dpt... rupanya dia mmg tak call aku pun, sbb bateri fon dia habis terus....
Aku tunggu dia mkn mlm sampai habis.... pastu aku ckp pelan2... tapi... aku tgk dia cool jer... hehehe... aku kata,,, maaf ya MAs.... telefon hadiah Mas tu kaburrr.... dia kata... dah tak ada rezeki awak,... nak buat camana.... jgn pulak tuduh2 org ambik.... sbb awak la yg cuai...aahaks....
Tapi kalau hilang sbb tercicir tu... aku tak la ghalat sangat... ni sbb hilang atas meje aku.... aku terkilan sgt2....

Tapi... sejak ada sorang student ni... mmg keadaan opis aku lain mcm jer... beberapa buah komputer rosak sbb virus.. mana2 PC yg dia guna,.... semua jdi masalah... pastu kena format pulak... aku pun tatau la... tangan dia ada apa.... tangan bawa VIRUS la kot....
Memang aku masih geram sgt kat dia nie... sbb dia suka menyebok kat meja org... aku rasa malas nak layan yg sekoq nie...

*berani kerana benar, takut kerana salah*