Tuesday, December 05, 2006

KHIDMAT NEGARA


Eh… memang rasa tak puas hati lagi ni…. Nak complain kat sapa erk…? Sbb benda dah jadi?? Iskk.. ada ke patut… anak umie masih belum habis SPM exam lagi, dah keluar nama dlm paper kena pi KHIDMAT NEGARA….apa dah jadi ni…. Bukan ke gangguan utk budak2 tgh peksa..?? dah tu jauhhhhh… nun kat GUA MUSANG, Kelantan pulak tu… ermmm risau sungguh le….

Semalam umie dgn hubby cuba2 la bawa surat ke office Khidmat Negara, minta pertukaran untuk ke kawasan yg dekat2 je…. Area selangor ke… melaka ke… dan kawasan2 yg sewaktunya dgn nya…Kami pun jumpa pegawai di situ…Tapi dia kata, tak boleh tukar sbb dah arahan dri atasan…dia kata, sekarang ni dah tukar BOSS baru…. System pun dah lain sikit…Ehh.. awat jdi tambah panas… dah le jalan nak ke bangunan tu jalan jem teruk.. sesat jalan pulak tu…

“En…. Saya nak complain… tak sepatutnya dikeluarkan arahan utk ke Khidmat Negara semasa budak2 belum habis exam lagi.…saya tak setuju sangat2, ia boleh menjadikan satu gangguan fikiran,,,bukan semua budak2 suka utk ke khidmat Negara… ada juga yg tak suka…” umie renong je wajah dia…. Apa dia nak jwp… mcm serba salah dia nak jawap…. Yer la kan… bukan arahan dri dia…. Semua tu arahan dri BOSS … dia kata, dia pun tak setuju dgn cara BOSS baru dia…. Tapi, dia nak buat camana….
Tapi apa pun, dia akan cuba tolong umie mengenai pertukaran tu… alhamdulillah… insyaalah….
KASIH IBU

Ada lagu yang mengatakan andai bumi terbelah aku tetap cita padamu,
ada yang mengatakan hanya kau yang ku cinta di dunia.. tapi sayang ..
orang yang paling dan patut kita sayangi di dunia ini ialah IBU kita ..
bukan kekasih.. yang hanya datang sekejap dalam hidup kita..
FIKIRKANLAH. ..Itulah pengorbanan seorang ibu....sedih. ....
sayangilah ibu anda selagidia masih hidup.

Cerita dari seorang kawan :
Cerita betul yg meyayat hati....
Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datangnanti.Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,
"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya. Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abangku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi..Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ..Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantasaku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu,,,sedih dan terguris sungguh hati aku..bila ku lihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk di makan.Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YARABBI, Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pda nak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.AMINN