Tuesday, September 30, 2008

BALIK KAMPUNG

Tinggal sehari saja lagi kita akan sama2 menyambut Aidilfitri. Persiapan hanya lebih kurang saja tahun ini... kecuali untuk anak2 tetap macam biasa.... Kita sebagai ibubapa pakai mana yg ada, tak perlu nak ikutkan hati. Yang penting kita dapat bersama2 keluarga yang tercinta, bersalam salaman memohon kemaafan dari sahabat handai dan taulan.
Esok pagi umie akan bertolak balik ke Johor tanah tumpah darah ku. Kalau jalan tak jem, lebih kurang 2 jam setengah sampai la kami ke kampung halaman dan hanya singgah sebentar menemui ayahanda tercinta dan akan meneruskan perjalanan ke Yong Peng selepas itu. Tahun ni kami berhari raya di rumah mak mertua. Harap kami sampai dgn selamat.
Tetapi umie balik dgn anak2 saja... (Kak Illy, Yana dan syahmie), sementara Pak Yong dan Khairie balik belah malam sebab Pak Yong masih kerja pada hari esok. Krool dgn Safiya berhari raya di Gombak, dan selepas solat raya mereka akan menyusul umie untuk beraya di kampung pula...
Begitu lah perubahan perjalanan keluarga kami, mungkin dari setahun ke setahun pasti akan berubah.. dan itu lah adat resam dalam kehidupan.Setiap insan pasti akan merasai juga satu hari nanti...

Monday, September 29, 2008

SHOPPING RAYA

Tinggal beberapa hari lagi kita nak menyambut hari raya... Baru semalam dan hari ni baru umie sempat shopping keperluan anak2 untuk beraya... Ikutkan hati memang la malas nak pergi, memandangkan keadaan kaki yg tak berapa sihat sejak kebelakangan ni... Tapi kalau tak pergi... kesian pulak kat anak2...depa pun nak pandangan ibu dia... sama ada pakaian yg dia pilih tu sesuai atau tidak dgn dia org...

Tiap2 tahun umie hanya keluar shopping di area Selayang Mall saja... tu le tempat yg berdekatan dgn rumah umie... Jalan TAR..??? umie memang tak kuasa nak ke sana walaupun banyak pilihan.... kat situ memang tempat tumpuan orang ramai... dengan keadaan yang penuh sesak. Silap2 hari.... kita kena penyeluk saku/ peragut.... iskkk minta dijauhkan semua tu...

Sebahagian baju anak2 yg di beli... Bukan shopping utk anak2 saja... budak dua orang tu pun kena belikan juga.... Tapi umie taubat dah bawa si adek (nana), asik2 hilang dri pandangan mata... rupa2nya dia pilih baju sendiri dan dia cuba sendiri di fitting room dalam diam2... semua baju yg dia kenan... dia nak cuba...

Kueh raya pun dah beberapa tahun umie tak buat.
Dalam balang tutup merah tu menantu umie yg bagi... dah tinggal setengah. hehehe....
Dalam bekas bulat tu... umie beli kat Mydin's... murah je.. rasa sedap lom pasti... sebahagiannya umie nak bagi kat mak mentua.
Kerepek2 tu.. umie beli kat Sabak Bernam masa hantar Yana balik kolej tempoh hari... satu pekt baru rm4.00. Beli terus dari kilang. Rempeyek kalau kat opis umie dia orang jual dgn harga rm15.00 se pkt.


Walau pun hanya tinggal 3 hari lagi untuk kita menyambut Aidilfitri, tapi semangat memasak utk keluarga masih ada... hari ni umie masak mee goreng, ada beberapa jenis kueh mueh kak Illy beli, sambal udang petai, goreng kacang buncis, goreng ayam berempah, pajeri terung, telor masin(terlangkup pulak dia) dan buah tembikai kuning.
Air minuman pulak, tea, tea O dan soya panas. Kami tak biasakan berbuka dengan minuman ais...
Tak muat satu meja... kena duduk atas lantai. Kami seramai 10 orang kalau hujung minggu. Begitu lah meriahnya keluarga kami....


Thursday, September 25, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Sempena ketibaannya Syawal yang mulia,
umie sekeluarga dengan merendah diri dan seikhlas hati
Menyusun sepuluh jari, memohon keampunan dan kemaafan
Kepada rakan-rakan semua,
Andaikan ada terkasar bahasa,
Tersilap bicara, komen-komen yang tak kena,
Tersasul tak sengaja,
Adakala menguris hati teman2 yang tersayang,
Semoga dosa ku diampuni oleh teman2 yang mengenali...
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI
Yang ada kampung halaman,
Hati-hati di jalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju


Wednesday, September 03, 2008

LEGA SANGAT



Selamat Berpuasa untuk semua.

Dah 2 hari kita mengerjakan Ibadah Puasa. Syukur alhamdulillah kerana diberi kekuatan dan kesihatan yg baik, harap2 dapat mengerjakan Ibadah Puasa untuk tahun2 akan datang. Isyaalah.

Aku rasa bersyukur kerana kerisauan hati aku sebelum menjelangnya RAmadan telah reda... Lega sesangat dah hati ini.

Lega kerana Kak Illy dah tukar tepat kerja, dulu Shah Alam sekarang di Jln Raja Laut. Kak Illy dapat jawatan baru, sebab tu dia ditukarkan di area KL.

Lega kerana umie dapt balik kerja awal masa bulan puasa ni...masa Kak Illy di Shah Alam dia bawa kereta Pak Yong untuk memudahkan dia ke tempat kerja dan ke Uitm tempat dia belajar sebelah malam.

Masa harga minyak naik melambung, umie dgn Pak Yong kongsi2 kereta waktu pergi dan balik kerja., biarlah kami berkorban masa kerana nak menjimatkan kos harian. Lagi pun perjalanan ke tempat kerjamemang satu hala. Cumanya waktu balik saja yg berbeza. Umie keluar ofis pukul 5.30 ptg dan Pak Yong pulak pukul 7.00 malam. sanggup tunggu Pak Yong walaupun hingga pukul 7.45 mlm.

Tak ada masalahnya pun masa kongsi2 kereta, cuma dibulan puasa saja yg mendatangkan masalah buat umie kerana umie terpaksa bergegas balik awal...maklumlah umie ni ibu/isteri mithli (naik lift sekali2)... ahaks.kena siapkan juadah utk berbuka puasa, bukan tak boleh beli makanan yg dah siap masak di pasar ramadan, tapi kalau hari2 beli makanan di luar.. rasa jemu jugak... sekurang2nya masak yg simple2 saja.Nasi tu mesti walaupun hanya makan dgn ikan goreng + sayur.Anak2 pulak ikut suka dia orang nak beli apa pun, tapi biasanya anak2 gemar makan murtabak dan kueh tepung pelita.Itu makanan mesti buat dia orang.


Selesai sudah kerisauan hati umie sebelum ni....Alhamdulillah dan rasa bersyukur kehadrat Illahi kerana memberi jalan mudah buat umie demi keluarga tersayang. Tuhan tau apa yg terdetik dalam hati ku ini.