Tuesday, December 23, 2008

Hepi B'day INTAN

Happy Birthday Intan...

Baru ni 21 dec 08 , umie sambut bezday Intan yang ke 8 tahun di rumah baru yg belum sempurna lagi... Kalau ada masa terluang pada hari minggu, memang kami akan kesana untuk membersih dan memasang lampu2 yang belum siap lagi. Tu pun kalau pada hujung minggu tu tak ada undangan kenduri kawin dri kawan2 atau jiran2 terdekat atau ada hal2 lain.

Sebelum ke Cheras, kami singgah beli kek apa2 yang dah sedia ada... jadi, tu le dptnya kek berbunga2 ala2 kek untuk hantaran kawin... hihihi.. sian kat Intan dapat last minute KEK. Mulanya Intan kata papanya nak hantar kek ke rumah umie... tapi last minit papanya kena kerja keluar kawasan...

Malam tu merasa la pertama kali tido di rumah baru kami... walaupun belum sempurna sepenuhnya... janji dah ada lampu. Seronok juga tido ramai2 atas lantai beralaskan toto. Walaupun di bilik 2 dan 3 kami dah ada katil single... cuma bilik utama je yg masih kosong... tingkap2 pun masih belum di gantung langsir..

Petang tu umie masak bihun sup, masak ala kadar jer dgn perkakas yang tak sempurna... yang ada masa tu kami anak beranak seramai 9 org dan jiran kami di tingkat 3... hasnor dan hubby. Seronok juga sekali2 bertukar angin.hehehe...



Sejak dua menjak ni umie memang tersangat la bizinya... Hujung tahun kebiasaan nya umie akan bercuti, sama ada balik ke kampung atau pun berehat kemana2 hala tuju. Dalam plannning nak bercuti ke Mersing tapi apa kan daya... semua planning tak kesampaian... kesian kat aku dan anak2 aku... Aku kena sattlekan keje2 office dulu sebelum bercuti... Tahun depan banyak program baru dan banyak montage kena tukar yang baru... pening pala aku.... huhuhu... dah ler kekurangan staff kat ofis umie ni.... masing2 dah dapat jawatan tetap dan di tempatkan ke unit lain.. adehhhh... bisa mereng ni perah otak...!!

Friday, December 05, 2008

SI DAYANG DGN SI KOCHET.


Sejak kematian Ibu anak kucing ni, aku terpaksa membelanya hinggalah sekarang. Asalnya ada empat beradik,3 jantan satu betina. Yang dua ekor mati keracunan bersama2 ibu dia, tinggal lah 2 ekor. Yang 2 ekor ni umie bela dgn susah payah, maklumlah menyusu mengunakan botol. Selang sehari yang sekor tu hilang, aku rasa dia keluar dri sangkar... melalui mana aku tak pasti... yang hilang tu comel sangat.Tinggal lah sekor... ok juga la bela sekor... kalau dua eko, payah juga sbb kena bergilir menyusukan dia. Aku bagi nama si KOCHET.... mula2 tu aku bagi nama EKEN sbb kat empat-empat kakinya berwarna putih... mcm pakai stokin. Syahmie kata, mcm nama Ekin mawi pulak.Aku tukar nama kochet sebab sekarang ni aku tenguk perut dia buncit tapi badan dia keding jer... Si kochet ni dah pandai main2, lompat2 dengan si kakak dia yang aku beri nama si DAYANG SENANDUNG...



Mana nak sama kucing yang ibu dia sendiri bela dgn yang manusia yang bela... kalau ibu dia bela, bulu dia pasti gebu kalau baya2 si kochet ni... sbb si ibu akan bersihkan badan sambil menyusukan dia. Bukan senang nak latih dia menyusu guna botol. Tapi aku seronok tgk dia hisap botol... kdg dia pegang botol tu sambil di tolak2 . kdg dia tolak2 tangan kita... Bila dia dah kenyang,mula lah dia meleser2 kat kaki kita... nak manja2...


Yang ini lah Si Dayang Senandung....
Sebab warna dia serba hitam legam... mcm cerita dayang senandung... hihihi. Kalau dia tersengeh kat aku, nak minta makanan... nampak GG dia je yang putih hehehe.
Yang tak bestnya.. dia suka tangkap cik menti, pastu dia bawa balik rumah... nak tunjuk la dia terrer tangkap tikus kot... dia buat mainan sampai la simenti tu mati. kesian pulak si menti.

Sebenarnya bukan semua orang suka nak membela kucing... aku sendiri pun malas nak belanya... tapi sebab kesian, dan kucing2 yang tinggal kat rumah aku ni kebanyakan kucing 'jalanan'... yang selalu dtg meminta makanan... tapi kalau bukan manusia2 yang bagi makanan... sapa yang nak bagi... jadinya sebab aku ni tergolong dri orang yang mudah kasihan... aku bagi la makanan apa yg ada... lama2 tiap2 hari datang, apa lgi nampak muka aku yang poyo jer ni... mengiow ngioww le nak mintak makan....

Thursday, November 27, 2008

MASAK-MASAK



Ini bekalan umie utk hari ni...dalam tupperware pink tu biskut utk makan2 bila terasa lapaq,,, bekas tutup biru tu nasik goreng, dlm bungkus plastik tu.... roti ada telor mata dgn salad pastu boh sos... orange sebijik... milo 3in1...
Macaman la aku tak bertambah berat badan... adehhhhh hari2 mcm ni ler aku...



Setiap awal pagi... dengar azan subuh jer terus terjaga... sebelum bingkas bangun.. aku kena kendurkan urat2 saraf badan aku terlebih dulu. urut2 tangan, kaki, bahu... baru la aku gerakan badan.Maklumlah badan orang2 tua, macam ni ler...

Sejak Kak Illy kena tukar office di Damansara, tiap pagi umie kena masak utk bekal dia. Office baru dia, makanan tak banyak... lagi pun kalau dia keluar lunch lewat sikit, makanan habis. Jadi sekarang ni, tiap pagi kami kena la masak... tak kira la.. masak nasik berlauk yg simple2 jer ke... atau nasi goreng ke, mee goreng ke... kuey teow goreng ke...paling2 sandwich. Dah kebetulan masak tu, umie sekali le bawa bekal tiap hari... Selamat You... tak payah2 turun ke kantin beli makanan... Tapi kalau umie teringin nak makan kueh cucuq badak kantin... umie singgah juga le beli... sbb boleh tahan juga rasanya... walaupun cinonet . ...

Pagi hari tu, Kak Illy masak nasik dgn ikan masak kicap... boleh tahan juga rasanya... Tapi kalau dia balik kerja, jgn harap sgt la dia nak masuk ke dapo... Lepas magrib dia terus lena, Isya' pun kena kejutkan dia...

Cerita pada hari ni, tengah dok siap2kan makanan kat dapor, tetiber terdengar jeritan perempuan kat depan umah umie ... tak dengar pulak dia mintak tolong, cuma terjerit2 jer.. umie dgn Pak Yong terus bergegas keluar... jenguk... pastu dengar bunyik motor press minyak mcm org merempit... Sahhhh la aku mmg dah agak budak kena ragut... masa tu dalam pukul 6.25pagi. Kesian aku tenguk, seorang remaja India terketar2 ketakutan, habis semua yg ada hilang sekelip mata...dia di cekik lehernya dan ambik rantai leher. Alahai tak kan tak tau kot... sekarang ni... walau kat mana kita berada, aku rasa mmg dah tak rasa selamat. Tak payah la nak melawa pakai rantai ke, gelang tangan ke... gelang kaki ke... kan memudaratkan diri sendiri... Kalau boleh le... handbag bubuh barang2 yang tak penting sangat... spt IC atau duit masuk jer dlm poket seluar.

Cuma nasib dia agak baik sebab dia tak jatuh pun...atau di apa2kan..kalau peragut tu apa2kan dia... atau di tolak smapai jatuh... atau bawa senjata tajam ke... kan ke haru..., dia kata mmg dia dah nampak ada 2 org budak laki2 bermotor dok perhatikan dia dri jauh...dia mmg dah rasa cuak... tapi dia teruskan juga menuju ke bus stop... alahai... kalau dah tau tak sedap hati...patah balik je kerumah... tapi dah nasibb dia kan.. nak buat camana.


Wednesday, November 26, 2008

APA-APA SAJA LE....

Semenjak dua menjak ni... mulut aku agak leser jer kat Sahabat aku yg dok sebelah meja aku ni...Dulu ler jiran meja aku... tapi ler ni aku dah pindah tempat lain.. pindah sebelah partition jer... yang nampak hanya kepala dia jer.. hihihi.. Dalam bilik aku ni ada 4 org staff dan 3 org practical student, sorang perempuan dan 2 org laki2... yang laki2 pulak jarang2 dtg.. selalu saja ponteng... Aku tak kesah le.. itu hal dia.. bkn tak pernah tegur pasal kedatangan dia org tu...... Hari tu masa mula2 dia masuk sini, aku siap belikan "deodorant " sbb ada "Kehangetan" yang hidung aku tak boleh tahan... ahaks...! Mana boleh tahan dgn bau2an yg tak menyenangkan selama 5 bulan .

Nak citer pasal Sahabat akui ni... hari ni ada kawan kami, Ana dtg kat meja dia.... dari apa yg aku dengar, Ana(bukan dri unit kami) akan melangsungkan perkawinan.Tapi tak tau le bila nak kendurinya. Aku dengar jer nasihat2 Sahabat aku ni kat Ana... Bagus la sekurang2nya ada juga orang nak bgi nasihat2 berguna kepada bakal2 wanita yang akan bergelar Isteri. Tapi mana2 nasihat yang tak kena dgn aku ... sekali2 aku tegur dan pintas, maklumlah aku ni kan dah banyak makan GARAm... tapi takat ni lom lagi kena darah tinggi... harap2 jgn la sampai naik darah aku.... Cuma tadi suasana agak kecoh dgn mulut aku yang makin laser,,, hehehe

Pada aku le kan.. hubungan suami isteri melalui persefahaman memang amat membahagiakan... masing2 memahami hati budi dan tau apa kehendak kita... dan kita tau apa kehendak dia... selain tu diiringi dgn bertolak ansur... Tapi yang aku dengar dia banyak menyebelahi pihak lelaki/suami.... asik2 dgn perkataan.. "apa2 pun Ana kena hormati suami dalam apa cara pun.." aku kata... apa hal dgn kita sebagai wanita..? ada kah sebagai wanita/isteri tak perlu dihormati..?? boleh di pergunakan sesuka hati..?? apa pula mertabat isteri di mata suami?? Aku tak nafikan mertabat seorang suami mmg sangat tinggi... dia sebagai ketua keluarga... mmg berat tanggungjawabnya terhadap keluarga... dia juga yang akan di tanya dimuka keadilan kelak...

Sahabat aku ni juga sama2 dah makan banyak garam ... macam aku juga la... Tapi cara dia nasihatkan si Ana... seolah2 tak seimbang dan berat sebelah.... misalnya... kain baju "WAJIB isteri yg cuci, guna manual pulak tu... kalau org zaman purba... cuci kat tepi sungai la...kalau tak nanti baju rosak dek mesen basuh... "MASAK" tu tugas isteri juga... tu aku tak kesah la.... tapi bila dia kata, sidai kain dan angkat kain tu memang bukan keje lelaki dan dia memang tak akan buat walau apa jadi sekali pun...aku pun naik Hangeennn... hehehehe... kalau hujan... nak biarkan kain baju basah ke apa..??? owhhh sidai tak nak... tapi kalau malam2 angkat kain singkap kain....suka pulak erk.... aku mula la tinggi suara.... ahaks..!Ana pun tak nak dengar apa2 lagi... dia terus je keluar dari bilik kami... Fuhhhh.. lega aku..!

Sebenarnya sejak minggu lepas aku dah berhujah pasal rumah tangga dan hubungan suami isteri dgn Sahabat aku ni... hihihi okey juga la... sekali sekala dok ingat memperingati ...

Perkahwinan juga satu perjudian...kalau panjang usia sebuah perkahwinan tu adalah satu kejayaan menghadapi semua dugaan... dan rasa sedih bila kita dengar sahabat kita sendiri yang gagal tak sampai ke penghujung... sekarang ni ramai yang bercerai di usia matang yang anak2 pun dah besar2 belaka dan setengah2nya dah mempunyai ramai cucu... jauhkan lah semua itu...

Pastu aku tenguk sahabat aku tu.. muncung panjang sedepa.... hahahah gelak aku sendirian... tapi aku dah mintak maaf kat dia... biasa la kan... umie ni kan jenis mengalah....dah sama ofis... dah mcm saudara sendiri... aku mengenali dia dah lama.. sama2 report duty dulu2...

Tuesday, November 18, 2008

MOOD

Kebelakangan ini memang aku rasa malas nak buat entry baru... Bukan tak ada cerita yang menarik, cuma mood nak menulis tu tak ada. Sebenarnya banyak kesah2 harian yang aku lalui sekarang ni... Kesah aku jadi baby sitter, kesah Kak Illy dah kena tukar kerja ke Damansara, kesah Ibu kucing aku yg beranak empat kena racun JIRAN, kesah aku jadi pengasuh baby kucing , citer kenduri kawin, citer aku berhujah&bertekak dgn Pak Haji mengenai "MERTABAT LELAKI"... huhuhu berlarutan sehingga tiga hari...(Aku rasa hari ni aku nak sambung balik...)


Kalau mood tu dah okey, nanti aku akan menulis panjang2 sikit la no....









Thursday, October 30, 2008

29 Syawal

Kami mengadakan Majlis Hari Raya di ofis, di penghujung iaitu 29 Syawal (Rabu). Di Kuala Lumpur begitu lah kebiasaannya.... sebulan raya pun tak mencukupi... umie tgk tadi pun masih ada unit yang mengadakan Majlis Raya walaupun dah masuk 1 Zulkaedah, senyum sendirian dalam hati.. hihihi. Sebenarnya tak kesah pun kalau menyambut walaupun bukan di bulan Syawal...yang penting , ianya dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara kakitangan dari lain2 unit juga.

Sebahagian daripada kakitangan Rekabentuk... ceria2 belaka.

Walaupun kawasan yang agak sempit, tapi bila dah dihias dgn suasana Raya... memang amat menarik....

Berbagai juadah kami sediakan.. yang penting ada ketupat dan rendang, baru la terasa suasana hari raya.umie masak rendang campur dan kuah kacang..
Maaf le cikdiva erk... umie call tapi depa kata Cik Diva keje belah ptg... melepas lgi jamuan raya kali ini.. lain kali la no...

Saturday, October 25, 2008

Al-Fatihah

Al-fatihah
buat ayahanda Mertua ku Haji Marzuki yang telah kembali ke Rahmatullah pada ptg Isnin 20hb Okt. 2008 bersamaan 20 Syawal 1429H.di usia lebih 98 tahun.Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang2 yang beriman... amin..

Umie baru saja memulakan tugas pada hari ini setelah bercuti beberapa hari lepas.

Tuesday, October 14, 2008

RUMAH KU

Siap juga akhirnya rumah yang aku beli lebih kurang 3 tahun lalu. Syukur sangat2 sebab tak ada masalah dalam pembikinan projek perumahan setakat ni.Hampir sebulan aku dah terima CF untuk menduduki nya.
Dan aku telah mencucinya masa bulan puasa lalu... sambil mencongak2 dan berfikir sama ada nak disewakan atau nak di buat rumah persinggahan di hujung minggu untuk aku tukar2 angin ...
Nak disewakan aku rasa sayang sbb rumah baru... tak tau la kalau dah lama kelamaan aku pun dah rasa malas nak ulang alik dari Gombak dan segi kewangan aku dah terpeliot, mungkin juga aku akan sewakan juga akhirnya...hihihi..kita tak boleh nak menjangka hari TUA kita.
Sambil tu juga aku sedang fikirkan juga rekaan hiasan dalaman yang sesuai untuk rumah aku yang comel ni.... hihihi.

Aku dah angkut sikit2 barang2 dri rumah aku ke rumah baru ku...


Ini hanya lah hiasan dalaman rumah contoh yg terbaru. Dulu aku ada postkan rumah contoh yang lama... di sini . Tapi aku lebih tertarik dgn design lama yg agak simple.

Semalam aku dah bawa sama seorang pembuat perabot untuk aku minta pandangan dari kaca mata dia. Aku pun tak tau.. mana satu pilihan hati...
mana satu erk..??

Wednesday, October 08, 2008

CERITA BERGAMBAR DI AIDILFITRI


Dipagi Syawal yang hening, selesai menunaikan Solat sunat Aidilfitri, kami sekeluarga, bermaafan maafan antara satu sama lain...

Dirumah Ibu Mertuaku...

gambar yang bawah sekali tu adalah cucu2 kepada mak mertuaku iaitu anak2 buah kepada Pak Yong... dan Pak Yong dah ada 19 org cucu saudara... setakat ini.Tapi, umie tak pernah sekali pun dengar dia bahasakan diri dia 'atok' kepada cucu2 saudaranya... umie pulak dah ada 10 cucu saudara... tapi menten dgn panggilan 'Nek Ngah'.. kdg2 tersasul juga dgn panggilan Mak Ngah...hik hik..

Posing2 di depan rumah Pak Yong sebelum beraya kerumah jiran2 yang berdekatan.



*DUA RAYA*

Sebelum balik ke rumah Ayah Ku di Muar.. depan tangga pun jadi nak posing2, tapi umie yang mangambil gambar masa ni... jadi tak ada la gambar ku itu... hihiihi



*TIGA RAYA*

Balik dari beraya di rumah saudara mara di Jln. Bakri, Muar

Sempat singgah di Tanjung Emas Muar, (wajib setiap tahun)
selepas makan mee bandung dgn Rojak Petis... yummm yum... sekali makan pasti nak lagi....




Sementara tunggu mee bandung, kongsi2 makan rojak petis... mula2 order 2 pinggan... pastu tambah lgi sepinggan... (terlioq masa menaip ni..)


*EMPAT RAYA*
Gambar bawah ni.. semasa menuju pulang ke KL, singgah berehat di hentian
Pedas/Linggi

Budak2 bertiga tu... kalau
dah dgn umie.... dia tak heran pun dgn mama dia..

Mama depa balik berdua je dgn papa dia org... umie berenam dlm satu kereta, Pak Yong pulak bertiga... huhuu... walau apa pun.. memang menyeronokan bila dgn budak2 sebaya mereka walaupun riuh rendah, ada masa keluar juga 'Taring' umie. tercabar kesabaran ku.. hik hik hik...Tetapi sekurang2nya umie tak ngantuk semasa dalam perjalanan...

Alhamdulillah selamat sampai..




Tuesday, September 30, 2008

BALIK KAMPUNG

Tinggal sehari saja lagi kita akan sama2 menyambut Aidilfitri. Persiapan hanya lebih kurang saja tahun ini... kecuali untuk anak2 tetap macam biasa.... Kita sebagai ibubapa pakai mana yg ada, tak perlu nak ikutkan hati. Yang penting kita dapat bersama2 keluarga yang tercinta, bersalam salaman memohon kemaafan dari sahabat handai dan taulan.
Esok pagi umie akan bertolak balik ke Johor tanah tumpah darah ku. Kalau jalan tak jem, lebih kurang 2 jam setengah sampai la kami ke kampung halaman dan hanya singgah sebentar menemui ayahanda tercinta dan akan meneruskan perjalanan ke Yong Peng selepas itu. Tahun ni kami berhari raya di rumah mak mertua. Harap kami sampai dgn selamat.
Tetapi umie balik dgn anak2 saja... (Kak Illy, Yana dan syahmie), sementara Pak Yong dan Khairie balik belah malam sebab Pak Yong masih kerja pada hari esok. Krool dgn Safiya berhari raya di Gombak, dan selepas solat raya mereka akan menyusul umie untuk beraya di kampung pula...
Begitu lah perubahan perjalanan keluarga kami, mungkin dari setahun ke setahun pasti akan berubah.. dan itu lah adat resam dalam kehidupan.Setiap insan pasti akan merasai juga satu hari nanti...

Monday, September 29, 2008

SHOPPING RAYA

Tinggal beberapa hari lagi kita nak menyambut hari raya... Baru semalam dan hari ni baru umie sempat shopping keperluan anak2 untuk beraya... Ikutkan hati memang la malas nak pergi, memandangkan keadaan kaki yg tak berapa sihat sejak kebelakangan ni... Tapi kalau tak pergi... kesian pulak kat anak2...depa pun nak pandangan ibu dia... sama ada pakaian yg dia pilih tu sesuai atau tidak dgn dia org...

Tiap2 tahun umie hanya keluar shopping di area Selayang Mall saja... tu le tempat yg berdekatan dgn rumah umie... Jalan TAR..??? umie memang tak kuasa nak ke sana walaupun banyak pilihan.... kat situ memang tempat tumpuan orang ramai... dengan keadaan yang penuh sesak. Silap2 hari.... kita kena penyeluk saku/ peragut.... iskkk minta dijauhkan semua tu...

Sebahagian baju anak2 yg di beli... Bukan shopping utk anak2 saja... budak dua orang tu pun kena belikan juga.... Tapi umie taubat dah bawa si adek (nana), asik2 hilang dri pandangan mata... rupa2nya dia pilih baju sendiri dan dia cuba sendiri di fitting room dalam diam2... semua baju yg dia kenan... dia nak cuba...

Kueh raya pun dah beberapa tahun umie tak buat.
Dalam balang tutup merah tu menantu umie yg bagi... dah tinggal setengah. hehehe....
Dalam bekas bulat tu... umie beli kat Mydin's... murah je.. rasa sedap lom pasti... sebahagiannya umie nak bagi kat mak mentua.
Kerepek2 tu.. umie beli kat Sabak Bernam masa hantar Yana balik kolej tempoh hari... satu pekt baru rm4.00. Beli terus dari kilang. Rempeyek kalau kat opis umie dia orang jual dgn harga rm15.00 se pkt.


Walau pun hanya tinggal 3 hari lagi untuk kita menyambut Aidilfitri, tapi semangat memasak utk keluarga masih ada... hari ni umie masak mee goreng, ada beberapa jenis kueh mueh kak Illy beli, sambal udang petai, goreng kacang buncis, goreng ayam berempah, pajeri terung, telor masin(terlangkup pulak dia) dan buah tembikai kuning.
Air minuman pulak, tea, tea O dan soya panas. Kami tak biasakan berbuka dengan minuman ais...
Tak muat satu meja... kena duduk atas lantai. Kami seramai 10 orang kalau hujung minggu. Begitu lah meriahnya keluarga kami....


Thursday, September 25, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Sempena ketibaannya Syawal yang mulia,
umie sekeluarga dengan merendah diri dan seikhlas hati
Menyusun sepuluh jari, memohon keampunan dan kemaafan
Kepada rakan-rakan semua,
Andaikan ada terkasar bahasa,
Tersilap bicara, komen-komen yang tak kena,
Tersasul tak sengaja,
Adakala menguris hati teman2 yang tersayang,
Semoga dosa ku diampuni oleh teman2 yang mengenali...
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI
Yang ada kampung halaman,
Hati-hati di jalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju


Wednesday, September 03, 2008

LEGA SANGAT



Selamat Berpuasa untuk semua.

Dah 2 hari kita mengerjakan Ibadah Puasa. Syukur alhamdulillah kerana diberi kekuatan dan kesihatan yg baik, harap2 dapat mengerjakan Ibadah Puasa untuk tahun2 akan datang. Isyaalah.

Aku rasa bersyukur kerana kerisauan hati aku sebelum menjelangnya RAmadan telah reda... Lega sesangat dah hati ini.

Lega kerana Kak Illy dah tukar tepat kerja, dulu Shah Alam sekarang di Jln Raja Laut. Kak Illy dapat jawatan baru, sebab tu dia ditukarkan di area KL.

Lega kerana umie dapt balik kerja awal masa bulan puasa ni...masa Kak Illy di Shah Alam dia bawa kereta Pak Yong untuk memudahkan dia ke tempat kerja dan ke Uitm tempat dia belajar sebelah malam.

Masa harga minyak naik melambung, umie dgn Pak Yong kongsi2 kereta waktu pergi dan balik kerja., biarlah kami berkorban masa kerana nak menjimatkan kos harian. Lagi pun perjalanan ke tempat kerjamemang satu hala. Cumanya waktu balik saja yg berbeza. Umie keluar ofis pukul 5.30 ptg dan Pak Yong pulak pukul 7.00 malam. sanggup tunggu Pak Yong walaupun hingga pukul 7.45 mlm.

Tak ada masalahnya pun masa kongsi2 kereta, cuma dibulan puasa saja yg mendatangkan masalah buat umie kerana umie terpaksa bergegas balik awal...maklumlah umie ni ibu/isteri mithli (naik lift sekali2)... ahaks.kena siapkan juadah utk berbuka puasa, bukan tak boleh beli makanan yg dah siap masak di pasar ramadan, tapi kalau hari2 beli makanan di luar.. rasa jemu jugak... sekurang2nya masak yg simple2 saja.Nasi tu mesti walaupun hanya makan dgn ikan goreng + sayur.Anak2 pulak ikut suka dia orang nak beli apa pun, tapi biasanya anak2 gemar makan murtabak dan kueh tepung pelita.Itu makanan mesti buat dia orang.


Selesai sudah kerisauan hati umie sebelum ni....Alhamdulillah dan rasa bersyukur kehadrat Illahi kerana memberi jalan mudah buat umie demi keluarga tersayang. Tuhan tau apa yg terdetik dalam hati ku ini.

Thursday, August 28, 2008

SELERA

Sejak dua menjak ni .. selera aku makin meningkat. Pantang nampak makanan di depan mata... berselera sahaja... Aku rasa badan aku ni semakin berat, tu la pasal aku malas nak gerak kemana2... suka duduk atas kurusi dari pagi sampai la waktu balik.huuhhu... malu nak tgk jarum timbang badan aku tu... malu kat diri aku sendiri..


Hari ni saja, umie makan 2 pinggan nasi dagang. Tekak ni tak boleh nak kontrol2 mcm dulu2... hiihihi... Ofis umie buat majlis makan-makan sempena nak menyambut puasa. Saperti biasa order makanan dari Herman Catering.

Nak tulis panjang2 pun rasa malas pulak hari ni... perut kekenyangan...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK

Friday, August 22, 2008

BALIK KAMPUNG LAGI.


Cuti sekolah aku tak pi jalan mana2 pun... kecuali balik ke kampung ziarah keluarga, tu pun kena janji dgn adik beradik yg lain... baru lah balik kg. Sejak Ibu tak ada .... memang suasana di kampung amat sunyi, walaupun ayah masih ada.. tu pun aku tgk sekarang ni, dia semakin uzur.

Anak2 pulak... kalau umie buka mulut nak balik kampung... masing2 senyap. Agaknya depa ni risau umie ajak balik ke kampung. Ada2 saja alasan dia orang bagi... Alasannya...Tak dapat tgk channel TV yg dia org sukakan... semua station TV tak terang kecuali TV3 dan TV2. Aku pun tak tau pasal pe siaran TV1, TV7 dan TV9 tak terang siarannya... apa lagi TV8... hampehh...!! Melainkan kita melanggan ASTRO baru semua channel dapat. Bukan semua org nak tgk Astro, rumah aku pun tak ada ASTRO, tapi internet wajib ada.... kalau tak ada internet AKU sunyi... hihihi...

Akhirnya anak2 aku semua tak balik kampung, tak kan aku nak balik sorang2..?? Pak Yong??? ermmmm dia kerja sabtu.
Balik la umie dgn si kenet2 bertiga tu... jadi lah janji ada kawan masa dalam perjalanan... Aku tak kesah pun.. walaupun kenet2 lagi... boleh juga jadi teman bersembang. Masa dalam perjalanan, kami berhenti berehat R&R di Air keroh. Kami lepak2 di pondok kayu... sambil makan JAJAN.

Intan: "Mak Ngah, kenapa orang tu asik2 tengok kita? "
Umie : " orang mana? (sambil aku tunduk baca paper)."
Intan : " Tu la Mak Ngah... yg pakai baju biru tu... "
Umie : " errm... dia minat kat INtan la kot..."
Intan : "MAna ada... "(sengeh2 je dia).
Nana : " Mak Ngah, PakCik tu gelak2..."
Umie: " Biar lah dia gelak2.... dia gelakan Nana la tu.. baik2 nanti dia tangkap Nana bawa lari baru tau... jangan duduk jauh2.. meh sini.."
Nana : "Dia tenguk kita kenapa??"
Umie : "Mata tu untuk menengok... biar lah dia tengok.." (lama2 tu musykil juga sbb aku perasan org dok pandang2 je kat kami.

Dalam meneruskan perjalanan ke Muar, hati aku berkata2 juga... kenapa la org asik2 perati kami tadi.

Mungkin sangkaan org,
1) aku ni bawa cucu jalan2.. mana Atoknya?? kesian kat aku kot.. mana lah tau depa ingat aku ni Nenek Tunggal..
2) Kecik2nya anak makcik ni... agaknya kawin lewat kot.... dah lewat kawin... lewat dpt anak pulak... ahaks.
3)Kesian nya makcik ni... agaknya bawak anak MADU kot... yer la madu kerja tak ada sapa yg nak jagakan...BIBIK pulak balik Indon... hihihihi....

Bila aku dah balik ke KL, aku citer la kat Pak Yong... dia kata.... "Awak teringin MADU ke.?"..hampehhhh sungguh le jawapan dia....

Monday, August 11, 2008

PENYAKIT

Sejak kebelakangan ni umie dah mengidap satu penyakit. Dulu2 pun ada jugak mengidap penyakit ni... tapi tak la teruk mana sangat. Tapi semenjak dua menjak ni bertambah2 pulak ia menyerang. Penyakit ni setiap ISNIN akan menyerang dari pagi hingga pukul 3.30 ptg.
Selepas pukul 3.00 dia akan pulih seperti sedia kala...

Beristirehat sungguh la si comey ni.... cute..
Penyakit MALAS yang aku hadapi ni sering melanda setiap Isnin....


Nak iron baju pun malas, capai je mana2 yang ada... janji baju yang boleh pakai waktu kerja.

Penyakit Malas umie ni sebenarnya disebabkan oleh keletihan pada hari minggu. Dari pagi sampai ke petang ada2 saja yang perlu dibereskan.
Malam pula selepas pukul 8.00 , hantar anak (Khairie) balik ke Bkt Jelutung, bukan dekat perjalanan dari Gombak... jauh nun.....
Tapi umie tak kesah dia melibatkan diri dengan kerja2 sukarelawan semasa cuti setengah semester di kolej dia belajar.Sekurang2nya ada juga tugas2 yg perlu dilakukan daripada dia melepak tak tentu arah diluar sana.

Thursday, August 07, 2008

DINGIN YANG HANGGAT.

Malas nak cerita panjang2.... sekadar post gambar pagi tadi yang amat aku benci dengan keadaan spt ini.Keluar awal pagi untuk mencari rezeki...


Ini lah suasana di Jalan Kucing menghala ke Kuala Lumpur awal pagi tadi kira2 jam 8.20 pagi... cuaca redup sekali.

Bertolak dri rumah pukul 7.15 pagi


Jalan yang 2 lorong jadi 3 lorong, Jalan yang 3 lorong jadi 5 lorong... bertemu dipersimpangan jalan besar menjadikan 7 lorong... bayangkan.. dihadapan nya road block yang di pasang KUN 2 lorong hanya tinggal satu lorong sahaja......
Aku pasti pagi2 lagi pemandu2 kenderaan bersungut sbb jem yang keterlaluan... termasuk lah ..a k...ku....

Ada pulak bomba, nak kemana pulak gamaknya..?? tak kan ke Mahkamah kot... nak semboq sapa?? sapa yang nak kesana?? RAsanya tak sesuai benar kalau dia org buat sekatan jalan raya dgn keadaan harga minyak yang tinggi... KOt la tahan kereta bagi RM50 utk sebuah kereta okey jugak...
Sampai ofis pukul 9.00 pagi... sepatutnya aku ke perhimpunan bulanan pagi ni di Auditorium Perdana, tapi kerana kehangatan dan kebahangan, aku kansel jer..
---------------------------------------------------------------------------------------------
Aku rasa selepas ni tak ada sesiapa yang akan bagi nama anak2 mereka dgn nama Shaiful @Bukhari @Azlan... kerananya lah... pagi yang sepatutnya dingin jadi hangat...


Sunday, August 03, 2008

SEPI

Sesetengah orang kata, sepi itu indah. Umie pulak berpendapat, SEPI tu berkala, maksudnya... ada kala memang indah , dan ada kala memang membosankan.

Hari ni, pagi2 umie dah online.... itu bermakna sepi itu membosankan.
Bosan sebab anak2 tak ada disekeliling. Sabtu memang hari bekerja bagi syarikat PakYong. Kecuali umie memang sabtu bercuti. Sabtu Syahmie anak bongsu umie ada aktiviti di sekolah. Along pulak Jumaat malam memang rutin mingguan akan bermalam di rumah mak mertua, sebab isterinya masih belum dapat bertukar ke Kuala Lumpur. Sabtu malam baru dia akan sampai kerumah umie... dan bermalam disini pulak... sebenarnya umie tak kesah sangat, kalau Sabtu dan Ahad tu dia orang nak bermalam di rumah mak mertua dia.. sama saja.. dua2nya IBU.


Kak Illy biasanya Sabtu tengahari baru balik kerumah, Khairie pun sama... kalau kelas dia sampai petang Jumaat, Sabtu pagi baru balik rumah... Sabtu memang amat membosankan... kecuali umie ambil anak2 buah umie yg 3 org tu malam Sabtu...dan pagi Sabtu tu rumah umie riuh rendah dgn kerenah anak2 buah... SERONOK.... Intan2 TIGA org tu.


Awal pagi Sabtu ni, umie dah siap segala kerja2 rumah.... cuma nak siapkan hidangan tengahari sekejap lagi sebelum anak2 sampai rumah, dan kami boleh makan tengahari bersama.


Sepi itu kadang kala membuat kita rasa kerinduan. Rindu dengan kenangan masa lalu, dan akan mengimbau kenang2an indah semasa kecil, ada ayah ibu disamping kita, ada adik beradik disekeliling. Apa lagi kala dimusim buah2an sekarang... semuanya mengingatkan umie kepada kampung halaman. Insyaalah ptg ni umie akan balik kampung. Tapi.. dikampung juga SEPI sejak ketiadaan Ibu tercinta, yang ada hanya AYAH dan adik yg tinggal bersamanya.


Sebelum balik ke kampung, umie akan kerumah adik umie untuk menjemput INTAN2, umie akan bawa mereka ke kampung. Dia orang saja yang nak balik ke kampung.... anak2 umie semua ada saja alasannya bila umie ajak balik ke kampung... uhukkss..




Ini lah 3 orang INTAN, yang menghiburkan umie, dengan kerenah mereka, cukup menghiburkan hati.ada saja yg dia orang nak buat.... apa yg kita buat... dia juga nak buat
Tengah buat cucuq bawang le tu...




Sekurang2nya anak2 umie tau menyayangi insan2 kecil saperti mereka.


Jangan sampai hilang sudah... sentiasa dalam pemantauan. jgn sampai leka... sebab tu umie jarang bagi mereka keluar rumah kecuali ada yang perhatikan.



sayang semuanya.....

Tuesday, July 29, 2008

cerita vateran



CERITA SATU

Abg Ali: assalamualaikum ummie
ummie : waaikumsalam..
Abg Ali : ummie sihat??
ummie : sihat alhamdulillah... abg apa kabar? lama tak nampak.. bz ke??
Abg Ali : Abg sibuk dgn cucu2,cuti sekolah depa dok balek rumah abang.
ummie : i see... berapa org cucu dah??
Abg Ali : ada 6 org cucu, 4 lelaki, 2 pompuan.
ummie : alhamdulillah...
Abg Ali :abang tak boleh lama, cucu dok main wire komputer, kejap2 putus kesian wife abang asik2 dok kejar depa.
ummie: tak apa, lain kali boleh sembang lagi.
Abg Ali : take care ummie, assalamualaikum..
ummie : waalaikumsalam.

CERITA DUA

ummie : assalamualaikum mim
mimah : waalaikumsalam
ummie : sihat ke?
mimah: sihat alhamdulillah, umie apa kabar?
ummie : sht alhamdulillah...
mimah : lama tak sembang ye..
ummie : tu le... lama tak nampak mim kat sini, sibuk ke mim..?
mimah : sibuk la umie, cucu ada kat rumah, i pulak jaga anak i bersalin dalam pantang, tu i lama tak masuk sini.
ummie : oowhh yer ke... alhamdulillah bertambah lagi keluarga u...
mimah : i baru je balik dri Penang hantar anak i baru lepas pantang. baru la i
dapat nak berinternet semula... kalau tak cucu2 i dok kacau, i tak
boleh nak buat apa ....
ummie : tak apa la mim.. nak buat camana...

CERITA TIGA:

Mr A : salam..
ummie : waalaikumalam... apa kabar u?
Mr A : baik2 sajer.
ummie : alhamdulillah. cuti sekolah baru ni tak kemana2 ke?
Mr A : i pergi pahang.. terengganu.. kelantan .. penang dan kedah
ummie : seronok la jalan2 cari makan.
Mr A :seronak jugak .. balik pening lalat duit abih hehehehe
ummie : tak pe sekali2 bawa family jalan2
Mr A : semua i bawa, termasuk menantu dgn cucu sekali..
ummie : Dah berapa org cucu u?
Mr A : nak masuk 2 org dah... hehehehe..
ummie : alhamdulillah....

CERITA EMPAT:

dzuan : assalamualaikum

ummie : waalaikumsalam

ummie : apa kabar

dzuan :alhamdulillah

ummie : tak sibuk ke mlm ni...

dzwan :tgh cari bahan....nampak umi abg tegur lah

ummie :oohh. terima kasih...

dzwan : umi sihat ka

ummie : umie alhamdulillah... sht2 jer

dzwan : famili camna

ummie : family semua okey...abg cri bahan apa tu

dzwan : utk persidangan 15 julai ni

dzwan : cari dlm internetlah

ummie : oohhh

dzwan : semua kena usaha sendiri

ummie :oh ye keee... yer la dah jdi org kuat Kedah lar ni.. umie sambil2 baca harakahdaily...

dzwan : banyak citer kat situ

ummie : haah.. banyak..hari2 mmg baca

dzuan : umie minat jugak no

ummie : hihihihi

dzuan :umie abg kena keluar ni, ada tetamu pula

ummie : ok bang..lain kali sambung citer

dzwan :lama lah tak sembang dg umie, tp nak buat camna

ummie : okey tak per... wassalam

dzuan : waalaikumsalam, t/care.

Itu ler kesah sahabat2 umie yg telah bergelar datuk dan nenek. Mereka semua tidak ketingalan untuk berchating atau berforum dan juga mungkin mempunyai friendster/myspace atau sebagainya. melalui alam maya sebegini, sekurang2nya membuka minda kita untuk lebih berfikiran positif.

Tuesday, July 22, 2008

AKU PENCINTA LAUT

Laut yang tenang jangan sangkan tiada buaya... itu hanya lah peribahasa yang selalu di sebut2 masyarakat kita. Yang bermaksud... Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

Itulah ketenangan air Selat Melaka ditepian pantai Sg Nibong yang terletak di daerah Sekinchan Selangor. Lebih kurang 10km dari Pekan Sg Besar, Selangor.

Selain Pak Yong yang sedang menghirup udara segar dengan tenang, seekor anak kucing juga tau menikmati kesegarannya... sambil menunggu kepulangan nelayan2 yang akan turun dari laut untuk berkongsi rezeki pagi itu. Aku pasti dia sedang kelaparan.

Setelah menjemput Yana di Sabak Bernam, umie terus ke Sg Nibong dan bermalam di sana. Kebetulan masih ada chalet yg masih kosong utk umie sewa yang membelakangi pengkalan nelayan2 menangkap ikan. Pagi tu memang tenang, kelihatan nelayan2 yang turun ke laut, mencari rezeki. Ada yang bersama rakan, ada yg bersama isteri dan ada juga yg bersama dgn anak2 mereka.
Umie perhati dari anjung chalet, rupa2nya di hujung nun.... diseberang, ada ikan yg baru naik... Pak Yong tanye je dri jauh.... sepelaung je.."Dik... ikan tu jual ke..?"Dia jawap... "ye.."
Sebelum kami meninggalkan chalet, lebih kurang pukul 11.00 pagi, kami singgah membeli, tapi tak banyak... yg ada hanya udang (ada 2 saiz yg agak besar), ketam, sotong katak dan ikan duri. Jadinya umie hanya beli udang dgn ketam sahaja... kawan umie Hj. Hanafie kirim udang sekilo. Selepas timbang dan bayar, kami minta izin tumpang udang dan ketam disitu (masukan peti ais),,, sbb kami mungkin akan pulang ke KL jam 3.00 ptg.

Dibawah ni pula. pemandangan di pantai BNO, Sesuai kepada yang berminat untuk memancing. Terletak jauh ketengah laut. Tempat ini di panggil KELONGPARADISE WATERFRONT RESORT.
Pada mulanya umie nak cari chalet atau apartment, tapi semuanya ada ditengah laut, tu sebabnya umie terpaksa sewa ditempat yg agak jauh dri Politeknik... walaupun agak jauh tapi umie rasa puas hati sebab dapat beli udang fresh.

Sebelum hantar Yana ke hostel, umie singgah ke pekan kecil di area sabak bernam.... tu dia... umie beli spek mate sampai 5 ... satu spek hanya rm3.00. sebelum ni umie ada beli satu utk pakai sendiri.... biasa lah kan... pemakai2 spek mata ni... kdg lalai, lupa letak... tangkai tercabut, skrew hilang.... so umie kena ada spare yg beli murah je... hanya untuk emergency. nak baca.. nak bertenet... semua perlukan spek mata..... kalau tak tak boleh nak menaip (mate tua) ahaks..
Penjual tu kata "Ayoooo mana mau letak cermin mata.... mau letak bilik air satu, bilik satu, baca satu... ka..??"
Aku jawap ler.." Aku mau letak mana tu aku punya suka la..... awak dah untung ada org mau beli banyak.... banyak cerita pulak.." hihihihi... brutal tak umie..?
Tu baru spek mate.. lom beli barang2 lain lagi kat kedai dia....
Sebenarnya spek banyak2 tu utk kawan2 umie yg seusia... bkn utk umie.

Lebih kurang pukul 3.30 umie bertolak balik rumah... tinggal la Yana kat hostel. umie tak tau nak kata apa... dia mesti menangis. sedih pulak tgk dia... rasanya bila masuk setahun dok sana. baru tak menangis kot... sbb dia mmg mcm tu... nak belajar tapi nak dok ketiak ibu dia... errm...
Dalam perjalan balik ke KL, singgah di jeti tempat umie simpan udang.... ada pulak ikan baru naik... geram pulak tenguk.... beli sekilo je.. tak banyak sbb tak ada ruang nak bubuh dlm kereta.
Sesampainya di rumah... cepat2 umie keluarkan... tapi... amatlah terkejutnya sebab apa yg umie buka semua tu bukan hak milik kami, mungkin hak milik org lain yg dok menumpang dalam peti ais yg sama. Alahai... udang Hj Nafie tak der... yang ada udang besar gred1, udang umie dgn Hj Nafie maybe gred 3 kot...
Ketam yg umie beli hanya 5 ekoq yg saiz agak besar, tapi ketam yg umie dapat bercampur2 ada kecik ada besar.... pastu ada sotong ketak yg mmg umie tak berapa gemar sbb agak liat.

Nak tanya kat kawan2... sotong katak nak masak apa yg paling sedap....

(umie tak pandai masak sbb tu nak tanye pendapat kawan2)

Tuesday, July 15, 2008

PAGI YANG BOSAN...

Umie tak tau nak cakap cara mana.



Pagi ni memang sampai office awal... sekitar jam 7.50 pagi. kebetulan hari ni sekolah Syahmie cuti , tak payah la aku nak hantar ke sekolah dia nun di Sek. Men. Teknik Setapak... (sepatutnya dah ditukar kepada Ribuan TApak..) ahaks..



Dari rumah umie didepan Bt CAves jalan dah sesak... benggang mmg la benggang.... Aku dah agak pasti ada ROAD BLOCK... kalau tak... tak la jem macam ni... sambil tu dengar berita radio jam 7.00 pagi... akan ada "perhimpunan di parlimen".



"huh... menyusahkan betul la.." aku tgk polis bubuh KUN di tengah2 jalan... jadinya, dri 3 lorong tinggal 2 sahaja. Itu baru kawasan aku... tempat lain lagi... tak tau la mcmana...



Sampai je di Lebuhraya persekutuan ada sekatan lagi.... JEM LAGI....



PAgi yang dingin... jadi HANGAT....



Sepatutnya setengah jam aku dah sampai ofice... ni dah makan satu jam... perut pun dah lapaq.... sampai je diofice, terus aku ke kantin....





Ini lah sarapan pagi umie hari ini, kolestrol tinggi... ahaks..



Doktor dah sarankan aku jgn makan kacang... atau senang cerita makan2 yang boleh menambahkan acid urik dalam badan..... tapi tu le... apa yg kena pantang, tu la yg aku suka... bila dah jadi apa2 kat aku... AKu jua la yg tanggung..... (tapi kadang2 je la aku makan)....

Lunch pulak umie makan nasi goreng ala kampung.... sedang dok tunggu order siap... ternampak pulak cempedak goreng... yum yum... beli lah dua ringgit...
apa nak jadi dgn aku hari ni.... asik2 dok makan, makan, makan....

Sebenarnya entry ni aku cuma nak cerita yang aku dah BOSAn dgn keadaan sekarang... politik yang tak tentu hala.... HERAN...! aku nak suasana yg mcm dulu2 tu.... aman harmony... nak kemana2 pun senang... rasa selamat tanpa gangguan...

Friday, July 11, 2008

PANTUN LAWAK-LAWAK

Jom kita gurau senda.. hilangkan tensen....!
umie terima email ni dari Diana (LadyD) tq D...
Peribahasa:
Lembu punya susu, Nestle dapat nama.

Maknanya:

Macam mana keras bekerja pun, macam mana nya canggih idea kita pun, last last boss jugak yang dapat nama. Apakan tidak, kat dalam management meeting, mana kita tau apa yang boss khabarkan kat ketua boss.

Peribahasa:

Melepaskan batuk didalam lift.

Maknanya:

Helo! Kalau nak lepaskan penyakit atau kuman tu carilah tempat yang sesuai! Jangan lah tempat awam yang ter-enclosed. Besar nya hamlau.
Peribahasa:

Seperti anjing jantan dgn anjing betina.

Maknanya:

Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje.
Peribahasa:

Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap.

Maknanya:

Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.
Peribahasa:

Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.

Maknanya:

Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu lah selalunya tak bagus.
Peribahasa:

Biar putih tulang jangan kuning gigi.

Maknanya:

Macam mana nya hensem ke, macho ke, hero ke, kalau gigi tu tak jaga, kuning-berkarat, jangan lah eksen kental nak tackle pompan. Geli-geman di buat nya.
Peribahasa:

Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?

Maknanya:

Ada orang kentotlah tu...
Peribahasa:

Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.

Maknanya:

Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.
Peribahasa:

Ader udang di sebalik udang lain

Maknanya:

Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi...... kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke....
Peribahasa:

Biar mati anak jgn mati pucuk

Maknanya:

Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......bro!!!!
Peribahasa:

Sudah jatuh ditimpa piano <-- Klassik se!
Maknanya:
Nasib malang yg tak agak-agak.
Peribahasa:

Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.

Maknanya:
maknernyer . . maknernya................ Jgn nak tersengeh2 kat depan PC. Pi ah buat keje...
hehehehehe.... jangan marah la no... hanya gurau senda..

Tuesday, July 08, 2008

KE SABAK BERNAM LAGI

Julai adalah bulan pendaftaran untuk para pelajar yg dapat menyambung ke instituisi pengajian tinggi, Selepas Kak Illy mendaftar di UiTM, kali ini si adik pulak Illy Malyana (anak ke-4),dapat memasuki Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam. Mula mendaftar pada minggu lepas 6/07/08.

Kolej ini dibuka sepenuhnya pada awal 2004, dimana Kak Illy ada lah kumpulan pelajar yg pertama di Kolej ni.

Tiga tahun dulu, mula-mula sampai di Sabak Bernam, umie terasa amatlah jauhnya, maklumlah sebuah kawasan pendalaman yang tak banyak kemudahan pengangkutan awam, spt bas atau texi... yang ada hanya pivate sapu, tu pun kena mencari2 di kawsan pekan... Memang kasihan bgi anak2 kita yg pulang pada hujung minggu.Tapi dalam diam tak diam, tamat juga pembelajaran Kak Illy di sana.alhamdulillah.

Kali ini, sekali lagi umie akan berulang alik kesana .. Tiga tahun.Bila dah congak2 dalam masa 3 tahun tu umie mungkin pencen. Bertambah la ketuaan umie.... cuma doa umie semoga Allah beri kekuatan dan dipanjangkan usia. Umie teringin sekali melihat kejayaan anak di depan mata.

Anak umie yg ke-3 pula (Khairie) akan memasuki semseter ke 2 di Politeknik Shah Alam. Alhamdulillah keputusan peperiksaan nya pada semester pertama amat baik.

Dulu Khairie pernah belajar di UNISEL Btg Berjuntai, tapi hanya satu semester disebabkan dia mendapat tawaran masuk ke Poli Shah Alam. Umie rasa kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian di sana disebabkan yuran yg tinggi. Masa mula2 mendaftar pengurusan kata hanya rm1,600 utk satu semester, tapi masuk semester kedua, dinaikan sehingga ke RM2,500.00. tu belum campur untuk sewa rumah dan keperluan harian, makan dan minum. Untuk anak2 yang lain umie kena fikir2kn juga... ikut pada kemampuan kita. Setiap anak ada rezeki masing2.

Disini lah terletaknya Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam, Selangor.Kawasan yg luas dan mempunyai pemandangan yg menarik, ditengah2 nya terbena sebuah tasek....

Umie teringat semasa taklimat IBUBAPA baru ni di dewan, kaunseling tu berseloroh... "majoriti penduduk Sabak Bernam adalah keturunan jawa, dan makanan popular adalah TEMPE, kalau tuan2 mahukan hidung mancung dan pipi gebu... makanlah TEMPE hari-hari, tapi bukan saya yg kata... mantan MB Sel yg kata"...."Saya adalah anak tempatan disini dan saya lebih senang dgn pengilan AYAHANDA." gamat dewan seketika. hihihihi umie pun anak jawa jugak lor.......

Berkumpul di tanah lapang sebelum masuk ke Dewan.Kesemuanya seramai 3,200 pelajar.Tapi umie nampak pelajar perempuan melebihi dari lelaki.Itu memang lah dimana2 universiti lain juga mcm tu. Pengambilan hanya 22,600 org daripada 125,000 orang yang memohon pd tahun ni...
Apa pun semua nya telah berjalan dgn lancar...syukur kehadrat Illahi.
_______________________________________________
Untuk seorang sahabat umie, yang telah lama dikenali, andainya ada menjenguk2 di sini....umie minta maaf seandainya selama ini ada rasa kecil hati. umie bukan sombong, tapi bila umie reply masa YM mlm tu, seakan2 tak dapat di baca... dan umie cuba sms selepas itu, tapi tak ada balasan.
umie minta maaf ye ENCIK....

Thursday, July 03, 2008

NASYID- SUBHANALLAH- diwani

Kepada pengunjung2 blog ini... umie mengucapkan terima kasih...




Wednesday, July 02, 2008

HEPI BEZDAY

HAri ini, kami mengadakan jamuan hari lahir kami di unit Graphic Operation Center. Kakitangan yg tarikh kelahirannya pada Januari hingga June kami sambut serentak pada hujung bulan June atau awal Julai.Begitulah lazimnya setiap tahun.Unit kami hanya ada 25 org kakitangan , tapi bila dah di campurkan dengan PELATIH2 dari University/kolej... bertambahlah seri dan meriah majlis kami yang di buat secara ala kadar ini.

Kepada kakitangan yang kelahirannya pada Julai hingga Desimber, kami akan sambut pada Nov atau Dec (hujung tahun ni).

Sambutan sebegini sekurang2nya akan merapatkan silatulrahim antara kami dan mengharapkan persahabatan berkekalan dari setahun ke setahun... insyaalah.

Posing dengan Pelatih2 dri UiTM Shah Alam... umie yg paling vateran ni mereka anggap saperti IBU mereka... seronok rasanya di kelilingi dgn anak2 ini , sungguh ceria dan tau menghormati antara satu dgn lain.



Friday, June 27, 2008

AKU YANG SIBUK


Terdahulu umie nak minta maaf sebab tak dapat nak melawat ke blog kawan2 sekelian. Sejak kebelakangan ni, umie agak sibuk.... Insyaalah kalau umie dah lega sikit, umie akan jenguk dri blog ke blog kawan2, dan akan meninggalkan komen utk kawan2 semua...

Adakala umie sampai rumah waktu senja.... kesian kat AKU.... sampai dirumah terus je buka peti ais, keluarkan apa2 yg patut utk di masak buat hidangan makan malam... Memang penat...


Walaupun penat, aku dapat kepuasan bila semua kerja2 dapat di bereskan. Gambar diatas, sebahagian tugas2 umie... booking kerja yg berderet2perlu di sattlekan... ada kala mcm nyawa tinggal sekerat je... huhuhuu.... Pada umie, setiap tugas yg kita selesaikan perlu ada keikhlasan, tanpa ada sungutan.

Ini sebahagian dri tugas umie... mencantikan dan mengemaskini sesebuah ayat yg pada mulanya hanya sekeping kertas dgn tulisan berwarna hitam putih. Alhamdulillah selama umie bekerja di RTM, umie sering membuat GRAFIK program AGAMA dri pemyiaran JAKIM.

Buat masa ni, umie sedang menyiapkan program Dokumentri Khas Tilawah A-Quran... mengenai bagaimana Al-Quran kitab terakhir ini diturunkan dan juga keindahan nya untuk rujukan kesejahteraan umat sejagat dan bagaimana agama Islam dari Tanah Arab melepasi ke benua Afrika hinggalah ke rantau Asia Tenggara.



*Boleh saksikan di TV1 sebelum Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan nanti.*



Kesibukan harian, membuat umie selalu tergesa2 utk ke Office, dan hari ni , sesampainya umie di Office, ada seorang student tegur umie... " umie... kalau nak bagitau sikit, jangan marah la yer... " Aku terkebil2 jer... "ehh bagitau jer le... apa salahnya..."
Aku perati je muka dia dgn rasa musykil..... lama pulak dia nak cakap...
"ada apa Che Ah...cakap jer la..."
"Janji.... jangan marah.... ermm.. umie pakai tudung terbalik..."
Hehehehee.. kami gelak sama2...


Serabutnya aku hari ni... hihihi...

Aku tak kesah serabut mcmana sekali pun... sbb aku ni jenis tak pi mana2... dok jer dalam office sampai waktu balik... buat kerja tak toleh kiri kanan pun....

TEKUNNYA AKU...

(naik lif kejap na...)

Wednesday, June 25, 2008

SAMBUNG BELAJAR.

Azam kak Illy untuk menyambung belajar lagi, bagi mendapatkan Ijazah telah diterima di UiTM Shah Alam. Doa umie agar dia tabah dgn segala cabaran nanti. Maklumlah bekerja sambil belajar (PLK). Kelas bermula jam 8.00 hingga 10.00 malam, ini bermakna pengajian nya mengambil masa sehingga 3 tahun lebih.Kalau di kira dan dicampur, ini bermakna untuk mendapatkan Ijazah memakan masa sehingga melebihi 6 tahun... (sekiranya dia mengambil diploma terlebih dulu). Umie sangat bersyukur kerana KAk Illy mendapat tempat utk mencapai cita2nya, dan itu janji dia utk mak ayah nak mendapatkan segulung Ijazah. Sebagai seorang Ibu hanya doa yg mengiringi dia....
Rupanya, bukan mudah untuk mendapatkan tempat utk menyambung belajar. Sebelum ni.. Kak Illy belajar di SINI.

Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tghari.

Sementara menunggu Kak Illy menghadiri taklimat selama 2 jam, kami berjalan2 di kawasan TASEK SHAH ALAM... bersama anak2 dan 2 org anak buah umie, Intan -Intan ku sayang.