Tuesday, April 14, 2009

GAHARU


Aku sekarang berminat nak tanam pokok gaharu. Selain harga nya yang mahal, ia tak perlu ditanam di kawasan tanah yang luas ala2 ladang.

Bila aku balik kekampung tempoh hari, dan berbincang dgn ayahada juga adik beradik yang lain, ayahanda ku setuju untuk kami usahakan tanaman GAHARU.

Dibelakang rumah ayahanda ku ada sekeping tanah yg tak seberapa luasnya. Dulu ayahanda tanam pokok KOPI, tetapi bila usia ayahanda makin meningkat, dia tak mampu nak petik kopi2, sebaliknya dia lebih senang membeli kopi dikedai. Lagi pun pokok2 kopi semua dah semakin tak terurus, pokok duit2 pun dan memanjat, alamat nak mati le selepas tu… kesian pulak aku kat ayahanda….Selain pokok kopi, ayahanda tanam pokok limau bali, limau madu, limau kasturi dan beberapa pokok durian juga rambutan yang memang dah berhasil untuk dimakan keluarga kami yang memang besar.

Sekarang aku dah pun memulakan percubaan menanam pokok gaharu, walaupun tak banyak mana. Aku nak tenguk kesesuaian tanah. Hujung bulan ni aku akan balik , nak tgk perkembangan pokok2 tu…. Semoga semua pokok2 ku itu sihat walafiat.

info GAHARU ada disini

Anak pokok gaharu. Yang dalam kereta tu, umie baru ambil dri Tuan Haji . Depan seat boleh muat sebanyak 40 pokok.

umie ambil gambar ni dari internet. layan jer le...




hasil gaharu yang begitu tinggi permintaannya ke negara-negara Timur Tengah dan juga negara lain seperti Taiwan, Jepun dan sebagainya.

sebelum ni aku hanya tau menggunakan perkataan:

SUDAH GAHARU CENDANA PULA,

SUDAH TAU BERTANYE PULA.

pokoknya baru sekarang aku tau..ahaks