Thursday, August 28, 2008

SELERA

Sejak dua menjak ni .. selera aku makin meningkat. Pantang nampak makanan di depan mata... berselera sahaja... Aku rasa badan aku ni semakin berat, tu la pasal aku malas nak gerak kemana2... suka duduk atas kurusi dari pagi sampai la waktu balik.huuhhu... malu nak tgk jarum timbang badan aku tu... malu kat diri aku sendiri..


Hari ni saja, umie makan 2 pinggan nasi dagang. Tekak ni tak boleh nak kontrol2 mcm dulu2... hiihihi... Ofis umie buat majlis makan-makan sempena nak menyambut puasa. Saperti biasa order makanan dari Herman Catering.

Nak tulis panjang2 pun rasa malas pulak hari ni... perut kekenyangan...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK

Friday, August 22, 2008

BALIK KAMPUNG LAGI.


Cuti sekolah aku tak pi jalan mana2 pun... kecuali balik ke kampung ziarah keluarga, tu pun kena janji dgn adik beradik yg lain... baru lah balik kg. Sejak Ibu tak ada .... memang suasana di kampung amat sunyi, walaupun ayah masih ada.. tu pun aku tgk sekarang ni, dia semakin uzur.

Anak2 pulak... kalau umie buka mulut nak balik kampung... masing2 senyap. Agaknya depa ni risau umie ajak balik ke kampung. Ada2 saja alasan dia orang bagi... Alasannya...Tak dapat tgk channel TV yg dia org sukakan... semua station TV tak terang kecuali TV3 dan TV2. Aku pun tak tau pasal pe siaran TV1, TV7 dan TV9 tak terang siarannya... apa lagi TV8... hampehh...!! Melainkan kita melanggan ASTRO baru semua channel dapat. Bukan semua org nak tgk Astro, rumah aku pun tak ada ASTRO, tapi internet wajib ada.... kalau tak ada internet AKU sunyi... hihihi...

Akhirnya anak2 aku semua tak balik kampung, tak kan aku nak balik sorang2..?? Pak Yong??? ermmmm dia kerja sabtu.
Balik la umie dgn si kenet2 bertiga tu... jadi lah janji ada kawan masa dalam perjalanan... Aku tak kesah pun.. walaupun kenet2 lagi... boleh juga jadi teman bersembang. Masa dalam perjalanan, kami berhenti berehat R&R di Air keroh. Kami lepak2 di pondok kayu... sambil makan JAJAN.

Intan: "Mak Ngah, kenapa orang tu asik2 tengok kita? "
Umie : " orang mana? (sambil aku tunduk baca paper)."
Intan : " Tu la Mak Ngah... yg pakai baju biru tu... "
Umie : " errm... dia minat kat INtan la kot..."
Intan : "MAna ada... "(sengeh2 je dia).
Nana : " Mak Ngah, PakCik tu gelak2..."
Umie: " Biar lah dia gelak2.... dia gelakan Nana la tu.. baik2 nanti dia tangkap Nana bawa lari baru tau... jangan duduk jauh2.. meh sini.."
Nana : "Dia tenguk kita kenapa??"
Umie : "Mata tu untuk menengok... biar lah dia tengok.." (lama2 tu musykil juga sbb aku perasan org dok pandang2 je kat kami.

Dalam meneruskan perjalanan ke Muar, hati aku berkata2 juga... kenapa la org asik2 perati kami tadi.

Mungkin sangkaan org,
1) aku ni bawa cucu jalan2.. mana Atoknya?? kesian kat aku kot.. mana lah tau depa ingat aku ni Nenek Tunggal..
2) Kecik2nya anak makcik ni... agaknya kawin lewat kot.... dah lewat kawin... lewat dpt anak pulak... ahaks.
3)Kesian nya makcik ni... agaknya bawak anak MADU kot... yer la madu kerja tak ada sapa yg nak jagakan...BIBIK pulak balik Indon... hihihihi....

Bila aku dah balik ke KL, aku citer la kat Pak Yong... dia kata.... "Awak teringin MADU ke.?"..hampehhhh sungguh le jawapan dia....

Monday, August 11, 2008

PENYAKIT

Sejak kebelakangan ni umie dah mengidap satu penyakit. Dulu2 pun ada jugak mengidap penyakit ni... tapi tak la teruk mana sangat. Tapi semenjak dua menjak ni bertambah2 pulak ia menyerang. Penyakit ni setiap ISNIN akan menyerang dari pagi hingga pukul 3.30 ptg.
Selepas pukul 3.00 dia akan pulih seperti sedia kala...

Beristirehat sungguh la si comey ni.... cute..
Penyakit MALAS yang aku hadapi ni sering melanda setiap Isnin....


Nak iron baju pun malas, capai je mana2 yang ada... janji baju yang boleh pakai waktu kerja.

Penyakit Malas umie ni sebenarnya disebabkan oleh keletihan pada hari minggu. Dari pagi sampai ke petang ada2 saja yang perlu dibereskan.
Malam pula selepas pukul 8.00 , hantar anak (Khairie) balik ke Bkt Jelutung, bukan dekat perjalanan dari Gombak... jauh nun.....
Tapi umie tak kesah dia melibatkan diri dengan kerja2 sukarelawan semasa cuti setengah semester di kolej dia belajar.Sekurang2nya ada juga tugas2 yg perlu dilakukan daripada dia melepak tak tentu arah diluar sana.

Thursday, August 07, 2008

DINGIN YANG HANGGAT.

Malas nak cerita panjang2.... sekadar post gambar pagi tadi yang amat aku benci dengan keadaan spt ini.Keluar awal pagi untuk mencari rezeki...


Ini lah suasana di Jalan Kucing menghala ke Kuala Lumpur awal pagi tadi kira2 jam 8.20 pagi... cuaca redup sekali.

Bertolak dri rumah pukul 7.15 pagi


Jalan yang 2 lorong jadi 3 lorong, Jalan yang 3 lorong jadi 5 lorong... bertemu dipersimpangan jalan besar menjadikan 7 lorong... bayangkan.. dihadapan nya road block yang di pasang KUN 2 lorong hanya tinggal satu lorong sahaja......
Aku pasti pagi2 lagi pemandu2 kenderaan bersungut sbb jem yang keterlaluan... termasuk lah ..a k...ku....

Ada pulak bomba, nak kemana pulak gamaknya..?? tak kan ke Mahkamah kot... nak semboq sapa?? sapa yang nak kesana?? RAsanya tak sesuai benar kalau dia org buat sekatan jalan raya dgn keadaan harga minyak yang tinggi... KOt la tahan kereta bagi RM50 utk sebuah kereta okey jugak...
Sampai ofis pukul 9.00 pagi... sepatutnya aku ke perhimpunan bulanan pagi ni di Auditorium Perdana, tapi kerana kehangatan dan kebahangan, aku kansel jer..
---------------------------------------------------------------------------------------------
Aku rasa selepas ni tak ada sesiapa yang akan bagi nama anak2 mereka dgn nama Shaiful @Bukhari @Azlan... kerananya lah... pagi yang sepatutnya dingin jadi hangat...


Sunday, August 03, 2008

SEPI

Sesetengah orang kata, sepi itu indah. Umie pulak berpendapat, SEPI tu berkala, maksudnya... ada kala memang indah , dan ada kala memang membosankan.

Hari ni, pagi2 umie dah online.... itu bermakna sepi itu membosankan.
Bosan sebab anak2 tak ada disekeliling. Sabtu memang hari bekerja bagi syarikat PakYong. Kecuali umie memang sabtu bercuti. Sabtu Syahmie anak bongsu umie ada aktiviti di sekolah. Along pulak Jumaat malam memang rutin mingguan akan bermalam di rumah mak mertua, sebab isterinya masih belum dapat bertukar ke Kuala Lumpur. Sabtu malam baru dia akan sampai kerumah umie... dan bermalam disini pulak... sebenarnya umie tak kesah sangat, kalau Sabtu dan Ahad tu dia orang nak bermalam di rumah mak mertua dia.. sama saja.. dua2nya IBU.


Kak Illy biasanya Sabtu tengahari baru balik kerumah, Khairie pun sama... kalau kelas dia sampai petang Jumaat, Sabtu pagi baru balik rumah... Sabtu memang amat membosankan... kecuali umie ambil anak2 buah umie yg 3 org tu malam Sabtu...dan pagi Sabtu tu rumah umie riuh rendah dgn kerenah anak2 buah... SERONOK.... Intan2 TIGA org tu.


Awal pagi Sabtu ni, umie dah siap segala kerja2 rumah.... cuma nak siapkan hidangan tengahari sekejap lagi sebelum anak2 sampai rumah, dan kami boleh makan tengahari bersama.


Sepi itu kadang kala membuat kita rasa kerinduan. Rindu dengan kenangan masa lalu, dan akan mengimbau kenang2an indah semasa kecil, ada ayah ibu disamping kita, ada adik beradik disekeliling. Apa lagi kala dimusim buah2an sekarang... semuanya mengingatkan umie kepada kampung halaman. Insyaalah ptg ni umie akan balik kampung. Tapi.. dikampung juga SEPI sejak ketiadaan Ibu tercinta, yang ada hanya AYAH dan adik yg tinggal bersamanya.


Sebelum balik ke kampung, umie akan kerumah adik umie untuk menjemput INTAN2, umie akan bawa mereka ke kampung. Dia orang saja yang nak balik ke kampung.... anak2 umie semua ada saja alasannya bila umie ajak balik ke kampung... uhukkss..




Ini lah 3 orang INTAN, yang menghiburkan umie, dengan kerenah mereka, cukup menghiburkan hati.ada saja yg dia orang nak buat.... apa yg kita buat... dia juga nak buat
Tengah buat cucuq bawang le tu...




Sekurang2nya anak2 umie tau menyayangi insan2 kecil saperti mereka.


Jangan sampai hilang sudah... sentiasa dalam pemantauan. jgn sampai leka... sebab tu umie jarang bagi mereka keluar rumah kecuali ada yang perhatikan.



sayang semuanya.....