Monday, January 28, 2008

Pojaan Hati Ku


Umie suka dengar lagu dulu2... mmg best

Cuba teka... sapa yg nyanyi lagu ni,,,

Sunday, January 27, 2008

RUMAH KU, syurga ku

Minggu lepas, umie pergi jenguk rumah yg telah pun di beli kira2 3 tahun lepas.
KAwasan nya yg mendamaikan, tidak terlalu sibuk,
dan agak jauh dri pinggir kota yg
amat sesak sekali.Tetapi akan datang tak tau la...
mcmana rupa kawasan ni nanti.
Pada mulanya umie hanya nak temankan officemate tgk rumah contoh,
tetapi bila umie sendiri tenguk kawasan tu,
dan interior design nya yang menawan hati umie.
terus jer umie terpikat,
dan masa itu juga umie booking.
Harga yg berpatutan (mampu dgn gaji umie yg ciput, dan selalu ukur baju di
badan sendiri) huhuu...
Rumah LIMA tingkat yg di sediakan lif dan lot parking berbumbung.
Harga masa tu sebanyak RM89,000 +, ada tiga bilik tidur. Dalam hati umie...
mana la tau, satu hari nanti kalau umie tak mampu nak bayar balik pinjaman,
umie boleh jual jer.. ahaks... Beberapa bulan kemudian,
semasa Along nak beli rumah di kawasan itu, harga rumah yg sama
dgn rumah umie, dah mencecah
ke RM113.000+. (nasib baik dah beli awal).

ATAS:
kawasan rumah yg telah siap tapi dalam proses pembinaan lot parking.
Mungkin dalam sebulan lagi kami akan dapat CF.

Ni rumah contoh, masa ni la gerak hati umie tertambat utk memilikinya.
(dapur dan kawasan yg sewaktu dgn nya).

Kawasan bilik yg sederhana besar..
Adakah aku akan meniru susun atur nya nanti??
Aku masih banyak benda yg kena fikirkan.
Apa2 pun bab kenduri Along aku utamakan dulu..
Hanya aku bersyukur sebab rumah ni siap dalam jangkan masa yg telah ditetapkan.
Mula2 tu aku sangat2 risau sebab bila aku tgk TiVi, banyak rumah2 terbengkalai
hingga 9 tahun lamanya... dia orang kena bayar balik pinjman Bank,
lepas tu kena sewa rumah lagi. .. aku sungguh kasihan dgn
nasib mereka...
wassalam

Monday, January 21, 2008

EMPAT HARI TIGA MALAM

Baru ni cuti awal Muharam umie balik ke kampung, jenguk2 family... ayah, ayah mertua dan ibu mertua. Kami balik bertiga sajer.. (umie, kak Illy dgn Yana). Sempat kak Illy ambik gambar bunga senduduk, dia org mana tau khasiat pokok ni. umie kata pokok ni boleh redakan darah dri terus keluar sebab terluka. masa umie kecik2 dulu, kalau terkena serpihan kaca ke.. luka ke, carik daun pokok ni lalu tumbuk dan tepekkan di tempat yg terluka, akan berhenti la darah dari terus mengalir. (arwah nenek yg beri petua)




Sempat ambil gambar di DAtaran Yong Peng berdekatan rumah Pak Yong, Mak Mertua umie kata, sambutan Tahun BAru 2008, di adakan pertunjukan kebudayaan di sini. Kuda Kepang pun ada selain bunga Api.


Kak Illy kata, "JOM POYO2.." abah tak ada... kalau Abah ada dia tak berminat nak berpoyo2 dgn kita orang. Abah lebih suka dok rumah lepak2 sambil tgk TiVi..


Erm.. anak dara umie ni kalau posing , tak hingatt dunia... ala2 kadar udah le Yana oii...


Sempat ke Pekan Air Hitam, jemu2 mata... ini lah dapatnya...

(standby utk kenduri Along nanti) beg comey pol kedot boleh di isi apa2 yg patut.



Mak Long dgn Mak Ngah sedang bergaya. Mak Long dah ada 4 menantu dan 7 org cucu. Mak Ngah ?? Insyaalah la no....


Lenggang jer Pekan Bukit Gambir yg sedang dalam pembangunan.
NI time hari minggu banyak kedai tutup.Tapi kalau hari raya,
dipenuhi dgn manusia yg pulang ke kampung.




Saturday, January 19, 2008

LAGU LAGI...

Tajuk lagu: RINDU,

Penyanyinya, Hetty Koes Endang. Rasanya lagu ni sekitar awal tahun 80'an... kalau di nilai dari fesyen pakaian nya pada ketika itu. Lap lip lap...! Kalau cermin muka hilang boleh guna baju penyanyi waktu tu.ahaks..

Apa pun umie memang meminati lagu2 penyanyi Hetty Koes Endang sejak dari dulu lagi. EEnnakkk didengar deh...!

DAN LAGU LAGi.....

Tajuk lagu: HATI YANG TERLUKA.

(Broery Marantika)

Wednesday, January 16, 2008

Nak Happy-happy

Umie meminati lagu2 Broery Marantika dari dulu2 lagi.... suara nya yg garau dan mantap yg membuatkan umie terpikat. Tpi dia telah kembali di sisi Tuhan dalam usia awal 50an (kalau tak silap). Umie nak abadikan lagu2 Broery sebagai koleksi. Selain beliau umie meminati suara Hetty Koes Endang... juga akan umie masukan dlam blog, hanya sebagai hiburan.

Lagu Jangan Ada Dusta Antara KIta, khas yg meminati lagu2 sentimental (mcm umie) ahakss,,,,

Wednesday, January 09, 2008

Selamat Menyambut Tahun Hijrah1429

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1429


Maal Hijrah adalah satu penghijrahan dari yang tak baik utk kebaikan atau yg baik utk yg lebih baik... Insyaalah. HIJRAH JUGA SATU PERJUANGAN.

Semalam dah bersiap sedia nak ke Masjid Negara. Tetiba hujan turun dgn lebatnya. Payong ada dalam kereta . Bila hujan dah renyai2 gagahkan diri juga nak turun ke parking. Keluar je dri office, jalan menghala ke Bangsar dah jem. Kensel ke Masjid Negara terus balik ke rumah.

Sampai rumah cepat2 siap sedia sementara nak masuk waktu magrib. Ajak sekali anak2 utk menyambut tahun baru Hijrah di rumah saja. Kami sempat membaca Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun... seterusnya membaca surah yassin,,,alhamdulillah.

Azam tahun ni nak mencari lebih kebaikan, lebihkan bersedekah dan kebajikan.

Insyaalah

====================================================================

SMS sahabat lama berbunyi: YA ALLAH, di awal tahun yg mulia ini berkatilah SaudaraKU ini, limpahkan rezekiMU padanya,tunaikanlah segala azamnya pada tahun ini, bahagiakan dia & keluarganya & mudahkan urusannya terimalah ibadahnya serta ampunilah dosanya dan selamatkannya didunia dan akhirat bagitu juga dgn diriku & keluargaku, Amin.. SELAMAT TAHUN BARU 1429 HIJRAH

SENDER:Kama

Kama, umie tau kama ada jenguk2 blog umie ni. harap dapat tinggalkan jejak mu, doa ku utk kama sekeluarga, semoga dipanjangkan usia, dilimpahi rezeki dan sentiasa dalam kebahagiaan disamping anak2 juga cucu serta menantu.... amin....

*Nak tambah menantu jgn lupa jemput umie yer...

Saturday, January 05, 2008

AGAK SIBUK SEKARANG.

Kebelakangan ni umie agak sibuk. Tapi nak kata sibuk tu tak la sangat,,,, tapi macam sibuk pulak. Rasanya Kepla Otak umie yg sibuk sbb macam2 nak kena fikir... Kadang peningg... kadang2 Blurr... Entah la. tak tau nak buat yg mana satu dulu..??

April ni Along nak mengakhiri zaman bujang trang tang tang dia.. dah sampai JODOH dia.
Alhamdulillah sebab ada jugak org nak kan dia.
Dulu dia pernah bercinta dgn sorang gadis dari Perak, tapi tak panjang perkenalan dia. Umie mmg kenal dgn dia sebab dulu dia practical di RTM. Satu hari, GF dia hantar email kat umie cakap terus terang mengatakan yg dia tak sesuai dgn Along.
Aku pun tak heran dia ckp mcm tu... mmg Along tu ada masa hangenn satu badan.. ahaks..
Sib baik la Safiah sudi menerima lamaran Along. Alhamdulillah
Dua tiga hari ni dok memikirkan perancangan seterusnya..
Mula2 nak buat kat dewan dekat2 dgn umah, tapi bila bgitau kat adik beradik umie, depa kata buat kat rumah je.. sebab dia org senang nak beramah mesra
dgn sedara mara yg dtg. kira orait je la...
Khemah dah booking
pelamin pun dah booking.
makeup dah booking juga.
lain2 tu belum lagi.... pening lagi....!!!
Ni dok tengah nak pilih warna yg sesuai pulak.....



contoh2 bunga telor.. mana satu cantek??

Bekas apa2 saja... bubuh kek pun ok jugak...

Bunga ni jumpa masa ke giant baru ni... saja je beli kot2 boleh digunakan nanti.

Nanti sambung lagi nak tulis apa2 yg perlu.... nak bgi hilangkan pening dan ghisau.. huhuhu....