Wednesday, January 09, 2008

Selamat Menyambut Tahun Hijrah1429

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1429


Maal Hijrah adalah satu penghijrahan dari yang tak baik utk kebaikan atau yg baik utk yg lebih baik... Insyaalah. HIJRAH JUGA SATU PERJUANGAN.

Semalam dah bersiap sedia nak ke Masjid Negara. Tetiba hujan turun dgn lebatnya. Payong ada dalam kereta . Bila hujan dah renyai2 gagahkan diri juga nak turun ke parking. Keluar je dri office, jalan menghala ke Bangsar dah jem. Kensel ke Masjid Negara terus balik ke rumah.

Sampai rumah cepat2 siap sedia sementara nak masuk waktu magrib. Ajak sekali anak2 utk menyambut tahun baru Hijrah di rumah saja. Kami sempat membaca Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun... seterusnya membaca surah yassin,,,alhamdulillah.

Azam tahun ni nak mencari lebih kebaikan, lebihkan bersedekah dan kebajikan.

Insyaalah

====================================================================

SMS sahabat lama berbunyi: YA ALLAH, di awal tahun yg mulia ini berkatilah SaudaraKU ini, limpahkan rezekiMU padanya,tunaikanlah segala azamnya pada tahun ini, bahagiakan dia & keluarganya & mudahkan urusannya terimalah ibadahnya serta ampunilah dosanya dan selamatkannya didunia dan akhirat bagitu juga dgn diriku & keluargaku, Amin.. SELAMAT TAHUN BARU 1429 HIJRAH

SENDER:Kama

Kama, umie tau kama ada jenguk2 blog umie ni. harap dapat tinggalkan jejak mu, doa ku utk kama sekeluarga, semoga dipanjangkan usia, dilimpahi rezeki dan sentiasa dalam kebahagiaan disamping anak2 juga cucu serta menantu.... amin....

*Nak tambah menantu jgn lupa jemput umie yer...

11 comments:

arsaili said...

salam maal hijrah moga tahun baru menjanji seribu kebahgiaan

WAN ZUHA ISHAK said...

Selamat menyambut maal hijrah 1429

Mwahs,
-zuha-

umie said...

Arsaili,
Terima kasih dan harap arsaili diberi kebahagian juga disamping keluarga tercinta. Salam Maal Hijrah.

umie said...

Wan Zuha,
Selamat Tahun Baru Hijrah buat Zuha, semoga diberi rezeki dan diberi kebahagiaan dgn insan2 tersayang...

mama ranggie said...

salam maal hijrah umie...

semoga umie mencapai segala impian...

Aleeya said...

Kak Umie,

Salam Maal Hijrah 1429h

© Oshun/EM Muhammad/Nadia Emarele Muhammad said...

Salam Maal Hijrah Umie, semoga diberkati Allah dan dijauhkanNYA dari segala kejahatan dunia. Mwah mwah mwah... gegegege. Ada kawan yang baca blog tapi tak tinggal pesan ek? OD pun sama. Kawan sekampung kot. Dia gi ngadu kat emak apa yang OD tulis. Emak lak beritahu kita... malu ooo bila emak tahu apa yang anak dia merepek-repekkan...ekekeekeke.

MAMAMIA said...

Salam Maal Hijrah..

Tahun ni nampaknya ada orang berhijrah dari 'Umie' ke 'Umie Mertuaku'....

-ctz- said...

Ummie...
Salam Maal Hijrah juga dari ct.. Belum terlambat, kan ummie???
ct dok kata nak p KL, esok.. tapi tokwan ct plak admitted. dia nak hampir2 stroke mcm hari tu. dulu dah kena sekali, dokto kata takut kena pulak kali ni, dia akan lumpuh terus.. sian tokwan :( nak operate pun, tak padan ngan umoq dia doktor tu kata, sebab tokwan dah dekat 80. So, doktor bagi ubat cayaq darah, n vitamin ja.. dia lemah sangat2 :(
dah dok berangan dah, p KL, apa jadi pun kali ni ct nak p jumpak ummie. uhuks~ sabaq je la..
ummie... bila nak mai alostaq?
abang kama ada ka dok baca blog ummie??
salam abang kama... betui ummie cakap, nak dapat menantu lagi nanti, jemput la ct sama :)

umie said...

Mama Ranggie,
Salam hijrah juga buat mama, semoga ada penghijrahan yg terbaik utk tahun ini buat mama dgn family.


Aleeya.
Salam.. maal hijrah juga buat aleeya dgn family.. anak sihat ke?


OD,
mwahh mwah mwahh juga buat OD...
kawan2 yg baca tapi tak tinggalkan jejak tu, kiranya org yg pemalu.. hehehe... pd pendapat umie la kan OD.. menulis ni salah satu utk mengaktifkan minda kita....kalau kawan kg OD dok kabo2 kat mak OD, tak pe la.. mak kita yg tau perangai kita hihihi...

umie said...

mamamia,
salam mamamia,
Insyaalah akan jadi "Umie MertuaKu" tahun ni... hihihi.
anak2 mama sihat ke?



CTz ku cayang,
Tokwan ct mcmana? sedih pulak tgk dia.. harap2 cepat sembuh...
Ahaa,,, kama ada juga masuk tapi dok baca ja...
Kama dah ada sepasang cucu. Feb ni akan dpt sorang lagi menantu... nanti umie kabar2kan kat dia na...