Wednesday, September 30, 2009

D'Pagi Syawal

Di pagi Syawal 2009
Hanya gambar yg dapat menceritakan suasana.

Antara biskut raya favourite umie...



Hidangan di pagi Raya..


Keluarga umie di pagi Raya.
Tahun ni giliran beraya di Muar.Along beraya di KL di rumah Mak Mertua nya... so dia tak ada dalam gambar.



Beratur nak salam salaman. Ayahanda dah ready duduk atas kerusi menunggu anak menantu juga cucu2. Sayu aku tenguk dia... setelah beberapa tahun arwah Ibu tiada disisi.




Antara sembilan beradik hanya empat keluarga yg dapat berkumpul. Yang lain2 beraya di rumah mertua masing2.






Singgah rumah Kak Long di Kluang, Johor untuk melepaskan keletihan setelah pulang dari Mersing.. padaHari Raya ke 3.





Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Sempena Syawal tiba,
umie sekeluarga dengan merendah diri dan seikhlas hati
Menyusun sepuluh jari, memohon keampunan dan kemaafan
Kepada rakan-rakan semua,
Andaikan ada terkasar bahasa,
tersilap bicara, keterlaluan cara atau menguris rasa
selama berada di alam maya. Walaupun sememangnya kita tidak mengenali secara peribadi tetapi kemesraan tetap menjalin perhubungan silatulrahim. Insyaalah.
Esok kami akan berangkat pulang ke kampung halaman di Muar dan seterusnya ke Yong Peng untuk menziarahi Keluarga dan sanak saudara.

Tuesday, September 08, 2009

PERSIAPAN RAYA

Hari ni masuk hari ke-18 Ramadan... Alhamdulillah setakat ni aku masih di beri kekuatan utk meniti hari2 menjelangnya Syawal, Walaupun solat terawih ku ada kalanya tertinggal.
Persiapan raya..?? saperti tahun lepas, jahit baju kurung dan kebaya utk anak2 perempuan, menantu perempuan ku yang sorang tu.. juga baju untuk diri sendiri. Baju melayu utk anak lelaki pulak, umie beli siap saja... kalau dulu memang le umie jahit semua baju melayu utk anak2 lelaki... tapi sekarang ni, sejak mata pun dah semakin kabur.... malas la pulak. Ingatkan nak beli baju melayu kat Mydins saja... ada juga yg baik kualitinya. Lagi pun depa ni hanya pakai baju melayu waktu solat aidilfitri saja... lepas tu cuaca pun dah makin panas... masing2 akan tukar t/shirt. betul tak??hehehe...
(siap jahit manik lagi... mesen jahit ni dan masuk 20tahun... janji rajin bubuh minyak.)
Aku ada 3 buah mesen jahit, satu mesen jahit yg biasa2 berbody kotak, usianya dah hampir 30tahun, tapi masik dalam keadaan baik... Yang satu lagi tu, jenis bimbit, dan satu lagi mesen jahit tepi. Lengkap gitu!!... kalau nak tau... dulu mmg bercita2 nak buka kedai jahit... tapi tu dulu ler.. tapi bila dah masuk alam perkerjaan, minat pun masih kuat, aku jahit baju sendiri, takat ni aku belum pernah lagi tempah baju ke kedai2 jahit. Ada kala rakan ofis ku juga tempah dgn aku... (tu dulu, ler ni aku dah malas)
Tapi dalam 2 mesen menjait tu, yang bagus ialah yang berbody tu... sbb jahitan nya kemas dan agak stabil dari yang bimbit. Yang bimbit tu, umie suka guna sebab, senang nak bawak ke mana2 pun... naik atas ke... bawa masuk dlm bilik ke.. ke mana2 saja yang kita mahu dan tak perlu guna ruang luas..
Lama juga umie tak jenguk2 rumah kat Langat tu... lagi pun bulan puasa, malas nak kemana2.Malam minggu lepas,lebih kurang pukul 10.30 malam kami sampai , rupa2nya dah siap pasang pun kitchen kabinet yang kami order. Tapi ada lagi yang tidak memuaskan hati umie.Biasa la kan kalau nak buat tu.. biar yg memuaskan hati. Malam tu kami hanya sempat untuk makan sahur saja... keesokan petangnya, kami dah balik ke Gombak.
Ni adalah ruang pintu masuk. apa yang menghairankan ... ada pulak motorsikal sampai ke tingkat 4. aduhhh... sakitnya mate ku...Kot iyer pun... parking la kat bawah je... atau takut motor hilang ke??
Untuk pengetahuan, jiran ku sebelah ni adalah seorang angota polis dan di depan rumah pula, seorang angota polis wanita.... hihihi.. okey jugak la kan...
Hujung minggu ni, plan nak buat kueh raya pulak. Semua barang2 kueh umie dah beli... siap beli oven pesen lama... yang warna hitam tu le yg empatsegi... yg letak atas dapor gas... mudah kan... jimat letrik hehehe...