Tuesday, October 30, 2007

OPEN HOUSE

Ahad baru ni umie ada buat jamuan Aidilfitri.
Dah jadi kebiasaan ku... bila dah balik ke Kl... umie akan buat sedikit majlis untuk adik beradik dan juga saudara mara juga sahabat handai. Tak lupa jiran2 umie yg berdekatan...
Umie order nasik tomato dri KakNah catering. Lauk ayam masak merah, jelatah dan dalca. Umie hanya rebus ketupat segera, kuah soto, bihun soup dan rendang campur (daging, paru dan limpa) dan kuah kacang. Kueh raya mana yang ada...
Open house tahun ni lupa nak ambik gambar sebab sibuk melayan tetamu.
Langsung tak ambik mcm tahun2 lepas. Tak sapa pun yang mengingatkan.
Pukul 11.00 pagi orang yg pertama datang kak Zai & Family, Nani (puteriKK)& Anak2, Kak Hanie & Anak2, Myza (suraya) dan anak2 dan yus (ulaukapak) . Semua tu sahabat dari kampungchat.com. Seronok nya kami menyembang.... Rindu sebab dah lama tak jumpa. Kami memang mesra sejak dulu.
Sekarang kami dah lama tak join sana.... bukan tak nak join, tapi disebabkan insiden tak tak menyeronokan dan mengundang kepada pemfitnahan... makanya lebih baik kami semua mendiamkan diri. Itu lebih afdhal.
Selain jiran tetanga, kawan2 anak2 umie dan kawan2 office umie datang silih berganti...
Nasib baik la.. anak dara umie si Kak Illy dan Safiah (bakal menantu) rajin juga di dapur menolong menambah makanan apa2 yg kurang di luar... kemas2 dapur dan mencuci pinggan mangkok.
Pukul 9.00 malam tetamu penutup dari office umie.... aduiii masa tu nak ajak sembang pun dah rasa nak katup mata... dah tak larat sangat... Tutup je kedai,,,, umie kemas ala2 kadar je...
Lepas Solat Isya' terus terlena.... tapi bangun balik dalam pukul 11.45 mlm. Teringat nak perangatkan rendang dan dalca yg ada sedikit baki...
Hari ni baru boleh nak menulis blog, dah rasa lega dan segar mcm sedia kala.... Alhamdulillah, sakit2 urat ku dah pulih...
Esok umie akan ke convocation Kak Illy di Sabak Bernam....

Tuesday, October 23, 2007

SATU HARI DI HARI RAYA

Hari ni umie cuti lagi.
Semalam dah kerja... Tapi masih dalam mood Raya. Kawasan parking dah di pasang kemah utk sambutan hari raya Jabatan/Kementerian. Jadinya hari ni memang MALAS nak pi keje... suka2 je MALAS erk.... Pagi2 umie dah call BOSS kata tak sihat. Memang tak sihat sbb kepenatan tambah cuaca sekarang ni yg tak menentu... kejap hujan... kejap panas.. Bila badan kurang sihat, jadik la MALAS nak keluar ke office. (mcm ni la org yg dah berusia lanjut)

Sambutan Aidilfitri tahun ni sama dengan tahun2 lepas. Cuma Kak Long tak dapat bersama2 beraya dgn kami semua. Kesian dia sebab terpaksa berhari raya di wad hospital. 3 hari sebelum Aidilfitri, suami kak Long tetiber pening dan muntah2.... Kak Long panggil jiran utk bawa Abg Long ke klinik, tapi Doktor kata suruh bawa terus ke Hospital. Rupanya BP Abg LOng tertalu tinggi, sampai tak boleh nak buka mata... kesian dia terlantar di hospital.

Raya ke- dua kami adik beradik melawat Abg Long di Hospital Kluang. Alhamdulillah dia dah beransur pulih, dan sekarang dia sudah berada di rumah...
Makanya umie tak ada menyimpan gambar kenangan dgn keluarga Kak Long.
Adik beradik seramai 8 orang dari 9 orang


Keluarga tercinta bersama ayahanda umie



Beratur untuk bermaaf2an (anak2 buah)










Keluarga sebelah HUbby





Mak Ayah mertua bersama anak2 dan menantu( hanya 6 beradik meninggal 2 orang, so tinggal 4 beradik)2 lagi beraya di rumah mertua masing


Umie dgn BIRAS2 (aku lah paling IRENG)

Nanti ada gambar lain umie akan display kat sini lagi...

Tuesday, October 09, 2007

SALAM LEBARAN



SALAM LEBARAN




Sempena kita akan menyambut hari lebaran yang mulia ini,
umie ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir batin.


kepada rakan2 yang sudi mengunjungi blog umie ini.
Mungkin hari ini hari terakhir umie berada di office.
Mungkin umie balik ke kampung sebelum subuh lagi pagi raya.
Belum pernah umie buat macam tu.


Selalunya umie balik dua hari sebelum hari raya dgn anak2 saja kecuali Along.
Hubby dan Along balik pagi raya, selepas solat raya di masjid berdekatan.
Tapi raya tahun ni kami sekeluarga balik sekali pada pagi raya.
Plan nak sampai kampung dalam pukul 7.30 pagi.
Dalam pukul 5.00pagi kena la bertolak dri rumah.
Jadi...boleh la solat aidilfitri kat kampung.

Sebelum pulang ke kampung,
Umie plan nak masak ketupat (anyam daun kelapa),
kuah kacang, rendang daging, ayam masak merah dan masak lodeh johor.
Orang Johor mana boleh tinggal lontong, tu wajib.


Cuti awal sikit sebab nak siapkan baju raya kak Illy dgn Yana.
Baju Melayu anak2 tahun ni kena beli siap,
plan mmg tak nak beli, sebab baju melayu tahun lepas masih elok lagi.
TApi budak2 ni rupanya cepat membesar dan meninggi,
Lengan baju senteng dan seluar dah singkat.
Umie tak sempat nak jahit sendiri.

Baru ni umie ke MYDINS Selayang,
tgk banyak baju melayu banyak dan okey juga la juga meterialnya, warnanya,
apa lagi HARGAnya... terus je beli 4 pasang termasuk hubby punya sekali.
Cuma kena kecilkan pinggangnya sahaja (nasib baik ibunya tau alter) .
Selesailah semua bab2 pakaian. Alhamdulillah.


Kat rumah dah tak boleh online sebab PC masih sakit. nampak mcm tenat jer...
semalam Along dah ganti power supply kedua2nya. CPU dah ok, tapi rupa2nya
MONITOR pulak tak leh nak on... tak nyala. Kedua2 komputer pulak tu.
Owner rumah yg tgh dok renovation tu kata, dia nak ganti rugi kerosakan
yang masing2 alami. Bill2 nanti kita serah je la kat dia.so.. TQ so much.
Wiremen tu memang dah tak datang sampai sekarang.


untuk semua
JUMPA LAGI SELEPAS RAYA
sudi2 lah datang ke rumah umie
di seri gombak



Thursday, October 04, 2007

22 Ramadan...

"Along.. tolong hantar mak kat station PUTRA kerinci pukul 3.45 yer.." Along jawap oker jer.. Biasanya umie akan balik sama dgn Along dalam pukul 5.30 ptg. Tapi...
Semalam terasa nak balik dri office awal. LAgi pun keje2 utk persiapan siaran Aidilfitri dah hampir selesai. Adalah sikit2.

HAti umie terasa rindu sangat kat rumah... hehehe rumah pun kita boleh rindu2 erk... apa lagi kat penghuni2 rumah yg kita sayangi.... tu la kan.. makin berusia ni.. makin banyak kenangan manis yg kita dah lalui... dan semakin banyak la kita terasa rindunya... kat keluarga kita, sama yg jauh atau yg dekat... kat kawan2... kawan lama juga kawan2 baru.... kat jiran2 kita juga.. jiran juga adalah sebahagian dari ahli keluarga kita yang terdekat.Dan berbaik2 dgn jiran adalah digalakan...

Umie selalu teringat pesanan arwah IBU.... selalu dia berpesan... "Berbaik2 lah dengan Jiran tetanga kita... susah senang ada tempat kita nak ngadu.." (masa tu umie baru berusia awal20an) baru nak belajar hidup berkeluarga.

Masa umie dalam train syahmie call kata "Mak... komputer tetiber meletup2.... amie kena shot letrik.... kat mouse..." umie jawap... ok.. mak nak sampai rumah dah...

Sampai rumah, syahmie kata dua2 komputer dah tak boleh "ON" . Tak per la.. nanti suruh Abg Long tgk2 sebab apa jdi mcm tu..

Lepas solat Asar, umie pun gesa2 la keluarkan ikan dan apa2 jer la... untuk masak berbuka.. sambil2 tu.. dok masukan kain baju dlm mesen basuh... lipat kain2 yg dah kering... Bila buka ekon nak bgi sejuk sikit badan ni.....tak boleh ON juga.....

Rupanya satu block rumah kami kena eletrik shock, sebab rumah tepi hujung sekali tengah renovation, ntah mcmana agaknya wireman tu buat keje....? sampai jdi mcm tu sekali....

Jiran sebelah rumah mengalami kerosakan komputer, lat top dan econ. Sorang jiran tu yg tengah buat cookies untuk tempahan raya, rosak kat main swiss... (taktau nak sebut nama apa)
Kesian dia sbb mlm tu dia nak hantar kueh2 ke pelanggan di UIAM...
Sebelah lagi sorang tu... rosak Astro recorder. peti ais dah kipas angin silling....

Malam tadi kami dok la bincang2 dgn jiran tetanga... nak atasi masalah masing2... Erm... masing2 kena mintak ganti rugi... banyak juga tu... kalau tak nak bayar ganti rugi kami... kami akan buat report kat TNB, lepas tu Bomba dan juga Majlis perbandaran Selayang... Sebab apa,,,, sebab dia buat renovation tu menyalahi undang2... batu2 dan juga pasir telah menutupi longkang kami... jadiknya, nyamok bertambah banyak ... Pastu... Pili Bomba juga tertimbus... kalau la jdi kebakaran semalm... mana la nak korek Pili Bomba yg dah tenggelam tu... Pastu.. pemasangan wire kat rumah tu mungkin ada kesilapan.... kalau tak.. tak kan boleh jadi mcm tu.... Bila kami persoalkan pasal masalh2 tu.. kontaktor tu jawap... semua tak ada masalah... ada2 je la yg depa jawap... makanya.. kami terus diam le... yer ler.. waktu2 pagi kebanyakannya suri2 rumahtangga,,,, mana ada org laki2... masing2 kerja.. Pagi ni masing2 nak jumpa kontraktor ajak berbincang.... tatau la apa citer seterusnya...

Sunyi le buat sementara ni sebab PC dah rosak.... anak2 pun dah mula boring sebab tak boleh nak online.... sabar jer la.... di bulan RAmadan ni....tingkatkan amalan2 di bulan Mulia ni....

Tuesday, October 02, 2007

Salam Ramadan yg ke- 20.

Hari ni masuk hari ke-2 kak Illy kerja di Shah Alam.
Maka bertambah jauh la perjalanannya. Tapi kak Illy tak kesah pun.... aku juga tak kesah sbb dia dah dilantik ke jawatan tetap. Syukur alhamdulillah..

Kak Illy kata nak belanje makan utk kawan2 di office lama masa bulan puasa ni... Umie kata, bagus le.. sebab bersedekah di bulan Ramadan ni, pahala kita sama dgn puasa kita dalam sehari. Kak Illy cadang nak bungkus jer sebab lebih mudah. Insyaalah planning kak Illy tertunai.

Hari ni juga umie kena keluar rumah pukul 6.00 pagi...sampai office sebelum pukul 7.00 pagi... Kak Illy sampai bus stop kerinci dalam pukul 6.30 pagi,, kesian juga umie tgk dia... bukan nya apa.. sebab nak adjust time berapa jam perjalanan dia dri rumah(gombak) ke Shah Alam.

Dulu dia boleh jalan lenggang lengguk dgn kasut tumit tinggi dia... dgn handbag kecik dia.. Tapi sekarang dia kena bawa bag extra. umie tgk dia bawa bag sandang belakang macam bag budak2 sekolah pulak... dia bawa botol air utk dia berbuka puasa dalam bas.... katanya, pastu dia bawa telekong utk senang dia nak singgah kat mana2 surau. Semalam dia sempat solat di KL Sentral. Dari KL Sentral dia naik komuter ke station Sentol dan ayah dia dah tunggu kat sana... Doa umie hanya dia selamat dalam perjalanan pergi dan balik.

Ada lagi 10 hari nak RAYA.... apa pun umie tak siap. Baju kurung ada la 4 pasang termasuk yg Kak Illy belikan hari tu... Langsir tak payah nak ganti dah masuk 3 tahun, bukan apa... sebab malas nak menjahitnya lagi pun masih elok lagi.... Kueh raya order dri jiran yg memang dia niaga kueh raya setiap tahun. Paling2 pun umie nak buat rempeyek, tu mmg tiap tahun tak tinggal. Duit Raya utk anak2 buah dah siap tukar singet2 semua.. cukup la rm200. Yang tahun lepas pun ada baki lagi siap dlm envelop tak buka masih tersimpan... Kerepek2 dah umie suruh adik kat kampung orderkan... Kacang2 umie order dri kawan kat Office.

Letih juga otak dok memikir.... Apa pun RAya tetap Raya...
Dalam kecerian kita utk menyambut Hari RAya... kita kena ingat juga... ramai Insan2 yg tak bernasib baik di luar sana, dalam kesedihan

Kerja2 dah tak banyak... Aku Legaa bangget sih...... ada la satu prog tu nak kena siap... Solat Aidilfitri dari Mekah..... minggu depan aku plan pasti siap...
umie cuti dri 11.10 - 19/10.....