Thursday, November 01, 2007

KONVOKESYEN KAK ILLY

Semalam 31 Okt. 2007 kak illy konvokesyen.
Aku kena la masuk tido awal sikit sebab nak bertolak dari rumah dalam pukul 5.00 pagi.
Pukul 4.00 pagi dah terjaga... rasa macam bangun nak makan sahur bulan puasa pulak.
Lebih kurang pukul 4.50 umie dgn hubby bertolak dri rumah.... awal sungguh la pulak... Dalam 2 setengah jam sampai la nanti... ke Sabak Bernam.

Berhenti waktu masuk solat subuh di masjid Sekinchan. Terasa hening dan tenang bila solat subuh di masjid, rupanya.. maklumlah kebiasaannya solat subuh di rumah saja.... Insyaalah akan ke masjid berdekatan... waktu subuh lagi selepas ini.

Dalam pukul 7.20 pagi umie dah sampai di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam... Kawasan perkampungan yang aman... dgn keluasan hampir 100 hektar, yang siap di bena sepenuhnya pada tahun 2004, bersebelahan dgn Sekolah Intergrasi, ILDAS dan Pusat Latihan Acc.

KENANGAN

Pict masa hari terakhir kak illy di Politeknik di Sabak Bernam

Suasana yang tenang dan damai setenang air tasik...

Semalam, kedatangan aku membawa sejambak roses orange dan putih..tanda penghargaan utk anak perempuan aku yg telah menamatkan pengajian Diploma Kejuruteraan Eletronik komputer

Beratur sebelum naik ke pentas

Lepas selesai semua, kak Illy kata, nanti nak naik

stage lagi sekali, tapi nak pakai "TOPI SEGI EMPAT"

alhamdulillah masih ada semangat nak belajar.


Kongsi kegembiraan bersama teman-teman


Dgn ayahanda

Jurugambar profesional, makanya... jadi la sekeping gambar yang siap ada effect sekali...cantekkk juga na.. hahaha..malas aku nak layan dgn gambar ni.. tapi aku kena juga la post kat sini sbb aku tak ada gambo lain.. kecuali yang INI.

Lebih kurang pukul 7.30 mlm baru umie sampai rumah... Adehhh penat sungguh. Penat sebab dok menyinggah banyak tempat. Hari tu, umie seronok sebab dapat menunaikan solat di 3 buah masjid. Subuh di Masjid Sekinchan, Zohor di Masjid Sg. Besar, Asar di masjid UNISEL Btg Berjuntai menjengguk anak ke tiga yg study kat sana...

Harap2 dia dalam keadaan selamat sentiasa... insyaalah...