Monday, May 26, 2008

REHAT


Assalamualaikum..

Buat sementara waktu, umie akan berehat seketika, harap maaf andaikan ada terkasar bahasa dan keterlaluan cara semasa umie menulis selama ini...


sekian.....


Sunday, May 25, 2008

MALAM BBQ

Umie dan family sampai agak lewat sikit . sampai saja... mereka baru selesai membaca doa... Tapi... mmg best... semuanya SODAP...

Ada acara utk kanak-kanak.... juga staff KWSP.... dan ada hadiah baut pemenang juga yg tak menang...


Ada karaoke.... masing2 dgn cara dan gaya yg tersendiri... hihihi
Setiap unit ada persembahan tarian spt tarian dangdut, arab, melayu dan rock.

Inilah family umie yg ceria2 selalu...


Iklan colgate persembahan kak Illy... ahaks..

Friday, May 23, 2008

JALAN-JALAN CARI MAKAN


Hari Jumaat waktu rehat memang panjang...

daripada umie melelapkan mata pada waktu rehat,

makanya umie dgn kawan2 plan makan di luar kawasan.... bukan jauh sgt ...

lebih kurang 5 minit sahaja dah sampai....


Biasanya kami ke MIdvalley atau Amcorp Mall, utk jalan2 cari makan sambil2 mencuci mata, tapi oleh kerana kami terlewat, kami tukar plan utk makan di area yg berdekatan saja...

Pemandangan CAFE dari luar.... nampak hijau yang menyejukan pandangan mata...

Cafe ni terletak di hadapan bangunan BOMBA Pantai Baru.

Antara makanan yang kami order.... bihun goreng basah, rojak buah, kuey teow tomyam dan mee hailam...

sempat tu ambik gambar... hik hik hik..


Malam ni Kak Illy ajak kami sekeluarga ke KWSP Shah Alam pulak...

Ada jamuan BBQ bagi warga KWSP di sana... apa lagi.... jommmm..

Kak Illy minta tolong umie utk design banner....

inilah hasilnya..... siap juga dalam masa 2 hari... Kalau tak.. Kak Illy nak gunakan kain dan cat minyak.... pastu nak bubuh dust yg kilat2 tu.... umie kata seminggu pun lom tentu siap... sebab keje remeh temeh,,,, silap2 nanti cat tumpah atas kain... kan ke nanti buat letih jer... so umie bantu lah dia.... kita kena ikut peredaran zaman dari masa ke semasa.... dari zaman manual ke zaman komputer, tapi.. apa pun, cara manual kita tak boleh tinggalkan.... kalau tak ada yg lama... tak ada lah yg baru....

Kalau ada sesiapa yang perlukan bantuan utk projek banner atau bunting atau yg berkaitan dgn nya... sila hubungi umie.... ahaks..

Wednesday, May 21, 2008

MAKKkkkk

SEMPENA HARI IBU AKU MENERIMA EMAIL YANG TELAH DI FORWARD DARI SESORANG... HANYA SEKADAR UNTUK KITA KONGSI2 BERSAMA.....

sedih pulak..... sebak hati ku... huk huk...!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BIASANYA....


Orang kata aku lahir dari perut MAK..


Bila dahaga, yang susukan aku.. MAK



Bila lapar, yang suapkan aku..MAK



Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. MAK



Kata MAK, perkataan pertama yang aku sebut.. MAK!



Bila bangun tidur, aku cari.. MAK



Bila nangis, orang pertama yang datang ..MAK



Bila nak bermanja... aku dekati MAK



Bila nak menyakat... aku duduk sebelah MAK



Bila sedih, yang boleh memujukku hanya MAK



Bila nakal, yang memarahi aku... MAK



Bila merajuk... yang memujukku cuma.MAK


Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..MAK



Bila takut... yang tenangkan aku.. MAK



Bila nak peluk... yang aku suka peluk..MAK



Aku selalu teringatkan ..MAK



Bila sedih, aku mesti talipon... MAK



Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... MAK



Bila bengang.. aku suka luah pada ..MAK



Bila takut, aku selalu panggil.. "MAKKKKKKK! "



Bila sakit, orang paling penat adalah ..MAK



Bila nak exam, orang paling resah juga MAK



Bila buat hal, yang marah aku dulu..MAK



Bila ada masalah, yang paling risau.. MAK



Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. MAK



Yang selalu masak makanan kegemaranku. . MAK



Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, MAK



Yang selalu berleter kat aku.. MAK



Yang selalu puji aku.. MAK



Yang selalu nasihat aku.. MAK



Bila nak kahwin..Orang pertama aku kenalkan ialah pada.... MAK



Aku ada pasangan hidup sendiri Bila seronok...



Bila sedih... aku cari MAK



Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku



Bila gagal... aku ceritakan pada MAK



Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku



Bila berduka, aku peluk erat MAK



Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku



Bila aku sakit.... aku hantar anak ke rumah MAK



Bila sambut hari ibu... aku hanya ucapkan Selamat Hari Ibu pada MAK



Selalu...aku ingat suamiku



Selalu... MAK ingat kat aku



bila..bila.. . aku akan talipon suamiku



Entah bila.. aku nak talipon MAK



Bila aku mengandung, yang lebih gembira….MAK



Bila aku hampir bersalin…..yang paling kalut…MAK



Bila dah ada baby, yang tak sabar nak menimang pun MAK



Bila perkahwinan ku retak, yang gundah gelana MAK



Bila aku bercerai, yang remuk redam…. MAK



Bila aku fikirkan semula……pengorbanan MAK melebihi pengorbanan suami



TAPIA ku pun lupa bila kali terahir aku talipon MAK



Lagi aku lupa bila aku ziarah MAK



Bila kali terakhir aku cium MAK



Itulah anak sering lupa pada MAK



Dan la ni MAK dah tak ada
Dulu MAK kata: "Kalau kamu susah dan senang jangan lupa pada MAK.
MAK tak mampu beri apa2 Cuma boleh mendoakan kamu……
Kini aku mula sedar pengorbanan MAK……
Jadi kita pun doakanlah untuk arwah MAK...…

Friday, May 16, 2008

KAWAN LAMA

Malam tadi tetiber officemate umie yg baru menjalani kehidupan sebagai PESARA call...
Dia kata, dia pun tak tau nak citer kat sapa....
umie kata, tak pe.. umie boleh dengar... umie tanye balik.. "mengenai apa tu mr N..."
dia kata, "mr S kawan kita ada masalah" Aku hanya terkedu mendengar... tak pernah pun mr N menelefon umie... malam pulak tu.... aku pasti tentu masalah yg tak boleh di simpan utk esok...

Mr N pun bercerita.... yg mr S sedang menghadapi satu ujian paling besar... aku hanya mendengar dgn penuh teliti dan hanya simpati yg umie dapat luahkan...

Mr N kata, dia baru saja dapat SMS dri mr S... dia tak tau nak cakap mcmana... sbb tu mr N call umie... bila umie dengar apa yg mr N cerita,umie sendiri tak tau nak buat camana.... hal rumah tangga orang, umie tak reti ler... dengar boleh le... tapi nak beri pandangan tu, takut juga nanti tersilap... atau org tak boleh terima pulak....

Mr S umie kenal dah lama.... sejak umie belom kawin lagi... mmg kami berkawan rapat dan dah macam saudara sendiri.... Tapi sejak dia bersara 4 tahun dulu, jarang umie dapat kabar berita dri dia... ada sekali tu umie call, dia kena stroke... dri percakapan nya... mmg dia belum boleh nak sebut setengah2 perkataan.... makanya umie hanya cakap lebih2 kurang jer... umie tau dia banyak yg hendak di ceritakan kat kita... cuma kita tak sampai hati nak sembang lama2 kerana dia keadaan yg tak berapa sihat.

Sebulan lepas tu, umie ada call dia lagi... dia kata dia baru je keluar dri hospital sbb kaki dia patah sebab jatuh dalam longkang di rumah dia... 'ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pulak...'

Beberapa bulan selepas itu, umie call dia sbb umie nak jemput kenduri kawen along tempoh hari... dia kata dia ada di kampung 'berubat kg' katanya... dri nada suaranya.. dia sedang menderita sakit....

Tetiber umie terasa rindu dgn suasana dulu2... masa bersama rakan2 di office yg baya2 umie... walaupun umie junior dia org... tapi suasana kerja dulu tak sama dgn sekarang.... ada tinggal 3 - 4 org saja lagi, dah setiap tahun seorang demi seorang akan pergi meninggalkan office ni.... sedih pulak....

Mr S sejak dulu mmg menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.... umie kenal juga wife dia yg mmg 'anggun', walaupun ada 4 org anak yg dah besar2 belaka.... usia dalam lingkungan 29 - 24th.

Masalahnya sekarang, bila suami dah kekurangan kudrat, dah di timpa berbagai2 penyakit.... sepatutnya sebagai isteri yg dah lama hidup bersama selama hampir 30 tahun dalam satu keluarga juga satu bumbung,,, kita seharusnya sama2 menjaga keharmonian dan kebahagian utk hari2 seterusnya... BUKANNYA meminta di CERAIKAN sebagaimana mr N bercerita kepada umie.... Nampaknya dri sms yg mr N forwardkan ke umie tu... seakan2 wife mr S dah terlalu benci kepada nya...

Kepada kawan2 di sini... apa pandangan dri cerita di atas..???

KENDURI LAGI....

Minggu lepas 11 Mei, giliran kakak umie pulak menyambut menantu di rumahnya di Kluang, Johor... dan giliran umie pula menghadiri majlis kenduri di rumah dia. Tapi Pak Yong tak dapat hadir sebab cuti dia pun dah tak banyak, lagi pun dia baru je ambik cuti lama semasa membuat majlis kenduri tempoh hari...
Makanya.. umie balik le sendiri dgn anak dan anak buah umie yg kemetot2 ... Mereka lah penghibur hati umie semasa dalam perjalanan ...

(ATAS)
Persandingan Haniff dgn Aida di rumah pihak lelaki.
(BAWAH)
Para 'Penangah' wanita sedang membungkus makanan utk di beri kepada keluarga terdekat.

Sebelah pagi di adakan majlis 'bercukur', anak kepada kakak umie (FARAH) iaitu cucu sedara kepada umie... itu adalah cucu yang ke 6 dari 8 org (dua dri nya meninggal dunia ketika masih kecik)
umie ambil kesempatan mengunting sedikit rambut baby Nurul.
Pukul 3 ptg umie terpaksa balik ke KL semula... walaupun terlalu letih... dan ngantuk....perjalanan yg memakan hampir 4 jam, dan umie sempat singgah ke rumah mak mertua di Yong Peng utk melelapkan mata walaupun sekejap."BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT'
Kira2 jam 6 pth baru lah umie bertolak dri Yong Peng ke KL
Sampai di rumah lebih kurang pukul 11.00 malam, dan Kak Illy dah sediakan KEK HAPPY MOTHER'S day utk umie..... (rasa hilang sedikit letih) bila anak2 memberi satu kejutan buat umie... cheese cake yg mmg umie gemar...


Wednesday, May 14, 2008

KAWAN......

Umie dapat email dari seorang rakan... bagaimana kita mmenghargai kawan2 kita...
Bacalah

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..

2) kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..

3) kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..

5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6) kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

7) kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..

9) kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

10) lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.



Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)

Friday, May 09, 2008

Ahad 4 mei 2008

Majlis Menyambut menantu di rumah umie

Posing jangan tak posing...!

TQ kak hanie dan keluaga kerana menyerikan majlis kami.
Kama, walaupun kedatangannya hanya di iringi bersama anak2 sahaja, tanpa CT di sisi... cukup meriah umie rasakan... TQ kama kerana banyak membantu umie meyempurnakan majlis yg tak seberapa ini.Budi baik mu akan ku kenang sampai bila2....

Terima kasih juga buat rakan2 yg ku sayangi... Kak Zai terima kasih sudi datang.....

terima kasih juga buat YUS .....

untuk flower girls... umie sayang kamu semua...

TQ amie & partner, Hj. Hanafie dan keluarga, juga puan salmah sekeluarga.
TQ juga buat Onde-Onde (wanie) yg semakin sweet dan hubby .
En. Mahmud my best friend yg memeriahkan majlis kami.

Tak ketinggalan buat Nani pu3KK & Family dan Zakie (PL)... TQ so much.

Umie minta maaf seandainya ada yang tidak sempurna atau kekurangan di majlis tempuh hari. OO maaf sebab tak dapat melayan dgn sempurna, umie ingin sembang panjang2 di lain kali... insyaalah...

CTZ dan bonda ... maaf,,, umie terpaksa balik ke kampung atas sebab2 yg tak dapat di elakan... walaupun kedatangan ct selepas sehari pada majlis tersebut, namun umie rasa sangat terharu atas kesudia ct datang untuk menjenguk umie... tak ada apa yg umie nak beri hanya sedikit tanda sebagai ingatan buat ct... salam sayang dri umie dan keluarga.