Thursday, October 30, 2008

29 Syawal

Kami mengadakan Majlis Hari Raya di ofis, di penghujung iaitu 29 Syawal (Rabu). Di Kuala Lumpur begitu lah kebiasaannya.... sebulan raya pun tak mencukupi... umie tgk tadi pun masih ada unit yang mengadakan Majlis Raya walaupun dah masuk 1 Zulkaedah, senyum sendirian dalam hati.. hihihi. Sebenarnya tak kesah pun kalau menyambut walaupun bukan di bulan Syawal...yang penting , ianya dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara kakitangan dari lain2 unit juga.

Sebahagian daripada kakitangan Rekabentuk... ceria2 belaka.

Walaupun kawasan yang agak sempit, tapi bila dah dihias dgn suasana Raya... memang amat menarik....

Berbagai juadah kami sediakan.. yang penting ada ketupat dan rendang, baru la terasa suasana hari raya.umie masak rendang campur dan kuah kacang..
Maaf le cikdiva erk... umie call tapi depa kata Cik Diva keje belah ptg... melepas lgi jamuan raya kali ini.. lain kali la no...

Saturday, October 25, 2008

Al-Fatihah

Al-fatihah
buat ayahanda Mertua ku Haji Marzuki yang telah kembali ke Rahmatullah pada ptg Isnin 20hb Okt. 2008 bersamaan 20 Syawal 1429H.di usia lebih 98 tahun.Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang2 yang beriman... amin..

Umie baru saja memulakan tugas pada hari ini setelah bercuti beberapa hari lepas.

Tuesday, October 14, 2008

RUMAH KU

Siap juga akhirnya rumah yang aku beli lebih kurang 3 tahun lalu. Syukur sangat2 sebab tak ada masalah dalam pembikinan projek perumahan setakat ni.Hampir sebulan aku dah terima CF untuk menduduki nya.
Dan aku telah mencucinya masa bulan puasa lalu... sambil mencongak2 dan berfikir sama ada nak disewakan atau nak di buat rumah persinggahan di hujung minggu untuk aku tukar2 angin ...
Nak disewakan aku rasa sayang sbb rumah baru... tak tau la kalau dah lama kelamaan aku pun dah rasa malas nak ulang alik dari Gombak dan segi kewangan aku dah terpeliot, mungkin juga aku akan sewakan juga akhirnya...hihihi..kita tak boleh nak menjangka hari TUA kita.
Sambil tu juga aku sedang fikirkan juga rekaan hiasan dalaman yang sesuai untuk rumah aku yang comel ni.... hihihi.

Aku dah angkut sikit2 barang2 dri rumah aku ke rumah baru ku...


Ini hanya lah hiasan dalaman rumah contoh yg terbaru. Dulu aku ada postkan rumah contoh yang lama... di sini . Tapi aku lebih tertarik dgn design lama yg agak simple.

Semalam aku dah bawa sama seorang pembuat perabot untuk aku minta pandangan dari kaca mata dia. Aku pun tak tau.. mana satu pilihan hati...
mana satu erk..??

Wednesday, October 08, 2008

CERITA BERGAMBAR DI AIDILFITRI


Dipagi Syawal yang hening, selesai menunaikan Solat sunat Aidilfitri, kami sekeluarga, bermaafan maafan antara satu sama lain...

Dirumah Ibu Mertuaku...

gambar yang bawah sekali tu adalah cucu2 kepada mak mertuaku iaitu anak2 buah kepada Pak Yong... dan Pak Yong dah ada 19 org cucu saudara... setakat ini.Tapi, umie tak pernah sekali pun dengar dia bahasakan diri dia 'atok' kepada cucu2 saudaranya... umie pulak dah ada 10 cucu saudara... tapi menten dgn panggilan 'Nek Ngah'.. kdg2 tersasul juga dgn panggilan Mak Ngah...hik hik..

Posing2 di depan rumah Pak Yong sebelum beraya kerumah jiran2 yang berdekatan.



*DUA RAYA*

Sebelum balik ke rumah Ayah Ku di Muar.. depan tangga pun jadi nak posing2, tapi umie yang mangambil gambar masa ni... jadi tak ada la gambar ku itu... hihiihi



*TIGA RAYA*

Balik dari beraya di rumah saudara mara di Jln. Bakri, Muar

Sempat singgah di Tanjung Emas Muar, (wajib setiap tahun)
selepas makan mee bandung dgn Rojak Petis... yummm yum... sekali makan pasti nak lagi....




Sementara tunggu mee bandung, kongsi2 makan rojak petis... mula2 order 2 pinggan... pastu tambah lgi sepinggan... (terlioq masa menaip ni..)


*EMPAT RAYA*
Gambar bawah ni.. semasa menuju pulang ke KL, singgah berehat di hentian
Pedas/Linggi

Budak2 bertiga tu... kalau
dah dgn umie.... dia tak heran pun dgn mama dia..

Mama depa balik berdua je dgn papa dia org... umie berenam dlm satu kereta, Pak Yong pulak bertiga... huhuu... walau apa pun.. memang menyeronokan bila dgn budak2 sebaya mereka walaupun riuh rendah, ada masa keluar juga 'Taring' umie. tercabar kesabaran ku.. hik hik hik...Tetapi sekurang2nya umie tak ngantuk semasa dalam perjalanan...

Alhamdulillah selamat sampai..