Tuesday, December 18, 2007

Selamat Menyambut Hari Raya Korban


Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan2. Kepada yang akan beraya di kampung, berhati2 di jalan raya... sekarang musim hujan dan banjir di setengah2 tempat.
Umie pelan nak balik ke Muar esok iaitu sehari sebelum raya.
Tapi.....
anak2 umie semua tak nak ikut balik kampung.... depa nak beraya kat KL, susahnya hati aku. Tak kan umie dgn huby je yg balik kg...?? kalau kita ajak balik ke kampung,,,, soalan dia org" Kat kg. ada sapa?? " umie jawap le.. "kat kg ada Iddin anak Mak Itah, ada intan2 payong anak cik Nani...." Dia org terus diam dan umie pun mati akal...
Esok nak usaha juga pujuk2 balik ke kg....
Umie kesian kat ayah, kesian juga kat mak ayah mentua umie. Ayah masih ada anak2 lain yg dtg menjenguk selalu tak kira waktu, sbb adik duduk tinggal berdekatan dgn rumah ayah.
Tapi...
Mak dan ayah mertua umie, hanya tinggal berdua sahaja, ayah mertua kelihatannya semakin uzur... tak sanggup kalau raya ni umie tak balik beraya dgn dia org. Ada anak lelaki sulong tinggal berdekatan, tapi Tuhan lebih menyayangi dia dan kembali ke Rahmatullah 3 tahun yg lepas, dalam usia 60 tahun kerana kanser usus. Hubby ada 6 beradik, 5 laki2 dan 1perempuan. Hubby anak ke 3. Adik dibawah dia laki2 pun meninggal dunia 6 tahun lepas kerana kanser kelenjar. Sekarang ni tinggal la 4 beradik yg semuanya dah kahwin. Semua adik2 hubby beraya kat rumah mentua masing2... kesian pulak kalau aku tak balik beraya... tak kan dia nak beraya berdua je...
Di Johor,
Raya Haji tak semeriah di negeri Pantai Timur...
di kampung umie juga kg hubby sambutan ala kadar sahaja, tak ada sapa pun yg dtg ziarah, cuma makanan tu masakan mcm raya aidilfitri juga ,,,, ada ketupat rendang, lontong, kuah kacang... makan la kami sekeluarga.... bersama2.



*nak pujuk anak2 ajak balik kampung*