Sunday, April 13, 2008

INTERVIEW


Semalam umie cuti, kunun nya nak membereskan kerja2 di rumah... selain menyelesaikan hutang2 bulanan yang WAJIB di jelaskan. Yana mmg penghuni tetap di rumah buat sementara ni, sementara nak sambung belajar, jadi dengan dia ler umie berteman.

Mula2 ke Pasar Borong Selayang. Kat situ segala bank senang nak berurusan sbb tak berapa ramai orang. Lepas tu ke Celcom bayar bill. Tapi... masalah parking amat menyulitkan... maklumlah.. nama pun PASAR BORONG. Tapi tapak private parking ada juga di sediakan hanya rm3.00 sahaja, walau kejap atau lama kita parking... kira murah la juga kalau nak dibandingkan di jalan TAR... sebelah SEMUA HOUSE, rm6.00.

Selesai berurusan di Pasar Borong, ke Bandar Baru Selayang pulak, pi bayar cukai pintu pulak... lepas tu balik ke area rumah umie, singgah ke pos opis .. selesaikan bill2 air,letrik,streamyx&telefon. Sambil ronda2 di kaki lima kedai2... ada pula terbaca vacancy kat pintu sebuah syarikat yg agak dikenali juga...." kerani dikenendaki". Kami terus je tekan loceng dan terus naik keatas.

Assalamualaikum....

"Waalaikumsalam" jawap penyambut tetamu.

Yana tanya "Sini ada keje kosong ke??"

"Siapa yang nak kerja?" tanye penyambut tetamu tu.. Aku kata, anak akak ni lepasan SPM, kalau ada kerja yg sesuai untuk dia... nak cuba dgn kelayakan yg d ia ada...

"OK"....( sambil menghulurkan sekeping nota dalam bahasa Inggeris)

"baca dan lepas tu translate dalam bahasa Melayu" dia meminta. Yana buat apa yg di suruh, sementara aku tunggu di ruang tamu....

Selepas tu, dia bagi borang untuk di sisi....

Selepas beberapa minit.. Yana di panggil masuk bilik utk di interview....

Dalam 20 minit lepas tu Yana keluar dan kami pun balik selepas ucapkan terima kasih.

Sambil menuruni anak tangga:

umie tanye kat Yana.. "Ehh.. apa dia tanya Na.."Yana kata dia nak call minggu depan.. insyaalah dapat... Okey la tu kalau dapat...? apa dia interview tadi??

Dia suruh perkenalkan diri Yana je... pastu dia tanye... boleh ke guna software Adobe Photoshop?? Yana kata jer la.. boleh.... (dalam hati, boleh ke yana buat Photoshop?)."Ehh.. Yana.. boleh ke buat Photoshop? nanti kalau tak boleh... macamana??"... Yana kata....Mak kan ada, mak kan boleh tolong.... "eeeee budak ni..... " Pastu kan mak... dia tanye, sapa yg mengajar photoshop?.. Yana kata la... mak yang ngajar (sambil tersengeh2 je Yana)... Yana cakap sekali mak kerja kat mana...... sambil kelip2 bijik mata yana... seram le tu takut aku jegeii.... hihihi...

Tapi anak2 umie mmg boleh gunakan software Adobe Photoshop, umie dah train dari awal lagi.... tak rugi pun mengajar anak2 utk kebaikan diri dia sendiri. Lagi pun sebagai Ibu bapa kita kena perturunkan ilmu yang kita ada atau yang kita tahu...