Tuesday, October 09, 2007

SALAM LEBARAN



SALAM LEBARAN




Sempena kita akan menyambut hari lebaran yang mulia ini,
umie ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir batin.


kepada rakan2 yang sudi mengunjungi blog umie ini.
Mungkin hari ini hari terakhir umie berada di office.
Mungkin umie balik ke kampung sebelum subuh lagi pagi raya.
Belum pernah umie buat macam tu.


Selalunya umie balik dua hari sebelum hari raya dgn anak2 saja kecuali Along.
Hubby dan Along balik pagi raya, selepas solat raya di masjid berdekatan.
Tapi raya tahun ni kami sekeluarga balik sekali pada pagi raya.
Plan nak sampai kampung dalam pukul 7.30 pagi.
Dalam pukul 5.00pagi kena la bertolak dri rumah.
Jadi...boleh la solat aidilfitri kat kampung.

Sebelum pulang ke kampung,
Umie plan nak masak ketupat (anyam daun kelapa),
kuah kacang, rendang daging, ayam masak merah dan masak lodeh johor.
Orang Johor mana boleh tinggal lontong, tu wajib.


Cuti awal sikit sebab nak siapkan baju raya kak Illy dgn Yana.
Baju Melayu anak2 tahun ni kena beli siap,
plan mmg tak nak beli, sebab baju melayu tahun lepas masih elok lagi.
TApi budak2 ni rupanya cepat membesar dan meninggi,
Lengan baju senteng dan seluar dah singkat.
Umie tak sempat nak jahit sendiri.

Baru ni umie ke MYDINS Selayang,
tgk banyak baju melayu banyak dan okey juga la juga meterialnya, warnanya,
apa lagi HARGAnya... terus je beli 4 pasang termasuk hubby punya sekali.
Cuma kena kecilkan pinggangnya sahaja (nasib baik ibunya tau alter) .
Selesailah semua bab2 pakaian. Alhamdulillah.


Kat rumah dah tak boleh online sebab PC masih sakit. nampak mcm tenat jer...
semalam Along dah ganti power supply kedua2nya. CPU dah ok, tapi rupa2nya
MONITOR pulak tak leh nak on... tak nyala. Kedua2 komputer pulak tu.
Owner rumah yg tgh dok renovation tu kata, dia nak ganti rugi kerosakan
yang masing2 alami. Bill2 nanti kita serah je la kat dia.so.. TQ so much.
Wiremen tu memang dah tak datang sampai sekarang.


untuk semua
JUMPA LAGI SELEPAS RAYA
sudi2 lah datang ke rumah umie
di seri gombak