Monday, December 31, 2007

SEPANJANG TAHUN 2007


Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang tahun 2007. Aku rasa masa terlalu cepat berlalu, dan aku terus mengharap tahun 2008 akan di lalui dengan lebih baik dari tahun2 yg 2007.



Ni kampung Pak Yong selepas di landa BANJIR pada awal tahun 2007. Mak dan ayah mentua umie hanya tinggal berdua sahaja.... Banyak pokok2 yang mati. Masa ni balik kg tolong mengemas barang2 yang dah tak boleh digunakan lagi.




^ Hari Ulang tahun umie... ;-)^




^ Majlis pertunangan anak Umie, Khairool dgn Safiah pada 25/2/07^


^Cuti-cuti Malaysia di Pantai Port Dickson^

Kenangan Manis di rumah anak2 yatim Darul Izzah, Bangi. Pertama kali bertemu
BLOGGERS. ONDE, PB, Pinnut,RAD dan lain2nya....

Terima kasih sekali lagi buat JDIdham & Family. Terima kasih banyak2 dari kami

Semoga Allah berkati hidup mu sekeluarga... ameennnn..


Masa Hari RAya Aidilfitri.
Mengambil kesempatan singgah di tepi pantai Tanjung Mas, Muar
sambil menikmati MEE BANDUNG Muar dan ROJAK PETIS... yumm yum..

Hari RAya Aidiladha baru2 ni....

Dalam dulang tu lauk pauk
dari jiran. Biasanya kami bertukar2 makanan bila musim2 perayaan.
Seronok kami dapat merasa masakan bermacam2...
Kali ini umie dgn Pak Yong bawa mak & ayah mentua ke rumah
anak perempuan nya di KOta Tinggi, Johor.
Setiap kali aku lalu di pekan Kulai aku nampak bangunan yg
terbengkalai dari dulu lagi hingga kini di tengah2 bandar (sakit mata)