Thursday, August 07, 2008

DINGIN YANG HANGGAT.

Malas nak cerita panjang2.... sekadar post gambar pagi tadi yang amat aku benci dengan keadaan spt ini.Keluar awal pagi untuk mencari rezeki...


Ini lah suasana di Jalan Kucing menghala ke Kuala Lumpur awal pagi tadi kira2 jam 8.20 pagi... cuaca redup sekali.

Bertolak dri rumah pukul 7.15 pagi


Jalan yang 2 lorong jadi 3 lorong, Jalan yang 3 lorong jadi 5 lorong... bertemu dipersimpangan jalan besar menjadikan 7 lorong... bayangkan.. dihadapan nya road block yang di pasang KUN 2 lorong hanya tinggal satu lorong sahaja......
Aku pasti pagi2 lagi pemandu2 kenderaan bersungut sbb jem yang keterlaluan... termasuk lah ..a k...ku....

Ada pulak bomba, nak kemana pulak gamaknya..?? tak kan ke Mahkamah kot... nak semboq sapa?? sapa yang nak kesana?? RAsanya tak sesuai benar kalau dia org buat sekatan jalan raya dgn keadaan harga minyak yang tinggi... KOt la tahan kereta bagi RM50 utk sebuah kereta okey jugak...
Sampai ofis pukul 9.00 pagi... sepatutnya aku ke perhimpunan bulanan pagi ni di Auditorium Perdana, tapi kerana kehangatan dan kebahangan, aku kansel jer..
---------------------------------------------------------------------------------------------
Aku rasa selepas ni tak ada sesiapa yang akan bagi nama anak2 mereka dgn nama Shaiful @Bukhari @Azlan... kerananya lah... pagi yang sepatutnya dingin jadi hangat...