Thursday, May 28, 2009

CUTI LAGI

Assalamualaikum..

Kejap dah musim cuti sekolah/semester. Time macam ni memang riuh la rumah umie dgn kerenah anak2… Ada yang suka lepak depan TV.. ada yang lebih suka mengadap PC… Tak ada chance le umie nak lepak2 kat depan computer lama2 mcm selalu tu…

Akhir Julai hingga 25 Disember , Khairie akan memulakan practical di tempat umie kerja, tapi di unit lain… iaitu di unit engineering… Bukan umie tak bagi dia nak buat latihan amalinya di tempat lain… Cuma.. umie nak kemudahan untuk pergi dan balik dri tempat kerja… tu je… jimat pun iyer jugak…naik satu kete… umie boleh pantau dri jauh dan dekat.. dan rasa keselamatan agak terjamin. Kalau dia buat latihan ditempat lain… terpaksa lah dia naik motor.

Syahmie pulak cuti ni ada kem di sekolah dia… bagus jugak tu… SPM pun dah dekat…

Yana cuti semester sehingga Ogos, baru mula balik… Insyaalah di waktu terdekat ni umie akan bawa dia jumpa doctor untuk menyelesaikan masalah nya… harap2 okey..

Minggu ni nak balik Yong Peng menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sepupu Pak Yong…

Minggu satu lagi 7hb Jun balik ke Muar pulak, ada majlis perkahwinan anak kepada sepupu umie di Jln Bakri…

Kepada mempelai “Selamat Pengantin Baru” semoga berkekalan hingga akhir hayat…

Sebelum sekolah dibuka semula, pada 14hb Jun kami akan mengadakan HARI KELUARGA REKABENTUK & PEMENTASAN di Bukit Cherakah. Persiapan sedang di aturkan. Insyaalah gambar2 akan menyusul kemudian.

Harapan nya semua berjalan dengan lancar.

Monday, May 11, 2009

TERUBAT RINDU KU....

Rasanya dah setahun umie tak jumpa Rose... perkenalan kami bermula dari myspace.com, bermessege, lepas tu berYM, pastu teruskan berhubung melalui telefon... dan kami terus jumpa di RTM... nak tiket program HMI kalau tak salah umie ler... peminat CT Nurhaliza rupanya. Setakat ni umie hanya mendapatkan tiket2 dari prog RTM, dan tiket2 tu memang unit kami yg buat, jadi senang la kepada sesiapa yang nak menonton program terbitn RTM.
Tahun ni insyaalah Rose akan mendapat gelaran.. tahniah untuk Rose yang akan mendapat cucu diusia yang muda... Harap2 selepas ni kak yong pula... hehehe.

Sekian lama kami tak jumpa,
Sabtu baru2 ni kami date di Ampang Park.. Rose tetap mcm dulu, menten ayu, anggun dan peramah walaupun mempunyai lima org anak...
Kami bersembang sambil lunch di Manhattan Fish Market...seronok sungguh.
Rose ditemani anak perempuan bongsunya.. IJA dan umie kena bawa hero dan heroin Kak Illy dgn Syahmie..
Sempat bershopping baju pulak tu... maklumlah dah sekian lama umie tak menjejaki area situ... Sekarang dah banyak berubah.Ampang PArk membuatkan umie teringat zaman muda2 dulu... situ lah tempat umie tgk wayang, jalan dgn kawan2... cuci mata, tak jauh dgn Dato' Keramat... jalan kaki pun boleh...
Harap perhubungan kekeluargaan kami akan terus terjalin sampai bila2... dan kami telah menjadi family fren.
Selepas berjumpa Rose, sebelah malam kami ada temu janji dgn kawan yang datang dari Ipoh... Cikgu Yatie...
Kami jumpa di MidValley..


(aku yang semakin MONTEL)

Yatie umie kenal 4 tahun lepas... di kampungchat.com. ada satu insiden yang membuatkan kami terus kekal bersahabat. Memang tak boleh dilupakan sampai bila2.... memang kami akan GELAk guling2 bila kami bercerita semula... hehehe
Insiden itu lah yang membuatkan kami jadi akrab, berYM dan caling2... Kebetulan Yatie menghadiri kursus di KL... kami buat temujanji untuk bertemu...
Tie ke KL hujung minggu baru ni hanya nak bawa anak2 berjalan2 dan tgk pameran dinosaurs, anaknya peminat dinosaurs rupanya...
Harap selepas ni kami akan berjumpa sebagai family fren jugak... harapan umie tu tie...
Suasana di Midvalley semasa cuti hujung minggu teramatlah padat dgn pengunjung... nak cari tempat makan semua full... parking full... kesian Tie tunggu umie lama... tapi apa pun dapat jumpa juga akhirnya.
Tau2 lah bila dah lama tak jumpa... sembang sakan... hehehe.
Harap cuti sekolah akan datang kita dapat berjumpa lagi... insyaalah...

Sunday, May 10, 2009

HAPPY MOTHERS DAY




Kebangaan seorang IBU bila menerima penghargaan dari anak2 juga keluarga.Dengan segala kepayahan yg telah di lalui. Mengandung, melahirkan…. menjaga dan seterusnya mendidik supaya anak2 kita mendapat perhatian secukupnya dan pendidikan yg terbaik untuk mereka. Alhamdulillah.. anak2 umie semua dah meningkat dewasa… Harapan seorang Ibu supaya anak2 sentiasa dalam keadaan selamat, hidup dalam keberkatan dan dilindungi Allah dri segala kejahatan dan yg paling utama.. beriman. kepada Allah.

Hari ni umie mendapat penghargaan yg tak terrnilai dri anak2 yg tersayang dan suami tercinta….





Kasihnya ibu



Membawa ke syurga



Kasihnya saudara



Masa berada
Berkorban nyawa



Tanda kasihnya



Berkorban raga



Rela binasa
Kasihnya ayah



Sanggupkah berpisah



Dan kasih anakanda



Berkorban nyawa
Biar lah jiwa



Akan tersiksa



Ikhlas dan rela



Asal kan bahagia