Monday, May 11, 2009

TERUBAT RINDU KU....

Rasanya dah setahun umie tak jumpa Rose... perkenalan kami bermula dari myspace.com, bermessege, lepas tu berYM, pastu teruskan berhubung melalui telefon... dan kami terus jumpa di RTM... nak tiket program HMI kalau tak salah umie ler... peminat CT Nurhaliza rupanya. Setakat ni umie hanya mendapatkan tiket2 dari prog RTM, dan tiket2 tu memang unit kami yg buat, jadi senang la kepada sesiapa yang nak menonton program terbitn RTM.
Tahun ni insyaalah Rose akan mendapat gelaran.. tahniah untuk Rose yang akan mendapat cucu diusia yang muda... Harap2 selepas ni kak yong pula... hehehe.

Sekian lama kami tak jumpa,
Sabtu baru2 ni kami date di Ampang Park.. Rose tetap mcm dulu, menten ayu, anggun dan peramah walaupun mempunyai lima org anak...
Kami bersembang sambil lunch di Manhattan Fish Market...seronok sungguh.
Rose ditemani anak perempuan bongsunya.. IJA dan umie kena bawa hero dan heroin Kak Illy dgn Syahmie..
Sempat bershopping baju pulak tu... maklumlah dah sekian lama umie tak menjejaki area situ... Sekarang dah banyak berubah.Ampang PArk membuatkan umie teringat zaman muda2 dulu... situ lah tempat umie tgk wayang, jalan dgn kawan2... cuci mata, tak jauh dgn Dato' Keramat... jalan kaki pun boleh...
Harap perhubungan kekeluargaan kami akan terus terjalin sampai bila2... dan kami telah menjadi family fren.
Selepas berjumpa Rose, sebelah malam kami ada temu janji dgn kawan yang datang dari Ipoh... Cikgu Yatie...
Kami jumpa di MidValley..


(aku yang semakin MONTEL)

Yatie umie kenal 4 tahun lepas... di kampungchat.com. ada satu insiden yang membuatkan kami terus kekal bersahabat. Memang tak boleh dilupakan sampai bila2.... memang kami akan GELAk guling2 bila kami bercerita semula... hehehe
Insiden itu lah yang membuatkan kami jadi akrab, berYM dan caling2... Kebetulan Yatie menghadiri kursus di KL... kami buat temujanji untuk bertemu...
Tie ke KL hujung minggu baru ni hanya nak bawa anak2 berjalan2 dan tgk pameran dinosaurs, anaknya peminat dinosaurs rupanya...
Harap selepas ni kami akan berjumpa sebagai family fren jugak... harapan umie tu tie...
Suasana di Midvalley semasa cuti hujung minggu teramatlah padat dgn pengunjung... nak cari tempat makan semua full... parking full... kesian Tie tunggu umie lama... tapi apa pun dapat jumpa juga akhirnya.
Tau2 lah bila dah lama tak jumpa... sembang sakan... hehehe.
Harap cuti sekolah akan datang kita dapat berjumpa lagi... insyaalah...

6 comments:

@e_da said...

seronok kan dpt jumpa ramai2 camtu...

KAK umie.. nampak sihat.. heheh ni mesti senang hati ni.. heheh.. takpe janji sihat kan kak...

umie@kakyong said...

@e_da,
betul tu terubat rindu kat kawan2...
Hehehe tu la.. bila anak2 dah besar2 belaka, asik2 berehat lebih.. makin montel le jadinya... harap2 la sihat sentiasa.. hihihi

DrSam said...

semoga hubungan yang terjalin kekal selamanya. Ada juga hikmahnya berblogging dan bertenet ni :)

umie@kakyong said...

DrSmam..
Insyaalah... perhubungan kami akan berpanjangan...

-ctz- said...

ummie.. jeles nih! hahahahahahaha :P~

umie@kakyong said...

ct.. kenai ka kawan umie nama rose tu... pernah dtg umah sekali dgn ct... kalau ct mai KL kita ajak jumpa dia sama... ok kan...