Sabtu semalam, Along dah bawa barang2 dia ke umah baru. Tak jauh dri rumah umie di Taman Cheras Intan. Alhamdulillah... dapat juga dia memiliki rumah walaupun tak besar mana, ikut kemampuan dia... dari dia menyewa kan lebih baik dia beli.
Along minta tolong umie masak untuk makan tengahari. Umie masak kari ayam, sambal udang petai, sayur campur, ikan goreng tepung(ikan kecik2 jer) juga ulam2 dgn sambal belacan. Kebetulam anak buah umie (Fara dan hubby juga anak) dtg rumah umie. Seronok la bila ramai2 ada dalam rumah. Ada 4 org yg bantu Along angkat barang2 iaitu adik beradik Safiah.
Barang2 Along kat rumah umie tak banyak mana... semua barang2 kecil saja. Yang ada hadiah2 masa dia kawin dulu. Banyak jugak tu. Kebanyakan nya barang2 letrik. rice cooker, blander, kattle, periok belanga. frem gambar, kapet dan lain2. kebanyakan nya barang2 keperluan dapur. Alhamdulillah Along dan Safiah tak payah banyak belanja utk arah semua tu.
Safiah tinggi lampai lebih kurang Along juga. memang sama padan.
Ruang makan utk berdua. simple dan teratur. Sebahagian barang2 yang belum di susun lagi.
Sebenarnya aku terasa juga bila Along dah pindah ke rumah baru. Sebelum ni dia mmg tak pernah berjauhan dengan keluarga. Tak pernah tinggal di asrama atau di mana pun. Kecuali pergi utk urusan kerja, dia mmg tinggal dgn umie. Bila dia berkawin, dia masih tinggal dgn umie sebab Safiah bertugas di Melaka. Nak minta tukar dah masuk tahun kedua., belum lepas2 lagi. Ikut giliran la kot. Sehingga sekarang dia masih dok asing dgn wife dia... nak buat camana... sabar je la... Mungkin selepas ni umie akan merindui bunyian gate terbuka, bunyian grill, bunyian alarm kereta dia...selepas lewat malam dia pulang kerana bertugas. Apa juga langkah dia umie akan terjaga dri tido dan akan menjenguk kebawah... bila dah tau dia selamat sampai ke rumah... umie akan rasa lega... alhamdulillah...