Sunday, October 25, 2009

ALONG DAH PINDAH

Sabtu semalam, Along dah bawa barang2 dia ke umah baru. Tak jauh dri rumah umie di Taman Cheras Intan. Alhamdulillah... dapat juga dia memiliki rumah walaupun tak besar mana, ikut kemampuan dia... dari dia menyewa kan lebih baik dia beli.
Along minta tolong umie masak untuk makan tengahari. Umie masak kari ayam, sambal udang petai, sayur campur, ikan goreng tepung(ikan kecik2 jer) juga ulam2 dgn sambal belacan. Kebetulam anak buah umie (Fara dan hubby juga anak) dtg rumah umie. Seronok la bila ramai2 ada dalam rumah. Ada 4 org yg bantu Along angkat barang2 iaitu adik beradik Safiah.
Barang2 Along kat rumah umie tak banyak mana... semua barang2 kecil saja. Yang ada hadiah2 masa dia kawin dulu. Banyak jugak tu. Kebanyakan nya barang2 letrik. rice cooker, blander, kattle, periok belanga. frem gambar, kapet dan lain2. kebanyakan nya barang2 keperluan dapur. Alhamdulillah Along dan Safiah tak payah banyak belanja utk arah semua tu.

Along tukar pintu bilik air. yg ni mmg umie suka. Ada tarikan di ruang ni. Lagi pun masa pilih2 design tu Along mintak pandangan dari umie.

Ruang dapur yang agak kecil... tapi ok la.. utk tinggal bedua, juga masih berselerak belum kemas lagi. Umie cakap kat Safiah, "kalau mak yg dok kat sinki nak bubuh pinggan ... tak sampai la kot" hehehe.
Safiah tinggi lampai lebih kurang Along juga. memang sama padan.


Ruang makan utk berdua. simple dan teratur. Sebahagian barang2 yang belum di susun lagi.

Sebenarnya aku terasa juga bila Along dah pindah ke rumah baru. Sebelum ni dia mmg tak pernah berjauhan dengan keluarga. Tak pernah tinggal di asrama atau di mana pun. Kecuali pergi utk urusan kerja, dia mmg tinggal dgn umie. Bila dia berkawin, dia masih tinggal dgn umie sebab Safiah bertugas di Melaka. Nak minta tukar dah masuk tahun kedua., belum lepas2 lagi. Ikut giliran la kot. Sehingga sekarang dia masih dok asing dgn wife dia... nak buat camana... sabar je la... Mungkin selepas ni umie akan merindui bunyian gate terbuka, bunyian grill, bunyian alarm kereta dia...selepas lewat malam dia pulang kerana bertugas. Apa juga langkah dia umie akan terjaga dri tido dan akan menjenguk kebawah... bila dah tau dia selamat sampai ke rumah... umie akan rasa lega... alhamdulillah...


4 comments:

OO said...

Umie,

lama tak jenguk sini - harap umie sihat.

Alhamdulillah, Along dah ada rumah sendiri. Sebagai ibu/bapa, tentu umie dan pakyong happy kan? (walaupun sedih dah tak tinggal sama) tapi kan masih boleh melawat??

Cantik rumah Along. Stail orang muda nakkan yang simple tapi menarik. Harap Along bersabar isteri berjauhan. Kalau ikut term kami adik beradik kami sebut PJJ - perkahwinan/percintaan jarak jauh..hehehehe

umie@kakyong said...

OO,
Alhamdulillah umie sekeluarga sihat2 sentiasa. Harap OO sekeluarga pun begitu jugak.. dalam kesejehteraan selalu.
rumah Along mmg simple sgt... selesa jugak utk bedua. Alhamdulillah Along mmg nak belajar berdikari. biar lah dia dgn kehidupan baru nya... umie dgn pak yong perati je dari jauh dan mendoakan mereka sentiasa dalam selamat dan bahagia. insyaalah. Mmg dekat pun rumah dia dgn rumah umie yg kat Cheras tu.. tapi weekend je la nak jumpa...
sedap juga tu perkataan PJJ hehehe

Anonymous said...

Beruntung Khayrol ada emak yang perihatin begini rumahnya cantik hias gitu...kitorang dulu masih ingat waktu pindah masuk rumah SEWA tengok tv berlapik kotak kertas, makan lapik surat kabor, tidor atas tilam toto...sian ye!emm tula Flat DBKL Cheras.ingat masa dulu-dulu sedih ye!Tapi orang muda sekarang kehidupan dah best dah.Bersyukurlah!

umie@kakyong said...

Anon,,
Cik Din... saya pun mcm tu jugak mcm cik din... kawin tinggal menyewa dgn kawan kongsi sebuah rumah untuk 2 family... tapi bila along dah lahir baru pindah rumah sendiri...Zaman dah berubah, anak2 sekarang tak sesusah sebagaimana kita dulu2... sbb kesusahan yg kita lalui akan menyedarkan anak2 kita supaya ingat masa depan dan ada perancangan yg lebih baik... insyaalah,insyaalah